Saturday, 5 November 2022

2022 BALKANS BHG. 03 (Zagreb Old City)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Zagreb)

Bahagian 3: Croatia 2
ZAGREB OLD CITY & PERJALANAN KE BIHAC

HARI PERTAMA (3)

Part 9: European Square

Bas kami berhenti di European Square untuk membolehkan kami melawat ke Zagreb Old City.

Perhentian bas di European Square
Ukiran menarik di pintu masuk ke European Square
European Square adalah sebuah dataran di Zagreb yang dinamakan sedemikian bagi meraikan kejayaan Croatia menyertai European Union (EU) pada tahun 2013. Walaupun telah menjadi ahli EU sejak tahun 2013, Croatia tidak layak untuk menggunakan matawang Euro kerana belum memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat ini kini telah dapat dipenuhi dan matawang Croatia yang bernama Kuna akan diganti oleh Euro bermula 1 Januari 2023 akan datang.

Husband bergambar bersama Ivana di European Square
Kafe terbuka di European Square
Pemandangan di European Square
Walaupun Croatia telah diterima menjadi anggota EU pada tahun 2013, penggunaan Euro sebagai matawang rasmi hanya akan bermula pada tahun 2023.
Penjual bunga di European Square
Penjual madu
Pelbagai gerai yang menjual produk makanan tempatan di European Square
Buskers
Jus buah-buahan tempatan
Suasana kemeriahan di European Square
Haagen-Dasz
Mendengar penerangan dari Ivana tentang European Square
Bendera-bendera negara Kesatuan Eropah yang dikibar di European Square
Menara gereja yang masih dalam pembaikan selepas mengalami kerosakan dalam gempa bumi yang berlaku pada tahun 2020.
The girls in the group
Ulica Tome Bakača
Menuju ke Ban Jelačíć Square

Part 10: Zagreb Old City

Dari European Square, kita berjalan untuk explore Zagreb Old City. Kita mulakan dengan melawat ke Ban Jelačíć Square.

BAN JELAČÍĆ SQUARE

Ban Jelačíć Square adalah sebuah dataran utama di Zagreb Old City. Kepentingannya kepada Zagreb sama seperti kepentingan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Ia adalah lokasi pertemuan bagi rakyat Zagreb untuk berkumpul beramai-ramai dalam sesuatu upacara atau perayaan.

Berjalan ke Ban Jelačíć Square
Ban Jelačíć Square
Ban Jelačíć Square dinamakan sempena seorang pemerintah di abad ke-19 yang bernama Ban Josip Jelačíć. Dia adalah seorang gabenor (yang diberi gelaran Ban) wilayah Croatia di bawah kerajaan Empayar Habsburg. Tak sangka kekuasaan dinasti Habsburg yang kita pelajari sewaktu melawat ke Eastern Europe dulu turut meliputi Croatia! 

Pada tahun 1848, Jelačíć mengetuai sebuah pasukan tentera Croatia untuk mematahkan pemberontakan di Hungary dengan harapan bantuan yang diberi akan membolehkan Croatia mendapat kuasa autonomi lebih besar di bawah pemerintahan Habsburg. Walaupun gagal mendapatkan kuasa autonomi tersebut, Jelačíć tetap dihormati oleh penduduk Croatia.  

Patung Jelačíć yang didirikan di dataran ini telah dikeluarkan oleh pemerintah Yugoslavia General Tito kerana Jelačíć dianggap pembelot negara kerana berkhidmat untuk kerajaan Habsburg yang berpusat di Austria. Sewaktu dipasang semula di dataran ini pada tahun 1991, orientasi yang pada asalnya menghadap utara ke arah Hungary telah ditukarkan menghadap ke bandar Knin di selatan yang ketika itu sedang ditawan oleh Serbia dalam Perang Kemerdekaan Croatia.

Patung Ban Josip Jelačíć
Pemandangan patung Ban Josip Jelačíć dari hadapan
Wajah lebih dekat Ban Josip Jelačíć
Bergambar di Ban Jelačíć Square
Patung seorang kesatria
Mendengar Ivana memberi penerangan tentang Ban Josip Jelačíć
Ban Jelačíć Square bermula sebagai Pasar Harmica yang bermaksud '1/30'. Ia digelar demikian kerana setiap produk yang dijual dikenakan cukai sebanyak 1/30 harga barangan. Pasar Harmica kemudiannya berpindah ke Dolac Square sehingga menyebabkan dataran ini terbiar sepi. Ia hanya hidup kembali selepas pembangunan semula pada tahun 1970-an.

Bangunan berhampiran Ban Jelačíć Square
Mehmet berbincang bersama Ivana
Ban Jelačíć Square juga adalah sebuah laluan tram yang sibuk
Suasana di sekitar Ban Jelačíć Square
Meninggalkan Ban Jelačíć Square

DOLAC MARKET

Kami seterusnya ditunjukkan tapak Dolac Market (disebut: Dolak Market) yang merupakan sebuah Pasar Tani yang terkenal di Zagreb. Disebabkan ketika itu telah lewat petang, pasar ini telah ditutup. Kami cuma dapat melihat tapak pasar sedang dibersihkan sebagai persediaan untuk Pasar Tani beroperasi lagi pada sebelah pagi esok.

Naik tangga menuju ke Dolac Market
Tapak Dolac Market yang sedang disediakan untuk memulakan perniagaan pada pagi esok.
Mendengar penerangan dari Ivana mengenai operasi harian Dolac Market
Gereja yang terletak di belakang Dolac Market di sana adalah Gereja St. Mary
Pandangan lebih dekat menara Gereja St Mary yang retak-retak kesan kerosakan gempa bumi.
Ahli-ahli Group
Disebabkan tak dapat melihat Pasar Tani, kami cuma singgah di sebuah kedai souvenir berhampiran. Mungkin disebabkan kedai ini sering mendapat persinggahan dari pelancong-pelancong Malaysia, tuan kedai ini yang berbangsa Croat boleh menyapa dan bertutur sedikit-sedikit dalam Bahasa Melayu.

Kedai souvenir di tepi Dolac Market
Ivana mengajak kami masuk ke dalam kedai
Pelbagai souvenir yang dijual di dalam kedai
Ivana memberi penerangan tentang beberapa kraftangan tradisional Croatia yang terdapat di dalam kedai.
Payung renda yang merupakan kraftangan tradisional dari Croatia
Pakaian tradisional Croatia
Kasut tradisional Croatia

CATHEDRAL OF ASSUMPTION OF THE BLESSED VIRGIN MARY (ZAGREB CATHEDRAL)

Macam biasa... disebabkan Myself dan Husband tak gemar shopping, kami merayau-rayau sewaktu ahli-ahli group sibuk membeli souvenir. Kami bertemu dengan sebuah gereja besar Zagreb Cathedral di belakang gerai souvenir. Nama rasmi gereja yang dibina pada tahun 1093 ini adalah Cathedral of Assumption of the Blessed Virgin Mary. 

Zagreb Cathedral
Gereja ini rosak teruk dalam gempa bumi yang melanda kota Zagreb pada 22 Mac 2020 (hari yang sama Covid-19 diisytiharkan sebagai wabak di seluruh dunia). Ia kini sedang giat diperbaiki. Oleh yang demikian, pengunjung tak boleh masuk melawat ke dalamnya.
 
Kerja-kerja pembaikan kerosakan kesan dari gempa bumi pada tahun 2020 sedang giat dilaksanakan pada bangunan gereja. 
Pancutan air Holy Mary and Four Angels Column yang terletak di depan gereja juga sangat menarik perhatian. Patung di atas tiang ini dibina oleh pengukir Croatia Anton Dominik Fernkorn pada tahun 1865. Pancutan air di bawahnya pula dibina oleh seorang arkitek berbangsa Austria yang bernama Herman Bollew sewaktu kerja-kerja pengubahsuaian gereja pada tahun 1880-1882.

Holy Mary and Four Angels Column di depan Zagreb Cathedral
Pandangan lebih dekat Holy Mary and Four Angels Column
Holy Mary
Four Angels di atas pancutan air
Banngunan bulat di sana adalah Zagreb Cathedral Clock Tower. Ada sebuah jam lama pada dinding bangunan ini yang dikekalkan pada jam 07:03:03, saat berlakunya sebuah gempa bumi besar 6.3 Richter pada 9 November 1880.
Salib emas di depan bangunan Clock Tower

Part 10: Perjalanan ke Bihać, Bosnia-Herzegovina

Lawatan kami ke Zagreb hanyalah lawatan singkat. Selepas melawat Zagreb Old City, kami bergerak menuju ke Bihać (disebut: Bihaj) yang terletak di negara Bosnia-Herzegovina untuk bermalam di sana.

Pelbagai tempat menarik di Zagreb Old City
Kembali ke European Square untuk mendapatkan bas
Posing di European Square sebelum naik bas
Bas menunggu di sini
Perjalanan dengan bas dari Zagreb ke Bihać memakan masa 2 jam 40 minit.

Perjalanan ke Bihać, Bosnia-Herzegovina
Plaza Tol ketika meninggalkan Zagreb
Satu pengalaman menarik dalam perjalanan ke Bihać ialah ketika melalui sempadan Croatia dan Bosnia-Herzegovina. Kami tiba di sempadan ini dalam malam gelap. Setiap kali tiba di sempadan, pemandu bas kami Dragan yang berasal dari North Macedonia akan turun untuk memastikan prosedur imigresen yang perlu dilalui.

Di sempadan Croatia dan Bosnia-Herzegovina ini, kami perlu turun dari bas untuk membuat pemeriksaan passport. Apa yang menarik ialah tak ada zon penampan (No Man's Land) di antara kedua-dua negara di sini. Selepas turun bas untuk mengecop passport di booth imigresen Crotia, kita berjalan pula ke booth imigresen Bosnia-Herzegovina di belakangnya sebelum naik semula ke atas bas. Literally bolehlah dikatakan yang kita berjalan kaki dari Croatia ke Bosnia-Herzegovina pada malam itu.

Kita tak dibenarkan untuk mengambil gambar di pos kawalan sempadan ini. Oleh itu, kita gunakan gambar dari internet untuk mengabadikan kenangan...

Beginilah suasana pos kawalan sempadan Croatia dan Bosnia-Herzegovina. Selepas mengecop passport di booth sempadan Croatia di sini kita berjalan kaki pula ke booth sempadan Bosnia-Herzegovina di sana. (Gambar dari internet)

Part 11: Hotel Safir @ Bihać, Bosnia-Herzegovina

Hotel penginapan kami di Bihać yang bernama Safir Hotel terletak cuma 20 minit dari pos kawalan sempadan. Tapi disebabkan ketika itu dah gelap malam, sukar untuk kita nak mengambil gambar dari atas bas.

Hotel Safir
Membawa beg masuk ke hotel
Pintu masuk ke Hotel Safir
Pendaftaran masuk ke bilik
Dinner pertama kami di Balkans juga disediakan di Hotel Safir. Makanan yang disediakan adalah makanan tipikal Bosnia. Gulai daging yang dinamakan Goulash di restoran ini cukup sedap.

Restoran di Hotel Safir
Memilih makanan yang hendak dimakan
Hidangan makanan di Hotel Safir
Dinner pertama di bumi Balkans
Bilik penginapan di Hotel Safir juga besar dan selesa. Kettle dan teh percuma turut disediakan kepada penginap.

Bilik penginapan di Hotel Safir
Meja di bilik penginapan
Kettle dan teh uncang percuma di dalam bilik hotel


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: