Thursday 1 March 2001

2001 PERTH, AUSTRALIA

Februari 2001

WESTERN AUSTRALIA
Perth, Mandurah & Fremantle

Lawatan ke Perth sebenarnya berlaku dengan tidak dirancang. Pada ketika itu Myself dan Husband merancang untuk pergi bercuti ke Phuket. Tetapi, sewaktu kami pergi ke travel agent, kami dapati ada pakej murah 5 Hari/4 malam ke Perth. Makanya, dengan tidak semena-mena perancangan percutian ke Phuket bertukar pulak ke Perth.


Kami ke sana menggunakan khidmat Malaysia Airlines. Penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Perth memakan masa 5 jam. Bertolak lewat malam dari KLIA dan sampai di Perth pada awal pagi keesokan harinya. 

Tiba di Lapangan Terbang Perth
Setibanya di sana, pemandu pelancong kami - seorang uncle berketurunan Cina yang sebenarnya berasal dari Singapura - telah sedia menunggu. Group kami tak besar, hanya kami berdua dan satu keluarga Cina dari Kuala Lumpur yang terdiri dari sepasang suami isteri, ibu mereka dan 2 orang kanak-kanak. Semua perjalanan diatur dengan menaiki van yang boleh memuatkan kami semua.

HARI PERTAMA

Part 1: Perth


Peta kedudukan bandaraya Perth
Bandaraya Perth amat tenang. Kami diberitahu disebabkan ketenangan dan iklimnya yang bercirikan Mediterranean, ia menjadi pilihan pesara untuk menetap di sana.

Bersantai di tengah kota di Perth
Bersiar-siar di tengah bandar.
Bukti dah tiba di Australia.
Hotel penginapan kami di Perth
Gambar selepas breakfast di Ibis Hotel. Seorang Mat Salleh Aussie yang yang tolong kami ambilkan gambar ini.

Part 2: Murray Street Mall

Tidak jauh dari hotel kami juga ada Murray Street Mall, sebuah shopping centre berbentuk pedestrian mall. Di sinilah kami menghabiskan masa berwindow shopping setiap hari. Satu pemandangan yang agak memelikkan kami ialah melihat ramai Mat Salleh yang berjalan berkaki ayam kat sini, termasuklah mereka yang berpakaian agak smart. Sewaktu berjalan di sini juga kami melihat beberapa insiden pekedai tak membenarkan orang-orang yang berkaki ayam ni masuk ke premis mereka.


Pemandangan di Murray Street Mall
Pemandangan Murray Street Mall dari atas pedestrian bridge.
Bersiar-siar di Murray Street Mall.
The Body Shop di Murray Street Mall.
Myer Department Store di Murray Street Mall. Tak seperti department store di Malaysia, kedai ini ditutup seawal 6 petang setiap hari.
Kedai souvenir di Murray Street Mall.
Pemandangan yang menarik di Murray Street Mall

Part 3: Makanan Halal Di Perth

Disebabkan kami mengikut pakej percutian yang diatur oleh travel agent, makanan halal tak jadi masalah. Namun dari pemerhatian kami, makanan halal sebenarnya tak susah diperolehi di Perth.

Sayang Cafe
Satu dinner kami disediakan di Cafe 119 di depan sana.
Restoran Denpasar Moon yang menyediakan masakan Indonesia di Perth.
Kafe milik seorang lelaki dari Indonesia yang kami temui sewaktu bersiar-siar di Murray Street Mall.
Restoran Indonesia Indah
Di sebelah Hotel Ibis tempat penginapan kami, ada sebuah kedai menjual roti canai bernama Grand Centro Bistro. Pemiliknya adalah seorang lelaki India yang berasal dari Malaysia. 

Satu lagi pemandangan hotel penginapan kami, Ibis Hotel di Perth. Di sebelah restoran inilah letaknya restoran Grand Centro Bistro yang dimiliki oleh seorang Uncle berketurunan India yang berasal dari Malaysia.
Setiap hari, dia mengajak kami makan di restorannya, tapi disebabkan agak ragu-ragu dengan status halal makanan di situ, kami sentiasa mengelak dengan alasan makanan telah disediakan oleh agen pelancongan. 

Cuma pada hari terakhir barulah kami masuk ke kedai itu untuk mencuba roti canai selepas Uncle India tu memberitahu kami yang dia ada menyediakan kari ikan. Makanannya agak biasa saja, namun satu pengalaman yang agak janggal melihat Mat Salleh bekerja di kedai roti canai.

Kenangan makan roti canai di Perth.
Pelik melihat Mat Salleh bekerja di kedai roti canai.

Part 4: King's Park

Tempat menarik yang pertama dikunjungi di Perth adalah King's Park. Taman ini sangat besar dan terletak di tengah-tengah bandar. Ada banyak tarikan pelancong di taman ini, tapi kami taklah melawat kesemuanya. Cukup sekadar bersantai-santai menikmati pemandangan di kawasan sekitar tempat van menurunkan kami.

King's Park
Pemandangan kotaraya Perth dari King's Park.
Wishing Well di King's Park.
Bersantai dekat Wishing Well.
Berjalan menuju ke War Memorial
Kenangan di depan War Memorial.
War Memorial, King's Park
Giant Karri Log
Pokok gum yang membarisi jalan di kawasan King's Park
Bergambar di bawah Pokok Gum.

Part 5: Lake Monger

Lake Monger terkenal dengan burung swan berwarna hitam. Menurut katanya swan hitam ini hanya terdapat di tasik ini saja.

Burung-burung di Lake Monger
Memberi makan burung di tepi Lake Monger
Dikejar burung-burung yang masih meminta makanan di Lake Monger.
Bersantai bersama Black Swans di Lake Monger.
Black Swan yang hanya terdapat di Lake Monger.
Berjemur macam Mat Salleh di tepi Lake Monger.

Part 6: Perth Mint

Perth Mint termasuk dalam program lawatan. Namun malangnya ia ditutup sewaktu kami tiba di sana. Jadi, tengok dari luar sajalah.

Oleh kerana Perth Mint dah ditutup sewaktu kami tiba di sini, dapat bergambar di depan memorial ini saja di sini.

Part 7: London Court

Seperti juga di England, kedai-kedai di Perth umumnya ditutup pada pukul 5 petang. Walau bagaimanapun, pada hari Jumaat yang merupakan hari gaji, masa perniagaan kedai-kedai dipanjangkan sehingga ke pukul 9 malam.

Kesempatan ini kami gunakan untuk melawat sebuah kawasan membeli-belah yang dinamakan London Court. Kedai-kedai di sini dibina seperti di kota London.


London Court

HARI KEDUA

JOONDALUP


Peta Joondalup dan City Beach
Program Hari Kedua adalah Lawatan ke Joondalup.

Part 8: City Beach

Australia terkenal dengan keindahan pantainya. Maka kami dibawa singgah sebentar di City Beach sewaktu dalam perjalanan ke Joondalup.

Welcome To City Beach
Pantai City Beach menghadap ke Laut Hindi dan pasirnya amat halus. Sewaktu di sana, angin bertiup dengan kuat sekali sehingga pasir-pasir halus berterbangan. Terpaksalah berjalan sambil melindung mata untuk mengelakkan pasir-pasir halus masuk ke dalam mata.

Susah nak bergambar di sini sebab angin yang kuat menerbangkan pasir-pasir halus ke muka kita.
Kenangan di City Beach.
Bergaya macho menahan pasir yang berterbangan ke muka.
Satu lagi aksi menahan pasir yang berterbangan masuk ke dalam mata.
Kuat betul angin kat sini...

Part 9: Neil Hawkins Bird Park

Neil Hawkins Bird Park terletak di sebuah kawasan yang dinamakan Joondalup.  Di sini anda dapat melihat burung-burung liar berterbangan bebas.


Neil Hawkins Bird Park
Memberi makan Burung Kakak Tua di Neil Hawkins Bird Park.
Husband bergambar di pintu masuk ke Neil Hawkins Bird Park.
Bergambar dengan berlatar belakangkan Lake Joondalup
Berjalan menuju ke Lake Joondalup
Lake Joondalup
Burung-burung yang berkumpul di tepi tasik.
Bersanatai di tepi Lake Joondalup
Melihat burung yang berbaris di tepi tasik.
Cantik je dia orang berbaris kat sini.
Meninggalkan Neil Hawkins Bird Park

HARI KETIGA

SWAN VALLEY

Peta Swan Valley
Bandaraya Perth disaliri oleh Sungai Swan dan kawasan Lembangan Sungai Swan terkenal dengan buah-buahan terutamanya anggur yang ditanam untuk dijadikan wain.

Singgah di West Swan untuk membeli buah-buahan.
Kebun buah-buahan di belakang kedai buah-buahan.
Bergambar kenangan di depan kedai buah-buahan di West Swan
Guildford
Pemandangan lain di Bandar Guildford

Part 10: Scarborough Beach

Selain dari City Beach, kami juga dibawa berkunjung ke Scarborough Beach. Seperti City Beach, pantai ini juga menghadap ke Laut Hindi, tetapi di sini tak adalah pasir-pasir halus yang berterbangan masuk ke dalam mata macam di City Beach tadi.

Scarborough Beach
Tangga menuju ke pantai.
Walaupun angin kuat, di sini tak ada pasir berterbangan masuk ke mata. Tapi muka tetap berkerut menahan terik matahari musim panas di Australia ni...
Husband bergambar dengan Tourist Guide kami yang bernama Damian.
Bergaya di Scarborough Beach
Pantai di Australia ni memang panjang-panjang.

Part 11: Caversham Wildlife Park

Australia juga kaya dengan pelbagai jenis haiwan yang tidak terdapat di tempat-tempat lain di dunia. Antaranya termasuklah kangaru, wombat, koala dan berbagai-bagai lagi. 

Bagi melihat lebih dekat kepelbagaian fauna di Australia, kami dibawa melawat Caversham Wildlife Park yang terletak di kawasan West Swan.

Caversham Wildlife Park
Koala yang pemalas. Asyik tidur je!!
Tak bangun pun dia bila Husband pegang.
Kangaru di Caversham Wildlife Park. Bila dia berdiri dua kaki dekat kita amboi, tingginya!!
Kangaroo Feeding
Keluarga Cina dari Malaysia yang mengembara bersama kami. Mereka memang baik dan friendly.
Kangaroo yang jinak
Husband berbual dengan ranger di Caversham Wildlife Park.
Emu
Emu dan jirannya, Si Keldai.
Rusa
Pemandangan dekat rusa yang bersantai.
Mengikut sejarahnya, unta dibawa ke Australia dari Timur Tengah untuk membantu usaha meneroka Great Australian Desert yang terletak di tengah-tengah benua Australia.
Unta tunggangan di Caversham Wildlife Park.
Tasmanian Devil. Suaranya sangat nyaring bila menjerit melepaskan perasaan.
Cakk !!!
Kangaroo lagi!
Burung Merak
Wombat

HARI KETIGA

MANDURAH & FREMANTLE

Part 12: Mandurah



Mandurah (dalam loghat Australia dipanggil: Man-ju-rah) terletak di muara Sungai Swan. Tujuan kami ke sana adalah untuk menaiki cruise di Sungai Swan.

Mandurah.
Lagi pemandangan di Mandurah.
Sungai Swan yang cetek di Mandurah.
Burung-burung di Mandurah
Sungai Swan di Mandurah lebar dan agak cetek di beberapa tempat. Kapten bot perlu berhati-hati mengemudikan bot bagi mengelak dari terlanggar beting pasir.

Pemandangan di tebing Sungai Swan
Kenangan di Mandurah
Kalau tak percaya betapa ceteknya Sungai Swan di sini, tengok budak yang berlari menyeberang sungai di kiri tu...
Lagi kenangan di Sungai Swan.
Perjalanan cruise memakan masa kira-kira sejam. Sewaktu di muara, sebenarnya ada dolphin terlompat-lompat mengejar bot kami. Tapi disebabkan duduk di barisan tengah, tak dapatlah nak ambil gambar dolphin.

Boat Cruise di Mandurah.
Pemandangan di dalam bot.
Restoran di tepi Sungai Swan.
Rumah dan bot mewah di pinggir Sungai Swan.
Cruise tamat di sini.
Bagi pengunjung yang turut mengambil pakej makanan tengahari, makanan disediakan di restoran ini.

Part 13: Fremantle

Peta Fremantle
Bandar Fremantle adalah pelabuhan bagi bandaraya Perth. 

Fremantle
Kereta elektrik di Fremantle.
Bandar Fremantle dilawati di sebelah petang selepas boat cruise di Mandurah. Antara yang dilawati ialah Fallen Sailors and Soldiers Memorial yang juga dikenali sebagai Fremantle War Memorial.

Fallen Sailors and Soldiers Memorial
Cuaca panas terik masa ini sehingga menusuk ke dalam kulit.
Bergambar di Fallen Sailors and Soldiers Memorial dengan berlatar belakangkan Pelabuhan Fremantle.
Pemandangan Bandar Fremantle dari Fallen Sailors and Soldiers Memorial.
Namun disebabkan cuaca panas terik musim panas ketika itu, kami tak tak dapat bertahan lama di Fremantle War Memorial. Terus saja kami pergi ke destinasi seterusnya, Fremantle Market.

Part 14: Fremantle Markets

Fremantle Markets adalah tarikan pelancong terpenting di Fremantle. Di sini terdapat gerai menjual groceries, makanan dan cenderamata.

Fremantle Markets
Pintu masuk ke Fremantle Markets
Ada ramai penjual berbangsa Asia di Fremantle Markets
Buah-buahan segar yang dijual
Menikmati buah-buahan di Fremantle Markets
Kedai-kedai souvenir di Fremantle Markets.
Kami tertarik ke Freo Curry Hut ini kerana ia menjual Teh Tarik.
Kenangan minum teh tarik di bumi Australia.

HARI KEEMPAT

FREE DAY

Part 15: University of Western Australia

Kami diberikan aturcara bebas pada hari terakhir di Perth dan kesempatan ini digunakan untuk berkunjung ke University of Western Australia (UWA) yang merupakan tempat Abang belajar pada masa dulu.

Sebelum kami bertolak ke Perth, Abang ada berpesan supaya membelikan sticker kereta untuknya jika kami berkesempatan berkunjung ke UWA. Oleh kerana kami tiada aktiviti spesifik pada hari terakhir, kesempatan ini kami gunakan untuk melawat UWA.

Kami ke UWA menggunakan perkhidmatan bas awam. Dari hotel, kami berjalan kaki melintasi sebuah jambatan berbentuk ladam kuda yang dinamakan Horseshoe Bridge. Sewaktu di Perth, setiap kali kami akan melintas jambatan ini dengan kenderaan untuk ke sana sini.

Pemandangan Horseshoe Bridge yang berbentuk ladam kuda.
Pemandangan dari atas Horseshoe Bridge
Terminal Bas Awam Perth yang dipanggil Busport terletak berdekatan dengan Horseshoe Bridge. Ia berkongsi bangunan dengan Terminal Keretapi.

Perth Busport
Pemandangan di Perth Busport
Terminal Keretapi Perth
Terminal Keretapi ini juga terletak di bangunan Perth Busport
Dengan menggunakan perkhidmatan bas awam, sampai juga kami ke kampus UWA yang memang sangat cantik.

University of Western Australia
Kampus UWA
Menyamar jadi student kat sini.
Kampus universiti ini memang cantik.
Kedai cenderamata di UWA

Part 16: CAT Bus

Untuk mengelakkan kesesakan di bandaraya, pihak berkuasa di Perth menyediakan perkhidamatan bas percuma di kawasan perniagaannya yang dikenali sebagai Central Business District (CBD). Perkhidmatan ini dinamakan City Area Transit (CAT).

Terdapat 2 laluan bas CAT di Perth. Sekembalinya dari UWA, kami membuat keputusan untuk mengelilingi Perth dengan menggunakan bas CAT.

Bas CAT. Perkhidmatan bas ini adalah percuma.
Di setiap stesen perhentian bas CAT ada timer yang menunjukkan masa jangkaan ketibaan bas CAT.
Pemandangan di dalam bas CAT
Memandangkan ini hari terakhir kami di Perth, kami turut mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar kota Perth dengan berjalan kaki.

Stirling Gardens
Patung-patung kangaroo berdekatan Stirling Gardens
Husband bergambar dengan patung kangaroo.
Berehat sebentar bila dah penat berjalan.
St Georges Terrace.
Bersiar-siar di St Georges Terrace
Raine Square ini terletak tak jauh dari hotel kami.
Satu lagi pemandangan di Raine Square

HARI KELIMA

Part 17: Pulang Ke Malaysia 

Selepas berada selama 5 hari di Perth, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Memang puas rasanya mengembara di Perth selama 5 hari. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines amat lancar. Mungkin di kesempatan yang lain akan kembali lagi ke bumi kangaroo ini.

Pesawat Malaysia Airlines yang akan membawa kami pulang ke Malaysia
Kenangan di Perth Airport
Berjalan menuju ke Pintu Perlepasan.
Dalam pesawat pulang ke Malaysia
Sewaktu dalam kapalterbang, Husband terperasan yang dia tertinggal jaketnya di Airport. Nak buat macam mana, redha sajalah..

Dalam kenangan... Husband bersama jaketnya yang tertinggal di Perth Airport


CATATAN PERJALANAN LAIN (AUSTRALIA):