Friday 31 December 2021

2021 TRAVEL REVIEW 49 - WISHLIST

Disember 2021

Travel Review 49 : Wishlist
TRAVEL WISHLIST POST COVID-19

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Selepas bertarung dengan wabak Covid-19 selama 2 tahun yang menyebabkan Kaki Travel macam kita hanya terkurung kat rumah, akhirnya sinar perjalanan muncul jua... Seperti juga ramai Kaki Travel yang lain, Myself dah mula memikir-mikir nak start travel kembali. Tapi kita tergolong dalam grup yang mendapat vaksin Sinovac. Geng-geng Sinovac ini susah sikit nak travel ke banyak negara sebab mereka cuma mengiktiraf vaksin-vaksin Orang Putih yang sekufu dengannya. Vaksin dari China macam Sinovac tak diiktiraf walaupun mendapat kelulusan dari WHO. Namun sinar itu datang juga setelah kita mendapat Pfizer sebagai Booster Dose dalam bulan November 2021 dan semakin banyak negara yang mengiktiraf Sinovac.

Walau bagaimanapun, disebabkan usia yang kini dah meningkat, banyak pulak restrictions dan considerations yang perlu dibuat bila nak mula travel kembali. Umpamanya dengan tanggungjawab kerja yang semakin berat, nak ambil cuti panjang-panjang dah tak aman lagi.... Dengan umur yang begini juga, kita dah termasuk golongan yang berisiko dengan wabak Covid-19. Walaupun kes dah semakin berkurangan, kuman Covid masih ada di luar sana. Jadi perancangan perjalanan masih perlu mengambil kira kemungkinan jangkitan. 

Myself dan Husband sepakat kami nak tunggu dan lihat dulu sepanjang tahun 2022 nanti. Tak mahulah terus travel gila-gila sebaik sempadan negeri dan negara dibuka. Peraturan kuarantin selepas balik juga masih ada. Silap-silap cuti kuarantin selepas balik mungkin lebih lama dari cuti perjalanan sendiri. Lagipun bak kata seorang rakan, banyak hotel dah berhabuk dan berhantu setelah lama ditinggal sepi selama 2 tahun sewaktu Lockdown. Biarlah orang lain beramai-ramai tolong sapukan habuk dan menghalau hantu kat hotel-hotel tu dulu untuk kita. Hihihiii... kita buat-buat gelak evil sebab dengki tak boleh nak terus start travel macam orang lain.

Beg menunggu nak travel lagi
Tapi tak salah untuk menyimpan cita-cita travel. Ini hanya impian Myself untuk tempoh yang mungkin 10 tahun akan datang. Kalau tercapai, Alhamdulillah. Kalau tak tercapai, sekadar seronok berangan-angan. Kalau terlencong ke tempat lain, itu dikira bonus dari Allah. Mari kita tengok tempat-tempat yang ada di dalam radar Myself. Banyak tempat nak pergi sebenarnya tapi kita listkan 3 tempat yang paling teringin nak pergi dalam 3 kategori: Jangka Pendek, Jangka Sederhana dan Trip Exotic.

Disclaimer: Memandangkan semua tempat-tempat ini kami tak sampai lagi, gambar-gambar yang digunakan adalah dipetik dari internet.

TRIP JANGKA PENDEK

Buat permulaan sewaktu ancaman Covid-19 ini masih ada sikit-sikit lagi, kita travel dekat-dekat sajalah. Tripnya pun mungkin tak panjang, sekadar 3-4 hari. Manalah tahu, kot-kot masa tengah travel dapat pulak berita sempadan negara kena tutup balik sebab Covid. Kalau berada di tempat-tempat yang dekat begini senang juga kita nak packing lari balik ke Malaysia...

1. Phuket, Thailand

Sebelum Covid dulu, Myself tak teringin pun nak pergi ke Phuket. Tapi masa Lockdown, bila terbaca berita tentang Thailand membuka Phuket kembali untuk pelancongan, barulah kita buat research tentang Phuket. Bila baca-baca maklumat, seronok pulak rasanya kalau dapat buat trip singkat ke Phuket nanti...

Phuket
Phuket terkenal dengan keindahan laut. Tapi disebabkan kami bukanlah peminat aktiviti laut, mungkin kita buat tour dari darat sajalah. Selain itu ada juga cita-cita nak melihat persembahan yang terkenal hebat di Phuket seperti Phuket Fantasea ataupun Siam Niramit Show. Kalau banyak duit masa itu, mungkin dua-dua sekali kita tengok.

Siam Niramit Show

2. Jakarta, Indonesia

Lepas travel ke Phuket, maybe kita travel pulak ke Jakarta. Kami pernah pergi ke Jakarta lebih kurang 20 tahun dulu. Masa itu kami cuma melawat ke Monas, Ancol dan Taman Mini Indonesia Indah. Kalau berpeluang pergi ke Jakarta lagi, kita melawat pula ke tempat-tempat bersejarah di Jakarta macam Taman Fatahillah dan Pelabuhan Sunda Kelapa.

Jakarta
Selain dari Jakarta, kami juga bercadang nak bercuti ke Anyer. Ingat tak lagu popular Sheila Majid dulu Antara Anyer dan Jakarta? Menurut ceritanya Gunung Berapi Anak Krakatau dapat dilihat dari pantai di Anyer. Pasti menakjubkan bila dapat melihat sendiri gunung berapi yang terbesar di dunia ini nanti, walaupun cuma dipandang dari jauh.

Anak Krakatau

3. Taiwan

Taiwan juga ada dalam cadangan travel kami. Sebelum ini pun ada juga sekali dua kami mencuba nak travel ke Taiwan tapi tak menjadi kerana berbagai hal. Mungkin selepas Covid ini kita sambung percubaan seterusnya untuk travel ke Taiwan.

Taipei
Kalau dapat sampai ke Taiwan nanti, antara aktiviti yang ingin dibuat adalah Sky Lantern di Shifen. Macam fun je bila baca experience orang lain menerbangkan sky lantern ini di sana.
 
Sky Lantern

TRIP JANGKA SEDERHANA

Bila suasana dah memang aman untuk travel kembali macam dulu-dulu, kita sambung kembali impian travel pre-Covid yang tak kesampaian dulu...

1. Amritsar, India

India adalah sebuah negara yang kami suka kunjungi. Setakat ini kami dah berpeluang berkunjung ke India Utara dan Kerala. Satu destinasi impian lain kami di India adalah Amritsar yang terletak bersempadan dengan Pakistan. Kalau Varanasi di tepi Sungai Ganges merupakan bandar suci penganut Hindu, Amritsar pula adalah bandar suci penganut Sikh kerana di sinilah letaknya kuil utama mereka yang dinamakan Golden Temple.

Golden Temple di Amritsar, India
Satu tempat yang pasti akan kami usahakan untuk pergi bila berada di Amritsar adalah Wagah Border untuk menyaksikan perbarisan tentera India dan Pakistan menutup sempadan negara masing-masing setiap hari. Mengikut ceritanya perbarisan ini sangat menarik kerana tentera dari kedua-dua negara bersaing antara satu sama lain untuk menunjukkan yang negara mereka adalah lebih hebat.

Wagah Border
Dah terlanjur tiba di Amritsar nanti, mungkin boleh extend sikit perjalanan untuk menuju ke Shimla. Selain Srinagar di Kashmir, Shimla juga adalah sebuah bandar peranginan di kaki Gunung Himalaya. Disebabkan iklimnya yang nyaman, ia menjadi tumpuan pegawai-pegawai British yang berkhidmat di India dulu untuk bercuti di sana. Dengar ceritanya suasana di Shimla memang betul-betul macam suasana di England dengan cuacanya yang sejuk begitu. Kita tengoklah sendiri kebenarannya nanti bila dah sampai ke sana kelak...
 
 Shimla

2. Russia

Selepas berpeluang melawat ke Eropah Barat dan Eropah Timur, Myself memang teringin nak melawat ke Russia. Kalau tak disebabkan PKP Covid dulu, mungkin dah terjejak kaki kami ke Russia. Tapi begitulah suratan takdir... kita merancang dan perancangan Allah lebih baik lagi. Memang bersyukur kerana ketika itu kami hanya masih merancang dan belum membuat apa-apa booking lagi. Kalau tidak, pasti terjebak dengan masalah nak mendapatkan refund semula. 

Moscow
Kalau masih ada rezeki di masa akan datang, Insyaallah pasti kami akan sampai ke Russia. Kami sebenarnya hanya merancang nak melawat ke Moscow dan St Petersburg saja. Tapi kalau dapat extend ke tempat lain seperti Kazan atau Scandinavia, itu adalah satu bonus.
 
 Istana Peterhof di St Petersburg

3. South Africa

Dah lama sangat kita bermimpi nak pergi ke South Africa. Tapi itulah... destinasi yang jauh dan exotic begini memang mencabar nak pergi. Cabaran yang paling hebat mestilah nak kumpul duit untuk pergi ke sana... Bila dapat saja terkumpul duit sikit-sikit tu, adalah pulak destinasi lain yang datang menggoda... terus ke sana pulak kita.

Cape of Good Hope di South Africa
Inilah aktiviti yang selalu menjadi igauan dalam impian nak travel ke South Africa... Membuat animal safari nak tengok singa liar begini...

Animal Safari

TRIP EXOTIC

Ini pulak perancangan travel selepas bersara nanti. Ehh, dah nak bersara dah ke? Insyaallah memang tak lama, hanya beberapa tahun lagi yang boleh dikira dengan jari di sebelah tangan saja... very looking forward tapi tersiksa jugalah rasanya nak menyampaikan ke waktu itu, hahhahha!! Kita kategorikan trip ini sebagai Trip Exotic sebab destinasi ini memang tak ada dalam radar kebanyakan pengembara biasa. Mudah-mudahan ia boleh menjadi kenyataan...

1. Palestine / Israel

Selepas beberapa kali melawat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Makkah dan Madinah, Myself cukup teringin nak melawat ke Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis. Tapi seram juga nak pergi ke sana dengan pergolakan yang sering berlaku sekarang. Tapi Myself percaya sebagai Masjid yang ketiga utama di dalam Agama Islam, Masjid Al Aqsa sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT.

Baitulmaqdis
Teringin juga rasanya nak melihat Via Dolorosa di Jerusalem Old City yang dipercayai oleh Orang Kristian sebagai jalan yang dilalui oleh Jesus Christ sebelum disalib dan melihat sendiri cara orang-orang Yahudi bersembahyang terhangguk-hangguk di depan Wailing Wall di sana.

Via Dolorosa
Wailing Wall
Kalau Allah beri kesempatan kepada kami untuk melawat ke bumi Palestin nanti, ada beberapa tempat lain yang teringin juga Myself nak kunjungi. Antaranya adalah Sea of Galilee yang disebut sebagai Tasik Tabari di dalam sebuah Hadis Nabi mengenai Hari Kiamat: “Allah SWT akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir daripada kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.” [Riwayat Muslim (2937)]. Mungkin lawatan ke sini akan dapat meningkatkan keinsafan kita tentang kumunculan Hari Kiamat yang tiada keraguan padanya seperti yang tersebut di dalam Al Quran.

Sea of Galilee (Tasik Tabari)

2. Northern Territories, Australia

Myself dah tiga kali berkunjung ke Australia, tapi masih ada sebuah lagi tempat yang ingin Myself kunjungi ~ Northern Territories di Australia. Northern Territories ini memang tak popular dengan pengunjung dari Malaysia disebabkan iklimnya yang panas macam di Malaysia juga. Tapi Myself tetap teringin nak pergi ke sana sebab nak tengok Jumping Crocodile.

Jumping Crocodile
Destinasi lain yang ingin dituju di Northern Territories ini adalah bandar Alice Springs yang terletak betul-betul di tengah-tengah benua Australia. Cita-citanya adalah nak naik keretapi The Ghan dari Darwin ke sana.
 
Keretapi The Ghan sedang merentas Padang Pasir Australia
Alice Springs
Dari Alice Springs, kita akan menuju pula ke tengah Great Australian Desert untuk melihat Uluru, bongkah batu berwarna merah yang berdiri megah di tengah padang pasir. Nama lainnya adalah Ayers Rock. Dengar cerita ada banyak lalat kat sini. Tapi tak apa, kita pakai sajalah Fly Net bila nak melawat ke sana nanti...

Uluru (Ayers Rock)

3. Papua, Indonesia

Destinasi terakhir dalam 3 tempat yang paling teringin nak pergi dalam kategori Exotic adalah Papua di Indonesia. Nampak macam dekat sebab Papua terletak di Indonesia, tapi jauh sebenarnya nak sampai ke sana dari Malaysia. Bagi kebanyakan pengembara, destinasi impian kalau berkunjung ke Papua adalah Raja Ampat yang merupakan sebuah diving heaven kepada peminat snorkeling dan scuba diving. Tapi bagi orang yang tak minat dengan aktiviti laut macam Myself, destinasinya adalah Jayapura yang merupakan kota terbesar di Wilayah Papua. Penerbangan direct dari Jakarta ke Jayapura pun memakan masa hampir 6 jam, bayangkan berapa lama pula tempoh perjalanan yang diperlukan dari Kuala Lumpur!

Jayapura
Danau Love berhampiran Jayapura
Antara tarikan utama pengunjung ke Jayapura adalah melawat ke perkampungan penduduk asli di Wamena yang terletak sejam lagi penerbangan dari Jayapura. Sampai di Wamena pulak kena hiking lagi berjalan kaki sejam dua menuju ke perkampungan destinasi. Kami juga teringin nak melihat penduduk Asli di Papua ini, tapi kami tak cukup adventurous nak berkunjung ke Wamena. Jadi kita plan sajalah nanti untuk datang ke Jayapura sewaktu pesta kebudayaan tahunan Danau Sentani Festival sedang berlangsung. Dapat juga nanti kita melihat kebudayaan masyarakat asli Papua ini di sana... Cheating begitu, hahaha!!
 
Danau Sentani Festival
Satu lagi keistimewaan wilayah Papua di Indonesia ini ialah di sini ada sebuah kemuncak gunung yang sentiasa diliputi salji. Nama gunung ini adalah Gunung Jayawijaya yang juga dikenali sebagai Cartenz Pyramid dan merupakan gunung tertinggi di Indonesia. Hebat, kan? Gunung Kinabalu di Malaysia pun tak ada salji kekal begitu. Padahal kedua-duanya terletak di kawasan Khatulistiwa.

Puncak Jayawijaya (Cartenz Pyramid) di Papua, Indonesia yang sentiasa diliputi salji.
Tak mungkinlah rasanya kami akan sampai ke situ. Tapi manalah tahu kan, kot-kot boleh nampak gunung bersalji di Indonesia ini dari atas kapalterbang!
 
Begitulah impian dan cita-cita yang tersemat di hati. Kita tengok sajalah nanti yang mana yang akan menjadi kenyataan dan mana pula terus kekal menjadi impian. Untuk sementara waktu.... Selamat Tahun Baru 2022. Semoga tahun baru ini memberi lebih sinaran untuk kita kembali bertravel-travel.



TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

Friday 24 December 2021

2021 TRAVEL REVIEW 48 - IN BRIEF (EROPAH TIMUR)

Disember 2021

Travel Review 48 : In Brief
EROPAH TIMUR

Eropah Timur bagi Myself adalah sebuah rantau di Eropah yang cantik, menarik dan berwarna-warni. Ia juga adalah sebuah rantau yang penuh bersejarah. Negara-negara di Eropah Timur tidak sekaya negara-negara di Eropah Barat. Corak kehidupan penduduknya juga sangat konservatif berbanding Eropah Barat. Ada seorang ahli Grup rombongan kami pernah bertanya kepada Tourist Guide kami di Austria mengapa dari pemerhatiannya wanita-wanita di Eastern Europe gemar memakai pakaian yang berwarna sedondon dan konservatif. "Well, we are in Eastern Europe," jawabnya.

Peta negara-negara Eropah yang pernah diperintah oleh Komunis pada masa dahulu. Negara-negara ini dikenali sebagai Eastern Bloc yang berkiblat kepada Russia (Union of Soviet Socialist Republic atau USSR).
Negara-negara di Eastern Europe yang kami lawati (Czech Republic, Slovakia, Hungary dan Austria) berkongsi sejarah yang sama. Pada mulanya kesemua mereka diperintah oleh raja-raja dari keturunan Habsburg yang berpusat di Austria. Kemudian kesemuanya ditakluk oleh tentera Nazi di bawah pimpinan Adolf Hitler dari Germany dan seterusnya dijajah Komunis dari Soviet Union (yang dikenali sebagai Russia pada hari ini). Kesemua mereka menjadi negara merdeka selepas pemerintahan komunis di Soviet Union runtuh pada akhir tahun 1980-an.

Pemerintahan Habsburg

Satu ketika dulu, Empayar Austria-Hungary yang dikuasai oleh Raja-raja Habsburg adalah wilayah yang ketiga terbesar di Eropah selepas Russia dan German Empire. Raja-raja Habsburg tinggal di Austria dan jajahan takluk mereka turut meliputi wilayah Hungary.

Salah seorang rajanya yang terkenal adalah Empress Maria Theresa yang mempunyai 16 orang anak. Dia memaksa kesemua anak-anaknya berkahwin dengan kerabat-kerabat diraja Eropah untuk memperluaskan kekuasaannya. Disebabkan fakta inilah, baginda digelar sebagai Europe's Mother-In-Law. Salah seorang anaknya yang dianggap paling malang adalah Maria Antonia (Marie Antoinette) yang berkahwin dengan Maharaja Perancis King Louis XVI. Kedua-dua Marie Antoinette dengan suaminya dihukum pancung sewaktu kebangkitan rakyat dalam Revolusi Perancis dulu.

Empress Maria Theresa
Beberapa monumen terkenal di Eropah Timur yang dikaitkan dengan Maria Theresa adalah Schonnbrunn Palace di Vienna, Austria dan Bratislava Castle di Slovakia.

Istana Schonnbrunn
Bratislava Castle
Seorang lagi permaisuri Habsburg yang terkenal adalah Empress Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi. Dia adalah isteri kepada cucu Maria Theresa yang bernama Emperor Franz Josef dan sangat obsess menjaga kecantikan. Walau sangat obsess menjaga kecantikan, Sissi tetap tak dapat nak menahan diri bila dihidangkan dengan manisan dari sebuah bakeri diraja bernama Demel di Vienna. Sissi juga disayangi oleh rakyat Hungary walaupun umumnya mereka membenci pemerintah Habsburg kerana dia fasih berbahasa Magyar yang ditutur mereka.

Empress Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi
Bakeri Demel di Vienna
Manisan dari bakeri Demel yang tak dapat ditolak oleh Sissi
Pemandangan Elisabeth Bridge berhampiran Buda Castle di Budapest yang dinamakan sempena Sissi.
Istana-istana lain yang kami lawati yang juga dikaitkan dengan raja-raja Habsburg adalah Istana Hofburg di Vienna, Austria dan Buda Castle di Budapest, Hungary.

Istana Hofburg
Buda Castle
Walaupun raja-raja Habsburg adalah juga Raja Hungary, pemerintahan mereka tidak diterima baik oleh rakyat Hungary. Crown of Hungary misalnya hanya dibenarkan untuk dipakai oleh Raja Habsburg sewaktu pertabalan sahaja kerana mereka tidak berdarah Hungary. Pada masa lain, mahkota ini dsimpan dengan kawalan ketat di sebuah menara di Bratislava Castle di Slovakia yang ketika itu merupakan sebahagian jajahan takluk wilayah Hungary.

Menara yang menyimpan Crown of Hungary di Bratislava Castle
Citadel di Budapest ini telah dibina oleh Maharaja Habsburg sebagai amaran kepada rakyat Hungary yang melancarkan pemberontakan ke atas pemerintahan mereka.
Statue of Independence War berhampiran Buda Castle yang didirikan untuk memperingati rakyat Hungary yang terkorban dalam pemberontakan terhadap pemerintahan Habsburg.
Sebelum adanya patung-patung negarawan Hungary seperti yang dilihat sekarang, Heroes Square di Budapest ini dihiasi dengan patung-patung pemerintah Habsburg.

Holy Roman Empire

Holy Roman Empire telah wujud di Eropah jauh sebelum pemerintahan Habsburg. Walaupun dinamakan Holy Roman Empire, ia sebenarnya berpusat di Germany. Ia hanya dinamakan demikian kerana raja-rajanya taat dan akur kepada Gereja Roman Katholik yang berpusat di Vatican. Kesan-kesan pemerintahan Holy Roman Empire ini banyak kami perhatikan di Czech Republic.

St Vitus Cathedral
Raja-raja Habsburg juga adalah penyokong kuat misi Perang Salib yang dilancarkan oleh Holy Roman Empire untuk berperang dengan Tentera Islam di Timur Tengah.

Charles of Bohemia ini adalah antara raja yang terawal menerima pengiktirafan sebagai Holy Roman Emperor dari Gereja Roman Katholik di Vatican. Patung ini berdiri di Knights of The Cross Square di Prague, Czech Republic.
Patung Emperor Francis I di Hofburg Palace di Vienna. Raja Habsburg ini juga memakai gelaran Holy Roman Emperor Francis II yang diberi oleh Gereja Vatican.
Bangunan milik Knights of Malta di Prague, Czech Republic. Knights of Malta ini adalah salah sebuah pasukan Tentera Salib yang dihantar oleh Holy Roman Empire untuk memerangi Tentera Islam di Timur Tengah.
Prince Eugene of Savoy adalah salah seorang panglima perang Habsburg yang membantu Holy Roman Empire dalam Perang Salib. Patung ini dilihat di depan Istana Hofburg di Vienna.

Cold War

Sejarah moden Eropah Timur pula diwarnai oleh Cold War di antara blok Russia dengan Amerika Syarikat. Ia bermula dengan penjajahan Tentera Nazi dari Germany ke atas negara-negara di Eropah Timur. Antara peristiwa penting yang berlaku pada era ini ialah pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi yang dikenali sebagai Holocaust.

Model-model kasut ini adalah monumen Holocaust Shoes On The Danube yang dibina di tebing Sungai Danube di Budapest.
Bangunan House of Terror di Budapest ini adalah ibupejabat Polis Rahsia Nazi yang bernama Arrow Cross di Budapest pada masa dahulu.
Hotel Evropa di Prague ini pernah menjadi ibu pejabat Kinderntransport Movement yang menyelamatkan beribu-ribu kanak-kanak Yahudi dari pembunuhan oleh Tentera Nazi.
Tentera Nazi ini kemudiannya ditewaskan oleh Russia yang membawa bersama mereka fahaman Komunis. 

Monumen yang didirikan oleh Soviet Union di hadapan Citadel di Budapest untuk meraikan "pembebasan" kota itu dari pemerintahan Nazi.
 Slavin Memorial di Bratislava untuk memperingati 7,000 tentera Soviet Union yang terbunuh dalam peperangan di Slovakia.
Bangunan Hot Spring Colonnade di Karlovy Vary, Czech Republic yang dibina menggunakan senibina berciri Komunis.
Rumah-rumah kediaman di Bratislava, Slovakia yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Komunis
Tram zaman komunis yang masih berkhidmat di Bratislava, Slovakia
Rumah-rumah kediaman yang dibina sewaktu zaman komunis di Budapest, Hungary
Menara Gereja St Nicholas di Prague ini sering digunakan oleh perisik Soviet Union untuk mengintai pergerakan yang berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat yang berhampiran.

Keindahan Eropah Timur

Jujur dikatakan, Eastern Europe adalah sebuah rantau yang dah menjadi favourite Myself. Kalau ada kesempatan memang teringin nak repeat lagi... Buat sementara ini kita cuma dapat mengimbau kembali tempat-tempat favourite kita di Eropah Timur ini..

Karlovy Vary, Czech Republic

Sungai Tepla yang membelah Karlovy Vary
Karlovy Vary adalah Spa City yang penuh dengan mata air panas

Prague, Czech Republic

Prague, ibukota Czech Republic
Charles Bridge
Keindahan suasana malam di Old Town Square di Prague
Prague Lesser Town

Bratislava, Slovakia

Pemandangan Michael's Gate dari Bratislava Old City
Slovak National Theatre
Patung Hubert di Main Square, Bratislava Old City

Budapest, Hungary

Pemandangan indah Sungai Danube di Budapest, Hungary
Fisherman's Bastion
Patung St Stephen di depan Fisherman's Bastion
Matthias Church yang pernah berfungsi sebagai masjid sewaktu penaklukan Tentera Ottoman
Heroes Square
Buda Castle di malam hari
Liberty Bridge

Vienna, Austria

Hofburg Palace
Schonbrunn Palace
Vienna Opera House
St Stephen's Cathedral
Hundertwasserhaus

Salzburg, Austria

Mirabel Gardens
Sungai Salzach dan Salzburg Old City
Personally, Myself rasa pengalaman kami melawat ke Eropah Timur lebih menarik dari melawat ke Eropah Barat. Kami bertuah kerana menjejakkan kaki terlebih dulu ke Eropah Barat sebelum melawat ke Eropah Timur. Kalau kami datang ke Eastern Europe terlebih dulu ketika itu sebelum melawat ke Western Europe, pasti kami akan merasakan betapa Western Europe kurang menarik dan sangat "kosong" (literally!).



TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):