Wednesday, 12 August 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 35 (Cape Point)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 35: South Africa
CAPE PENINSULA [Cape of Good Hope & Cape Point]

HARI KESEMBILAN (4)

Part 82: Cape of Good Hope

Perjalanan kami yang seterusnya di Cape Peninsula adalah menuju ke Cape of Good Hope.
 
Pemandangan sewaktu meninggalkan Boulders Beach
Pokok yang tumbuh melintuk-liuk kerana mengikut arah tiupan angin kuat
Pemandangan Laut Atlantik
Pemandangan pantai yang berbatu di Laut Atlantik
Semak-samun Fynbos di tepi pantai
Laluan menuju ke Cape of Good Hope adalah tempat kediaman Baboon. Di sepanjang jalan, ada banyak papan amaran tentang kehadiran Baboon. Malah kami sendiri dapat melihat sekumpulan Baboon sewaktu lalu di sini.

Sekumpulan Baboon yang ditemui dalam perjalanan menuju ke Cape of Good Hope
Baboon di tepi laut
Ibu-ibu Baboon yang menggendong anak
Baboon-baboon liar yang berlari di tepi jalan
Ibu Baboon yang kudung tangan sedang gigih menggendong anak
Pemandangan di False Bay
Cape of Good Hope dan Cape Point terletak di tanjung di depan sana
Cape of Good Hope adalah sebuah tanjung yang merupakan titik yang paling ke arah Barat Daya (Southwestern) di Afrika. Inilah tempatnya yang kita belajar sebagai Tanjung Pengharapan sewaktu di dalam kelas Sejarah di sekolah dulu.

Pintu masuk utama ke Cape of Good Hope
Kawasan di sekitar Cape of Good Hope terdiri dari Cape Point Nature Reserve yang merupakan sebahagian dari Cape Floral Kingdom. Bersama dengan Table Mountain, kawasan ini juga adalah sebahagian dari kawasan yang telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Cape Point Nature Reserve di sekitar Cape of Good Hope
Tumbuhan-tumbuhan Fynbos di Cape Point Nature Reserve
Pemandangan Laut Atlantik dari Cape Point Nature Reserve
Laut Atlantik
Ombak besar di Laut Atlantik
Jalan menuju ke Cape of Good Hope
Tempat parking di Cape of Good Hope adalah di kaki sebuah bukit batu setinggi 200 meter. Sebaik sampai, kita dapat melihat ramai orang beratur di kaki bukit ini. "Mereka semua nak bergambar dengan papan tanda Cape of Good Hope," kata Jeremy kepada kami.

Barisan panjang pengunjung yang nak bergambar dengan papan tanda Cape of Good Hope
Papan tanda Cape of Good Hope
Kita join sama beratur nak bergambar dengan papan tanda Cape of Good Hope
Akhirnya tiba giliran kami untuk bergambar...
Bukti kami dah sampai di sini. 😄
Lepas bergambar, barulah kita bersiar-siar di sekitar Cape of Good Hope. Orang Eropah yang pertama sampai ke sini adalah seorang pelayar Portugis yang bernama Bartolomeu Dias pada tahun 1487. Dia telah dihantar oleh King of Portugal untuk mencari laluan perdagangan baru ke India melalui jalan laut kerana laluan perdagangan darat ketika itu telah disekat oleh Empayar Ottoman. Dias hanya berlayar sehingga ke tanjung ini sahaja ketika itu sebelum berpatah balik ke Portugal.

Dias telah berdepan dengan arus kuat dan ombak besar sewaktu belayar di Cape of Good Hope. Dalam laporannya kepada King of Portugal, dia telah menamakan tanjung ini sebagai Cape of Storms. Namun demikian King John II of Portugal yang mempunyai firasat bahawa tanjung ini akan membuka laluan perdagangan baru ke India telah menamakannya semula sebagai Cape of Good Hope. Firasat King John II of Portugal terbukti benar apabila seorang lagi pelayar Portugis yang bernama Vasco da Gama kemudiannya berjaya berlayar ke India setelah mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1497. Namun demikian, cerita Dias tentang laut yang ganas di Cape of Good Hope bukanlah rekaannya semata-mata. Dia bersama 3 anak kapalnya maut di Cape of Good Hope pada tahun 1500 apabila kapal mereka karam dan tenggelam dalam satu kejadian ribut yang dahsyat di sini.

Ombak besar di belakang papan tanda Cape of Good Hope
Perhatikan ketinggian ombak yang menghempas!
Cape of Good Hope juga sering disalah anggap sebagai titik paling selatan di benua Afrika. Ini mungkin disebabkan selepas melalui tanjung ini, kapal-kapal dari Eropah yang hendak ke India tidak lagi berlayar menuju ke arah selatan, mereka sebaliknya akan bergerak menuju ke arah timur. Bila kapal bergerak ke arah timur, mereka menyangka mereka dah masuk ke Lautan Hindi. Padahal ia tidak sebenarnya begitu. Dari Cape of Good Hope, mereka perlu bergerak 200 km lagi ke arah timur menuju ke Cape of Agulhas sebelum masuk ke Laut Hindi.

Pemandangan menghala ke Cape Agulhas dari Cape of Good Hope. Laut Hindi terletak di sebalik tanjung di sebelah sana.
Tak ramai orang tahu mengenai Cape Agulhas. Jadi kita tunjuk sikit gambar Cape Agulhas ini di sini...
 
Peta yang menunjukkan kedudukan Cape Town, Cape of Good Hope dan Cape Agulhas
Tempat pertemuan Laut Hindi dan Laut Atlantik di Cape Agulhas
[Gambar dari internet]
Namun begitu, sesuatu yang hampir betul mengenai fakta pertemuan dua lautan ini ialah Cape of Good Hope merupakan tempat pertemuan dua arus lautan: Arus Sejuk Benguela dari Antartika dan Arus Panas Agulhas dari Lautan Hindi.
 
Peta yang menunjukkan pertemuan Arus Sejuk Benguela dan Arus Panas Agulhas berhampiran Cape of Good Hope
Pertemuan kedua arus inilah yang menyebabkan laut di sekitar Cape of Good Hope menjadi sangat bergelora sehingga pelayar yang mengelilingi Cape of Storms pada masa dahulu menggelarkannya sebagai Graveyard of the Oceans.

Ombak besar di Cape of Good Hope
Menikmati pemandangan ombak besar di Cape of Good Hope
Burung yang terbang berkumpulan di Cape of Good Hope
Burung yang terbang bersama ombak besar di Cape of Good Hope
Ombak yang ganas di Cape of Good Hope adalah disebabkan oleh pertemuan Arus Benguela dan Arus Agulhas di sini
Memang seram melihat ombak yang menghempas di sini. 😨
Ombak besar di tengah laut
Bergambar dari jauh begini sebab tak berani nak pergi dekat-dekat ombak yang ganas. 😅
Husband pun nak bergambar dengan ombak besar
Posing dengan papan tanda Cape of Good Hope
Bagi yang gemar hiking, ada laluan hiking disediakan dari Cape of Good Hope ke Cape Point yang terletak bersebelahan. Cape Point adalah juga destinasi kami selepas melawat ke Cape of Good Hope. Tetapi kita bergerak ke sana dengan menggunakan bas, bukan secara hiking berjalan kaki. 😄

Laluan hiking ke Cape Point
Kena panjat bukit ini kalau nak hiking ke Cape Point...
Kemuncak bukit batu
Hikers yang sedang naik ke puncak bukit
Bergambar di kaki bukit batu
Pose istimewa dari Husband
Dah sampai masa untuk kita bergerak dari Cape of Good Hope menuju ke Cape Point. Bas bergerak mengikut jalan yang menyusuri pinggiran pantai. Walaupun cuaca baik hari ini, ombak yang datang tetap mengganas.

Ombak ganas di pinggir pantai Cape of Good Hope
Teringat pengalaman sewaktu membuat Seal Island Cruise di Hout Bay pagi tadi bila melihat ombak begini. 😅
Pantai di Cape of Good Hope juga dikatakan merbahaya kerana ada banyak batu besar dan tajam di dasarnya
Mengikut sejarahnya, ada banyak kapal yang tenggelam di persisiran pantai ini
Pemandangan pengunjung yang beratur nak bergambar dengan papan tanda Cape of Good Hope
Arah ke Cape Point

Part 83: Cape Point

Cape Point yang menjadi destinasi kami seterusnya adalah titik penghujung Cape Peninsula yang terletak cuma 3 km dari Cape of Good Hope. Pemandangan pertama yang dilihat sewaktu kami tiba di sini adalah keretapi funicular seperti yang terdapat di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Tiba di Cape Point
Pemandangan funicular di Cape Point dari dalam bas
Pemandangan puncak Cape Point dari bawah
Lower Station di Cape Point
 Pemandangan Table Mountain dari Cape Point
Ukiran Chacma Baboon di luar Lower Station
Penumpang yang baru keluar dari funicular
Funicular naik ke puncak Cape Point ini dinamakan Flying Dutchman. Ia dinamakan sempena kisah lagenda Flying Dutchman yang popular di sekitar kawasan Cape of Good Hope. Menurut kisahnya, pada kurun ke-17 dahulu, ada sebuah kapal milik Syarikat Hindia Timur Belanda yang berlayar dari Batavia (Jakarta) terperangkap di dalam ribut yang dahsyat di kawasan Cape. Dalam keadaan yang gawat itu, kapten kapal yang bernama Hendrick van der Decken bersumpah dengan angkuh yang dia tidak akan mengalah dan akan terus berlayar mengelilingi Cape of Good Hope sehingga ke hari kiamat. Sumpahan kapten menjadi kenyataan kerana kapal ini memang tidak sampai ke Cape of Good Hope dan hilang di alam maya. Kapal yang dinamakan Flying Dutchman ini dikatakan masih berlayar sehingga sekarang dan akan muncul bila cuaca buruk berlaku di Cape. Kehadirannya turut dikatakan memberi petanda buruk kepada mana-mana kapal yang terserempak dengannya sewaktu berlayar.

Beratur nak naik funicular
Funicular dah tiba
Funicular yang bernama Flying Dutchman
Naik ke dalam Flying Dutchman
Flying Dutchman membawa kita menaiki bukit setinggi 87 meter di Cape Point. Perjalanan naik juga cuma memakan masa 3 minit.
 
Landasan funicular naik ke atas bukit
Pemandangan di pertengahan jalan
Pemandangan menghala ke Laut Atlantik dari dalam funicular
Ada 2 funicular yang berulang-alik ke puncak bukit Cape Point. Kedua-dua funicular ini bergerak serentak ~ satu turun ke bawah dan yang satu lagi naik ke atas ~ pada masa yang sama. Mereka akan bertemu di sebuah persimpangan di tengah jalan.
 
Funicular yang sebuah lagi tengah turun ke bawah
Berselisih di pertengahan jalan
Suasana di dalam funicular
Upper Station dah muncul dalam pandangan
Tiba di Upper Station
Pemandangan di luar Upper Station
Ada sebuah rumah api lama di luar Upper Station ini, tetapi kalau nak melawat ke situ kenalah naik anak tangga yang boleh tahan juga ketinggiannya.
 
Rumah api di puncak bukit
Disebabkan Husband tak larat nak memanjat ke sana, kita naik sajalah tangga ini seorang diri. Sambil naik tangga perlahan-lahan, kita relax-relax melihat pemandangan di sekitar.

Tangga yang perlu didaki untuk pergi ke rumah api
Pemandangan dari pertengahan tangga
Historic Lighthouse Path
Rumah api lama ini didirikan pada tahun 1860 pada aras ketinggian 249 meter dari aras laut. Lampu amarannya dapat dilihat sehingga sejauh 67 km di tengah laut. Walau bagaimanapun, penggunaannya kemudian didapati mengalami masalah kerana ia sering diliputi kabus dan awan. Selepas kejadian sebuah kapal Portugis yang bernama 'Lusitania' tenggelam pada tahun 1911, sebuah rumah api baru telah dibina di Dias Point yang terletak pada aras yang lebih rendah 87 meter dari aras laut.

Rumah api lama di puncak bukit
Pemandangan Table Mountain di seberang sana
Pemandangan Dias Beach yang dilihat dari pertengahan tangga
Pemandangan lebih jelas Dias Beach [Gambar dari internet]
Tiba di rumah api lama
Penunjuk arah di rumah api lama
Suasana di perkarangan rumah api lama
Rumah api baru Dias Point dibina di bawah sana tetapi tak nampak pulak dari sini
Pemandangan rumah api baru di Dias Point [Gambar dari internet]
Burung yang hinggap di tebing tembok rumah api lama
Pemandangan Cape of Good Hope yang kami lawati tadi dari rumah api
Laut Atlantik
Selepas dah hilang penat menaiki tangga serta dah puas melihat pemandangan sekeliling, barulah kita turun kembali ke bawah.
 
Turun kembali ke bawah
Pemandangan Cape of Good Hope dari atas tangga
Lagi pemandangan cantik dari atas tangga
Laut Atlantik
Pemandangan menghala ke rumah api lama
Husband menunggu di kaki tangga. Selepas itu kami berjalan masuk kembali ke Upper Station untuk turun ke bawah. Disebabkan kami lupa nak ambil gambar Upper Station ini dari luar, kita gunakan sahaja gambar dari internet...

Upper Station di Cape Point [Gambar dari internet]
Lighthouse-keepers Office Building (1860) yang kini digunakan sebagai Information Office
Dalam bangunan Upper Station ini, ada pameran kecil mengenai sejarah Cape of Good Hope.

Pameran kecil mengenai sejarah Cape of Good Hope di Upper Station.
[Gambar dari internet]
Menunggu giliran untuk naik kembali Flying Dutchman untuk turun ke bawah
Pemandangan dari dalam Flying Dutchman sewaktu nak turun ke bawah
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Berselisih dengan Flying Dutchman yang nak naik ke atas
Flying Dutchman
Dah hampir tiba ke bawah
Tiba di Lower Station
Berjalan keluar dari Lower Station
Pemandangan dari luar Lower Station
Selepas selesai melawat Cape Point, dah tibalah masa untuk kami kembali ke Cape Town. Sebelum meninggalkan Cape Peninsula, Jeremy bercerita bagaimana False Bay mendapat namanya. False Bay terletak ke timur Cape Peninsula manakala Table Bay (tempat letaknya kota Cape Town) pula terletak di sebelah barat. Pelayar-pelayar yang datang dari sebelah timur sering tersalah anggap menyangka yang mereka dah tiba di Table Bay bila sebenarnya mereka hanya baru tiba di False Bay. Dari situlah False Bay mendapat namanya kerana pelayar-pelayar sering tertipu di sana. Tipah Tertipu!! 😂
 
Jeremy bercerita tentang False Bay
Pemandangan Cape of Good Hope
Cape of Good Hope
Pemandangan pergunungan dari kawasan Cape Point
Dari kejauhan, kami dapat melihat sebuah salib batu besar yang dibina di kawasan ini. Salib yang kami lihat adalah Dias Cross yang dibina oleh Kerajaan Portugal untuk memperingati pelayaran Bartolomeu Dias pada tahun 1497.

Dias Cross di kejauhan
Sebenarnya ada 2 salib sebegini yang dibina oleh Kerajaan Portugal sebagai monumen di Cape Point, satu di bahagian timur dan satu lagi di bahagian barat. Salib di sebelah barat dinamakan Dias Cross sempena memperingati pelayaran Bartolomeu Dias yang menemui Cape of Good Hope pada tahun 1497. Pelayaran ini penting kerana menandakan penemuan jalan baru ke Timur dari Eropah. Dias walau bagaimanapun hanya berpatah balik ke Portugal selepas sampai ke sini.

Salib di sebelah timur pula dinamakan Da Gama Cross kerana ia memperingati pelayaran Vasco Da Gama ke India pada tahun 1497. Pelayaran ini juga penting kerana ia membuktikan laluan laut ke India dari Eropah benar-benar wujud. Ia juga merintis Spice Route bagi perdagangan rempah yang sangat berharga di Eropah ketika itu.

Dias Cross dan Da Gama Cross [Gambar dari internet]
Tidak jauh dari situ, kami juga melihat Skaife's Barn yang merupakan bekas kediaman Sydney Harold Skaife pada masa dahulu. Beliau adalah seorang entomologist dan naturalist yang bertanggungjawab untuk mewujudkan Table Mountain Nature Reserve pada tahun 1938.

Skaife’s Barn

Part 84: Kembali Ke Cape Town
 
Perjalanan kami kembali ke Cape Town tidak melalui semula Chapman's Peak Drive yang kami gunakan pagi tadi. Perjalanan adalah sebaliknya menggunakan sebuah laluan alternatif.
 
Pulang ke Cape Town
Pergunungan di Cape Peninsula
Arah ke laluan alternatif untuk pulang ke Cape Town
Laluan alternatif ini turut melalui bandar Simon's Bay dan Fish Hoek yang telah kami lalui dalam perjalanan ke Cape of Good Hope tadi.
 
Simon's Town
Pemandangan di Simon's Town
Kawasan perumahan di Simon's Town
Fish Hoek
Pemandangan di Fish Hoek
Sewaktu kami tiba kembali ke Cape Town, hari telah pun gelap kerana waktu Maghrib di Cape Town ketika itu masuk sekitar pukul 5.45 petang.

Tiba di Cape Town
Menuju ke Pusat Bandar
Lebuhraya
Pemandangan senja menghala ke Table Mountain
Pelabuhan Cape Town
Tiba di pusat bandar
Table Mountain dan Lion's Head
Setibanya di Cape Town, kami terus dibawa makan malam di sebuah restoran Siam yang bernama Wang Thai. Jangan ingat tak ada restoran Thai di South Africa 😁. Restoran ini terletak di tepi laut dan pemandangannya amat indah di waktu sunset begini.

Restoran Wang Thai
Pemandangan di luar Restoran Wang Thai
Sunset
Keindahan sunset di Cape Town
Dinner yang disediakan di Wang Thai sangat enak. Rasanya tidak jauh berbeza dengan makanan Thai yang biasa kita temui di Malaysia. Bagi kami yang Muslim, hidangan yang disediakan adalah seafood.
 
Jom masuk ke dalam...
Suasana di dalam Restoran Wang Thai
Dinner yang menyelerakan di Wang Thai
Seafood Tomyam yang sedap
Dessert
Meninggalkan Restoran Wang Thai selepas makan
Dalam perjalanan pulang ke hotel, Eddy mengingatkan kami untuk packing dan check-out pada pagi esok. Maklumlah kerana percutian kami di Afrika dah sampai ke penghujung. Esok adalah hari terakhir kami berada di Cape Town. Pada lewat malam esok, kami akan terbang meninggalkan Cape Town menuju ke Mauritius untuk transit dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur.

Perjalanan pulang ke hotel
Cape Town yang sunyi di malam hari
Tiba kembali ke Pepperclub Hotel
Goodnight, Cape Town.


 Bersambung ke Bahagian 36...
 

CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: