Wednesday 30 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 26 (Dubai - KL)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 26: PENERBANGAN PULANG

HARI KELAPAN

Part 65: Goodbye, Dubai

Percutian mewah kami ke Kuwait, Dubai dan Abu Dhabi berakhir pada hari ini. Memang Myself kategorikan percutian kali ini sebagai percutian mewah kerana ini adalah percutian kami yang termahal sehingga kini. Itupun kami bertuah kerana mendapat penginapan dan tour percuma semasa di Kuwait.

Selepas 8 hari 6 malam berada di padang pasir yang tandus, tibalah masa untuk kembali ke Malaysia yang subur dan hijau. Walaupun banyak berhabis untuk percutian ini, ia adalah antara percutian kami yang paling menarik. Siapa sangka padang pasir juga boleh menjadi tempat percutian yang menarik?

Pemandangan pada pagi terakhir dari tingkap bilik kami di Hotel Ibis Mall Of The Emirates.
Our Last Breakfast di Ibis Mall Of The Emirates
Menunggu pick-up untuk ke Airport
Tepat pada pukul 7.30 pagi, Michael yang mula-mula menjemput kami dari Airport sewaktu kami tiba di Dubai dulu tiba untuk membawa kami kembali ke Airport.

Meninggalkan Hotel Ibis Mall Of The Emirates
Dalam percutian mewah ini, kami hanya mampu menginap di hotel 2 bintang yang bernama Ibis Mall Of The Emirates. Walaupun begitu, kami cukup selesa tinggal di sini dan Myself tak keberatan nak recommend kepada sesiapa yang berkunjung ke Dubai untuk menginap di hotel ini. Walaupun kedudukannya sedikit off dari pusat bandar Dubai, Mall Of The Emirates di sebelahnya cukup lengkap dengan segala keperluan yang diperlukan oleh pengembara.

Part 66: Perjalanan Ke Airport

Mentari yang memancar terik mengiringi pemergian kami dari Dubai. Kalau ada kesempatan lain, mungkin kami akan kembali lagi ke sini, tapi mungkin hanya sebagai persinggahan transit yang singkat dalam perjalanan ke mana-mana.

Meninggalkan Mall Of The Emirates. Sambil itu kita berangan nak menginap di Kempinski Hotel yang bertaraf 5 bintang yang bersambung dengan Mall ini kalau dah kaya dan berkesempatan ke sini lagi.
Menuju ke Dubai Airport
Dalam kereta menuju Airport
Lebuhraya
Suasana pagi di Lebuhraya
Arah ke depan menuju ke Airport.
Dalam perjalanan menuju ke Airport, kami dapat melihat Burj Khalifa yang kami kunjungi tempohari. Kata Michael, tak lama lagi  Burj Khalifa akan hilang gelaran sebagai bangunan tertinggi di dunia kerana Dubai sedang merancang untuk membina sebuah lagi bangunan yang lebih tinggi dari Burj Khalifa. Burj Khalifa sekarang dah setinggi 164 tingkat. Berapa pulaklah ketinggian bangunan baru yang akan mengatasi Burj Khalifa ini?

Pembangunan masih pesat dijalankan di Dubai sebagai persediaan menjadi tuan rumah World Expo 2020.
Burj Khalifa akan hilang gelaran sebagai bangunan tertinggi di dunia bila bangunan baru yang sedang dirancang mengatasi ketinggiannya.
Business Bay Bridge
Pembangunan di sini dinamakan Business Bay
Masjid di kawasan Al Garhoud, Dubai.
Al Falah University
American College Of Dubai.
Jarang kita dapat melihat kawasan yang hijau begini di Dubai
Michael memberitahu kami yang Dubai paling sibuk dengan kedatangan pelancong pada penghujung tahun kerana cuaca agak nyaman pada ketika ini. Pelancong paling kurang datang ke Dubai pada musim panas sekitar bulan Mei - Julai. Jika berhasrat nak menginap di hotel-hotel mewah di Dubai, inilah masanya kerana sewa hotel seperti Burj Al Arab akan turun sehingga AED 200 semalam berbanding AED 1000 pada hari-hari biasa.

Selepas menghantar kami ke Airport, Michael akan menerima 70 orang tetamu yang datang dari Hong Kong. Walaupun dia sendiri berbangsa India, Michael paling tak suka menerima tetamu dari negara itu kerana menurutnya mereka sangat demanding dan sering membuat permintaan yang tidak munasabah sewaktu tour. Dia paling senang menerima kehadiran tetamu dari Malaysia dan Singapura yang pada beliau adalah yang terbaik dari kalangan semua tetamunya.

Emirates Aviation College
Kedai-kedai berhampiran Airport
Arah menuju ke Terminal-terminal di Dubai International Airport

Part 67: Dubai International Airport

Perjalanan dari hotel ke Dubai International Airport memakan masa kira-kira 30 minit. Penerbangan kami berlepas dari Terminal 3, Dubai International Airport.

Terminal 3, Dubai International Airport
Pemandangan di Drop-Off Area, Terminal 3, Dubai International Airport
Pintu masuk ke dalam bangunan Terminal.
Mentari terik di luar Airport.
Pulang, marilah pulang...
Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Penerbangan Emirates. Penerbangan kami dijadualkan berlepas dari Dubai pada pukul 10.30 pagi.

Walaupun Terminal 3 ni sibuk, urusan Check-in sangat mudah kerana ada banyak kaunter yang disediakan. Semua kaunter di sini adalah milik Penerbangan Emirates kerana Terminal 3 dibina khusus bagi kegunaan syarikat penerbangan tersebut.

Kaunter Check-in di Terminal 3.
Pemandangan di kawasan Check-in.
Boarding Pass untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Sewaktu kami sedang Check-in, tiba-tiba terdengar ada seorang Pakcik berkerusi roda terjerit-jerit memarahi ahli keluarganya. Pasti ada sesuatu berlaku di situ yang menyebabkan Pakcik ini terjerit-jerit begitu. Kesian kami melihat ahli keluarga Pakcik ini yang terpaksa melayan kerenahnya. Terfikir di dalam hati, mungkin inilah cabaran yang terpaksa dihadapi kalau travel bersama orang tua yang mungkin sudah tak waras lagi fikirannya.

Menuju ke Pemeriksaan Imigresen.
Canggih betul papan Flight Information ni.
Pesawat kami, Emirates EK 342 dijadualkan berlepas dari Pintu B17.
Lif yang giant dan canggih di Dubai Airport.
Naik lif di Pintu Perlepasan.
Kedai-kedai Duty Free.
Costa Coffee
Pintu Perlepasan kami.
Satu lagi pemandangan kedai Duty Free dekat Pintu Perlepasan kami.
Sedang kami berjalan-jalan di kawasan Duty Free dekat Pintu Perlepasan, kami terpandang Money Changer yang turut menjual Ringgit Malaysia di sini. Oleh kerana segala-gala di kawasan ini Duty Free, Money Changer ini juga tidak mengambil komisen. Memandangkan kadar tukaran Ringgit yang ditawarkan hampir sama dengan kadar tukaran sewaktu membeli matawang AED di KL dulu, terus saja kita tukar matawang Dirham yang tak terhabis tu ke Ringgit Malaysia. 

Yang lebih best, kami juga dapat menukar baki matawang Kuwait Dinar kepada Ringgit Malaysia pada kadar yang hampir sama dengan sewaktu membeli matawang ini di KL dulu. Kami sebenarnya tak sempat menukar baki matawang Kuwait Dinar ni kepada currency lain sewaktu di Kuwait. Masa tu dah pasrah terpaksa menukar Kuwait Dinar ini ke Ringgit Malaysia bila balik ke tanah air nanti. Oleh kerana Kuwait Dinar tak banyak permintaan di Malaysia, kadar tukarannya sangat rendah. Jadi syukur sangat bila dapat menukar duit ini di sini.

Berdasarkan pengalaman ini, Myself ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berkunjung ke Dubai supaya anda terus menukar baki matawang Dirham kepada Ringgit Malaysia ataupun currencies lain di Airport Dubai sebelum balik ke Malaysia.

Part 68: Penerbangan Pulang

Kami mendapat pesawat Airbus 380 yang jumbo itu dalam perjalanan pulang ke KL. Tapi seperti juga sewaktu kami datang ke sini dulu, tempat duduk dalam pesawat ini banyak yang kosong.

Maklumat penerbangan pulang kami di Pintu Perlepasan.
Airbus 380 Emirates yang membawa kami pulang ke Malaysia.
Pemandangan di Pintu Perlepasan.
Penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat mengikut zon tempat duduk masing-masing.
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Banyak kerusi kosong dalam pesawat ini.
Pesawat-pesawat Emirates yang menunggu giliran untuk berlepas.
Menu Sajian Penerbangan. Bukan ada pilihan pun...
Pemandangan sewaktu pesawat ditolak keluar dari Terminal
Pesawat kami berlepas ke Kuala Lumpur mengikut jadual. Sebelum berlepas, Kapten Pesawat memberitahu yang penerbangan kami dijangka tenang dan lancar sehingga sampai ke India, tetapi dijangka akan berdepan dengan Siklon Tropika selepas melepasi India. Mungkin ini perkara biasa bagi kapten dan anak-anak kapal, tapi bagi kita yang jarang-jarang terbang ni, seram bila mendengar pengumuman begitu.

Terbang meninggalkan Dubai.
Padang Pasir.
Pergunungan di Semenanjung Arab.
Terbang ke Laut Arab sekarang...
Penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur memakan masa 7 jam 20 minit. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah kalau naik Airbus 380 ni, penerbangannya mesti lama sikit berbanding Boeing 777 ataupun Airbus 330 tu. Disebabkan saiznya yang besar, mungkin body kapalterbang ni lebih berat sehingga menyebabkan ia slow sikit terbang berbanding model kapalterbang lain.

Sajian penerbangan dihidangkan kepada penumpang kira-kira sejam kemudian. Kalau dibandingkan dengan Qatar Airways yang kami naik sewaktu bercuti ke Europe dulu, Myself lebih suka makanan yang dihidangkan dalam Qatar Airways.

Peramugari menyediakan Sajian Penerbangan.
Peta penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur.
Sajian Penerbangan
Pertengahan jalan antara Dubai dan Kuala Lumpur
Walaupun penerbangan ini hanya memakan masa 7 jam 20 minit, kami merentas 4 zon waktu dalam penerbangan ini. Walaupun berlepas dari Dubai pukul 10.30 pagi, 4 jam kemudian, hari telah pun mula gelap selepas kami melalui India. Dengan penerbangan begini, terpaksalah kita Solat Zohor dan Asar secara hormat waktu di dalam pesawat.

Penerbangan pulang ini merentas 4 zon waktu walaupun tempoh perjalanan hanya 7 jam 20 minit.
Tiba di Teluk Bengal
Waktu Maghrib mula masuk sewaktu terbang di Teluk Bengal.
Seperti yang dijangka oleh Kapten Pesawat sewaktu kami berlepas dari Dubai, pesawat kami memang berdepan dengan Siklon Tropika sewaktu menghampiri Selat Melaka. Bergegar jantung kita seperti pesawat bergegar sewaktu menempuh siklon ini. Mujurlah kita dah nak sampai ke Kuala Lumpur dah ni...

Pesawat mula bergegar di sini kerana menempuh siklon tropika.
Sajian Penerbangan kedua sebelum mendarat di Kuala Lumpur.
Masa ni punyalah kita berdoa supaya pesawat cepat landing kat Kuala Lumpur.
Pesawat kami akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.50 malam. Bertolak dari Dubai pukul 10.30 pagi dan sampai di KL hampir pukul 10.00 malam... macamlah dah terbang 12 jam, walhal tak sampai pun 8 jam sebenarnya. Tapi itulah hakikatnya bila terbang merentas zon waktu yang berlainan begini menuju ke sebelah timur. Walau apapun, syukur sekali lagi kepada Allah SWT yang memberikan kami rezeki dan kesempatan berkunjung ke Kuwait, Dubai dan Abu Dhabi.

Lampu pesawat dimalapkan untuk pendaratan malam.
Gembira bila kembali melihat negara yang tercinta.
Selamat mendarat di Kuala Lumpur.
Genie-genie Emirates mengucapkan selamat jalan kepada penumpang.


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016): 

CATATAN PERJALANAN LAIN (MIDDLE EAST):