Thursday, 15 December 2022

2022 BALKANS BHG. 23 (Budva 1)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(MONTENEGRO: Kotor, Budva & Bar)

Bahagian 23: Montenegro 4
BUDVA (Budva Old City 1)

HARI KELIMA (4)

Part 60: Perjalanan Ke Budva

Kemudian barulah kami betul-betul bergerak menuju ke Budva. Perjalanan adalah merentas pergunungan seperti ini...
 
Gambaran perjalanan dari Kotor ke Budva
Pemandangan dalam perjalanan dari Kotor ke Budva
Budva terkenal dengan pantai-pantai yang indah. Kami dapat melihat beberapa buah pantai ini dalam perjalanan menuju ke pusat bandar.

Pantai indah berhampiran Budva
Tak seperti di Dubrovnik yang berbatu, pantai di Budva berpasir halus
Sebuah lagi pantai yang dilihat dalam perjalanan
Mogren Beach
Sveti Nikola Island (St Nicholas Island)

Part 61: Budva

Tujuan persinggahan kami di Budva adalah sebenarnya untuk makan tengah hari.

Budva
Bas menurunkan kami di tengah-tengah bandar Budva. Dari situ, kami berjalan merentas sebuah taman sehingga ke Pelabuhan Budva.

Bas menurunkan kami di sini
Menyeberang jalan nak menuju ke Pelabuhan
Merentas taman pulak
Dah nampak laut kat depan sana
Pelabuhan Budva cantik dan dipenuhi dengan bot dan kapal-kapal layar. Ia terletak betul-betul di depan kota lama Budva.

Pelabuhan Budva
Berjalan menyusuri Pelabuhan Budva untuk menuju ke Budva Old City
Bot-bot kecil yang berlabuh di Pelabuhan Budva
Kapal-kapal layar mewah juga dapat dilihat berlabuh di Pelabuhan Budva

Part 62: Shanghai Chinese Restaurant

Seperti Dubrovnik dan Kotor, bandar lama Budva juga terletak di dalam sebuah kota, tetapi tidaklah sebesar keduanya. Seperti Kotor yang kita lawati tadi, Budva juga pernah menjadi sebahagian dari Venetian Republic pada masa dahulu.

Kota lama Budva terletak di dalam tembok kota ini
Loceng besar yang menjadi mercu tanda di luar tembok Budva Old City
Sauh besar di depan tembok kota
Ada beberapa buah restoran di luar tembok kota tetapi restoran lunch kami terletak di dalam tembok Budva Old City sendiri. Excited sungguh kami berjalan mengikut Mehmet masuk ke dalam kota menuju ke restoran.

Restoran di luar tembok kota
Sebuah lagi restoran yang terletak di luar tembok kota
Pintu masuk ke kota lama Budva terletak di sana
Mengikut Mehmet masuk ke kota lama menerusi Pizana Gate
Pizana Gate
Mungkin disebabkan ketika itu bukan peak season pelancongan, kota lama Budva agak sepi. Kami melalui celah-celah lorong untuk menuju ke restoran.

Suasana di dalam Budva Old City
Tak ramai pelancong berada di Budva ketika ini
Suhu di Budva adalah 23'C
Jalan-Jalan Cari Makan
Suasana klasik di Budva Old City
Makan tengah hari kami disediakan di sebuah restoran Cina yang bernama Shanghai. Walaupun ia adalah sebuah restoran Cina, pekerja di dalamnya orang Montenegro tempatan. Mungkin disebabkan sukar nak mendapatkan makanan Halal di sini, makanan yang dihidangkan kepada kami adalah makanan Chinese Vegetarian.

Arah ke Shanghai Restaurant
Kena naik tangga pulak...
Pemandangan dari atas tangga
Shanghai Asian Food & Sushi
Pintu masuk ke Shanghai Restaurant
Restoran ini berkongsi bangunan dengan The Archives of the Town of Budva
Jom masuk ke dalam...
Pemandangan di dalam Shanghai Restaurant
Pemandangan dari tingkap restoran
Satu lagi suasana di dalam Shanghai Restaurant
Chinese Vegetarian Food untuk lunch hari ini

Part 63: Jalan-Jalan Di Budva Old City

Selepas makan, kami berjalan-jalan menikmati pemandangan dan suasana di Budva Old City. Tak seperti Dubrovnik dan Kotor, Budva Old City ini kecik sangat. Hanya ada banyak kedai di dalamnya, tak ada gereja besar atau istana seperti di Kotor dan Dubrovnik. Ada beberapa buah gereja di dalam kota ini juga sebenarnya tetapi kecil-kecil belaka.

Suasana lorong di Budva Old City
Banyak restoran dan kedai-kedai
Radio TV Budva
Pizana Gate yang kami gunakan untuk masuk ke Budva Old City tadi
Gambar seorang saint di dalam Pizana Gate
Kota lama Budva ini adalah kota yang hidup. Ada penduduk yang tinggal di dalamnya. Kota ini juga adalah sebahagian dari Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikategorikan sebagai Natural and Culturo-Historical Region of Kotor.

Jalan-jalan di Budva Old City
Bangunan-bangunan lama di Budva Old City ini masih didiami sehingga kini
Bergambar kenangan di Budva Old City
The Museum of Budva
Pintu masuk ke Museum of Budva
Ada berbagai kedai yang menjual barang-barang menarik di Budva Old City
Pirates Candy Shop
Kedai Pakaian
Singgah di Tourist Information Point
Jalan-jalan lagi di Budva Old City


Bersambung ke Bahagian 24...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: