Saturday, 24 November 2007

2007 JAKARTA & BANDUNG BHG. 2


November 2007

JAWA TENGAH, INDONESIA
Jakarta & Bandung

Bahagian 2: Bandung
TANGKUBAN PARAHU, AIR PANAS CIATER & PULANG KE JAKARTA

HARI 3: BANDUNG

Tak ada apa-apa tarikan lain di Puncak selain udaranya yang dingin dan pemandangan kebun teh.

Pemandangan berdekatan Hotel Surya Indah di Puncak.
Landskap yang menarik di Hotel Surya Indah.
Restoran sarapan pagi di Hotel Surya Indah.
Pemandangan bilik penginapan di Hotel Surya Indah.

Part 7: Perjalanan Ke Bandung

Selepas bermalam di Puncak, kami menuju ke Bandung. Perjalanan ke sana melalui kawasan teres-teres sawah padi.

Teres sawah padi dalam perjalanan ke Bandung
Dalam bas menuju ke Bandung
Perjalanan ke Bandung
Lagi pemandangan menarik dalam perjalanan ke Bandung
Sebuah perkampungan yang dilalui.
Pemandangan dekat teres sawah padi.
Dalam perjalanan kami singgah di sebuah kedai keropok di Cianjur.

Kedai keropok di Cianjur.
Pemandangan dekat kedai keropok
Pemilik kedai keropok sedang melayan kami.
Penjual jalanan yang naik ke atas bas sewaktu kami berhenti di kedai keropok.
Akhirnya kami tiba di Bandung. Kota Bandung terkenal dengan Factory Outlet yang kebanyakannya menjual pakaian.

Antara Factory Outlet yang terdapat di Bandung.
Salah sebuah Factory Outlet yang kami kunjungi
Bandung

Part 8: Tangkuban Perahu

Tak lengkap lawatan ke Bandung kalau tak berkunjung ke Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif berdekatan kota Bandung.

Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu, kami singgah makan tengahari di sebuah gerai yang dikelilingi hutan pokok pain.

Ingatkan nak makan tengahari di restoran ini ...
... rupanya makan kat gerai di belakang restoran tadi.
Pemandangan di Gerai Makan.
Hutan pain di belakang gerai makan. Pemandangan dan cuaca sejuk di sini macam kat Switzerland.
Satu lagi pemandangan di belakang gerai makan.
Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikatakan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

Hutan pokok pain di kawasan Tangkuban Perahu.
Menuju ke kawah gunung berapi.
Ada kenderaan khusus yang disediakan untuk naik ke puncak Tangkuban Perahu.

Kenderaan khusus yang disediakan untuk naik ke puncak Tangkuban Perahu.
Bau sulfur terhidu di sepanjang perjalanan. Di puncak gunung, terdapat sebuah kawah gunung berapi yang hampir sentiasa dilitupi kabus.

Pemandangan di puncak Tangkuban Perahu
Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu hampir sentiasa dilitupi kabus
Sekali-sekala, kawah akan jelas kelihatan bila angin meniup kabus.

Part 9: Air Panas Ciater

Satu lagi tempat yang dilawati di Bandung adalah Air Panas Ciater. Kata Tourist Guide kami "Ci" dalam bahasa Jawa bermaksud "air". Kerana itulah ada banyak tempat di Pulau Jawa yang bermula dengan "Ci" seperti Cianjur dan Ciater.

Bergambar ramai di Sari Ater Hot Spring Resort di Ciater.
Pemandangan di kawasan pintu masuk
Ada banyak peringkat kepanasan air di Ciater.
Air paling panas di kolam bahagian tengah ini.

Part 10: Restoran Daun Pisang 

Makan malam disediakan di Restoran Daun Pisang di Bandung. Waktu diberitahu kami akan makan malam di Restoran Daun Pisang, masing-masing menyangka kami akan makan di sebuah restoran India. Maklumlah, restoran daun pisang di Malaysia mestilah restoran India.

Sangkaan kami meleset sama sekali. Rupa-rupanya Restoran Daun Pisang di Bandung adalah sebuah restoran masakan Indonesia. Dekorasi di restoran ini juga sangat menarik.


Part 11: Hotel Ahadiat

Hotel penginapan kami di Bandung juga sangat menarik. Namanya Hotel Ahadiat. Bangunan hotel ini berbentuk chalet dan dibina bercirikan sebuah perkampungan tradisional dan moden di Indonesia. Anak-anak saudara cukup enjoy tinggal di hotel ini.

Datuk dan cucu bersiar-siar di perkarangan Hotel Ahadiat.
Bilik-bilik di Hotel Ahadiat dibina seperti chalet.
Restoran sarapan pagi di Hotel Ahadiat.

HARI 4: JAKARTA (2)

Part 4 : Kembali ke Jakarta

Hari keempat seharusnya menjadi hari terakhir kami di Indonesia dalam perjalanan ini. Selepas bersarapan, kami bertolak menaiki bas kembali ke Jakarta.Perjalanan dari Bandung ke Jakarta adalah melalui sebuah lebuhraya.

Lebuhraya Jakarta-Bandung
Plaza Tol di Lebuhraya Jakarta-Bandung.
Kawasan Rehat Lebuhraya.
Bergambar kenangan di R&R.
Hampir tiba di Jakarta.
Kesesakan kota Jakarta dah mula kelihatan sekarang.
Pemandangan di bawah sebuah jambatan.
Pesawat KLM yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada sebelah petang. Jadi sementara menunggu waktu pulang, kami menghabiskan masa di pusat membeli-belah Kompleks Mangga Dua di Jakarta.

Kompleks Mangga Dua di Jakarta
Pintu masuk ke Kompleks Mangga Dua.
Makan tengahari tidak disediakan dalam pakej, jadi kami terpaksa makan sendiri di Jakarta. Agak sukar juga mencari restoran yang sesuai di Kompleks Mangga Dua ni kerana kami tak biasa dengan masakan Indonesia.

Akhirnya kami memilih makan di Restoran Wong Solo di Kompleks Mangga Dua. Pada mulanya family members agak keberatan untuk makan di situ kerana menyangka ia sebuah restoran Cina (disebabkan nama "Wong"). Tapi setelah Myself dan Huband explain "Wong" adalah perkataan Jawa dan restoran Wong Solo juga terdapat di Kuala Lumpur, barulah mereka setuju.

Makan tengahari di Restoran Wong Solo, Mangga Dua.

Part 5 : Sehari Lagi Di Jakarta

Selepas makan tengahari, kami menaiki bas ke Airport Soekarno-Hatta untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

Dalam perjalanan menuju ke Airport
Kami melintasi banyak kolam ikan begini dalam perjalanan menuju ke Airport Soekarno-Hatta.
Bersantai di tepi kolam
Tiba di Airport Soekarno-Hatta
Namun, sewaktu tengah check-in di Kaunter KLM, kami menerima kejutan bila diberitahu yang penerbangan kami delay sehingga ke pagi esok dan KLM akan menanggung penginapan percuma selama satu malam di sebuah hotel di Jakarta. Mujur juga Myself ada pengalaman terkandas di Guangzhou dulu. Jadi, bolehlah juga memberi panduan untuk menenangkan ahli keluarga.  

Disebabkan destinasi pesawat KLM yang sepatutnya kami naiki adalah Kuala Lumpur dan Amsterdam, penumpang KLM yang hendak ke Kuala Lumpur diberi penginapan di Hotel Mulia manakala penumpang yang hendak ke Amsterdam diberi penginapan di sebuah hotel lain (kalau tak silap, Hotel Sheraton).  

KLM turut menguruskan bas untuk penumpang pergi ke hotel-hotel berkenaan dari Airport Soekarno-Hatta.

Bas percuma disediakan oleh KLM Royal Dutch Arline untuk membawa kami ke Hotel Mulia
Berehat di lobby sambil menunggu check-in di Hotel Mulia.
Oleh kerana penginapan di Hotel Mulia ini bukan sesuatu yang dirancang, kami mendapat bilik yang berjauhan di antara satu sama lain. Bukan setakat bilik berjauhan, malah di tingkat berlainan.

Pemandangan malam bandaraya Jakarta dari Hotel Mulia.
Hotel Mulia juga adalah hotel bertaraf 5 bintang dan sekuriti di hotel ini cukup ketat. Penghuni perlu memasukkan kad ke dalam slot yang disediakan untuk menggunakan lif dan lif hanya akan membawa anda ke tingkat di mana bilik anda berada sahaja.  

Sistem ini juga menyukarkan kami sekeluarga untuk berkunjung ke bilik satu sama lain. Jika nak ke mana-mana bilik, perlu mengatur satu pertemuan di lobi dulu sebelum boleh ke mana-mana tingkat. Mujurlah cuma semalam tinggal di sini sebelum selamat pulang ke KL keesokan paginya.

Kedai-kedai Duty Free di Soekarno-Hatta Airport.
Pengembara kecil di Soekarno-Hatta Airport.
Hujan turun dengan lebat sebelum kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Menunggu panggilan masuk ke pesawat di Pintu Berlepas Soekarno-Hatta Airport.


CATATAN PERJALANAN (JAKARTA & BANDUNG) 2007:

CATATAN PERJALANAN LAIN (INDONESIA)