Mac 2022
PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town
Bahagian 13: Pulang
BUTTERWORTH - KL SENTRAL
Part 31: Perjalanan Ke Butterworth
Sebaik kami sampai kembali ke Royale Chulan Hotel, kami terus ke kaunter pendaftaran untuk meminta extension check-out sampai pukul 4 petang untuk kemudahan nak bersolat dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kalau minta extension lama sampai begini memanglah ada caj yang akan dikenakan.
|
Pemandangan di kawasan sekitar Hotel Royale Chulan |
|
Bangunan-bangunan antik di sekitar hotel |
|
Mini Public Library di tepi jalan |
|
Farmasi |
Bermula pukul 12 tengahari sehingga 4 petang, Myself cuma menghadiri event ofis yang diadakan di Royale Chulan Hotel. Sambil Myself bertugas, Husband mengambil kesempatan melawat Wonderfood Museum yang terletak berhampiran dengan hotel. Kata Husband, muzium makanan ini sangat bagus dan menarik untuk dilawat. Kalau nak tahu apa yang ada di dalam muzium ini, baca nanti kat blog Husband: Agar Aku Tidak Lupa.
|
Wonderfood Museum |
|
Suasana di dalam Wonderfood Museum |
|
Wonderfood Museum adalah sebuah muzium mengenai makanan |
|
Segala-gala tentang makanan diceritakan di dalam Wonderfood Museum |
Selepas event ofis selesai pada pukul 4 petang, Myself dan Husband bergerak menuju ke Stesen Keretapi Butterworth untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki Grab.
|
Pemandangan akhir dari bilik penginapan kami di Hotel Royale Chulan Penang |
|
Butterworth menggamit di seberang Selat Pinang |
|
Naik Grab ke Stesen KTMB Butterworth |
|
Bergerak menuju ke Butterworth |
|
Jumpa lagi, Pulau Pinang |
|
Menuju ke Jambatan Pulau Pinang |
Kami sepatutnya balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines. Tapi disebabkan MAS membuat pertukaran waktu penerbangan yang lebih awal dari waktu yang sepatutnya, kami tak dapat nak mengambil penerbangan tersebut. Disebabkan kami membeli tiket murah, kami tak boleh nak membatalkan tiket dan mendapat refund. Namun syukurlah kami masih diberi opsyen untuk open tiket tersebut bagi perjalanan sehingga hujung tahun. Nampak gayanya kenalah kami datang bercuti lagi ke Penang sekali lagi untuk menggunakan tiket tersebut! Dah tak dapat nak naik kapalterbang, Tren ETS menjadi pilihan untuk kami pulang ke KL hari ini.
|
Naik Jambatan Pulau Pinang |
|
Suasana di atas jambatan |
|
Goodbye, George Town |
|
Kabel Jambatan Pulau Pinang |
|
Pertengahan Jambatan Pulau Pinang |
|
Kawasan Perindustrian Prai di Butterworth |
|
Keluar dari jambatan |
|
Pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth |
Part 32: Stesen KTM Butterworth
Perjalanan dari George Town menuju ke Butterworth menggunakan Jambatan Pulau Pinang memakan masa kira-kira 40 minit. Kami tiba di Stesen KTM Butterworth pada pukul 5 petang, masih terlalu awal sebenarnya kerana tren kami dijadualkan berlepas pada pukul 6.45 petang.
|
Stesen KTM Butterworth |
|
Kena naik lif di sana kerana kawasan penumpang terletak di tingkat atas |
|
Laluan menuju ke kawasan penumpang |
|
Pemandangan Penang Sentral dari Stesen KTM Butterworth |
|
Pemandangan menghala ke bandaraya George Town |
|
Landasan keretapi |
|
Kaunter tiket |
|
Jadual perlepasan tren |
|
Perpustakaan Mini & Pusat Informasi |
Penumpang hanya dibenarkan masuk ke Kawasan Menunggu hanya sejam sebelum waktu tren berlepas. Disebabkan kita tiba awal, tunggulah saja dulu di luar Kawasan Menunggu.
|
Penumpang hanya boleh masuk ke Kawasan Menunggu di dalam sana sejam sebelum waktu berlepas. |
|
Kenalah menunggu kat luar sini dulu kalau tiba awal |
|
Menunggu dengan sabar |
Di Kawasan Menunggu ada ruang terbuka dan ruang yang berhawa dingin. Disebabkan kami nak minum-minum dulu sebelum naik tren, kami hanya duduk di ruang yang terbuka.
|
Ruang Menunggu Penumpang |
|
Vending Machine |
|
Minum-minum sambil menunggu panggilan masuk ke dalam tren |
|
Suasana di dalam ruang menunggu yang berhawa dingin. |
Part 33: ETS Business Class (Butterworth - KL Sentral)
Tren kami ETS 9179 berlepas dari Butterworth menuju ke KL Sentral pada pukul 6.45 petang. Bila tren tiba, barulah penumpang dibenarkan turun ke platform untuk mendapatkan tren.
|
Berjalan mendapatkan tren |
Disebabkan dah seronok naik ETS Business Class masa balik ke KL dari Alor Setar dulu, kami sekali lagi memilih naik ETS Business Class dalam perjalanan pulang dari Butterworth ke Kuala Lumpur ini. Business Class dalam ETS adalah gerabak pertama dalam perkhidmatan Tren Platinum.
|
ETS Business Class |
Mungkin disebabkan tiketnya yang mahal, ada 4 orang penumpang saja termasuk kami berdua yang duduk di Business Class malam itu. Walaupun tiketnya mahal, Myself rasa ia agak berbaloi kerana tempat duduk Business Class luas dan selesa. Ada berbagai kemudahan seperti meja makan, Personal Monitor dan tempat untuk mengecas handphone dan laptop. Harga tiketnya juga taklah semahal mana ~ setanding dengan harga tiket kalau naik Air Asia dari KL ke Penang. Harga tiket yang dibayar juga turut termasuk 2 sajian makanan yang dihidang terus kepada kita sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.
|
Dah banyak sikit stesen persinggahan ETS Platinum sekarang berbanding sewaktu kami naik tren ini ke Pulau Pinang pada tahun 2018. |
|
Memulakan perjalanan pulang ke KL |
|
Sajian Rel Pertama |
|
Set Nasi Hujan Panas |
Disebabkan kami bertolak lewat petang, pemandangan yang dapat dilihat sebelum malam menjelang adalah suasana matahari terbenam.
Perjalanan ini juga istimewa bagi kami kerana turut dapat melihat keindahan matahari terbenam sewaktu melalui Tasik Bukit Merah.
Sajian rel yang kedua dihidangkan kepada kami selepas meninggalkan Stesen Ipoh. Makanan yang dihidangkan adalah Spaghetti dan Pastri beserta Red Velvet Cake yang sedap. Disebabkan dah kenyang makan Spaghetti, kita bawa balik sajalah Pastri dan kek Red Velvet yang enak itu makan di rumah.
|
Hidangan Sajian Rel Kedua |
|
Banyak makanan yang diberi dalam Sajian Rel Kedua ini |
|
Spaghetti |
|
Kek Red Velvet & Pastri |
|
Menikmati perjalanan malam ke Kuala Lumpur |
Selepas menempuh perjalanan 4 jam, kami akhirnya tiba di Stesen KL Sentral pada pukul 11.00 malam. Syukur Alhamdulillah kerana dah selamat tiba di destinasi.
|
Selamat tiba di KL Sentral |
|
Mengintai ke dalam Kokpit ETS |
|
Escalator |
|
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan. |
CATATAN PERJALANAN PERLIS & PENANG (2022):