Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(ALBANIA: Shkoder)
Bahagian 25: Albania 1
SHKODER
HARI KELIMA (6)
Part 68: Menuju ke Albania
Dah tiba masa kami menuju ke negara keempat dalam Balkans Tour kami ~ Albania.
|
Menuju ke sempadan Albania |
|
Kincir angin di depan sana |
|
Kincir-kincir angin |
|
Ulcinj |
|
Sebuah lagi pemandangan di Ulcinj |
|
Semakin menghampiri Albania |
|
Tiba di sempadan Montenegro-Albania |
|
Pos pemeriksaan sempadan Montenegro |
Part 69: Albania
Tak seperti di sebelah Montenegro, tak ada sebarang pos pemeriksaan sempadan pun di sebelah Albania. Albania seolah-olah tak kisah pun siapa yang masuk ke sempadan negara mereka.
|
Kincir angin di sebelah Albania |
Myself akui tak banyak yang Myself tahu tentang negara yang bernama Albania ini sebelum tiba di sini. Apa yang Myself tahu ialah seperti Bosnia-Herzegovina, Albania juga adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Tapi tak seperti Bosnia-Herzegovina, Montenegro dan Croatia, Albania adalah sebuah negara yang merdeka sejak dahulu lagi. Ia tak pernah menjadi sebahagian dari Yugoslavia.
|
Destinasi kami di Albania, Shkodër terletak 43 km dari sini |
Albania adalah sebuah negara yang dianggap miskin di Eropah. Untuk sekian lama, negara ini diperintah oleh Komunis yang menekan kebebasan beragama kepada rakyatnya. Namun bagaimana sekalipun manusia berusaha, kita tak dapat mengatasi kekuasaan Allah SWT. Agama Islam terus berkembang subur di bumi Albania.
|
Bendera Albania yang terkenal dengan simbol Helang Berkepala Dua |
Disebabkan kemiskinan, ramai rakyat Albania yang berhijrah keluar negara untuk bekerja. Kata Mehmet, ramai orang Albania yang bekerja sebagai bouncer di kelab-kelab malam di Eropah. Mereka juga sering dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan jenayah.
|
Pemandangan malam di Albania |
Destinasi kami di Albania adalah sebuah bandar yang bernama Shkodër. Dalam perjalanan ke sana kami melalui sebuah tasik besar yang dinamakan Lake Shkodra. Dua pertiga tasik ini sebenarnya terletak di negara Montenegro dan hanya sepertiga berada di Albania. Namun demikian, ia tetap menjadi tasik yang terbesar di negara Albania.
Sayang sekali hari telah malam sewaktu kami lalu di sini. Tak dapatlah nak menikmati keindahan sebenar Lake Shkodra.
|
Lake Shkodra |
|
Sebahagian besar Lake Shkodra sebenarnya terletak di negara Montenegro |
Shkodër bukanlah bandar terbesar atau ibu negara Albania. Bandar terbesar dan ibu negara Albania adalah Tirana yang terletak lebih jauh ke selatan. Persinggahan kami di Shkodër adalah sebenarnya persinggahan singkat untuk membolehkan kami bermalam di sini.
|
Shkodër |
|
Pemandangan malam di Shkodër |
|
Walaupun hari dah malam, masih banyak kedai yang masih dibuka di Shkodër |
Part 70: Hotel Rozafa
Hotel penginapan kami di Shkodër adalah sebuah hotel 4 bintang yang terletak di tengah bandar yang bernama Hotel Rozafa.
|
Hotel Rozafa |
|
Hotel Rozafa adalah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang di Shkodër |
|
Pintu masuk ke Hotel Rozafa |
|
Koridor di depan bilik penginapan |
|
Bilik penginapan kami di Hotel Rozafa |
|
Suasana di dalam bilik |
|
Shower |
|
Toilet Bowl dan Bidet |
|
Pemandangan bandar Shkodër dari bilik hotel kami |
Part 71: Shkoder Pedestrian Street
(Rruga Kole Idromeno)
Makan malam disediakan di Hotel Rozafa pada pukul 8 malam. Disebabkan masih ada masa, Myself dan Husband mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sebuah pedestrian street berhampiran Hotel Rozafa. Kami juga turut disertai Kanesh.
|
Xhamia e Madhe - Ebu Bekr Mosque bertentangan dengan Hotel Rozafa |
|
Pedestrian Street terletak di seberang jalan sana |
|
Berjalan menuju ke Pedestrian Street |
|
Permainan kanak-kanak |
Nama sebenar Pedestrian Street ini ialah Rruga Kole Idromeno. Tapi untuk kemudahan, kita refer sajalah jalan ini sebagai Pedestrian Street.
Kami juga turut menemani Kanesh membeli beg baru di sini. Tak sangka dalam diam-diam baru hari kelima kami di Balkans dah beranak beg Kanesh. Hahaha! Urusniaga di sini menggunakan matawang Albania yang dipanggil Lek tapi tak perlu gusar kalau tak ada matawang ini kerana penggunaan credit card juga diterima untuk pembayaran.
|
Meneman Kanesh membeli beg baru di sini |
|
Kanesh membeli beg baru di Albania |
|
Berjalan balik ke Hotel Rozafa |
Dekat-dekat pukul 8 malam, kami berjalan balik ke Hotel Rozafa untuk dinner.
|
Berjalan balik ke Hotel Rozafa |
|
Restoran di Hotel Rozafa |
|
Salad dan Olive Oil |
|
Hidangan roti begini sentiasa ada dalam setiap meal kami di Balkans |
|
Dinner |
Bersambung ke Bahagian 26...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.