Showing posts with label MOROCCO (2024) - Casablanca / Marrakech / Rabat / Fes / Chefchaouen / Tangier. Show all posts
Showing posts with label MOROCCO (2024) - Casablanca / Marrakech / Rabat / Fes / Chefchaouen / Tangier. Show all posts

Monday 20 May 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 01 (Perjalanan Ke Morocco)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 1: Perjalanan Ke Morocco
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

Part 1: Morocco, Spain & Portugal Tour 2024

Pengembaraan kami ke Morocco, Spain dan Portugal bukanlah sebenarnya perjalanan yang dirancang. Perancangan asalnya adalah kami nak mengembara ke Scandinavia. Entah bagaimana sewaktu menilik-nilik pakej yang nak diikuti bagi percutian ke Scandinavia, terjumpa pula dengan pakej yang menarik ke Morocco, Spain dan Portugal. Maka ke sana pulalah hala tujuan kita. 

Pada mulanya Myself dan Husband mendaftar untuk mengikut pakej percutian dengan Selamatbercuti, tetapi disebabkan pakej ini kurang mendapat sambutan, ia telah dibatalkan oleh pihak Selamatbercuti. Kami ditawarkan pula untuk menyertai pakej anjuran Wow Konsortium yang mana Selamatbercuti juga adalah sebahagian dari konsortium ini. Kami okey saja dengan cadangan yang diberi sebab kos percutiannya hampir sama dan tarikh perjalanannya pula cuma berbeza 5 hari sahaja dengan cadangan tarikh perjalanan asal.

Peserta Wow Konsortium ini terdiri dari gabungan 5 buah travel agency Muslim di Malaysia. Peserta pakej pula terdiri dari 24 orang yang mana 7 darinya berasal dari negara Singapura. Dengan tidak disangka-sangka ada juga ahli rombongan kali ini yang pernah travel bersama Myself dan Husband ke Italy & Switzerland dulu. What a small world, hahaha!!!

Pandangan penuh pengharapan dari Tam Tam yang teringin nak ikut travel bersama
Perjalanan kami bermula di Casablanca, Morocco yang terletak di benua Afrika. Casablanca adalah bandaraya terbesar di negara Morocco yang dibina menghadap ke Lautan Atlantik. Dari sana, kami mengunjungi pula beberapa bandaraya lain di Morocco meliputi Marrakech, Rabat, Fes dan Chefchaouen sebelum berakhir di Tangier. Dari Tangier, pengembaraan kami diteruskan ke benua Eropah dengan menaiki feri ke Tarifa yang terletak di negara Spain. Di Spain, kami menyelusuri pula sejarah kegemilangan Kerajaan Islam Al-Andalus yang terletak di beberapa bandaraya di negara itu meliputi Granada, Cordoba dan Seville sebelum meneruskan perjalanan ke Lisbon yang merupakan ibu negara Portugal. Meninggalkan ibu negara Portugal, kami menuju pula ke Madrid yang merupakan ibu negara Spain sebelum mengakhiri perjalanan kami di sana.

Peta perjalanan Morocco, Spain & Portugal Tour 2024

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Menunggu Penerbangan Ke Dubai

Tidak seperti perjalanan-perjalanan kami ke Eropah sebelum ini di mana kami sering terbang dengan penerbangan Qatar Airways / Malaysia Airlines dengan transit di Doha, penerbangan kami kali ini adalah menggunakan Emirates dengan transit di Dubai. Tetapi seperti juga penerbangan-penerbangan lain sebelum ini, jadual perlepasan penerbangan kami adalah pada pukul 2.25 pagi. Apalah nasib, memang sangat tidak selesa menunggu penerbangan yang berlepas pada sangat awal pagi begini!

Macam biasa dengan mengambil kira semua faktor, kami keluar awal dari rumah menggunakan perkhidmatan Grab pada pukul 5.30 petang.

Mentari petang yang berlabuh dalam perjalanan ke KLIA 
Menuju ke KLIA
Tiba di KLIA
Control Tower
Suasana petang di KLIA
Menolak bagasi masuk ke bangunan Terminal KLIA
Walaupun waktu ini bukan musim cuti sekolah, KLIA sangat sibuk pada petang itu. Kenangan perjalanan menunaikan Umrah pada bulan Februari lalu juga kembali menjelma bila melihat ramai Jemaah Umrah yang baru tiba dari Tanah Suci. Kelibat Jemaah Umrah yang hendak berangkat ke Tanah Suci walau bagaimanapun tidak kelihatan pada petang itu kerana mungkin agensi-agensi Umrah tidak menganjurkan perjalanan Umrah pada masa sekarang disebabkan Musim Haji yang akan bermula tidak lama lagi.

Ada ramai Jemaah Umrah yang baru tiba dari Tanah Suci seakan sedang menunggu penerbangan sambungan ke kampung halaman
Kami merancang nak membuat early dinner malam ini. Maka sebaik tiba di KLIA, kami terus menuju ke Food Garden di Aras 2.

Perhiasan sempena Hari Raya Aidilfitri berhampiran Food Garden sempena bulan Syawal yang masih diraikan pada waktu itu.
Suasana di Food Garden KLIA
Antara gerai makanan yang terdapat di Food Garden
Dinner
Tengah sedap makan teringat pula yang kami ada membuat tempahan pocket wifi dari Roamingman di KLIA dan kami perlu membuat pick-up sebelum berlepas ke Morocco. Kaunter Roamingman ini terletak di Aras Perlepasan, maka terpaksalah pulak kita naik ke atas kembali untuk mendapatkannya.

Kaunter Roamingman di Aras Perlepasan KLIA
Petugas Roamingman yang sedia membantu
Peralatan Pocket Wifi Roamingman. Walaupun ada pakej 5G disediakan, kami memilih pakej 4G saja untuk menjimatkan kos. Lagipun kita bukanlah influencer yang sentiasa nak kena update socmed sepanjang masa.
Perkhidmatan kaunter Roamingman di KLIA dah semakin bagus sekarang kerana ia beroperasi 24 jam sehari. Sewaktu kami membuat trip ke Taiwan tahun lepas, kaunter ini hanya beroperasi dari pukul 7 pagi - 12 malam. Disebabkan kami tiba dari Taiwan selepas kaunter ditutup, kami terpaksa membuat pemulangan device di drop box yang disediakan saja. Bila dah beroperasi 24 jam begini, mudahlah nak membuat pengambilan dan pemulangan device tak kira pukul berapa sekali pun flight kita di KLIA.

Selepas itu kita turun pula ke Aras Ketibaan untuk bersolat Jamak Maghrib dan Isyak di surau di sana. Kami sengaja memilih bersolat di sana kerana surau ini selalunya kurang sesak berbanding dengan surau di Aras Perlepasan. Surau-surau di KLIA memang dah cantik sekarang kerana kesemuanya telah dinaiktaraf.

Surau di KLIA yang dah semakin cantik selepas dinaiktaraf
Bagasi orang lain yang ditinggalkan sementara di luar pintu surau.
Disebabkan masih ada masa yang panjang sebelum waktu berkumpul yang ditetapkan untuk Grup kami, Myself dan Husband mengambil kesempatan menggunakan Kerusi Urut yang disediakan berdekatan dengan surau di Aras Ketibaan ini. Memang mahal caj yang dikenakan untuk menggunakan Kerusi Urut ini, tapi biasalah kalau kita menggunakan perkhidmatan di airport, segala-galanya memang lebih mahal berbanding di tempat lain.

Stesen Kerusi Urut Gintell di Aras Ketibaan KLIA
Lepas urut, kita makan-makan di Gerai Express yang berhampiran. Keistimewaan gerai ini ialah semua sajiannya menggunakan Gula Apong yang popular dalam masakan-masakan Sarawak.

Gerai Express
Makanan dan minuman yang menggunakan Gula Apong di Gerai Express
Muka mengantuk sambil menikmati makanan...
Akhirnya tibalah masa untuk check-in. Disebabkan kami telah diberikan tiket penerbangan lebih awal oleh agensi pelancongan, kami membuat online check-in dari rumah untuk memastikan dapat duduk bersama sepanjang penerbangan dari KL ke Casablanca. Sebaik kaunter Emirates dibuka, kami terus membuat bag drop.

Kaunter Emirates di KLIA
Membuat bag drop di kaunter Emirates
Selepas membuat bag drop barulah kami mencari Tour Leader kami, Encik Hatta di tempat berkumpul yang ditetapkan pada pukul 10.30 malam.

Husband bergambar dengan Tour Leader kami yang awesome, Encik Hatta
Boarding Pass dari KL - Dubai - Casablanca
Taklimat perjalanan dari Encik Hatta
Seperti yang Myself ceritakan di awal tadi, penerbangan Emirates kami dari Kuala Lumpur ke Dubai dijadualkan berlepas pada pukul 2.25 pagi, hampir sama masa dengan penerbangan Umrah kami ke Jeddah dulu yang berlepas pada pukul 2.15 pagi. Mengenangkan betapa tersiksanya badan menunggu waktu penerbangan ketika itu, Myself dan Husband membuat keputusan untuk menunggu di Plaza Premium Lounge di KLIA kali ini. Maklumlah, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dulu cuma mengambil masa kira-kira 8 jam, itupun sakit-sakit badan menunggu kat kerusi di ruang menunggu airport. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Casablanca kali ini pula akan mengambil masa keseluruhan 19 jam, lagilah sakit badan kita yang dah seasoned ini nanti.

Plaza Premium Lounge adalah Lounge berbayar di KLIA. Sesiapa saja boleh menggunakan Lounge ini jika sanggup membayar untuk menggunakannya. Ada 2 lounge yang disediakan, satu di Main Terminal KLIA (Plaza Premium Lounge) dan satu lagi di bangunan satelit (Plaza Premium First Lounge). Kami memilih menggunakan Plaza Premium Lounge yang lebih murah. Itu pun kadar bayaran yang dikenakan adalah RM 233 seorang bagi tempoh 2 jam. Bagi orang marhaen macam kami, pejam mata sajalah sewaktu membayarnya. Fikirkan saja tentang harga tiket penerbangan ekonomi dicampur dengan harga lounge ini yang jauh lebih murah berbanding tiket Business Class, hahaha! Lounge ini terletak di tingkat atas Aras Perlepasan berhampiran Gate G, selepas pemeriksaan passport dan sekuriti, sebelum stesen Aerotrain yang ditutup sekarang bagi kerja-kerja naiktaraf.

Escalator naik ke Plaza Premium Lounge berhampiran Gate G di KLIA
Kaunter Plaza Premium Lounge
Memeriksa jadual penerbangan di pintu masuk ke Plaza Premium Lounge
Memandangkan bukan selalu kita dapat peluang untuk menggunakan Lounge ini, kita nikmati suasana kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini...

Suasana di Plaza Premium Lounge
Ada makanan dan minuman yang disediakan secara free flow di sini. Tapi mungkin disebabkan hari sangat awal pagi pada ketika itu, pilihannya agak terhad. Makan dan minum sajalah apa yang ada ketika itu.

Kaunter makanan di Plaza Premium Lounge
Kaunter minuman
Jemput makan...
Berehat selepas selesai makan
Pintu perlepasan penerbangan kami dibuka pada pukul 1.25 pagi. Oleh yang demikian, pada pukul 1 pagi, kami bergerak meninggalkan Plaza Premium Lounge untuk menuju ke Pintu Perlepasan.

Meninggalkan Plaza Premium Lounge
Turun ke bawah semula...
Memandangkan perkhidmatan Aerotrain masih diberhentikan sekarang unuk pembaikan, kita terpaksa menggunakan bas menuju ke Pintu Perlepasan yang terletak di Bangunan Satelit KLIA.

Arah ke Pintu Perlepasan C
Husband nak bergambar dulu dengan lukisan wau
Ucapan Selamat Jalan dari KLIA
Have A Safe Journey
Berjalan ke Lobi Bas Khas
Selamat Jalan
Jom naik bas...
Kami adalah penumpang pertama yang naik ke bas ini
Pemandangan sewaktu bas bergerak ke Bangunan Satelit KLIA
Tiba di Bangunan Satelit KLIA
Pintu Perlepasan penerbangan Emirates kami ke Dubai adalah menerusi Pintu C26. Pintu ini telah pun dibuka sewaktu kami tiba di sana. Jadi kita terus beratur untuk masuk ke pintu perlepasan...

Arah ke Pintu Perlepasan C21-C27
Berjalan ke Pintu C26
Beratur di Pintu C26


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):