Wednesday, 9 November 2022

2022 BALKANS BHG. 05 (Turbe & Travnik)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 5: Bosnia-Herzegovina 2
TURBE (Masjid Malaysia) & TRAVNIK

HARI KEDUA (2)

Part 16: Menuju ke Turbe

Perjalanan diteruskan menuju ke Travnik untuk makan tengahari. Tetapi di dalam perjalanan, kami akan singgah di Turbe (disebut: Tur-bey) untuk melawat sebuah tarikan istimewa kepada rakyat Malaysia ~ Masjid Malaysia dan solat di sana.

Kilang perindustrian lama yang telah ditutup selepas kejatuhan Yugoslavia
Yugoslavia adalah sebuah negara perindustrian yang maju di zaman kegemilangannya
Kilang simen
Kami terus disajikan dengan pemandangan indah bumi Balkans sepanjang perjalanan menuju ke Turbe.

Kawasan pergunungan
Tak tahu kilang apa ni...
Lagi pemandangan kawasan pergunungan
Sungai yang cantik dan jernih
Masih pemandangan sungai yang sama
Perkampungan di tepi sungai
Rumah-rumah tradisional di Bosnia
Perkampungan cantik di tepi sungai
Ladang jagung
Menjemur kulit binatang
Ladang anggur
Ladang jagung
Tembok di tepi sungai
Hutan yang semakin kekuningan di musim luruh
Pemandangan di dalam perjalanan
Hutan dan ladang
Ladang pertanian
Gunung batu di kejauhan

Part 17: Masjid Malaysia @ Turbe

Masjid Malaysia yang kami singgahi terletak di sebuah perkampungan yang bernama Turbe, tidak jauh dari bandar Travnik. Ia dinamakan Masjid Malaysia kerana dana pembinaannya datang dari sumbangan rakyat Malaysia selepas perang Bosnia tamat dulu.

Turbe
Masjid Malaysia di Turbe
Pemandangan masjid dari tepi
Menara masjid
Plak persamian masjid
Masjid ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad pada tahun 2005.
Pintu masuk ke masjid
Memang seronok melihat masjid ini sangat aktif digunakan oleh masyarakat setempat. Sewaktu kami tiba, kelas pengajian agama untuk kanak-kanak baru saja selesai. Ramai juga Myself lihat kanak-kanak yang menyertai kelas agama ini. Macam penuh bilik kelas yang disediakan.

Bilik kelas agama
Kelas pengajian agama untuk kanak-kanak baru berakhir ketika ini
Ketika masuk waktu solat juga, ramai penduduk tempatan datang berjemaah di masjid ini, termasuk juga kanak-kanak yang belajar agama tadi. Tapi siksa juga nak mengambil wuduk di masjid ini sebab airnya tak ada heater. Sejuk sangat sebab suhu ketika itu adalah 13'C!

Ruang solat wanita
Bersolat di Masjid Malaysia
Suasana di Ruang Solat Utama dari Ruang Solat Wanita
Ramai juga umat Islam tempatan yang datang bersolat jemaah Zohor di masjid.
Mehmet bersedekah anggur yang segar dan sedap kepada kami selepas solat
Di masjid ini juga, kami bertemu dengan sekumpulan kakak-kakak dari Malaysia yang turut bersolat di sini. Mereka sebenarnya dah mengembara 22 hari bermula dari Azerjaiban dengan program lawatan yang dirangka sendiri. Kata kakak-kakak ini, mereka dah membuat planning perjalanan sejak setahun yang lalu. Ada tempat-tempatnya mereka mengembara bersendirian dan ada pula di tempat-tempat tertentu mereka menggunakan khidmat guide / driver tempatan. Hebat Kakak! Teringat Myself kepada 3 orang Kakak senior yang ditemui di Istana Topkapi di Istanbul dulu. Mereka pun mengembara bersendirian juga di Turkey ketika itu.

Bergambar dengan kakak-kakak yang dah mengembara selama 22 hari bermula dari Azerbaijan.
Terpengaruh dengan kesedapan buah anggur yang disedekahkan oleh Mehmet kepada kami di sini, ahli-ahli Group membuat persinggahan di sebuah kedai menjual buah yang berhampiran. Ada banyak buah yang cantik dan segar dijual di sana namun agak sukar nak membelinya sebab mereka hanya menerima matawang Bosnia sedangkan kami belum berpeluang membuat pertukaran matawang lagi ketika itu.

Kedai buah-buahan di tepi masjid
Buah-buahan yang dijual
Oren dan anggur
Sayur-sayuran
Restoran menjual makanan Malaysia di tepi masjid. Tapi tengok kat iklan dia, macam makanan-makanan Bosnia saja yang dijual. Malaysia dikenali sebagai Malezija (disebut: Malay-ziya) di negara-negara Balkans.
Meninggalkan Masjid Malaysia

Part 18: Travnik

Travnik terletak 100 km di utara ibukota Bosnia-Herzegovina yang bernama Sarajevo. Bandarnya tak besar, hanya dihuni kira-kira 15,000 orang penduduk.

Bendera Bosnia-Herzegovina
Masjid di pinggir Travnik
Bandar Travnik
Institut Teknologi Travnik yang terkenal di seluruh Bosnia-Herzegovina
Kawasan perumahan
Kafe di tepi jalan
Sebuah lagi kawasan perumahan di bandar Travnik
Bas memberhentikan kami di tepi sebuah masjid kecil di tengah bandar Travnik yang bernama Hadži Ali Begova Džamija (disebut: Haji Ali Begova Jamia). Di tepi masjid ini ada sebuah tanah perkuburan kecil yang kelihatan macam disediakan secara tergesa-gesa. Kalau bertemu tanah perkuburan di kawasan kecil begini di Bosnia, itu bermakna penghuninya adalah mangsa-mangsa perang. Maklumlah, terlalu ramai rakyat Bosnia yang terkorban sewaktu perang dengan Serbia dahulu. Jenazah pula perlu dikebumikan dengan segera kerana jika tunggu lama-lama, mungkin akan berdepan dengan serangan Serbia yang seterusnya. Kerana itulah mana juga kawasan lapang yang ada ketika itu terpaksa dijadikan tanah perkuburan.
 
Bas berhenti di tepi Masjid Hadži Ali Begova Džamija
Turun bas di Travnik
Tanah perkuburan untuk mangsa-mangsa perang di tepi masjid. Al Fatihah untuk kesemua mereka.
Restoran terletak di seberang sana
Menyeberang jalan menuju ke restoran
Lunch kami disediakan di sebuah restoran tempatan yang bernama  Ä†evabdžinića Kod Muje. Di sini kami dihidangkan dengan makanan tempatan yang dinamakan Burek. Burek adalah sejenis roti pastri yang diisi dengan keju. Makanan ini juga sangat popular di negara Turkey.

Restoran Ä†evabdžinića di Travnik
Jom kita masuk ke dalam...
Suasana di dalam restoran
Waiter sedang menghidangkan sup
Sup yang sedap untuk makan tengahari
Hidangan Burek. Tak berapa lalu nak makan sebab isinya penuh dengan cheese yang tak berapa kena dengan selera kita.
Selepas makan kami diberi sedikit free time untuk bersiar-siar di bandar Travnik. Bandarnya cantik dan tenang.

Selepas bas tiba, kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke destinasi utama kami hari ini ~ kota Sarajevo.

Bas dah tiba...
Gereja Roman Katholik
Bandar Travnik
Sebuah lagi tanah perkuburan di Travnik
Stesen Minyak
Bandar lama Travnik
Menuju ke Sarajevo


Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: