Friday 30 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 21 (KT - KL)

 September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 21: Perjalanan Pulang
KUALA TERENGGANU - KUALA LUMPUR

HARI KEEMPAT

Part 44: Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu

Kami akan pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Hari Keempat ini. Tapi perkara yang paling suspen adalah kesihatan Husband. Dia kata dia masih sakit tekak tapi bila letak tangan kat dahinya, taklah pulak terasa panas. Mudah-mudahan biarlah hanya sekadar sakit tekak biasa dan janganlah demam sampai tak dibenarkan naik kapalterbang pulak.

Dalam lif di Hotel Paya Bunga
Sedang check-out dari hotel
Menunggu teksi untuk ke airport
Kami meninggalkan Hotel Paya Bunga menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dengan menaiki teksi yang ditempah menerusi Concierge Hotel. Memang bagus pengalaman kami menginap di Hotel Paya Bunga ini selama 4 Hari 3 Malam. Myself tak keberatan langsung nak recommend hotel ini sebagai tempat penginapan kepada sesiapa saja yang nak berkunjung ke Kuala Terengganu.

Bukan saja makanan; service dan biliknya pun best. Kedudukannya juga cuma sekangkang kera dari pusat bandar Kuala Terengganu. Tapi kalau nak melawat ke Muzium Negeri Terengganu ataupun ke Taman Tamadun Islam dari hotel ini, jaraknya memanglah sekangkang Dinosaur yang bersaiz Godzilla.

Teksi ke airport dah tiba
Dalam teksi menuju ke airport
Perjalanan dengan teksi dari hotel ke lapangan terbang memakan masa kira-kira 20 minit. Dalam perjalanan, kami bersembang dengan Pakcik Driver Teksi. Seperti juga di tempat lain, ketiadaan pelancong asing disebabkan Covid-19 memang menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi di Kuala Terengganu. Namun mereka masih bernasib baik kerana pulau-pulau yang indah di Terengganu bertukar menjadi tempat pelancongan popular di kalangan pengunjung tempatan pula di musim begini. Walau bagaimanapun sepertimana biasa, pulau-pulau ini akan ditutup kepada semua pengunjung sewaktu Musim Tengkujuh dari bulan Oktober - Februari kerana laut yang bergelora.

Perjalanan ke Airport
Syukur Alhamdulillah bila saringan suhu badan sewaktu masuk ke bangunan airport mendapati Husband tak demam. Bolehlah kami balik ke KL bersama-sama. Risau je tadi kalau-kalau Husband terpaksa stay back kat KT dan kita kena balik seorang-seorang ke KL. Husband pun terus nampak lebih bersemangat dan sihat bila mendapati suhu badannya normal.

Pemandangan di airport yang sunyi sepi
Seperti juga di KLIA2 dulu, suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga sunyi. Memang kasihan kat pekerja-pekerja dalam industri penerbangan yang terjejas teruk dengan Covid-19.

Kesian tengok banyak penerbangan yang dibatalkan
Syukur kerana penerbangan kami Air Asia AK 6225 masih berlepas mengikut jadual
Check-in sendiri di Mesin Air Asia
Lekat Tag sendiri kat beg
Kaunter check-in untuk penerbangan
Check-in sendiri bagasi
Selepas check-in dan disebabkan ada masa yang terluang, kami keluar dari bangunan airport nak tangkap-tangkap gambar. Maklumlah, bangunan airport ini cantik dan unik, dibina bagaikan senibina rumah Melayu tradisional lama.

Kita jalan keluar sana...
Pemandangan di Drop-Off Area yang sunyi dan sepi. Tak ada sebuah pun kenderaan ketika itu.
Laluan pejalan kaki di depan bangunan airport
Kolam air hiasan
Perhiasan yang sangat tradisional
Teringat kat perhiasan pada sampan yang kami lihat di Kampung Budaya Terengganu dulu bila melihat perhiasan ini
Disebabkan cuti umum Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ketika itu, memang banyak perhiasan bendera Malaysia yang dipasang di sekitar airport.

Kemudian kami masuk semula ke bangunan airport untuk bersarapan. Kedai-kedai di airport ini juga banyak yang tutup. Kedai yang menjual breakfast pun cuma ada dua sahaja yang dibuka, satu menjual breakfast tradisional Terengganu dan satu lagi menjual sandwich. Disebabkan kedai yang menjual breakfast tradisional itu ramai orang dan kami tak mahu bersesak, kami memilih untuk makan di kedai yang menjual sandwich sahaja.

Kedai yang menjual makanan tradisional
Kedai yang menjual sandwich
Suasana di dalam kedai sandwich
Breakfast
Sejam sebelum waktu berlepas, kami masuk menunggu di Boarding Gate. Seronok juga tengok ada ramai orang lain yang nak naik kapalterbang dengan kami. Sewaktu menunggu pun, ada pesawat Firefly dan Malindo tiba di Kuala Terengganu. Seronok bila melihat ramai penumpang turun dari kedua-dua pesawat. Maklumlah hari ini adalah Hari Sabtu, mesti ramai di antara mereka yang nak pergi bercuti hujung minggu di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Dewan Perlepasan Domestik
Pemandangan di Pintu Perlepasan
Satu lagi pemandangan di Pintu Perlepasan
Menunggu dengan sabar
Boarding Gate
Maklumat-maklumat pesawat
Pesawat Air Asia kami tiba di Kuala Terengganu
Bila pesawat Air Asia kami tiba dari Kuala Lumpur, penumpang-penumpang yang nak ke Kuala Lumpur pun dipanggil beratur untuk bersedia masuk ke pesawat. Memang biasalah begitu kalau naik Air Asia kan... Mesti macam tak menyempat-nyempat pesawat tu nak pusing balik ke KL. Kita pun tak menyempat-menyempat juga nak balik ke KL.

Bersedia nak balik ke Kuala Lumpur
Beratur nak masuk ke dalam pesawat
Penumpang-penumpang yang baru tiba dari Kuala Lumpur
Turun tangga nak mendapatkan pesawat
Kena tunggu sekejap kat sini sebab penumpang yang tiba masih belum habis turun dari pesawat
Firefly
Pesawat Air Asia kami
Pintu belakang pesawat
Naik dari pintu belakang
Pemandangan di dalam pesawat
Berkabus pulak dah tingkap pesawat ini...

Part 45: Terbang Kembali Ke Kuala Lumpur

Alhamdulillah, berakhir sudah percutian kami 4 Hari 3 Malam ke Kuala Terengganu yang sangat menyeronokkan ini. Tepat pukul 8.40 pagi seperti jadual, pesawat kami bergerak ke runway untuk terbang kembali menuju ke Kuala Lumpur.

Pesawat Malindo yang parking di sebelah pesawat kami
Bergerak menuju ke runway
Up, up and Away!!
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur tidaklah begitu smooth seperti penerbangan ke Kuala Terengganu dulu kerana cuaca sangat berawan. Berdegup kuat jantung bila flight bergegar terkena turbulence. Maklumlah, dah lama tak naik kapalterbang sampai dah lupa pengalaman bila terkena turbulence.

Sungai Terengganu
Pagi yang berawan
Pemandangan sewaktu pesawat terkena turbulence
Tenang kembali
Genting Highlands
Lembah Klang
Banjaran Titiwangsa
Syukurlah cuaca sangat baik sewaktu pesawat kami tiba kembali ke Kuala Lumpur. Pemandangan di luar juga kelihatan sangat indah bila dilihat dari udara dalam cuaca yang cerah begini.

Akhirnya Air Asia kami mendarat dengan selamat di KLIA2 pada pukul 9.40 pagi. Direct je pesawat ini mendarat, tak perlu berpusing-pusing dulu di udara menunggu giliran untuk mendarat macam selalu. Maklumlah memang tak banyak pesawat yang terbang di udara pada ketika ini, bukan saja di KLIA malah juga di seluruh dunia. Memang rindu dengan suasana kesibukan di airport macam dulu. 

Nak dijadikan cerita, selepas pulang ke KL, dapat pulak berita yang seorang staff di ofis mendapat arahan kuarantin selepas pergi outstation ke Kuala Terengganu disebabkan ada penumpang dalam flight yang dinaiki positif Covid. Aduh, berderau juga darah sebab kita baru sangat balik dari Kuala Terengganu naik flight. Namun syukur ke hadrat Allah kerana keputusan swab testnya negatif. Macam kena fikir panjang pulak selepas ini kalau nak naik flight lagi ke mana-mana. Semoga kita semua dijauhkan dari terkena jangkitan Covid-19 walau di mana dan dengan apa cara sekalipun. Mudah-mudahan pandemik Covid-19 ini akan segera berakhir dan kehidupan kita dapat kembali seperti dulu ataupun menjadi lebih baik lagi. Kita pun dapatlah travel naik flight lagi ke oversea sana... Aminnn.
 
Sedang membuat penerbangan turun
Pemandangan biasa bila pesawat nak mendarat di KLIA2
Hotel Movenpick dan Kompleks Haji
KLIA2
Selamat mendarat di KLIA2


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):