Thursday, 17 November 2022

2022 BALKANS BHG. 09 (Jablanica)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 9: Bosnia-Herzegovina 5
NERETVA RIVER & JABLANICA (Battle of Neretva)

HARI KETIGA (1)

Part 24: Suasana Pagi Di Koncept Residence Hotel

Good morning, Sarajevo! Suhu pagi ini agak sejuk, 5'C.

Pemandangan dari bilik hotel kami
Satu lagi pemandangan dari bilik hotel kami
Reception di Hotel Koncept Residence
Lobi di Koncept Residence Hotel
Satu lagi pemandangan di lobi Koncept Residence Hotel. 
Program kami pada Hari Ketiga adalah berkunjung ke sebuah bandar bersejarah di Bosnia-Herzegovina yang bernama Mostar. Sebelum bergerak menuju ke sana, kita breakfast dulu di hotel.

Restoran sarapan pagi di Koncept Residence Hotel
Memilih breakfast untuk dimakan
Makanan yang disediakan untuk breakfast adalah makanan Bosnia. Banyak roti dan cheese. Sesuatu yang best tentang hotel-hotel di Bosnia ialah semua makanannya Halal dimakan. Cuma kena sesuaikan dengan tekak kita. Contohnya, hidangan daging kat Bosnia (dan kebanyakan tempat di Balkans) termasuklah sosej memang sangat masin.

Myself sebenarnya agak sengsara dengan makanan di Balkans kerana selalu menyebabkan sakit perut. Tak tahulah nak kata makanan yang mana yang sebenarnya tak sesuai dengan perut kita. Syukurlah kami ada membawa pil activated charcoal yang direkemen oleh sebuah farmasi di Malaysia sebagai ubat sakit perut. Berguna dan berkesan betul ubat itu kepada Myself.

Hidangan breakfast
Black Tea
Dalam program Tour ini, kami bermalam di hotel yang berlainan setiap hari. Oleh itu sebelum atau selepas breakfast mengikut ketetapan jadual setiap hari, kita kena check-out dari hotel. 

Nak cerita juga kat sini... orang-orang Balkans memang gemar merokok dan mereka akan merokok tak kira tempat, termasuklah dalam bangunan yang ada air-cond! Memang boleh lemas kita dengan asap rokok di bangunan-bangunan mereka, termasuklah di hotel. Datang ke sini memang Myself merasa syukur sangat dengan peraturan yang melarang orang merokok dalam restoran dan bangunan-bangunan air-cond di Malaysia.
 
Check-out dari hotel
Lift Lobby di tingkat penginapan kami
Posing dengan beg kat depan Hotel Koncept Residence
Bunga ros putih yang mekar berkembang di perkarangan hotel
Bas menunggu di sana
Disebabkan masih ada waktu sebelum berlepas ke Mostar, kita jalan-jalan dulu di depan hotel. Cuaca pada pagi ini memang sejuk tetapi ia akan beransur-ansur panas menjelang tengahari.

Pemandangan keseluruhan Koncept Residence Hotel
Masjid di penghujung jalan
Makcik-makcik berjualan di jalan seberang hotel
Banyak pakaian yang dijual
Pasar Pagi di Sarajevo

Part 25: Menuju ke Jablanica

Sesuatu yang Myself puji tentang Group kami dalam Balkans Tour ini ialah semua orang memang punctual. Tak pernah ada masalah orang yang tak menepati waktu. Tersasar sikit-sikit macam Pakcik yang sesat terikut perempuan blond semalam itu, adalah. Tepat pukul 8.00 pagi, kami bergerak menuju ke Mostar. Dalam perjalanan nanti, kami akan singgah di sebuah tempat yang bernama Jablanica.
 
Bergerak meninggalkan Sarajevo
Sebuah hotel berhampiran Hotel Koncept Residence
Mehmet memberi taklimat tentang program perjalanan hari ini
Sungai Miljacka yang membelah Sarajevo
Goodbye, Sarajevo! Ada jodoh kita jumpa lagi.
Memulakan perjalanan ke Mostar
Lebuhraya menuju ke Mostar
Perkampungan Bosnia
Lagi perkampungan Bosnia
Jablanica terletak 82 km dari Sarajevo dan perjalanan kami dengan bas dijangka memakan masa 1 jam 30 minit. Perjalanan adalah melalui lebuhraya tetapi lebuhraya di sini tidak sebesar lebuhraya di Malaysia.

Ada Plaza Tol 2 km dari sini
Pemandangan dari lebuhraya
Plaza Tol di Lebuhraya
Pemandangan selepas Plaza Tol
Terowong
Pemandangan di dalam Terowong
Cuaca di luar masih sejuk sekitar 5'C. Banyak kabus diperhatikan di luar sana.
  
Oleh kerana Bosnia-Herzegovina adalah sebuah negara yang bergunung-ganang, banyak terowong yang dibina di lebuhraya dan jalan-jalan utama di negara ini.
   
Sebuah lagi terowong di lebuhraya
Cahaya di penghujung terowong
Masih menuju ke Mostar
Dalam perjalanan menuju ke Jablanica, Mehmet bercerita kepada kami tentang tulisan Cyrillic yang banyak diperhatikan dalam lawatan kami ke Balkans. Script tulisan Cyrillic diperkenalkan oleh St Cyril dan dipergunakan dengan meluas di seluruh negara Balkans. Tulisan ini juga kemudiannya dibawa dan digunakan di Russia. Ia menjadi popular selepas diterimapakai oleh Gereja Kristian Orthodox yang menjadi agama dominasi di Balkans dan Russia. Satu-satunya negara Balkans yang tidak menggunakan skrip Cyrillic sekarang ialah Croatia. Croatia tidak lagi menggunakan script ini selepas memerdekakan diri dari Yugoslavia.

Signboard di lebuhraya ditulis dengan menggunakan Tulisan Latin dan Tulisan Cyrillic.
Masih pemandangan suasana yang berkabus
Bandar terdekat, Konjic terletak 34 km dari sini
Bosnia-Herzegovina memang sebuah negara yang indah. Kita nikmati lagi pemandangan indah ini sehingga sampai ke bandar Konjic.

Seperti Indonesia, negara-negara Balkans termasuk Bosnia-Herzegovina sangat terdedah kepada kejadian gempa bumi. Ini adalah kerana ia terletak di pertembungan 3 buah plat bumi: Eurasian, African, and Anatolian. Dalam banyak-banyak negara Balkans, gempa bumi lebih kerap terjadi di Bosnia-Herzegovina. Gempa bumi besar terkini di Bosnia-Herzegovina baru saja berlaku pada bulan April 2022 yang lalu.
 
Rupa bumi di Balkans bergunung-ganang kerana ia terletak di pertembungan 3 buah plat bumi: Eurasian, African dan Anatolian
Jambatan keretapi berhampiran bandar Konjic
Satu lagi pemandangan jambatan keretapi
Keindahan musim luruh di Bosnia-Herzegovina
Plaza Tol lagi kat depan sana
Gunung-gunung batu
Hutan
Kami tiba di bandar Konjic. Ia adalah antara bandar yang paling terjejas dalam Perang Bosnia. Pergunungan di sekeliling bandar Konjic dipenuhi dengan bunker bawah tanah yang dibina oleh General Tito di zaman pemerintahan Yugoslavia dahulu.

Konjic
Shopping mall di Konjic
Pemandangan di bandar Konjic
Satu lagi pemandangan di bandar Konjic
Pancutan air di bandar Konjic
Sebuah lagi shopping mall di Konjic
Sungai Neretva di Konjic

Part 26: Sungai Neretva

Selepas meninggalkan Konjic, kami menyusuri pula Sungai Neretva yang sangat indah. Sungai sepanjang 225 km ini mengalir menerusi Bosnia-Herzegovina dan Croatia sebelum masuk ke Laut Adriatic.

Sungai Neretva
Pemandangan di tebing Sungai Neretva
Sungai Neretva dianggap sebagai sungai paling sejuk di dunia kerana alirannya berpunca dari 3 buah Alpine Glacier.
Pemandangan di sepanjang sungai ini sangat indah
Sungai ini berpunca di Bosnia-Herzegovina dan mengalir menerusi Croatia sebelum masuk ke Laut Adriatic
Suhu air di Sungai Neretva adalah di antara 7-8'C sewaktu di musim panas.
Kereta-kereta buruk yang ditinggalkan di tepi Sungai Neretva
Kereta dari model-model Eropah lama banyak dipandu di negara-negara Balkans seperti di Bosnia-Herzegovina. Ini adalah disebabkan taraf hidup penduduk di sini jauh lebih rendah berbanding kawasan lain terutama Eropah Barat. Kereta-kereta ini juga kebanyakannya adalah kereta terpakai yang dibawa masuk dari Eropah Barat yang kaya-raya.

Sungai Neretva menjadi saksi kepada pertempuran yang dikenali sebagai Battle of Neretva yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini berlaku bila tentera Nazi Jerman yang diketuai oleh Adolf Hitler berhasrat untuk mengembangkan pengaruh ke timur dan menghancurkan Tentera Partisan dari Yugoslavia yang diketuai oleh General Tito. 
  
Bagi tujuan tersebut, Hitler mengirim seramai 127,000 orang tentera ke Yugoslavia. Serangan Jerman ini walau bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh Tentera Partisan yang bilangan mereka jauh lebih kecil berbanding tentera Nazi. Kemenangan dicapai dengan cara meletupkan jambatan yang merentang Sungai Neretva.

Kejayaan Tentera Partisan menyekat kemaraan tentera Nazi ini juga berjaya menyelamatkan lebih 4,000 orang tentera Partisan yang sedang cedera. Kerana itu jugalah Battle of Neretva ini turut dikenali sebagai Battle for the Wounded. Kejayaan mereka mengalahkan tentera Nazi dalam keadaan yang sangat sukar ketika itu amat membanggakan negara Yugoslavia.

Kekalahan Jerman dalam Battle of Neretva turut berjaya menyekat pengaruh Hitler dari berkembang sehingga ke timur. Bak kata Tourist Guide kami yang bernama Mehmet, jika Hitler menang dalam pertempuran ini, mungkin Turkey pun turut jatuh ke tangan Nazi ketika itu.
 
Demi mengabadikan sejarah kemenangan mereka mengatasi tentera Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua dan juga sebagai usaha untuk mempromosikan Yugoslavia selepas tamat perang, Kerajaan Yugoslavia di bawah arahan General Tito membiayai penggambaran sebuah filem Hollywood yang dinamakan Battle of Neretva. Filem yang dibintangi oleh aktor Yul Brynner ini turut menerima pencalonan Academy Award bagi Best Foreign Language Film pada tahun 1969. Ia difilemkan di lokasi sebenar peperangan ini berlaku.
 

Part 27: Jablanica
 
Sepanjang perjalanan melalui Sungai Neretva, kami mendengar cerita dari Mehmet tentang pertempuran Battle of Neretva. Jadi kami membuat persinggahan di Jablanica (disebut: Yablaniksa) untuk melihat tempat sebenar peperangan ini berlaku.
  
Jablanica
Satu lagi pemandangan di bandar Jablanica
Mehmet membawa kami berjalan kaki menaiki sebuah jambatan. Tiba di tengah-tengah, dia menunjukkan rangka sebuah jambatan besi yang terkulai jatuh ke dalam air di sebelah kanan.
  
Jambatan yang kami naiki di Jablanica
Jambatan ini juga dibina merentang Sungai Neretva
Melihat kesan sejarah dari atas jambatan
Jambatan besi yang dibom untuk diruntuhkan oleh Tentera Partisan di bawah pimpinan General Tito dapat dilihat di sini. Jambatan ini sebenarnya telah diperbaiki selepas tamat Perang Dunia Kedua. Ia kemudiannya dibom semula sewaktu penggambaran filem Hollywood Battle of Neretva pada tahun 1968 dan dibiarkan dalam keadaan begitu sehingga sekarang untuk tatapan generasi selepas perang.

Jambatan yang dibom oleh tentera Partisan Yugoslavia untuk menghalang kemaraan tentera Nazi dari Jerman. 
Jambatan ini dibina semula dan dibom sekali lagi sewaktu penggambaran filem Hollywood Battle of Neretva.
Keretapi Nazi yang terlibat dalam letupan
Walau bersusah payah mengebom jambatan ini untuk penggambaran filem tersebut, tak satu pun frame dari filem letupan ini digunakan dalam movie. Ini adalah kerana habuk yang muncul sewaktu letupan sangat kuat sehingga mengaburkan pandangan. Aksi letupan untuk kegunaan movie terpaksa dibuat semula kemudian di dalam sebuah studio di Czechoslovakia.

Bukan sekadar jambatan ini diletup untuk penggambaran filem tersebut, 20 buah meriam, 16 buah kereta perisai dan truck tentera berserta 5 ton peralatan lain turut dihumban ke dalam Sungai Neretva. 10 ton bahan letupan turut digunakan dalam aksi penggambaran ini.
  
Pemandangan ke sebelah kiri jambatan
Sungai Neretva yang mengalir lesu
Di kawasan bersejarah ini juga dibina sebuah muzium yang dinamakan Museum of the Battle for the Wounded at Neretva. Kami walau bagaimanapun tak masuk melawat ke muzium ini. Sekadar bersiar-siar di perkarangannya sahaja.
  
Museum of the Battle for the Wounded at Neretva
Muzium ini dirasmikan sendiri oleh General Josip Broz Tito pada 12 November 1978 sempena ulang tahun ke-35 Battle of Neretva.
Meriam Tentera Partisan Yugoslavia yang dipamerkan di depan muzium
Sewaktu peperangan sebenar berlaku, jambatan diletupkan sewaktu keretapi ini sedang lalu di atasnya.
Battle of Neretva bermula pada 20 Januari 1943 di antara 127,000 tentera Nazi Germany dan 18,000 tentera Partisan Yugoslavia. Asakan tentera Nazi memaksa tentera Partisan untuk berundur ke arah berhampiran Sungai Neretva. Dalam perjalanan, mereka terpaksa memikul 4,000 tentera yang cedera bersama. Faktor inilah yang menjadikan Battle of Neretva dianggap sebagai "The most humane battle in WW II". Kata-kata dari General Tito: "We cannot leave the wounded" masih terpahat di perkarangan muzium ini.
 
Pesanan Tito kepada pasukannya: "We cannot leave the wounded"
Atas arahan Tito, tentera Partisan meletupkan semua jambatan yang mereka lalui. Nazi menjangka tentera Partisan akan berudur ke Lembah Sungai Vrbas di utara. Namun sebenarnya tentera Partisan berundur ke timur. Ketika inilah Tito mengarahkan supaya jambatan keretapi di Jablanica diruntuhkan. Jambatan ini diletupkan sewaktu sebuah keretapi yang membawa tentera Nazi sedang lalu di atasnya.
  
Keretapi yang membawa tentera Nazi
Selepas jambatan ini diletupkan, sebuah jambatan kayu sementara didirikan dalam tempoh hanya 19 jam. Ia membantu tentera Partisan bersama anggotanya yang tercedera untuk menunju ke pergunungan Prenj. Pertempuran ini tamat pada 31 Mac 1943 dengan kemenangan di pihak tentera Partisan. Ia tercatat di dalam sejarah sebagai pertempuran yang paling sukar dalam Perang Dunia II dan kemenangan di luar jangkaan.

Jambatan yang kami lalui tadi untuk melihat jambatan yang diruntuhkan
Suasana di perkarangan muzium
Pergunungan indah di belakang bandar Jablanica
Pandangan dekat pergunungan
Bergambar di Jablanica
Latihan perlawanan bolasepak
Meninggalkan Jablanica
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Mostar. Tapi disebabkan perjalanan masih jauh lagi, bas membuat Happy Hour (Toilet Stop) di sebuah restoran di luar bandar Jablanica. Sambil bas berhenti Happy Hour, kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan lagi kenangan dengan Sungai Neretva yang indah itu di sini.
  
Perhentian Happy Hour di sebuah restoran di luar bandar Jablanica
Ada sebuah platform pemerhatian Sungai Neretva di sana
Pemandangan dari platform pemerhatian
Jablanica dan Sungai Neretva
Melayan kucing di Jablanica
Colours of Autumn


Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: