Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE: Thessaloniki & Kavala)
Bahagian 41: Greece 4
PERJALANAN KE KAVALA
HARI KELAPAN (5)
Part 115: Perjalanan Ke Kavala
Persinggahan di Thessaloniki cuma persinggahan singkat, tak sempat pun nak tour bandar Thessaloniki. Jadi kita cuma perhatikan saja pemandangan Thessaloniki dari atas bas.
Saints Cyril and Methodius Church, Thessaloniki |
Apartment kediaman di Thessaloniki |
Gereja yang kelihatan di belakang sana ialah Holy Church of the Ascension of the Lord |
Wanita ini membuat persembahan tarian sewaktu lampu merah untuk mengutip derma dari pemandu |
Membuat persembahan di tengah jalan sewaktu lampu merah |
Kami kemudian kembali ke Lebuhraya Egnatia Odos untuk memulakan perjalanan menuju ke Kavala.
Masuk semula ke Lebuhraya Egnatia Odos |
Meninggalkan Thessaloniki |
Lebuhraya Egnatia Odos |
Jarak ke Kavala dari Thessaloniki adalah 154 km dan perjalanan ke sana dijangka memakan masa 1 jam 45 minit.
Pemandangan di Lebuhraya Egnatia Odos sewaktu memulakan perjalanan ke Kavala |
Iliad
Perjalanan ke Kavala adalah juga sebenarnya perjalanan menuju ke arah Turkiye. Sambil kita melihat pemandangan indah di sepanjang jalan menuju ke Kavala, apa kata kita imbas kisah Perang Trojan di antara orang Greek dengan orang Turki pada masa dahulu? Perang ini diceritakan di dalam sebuah puisi panjang bernama Iliad yang dikarang oleh seorang penyair bernama Homer.
Pemandangan dari lebuhraya |
Perang Trojan berlaku di sebuah bandar bernama Troy yang kini terletak di negara Turkiye. Seperti yang diceritakan pada permulaan puisi Iliad, Perang Trojan telah pun berlangsung selama 10 tahun tetapi tentera Greek masih gagal untuk menakluk Troy. Mereka terus berkhemah di luar kota Troy.
Wira di dalam puisi Iliad adalah Achilles yang dikatakan sebagai wira yang terhandal di dunia. Ayahnya yang bernama Peleus adalah Raja Myrmidon manakala ibunya Thetis adalah seorang dewi laut (sea nymph). Untuk melindungi Achilles selepas dilahirkan, ibunya merendam beliau di dalam River Styx. Dalam Mitos Greek, River Styx sakti dan memiliki kuasa yang istimewa. Selepas direndam, tubuh Achilles menjadi kebal kecuali bahagian tumit kakinya yang dipegang oleh ibunya yang tidak terendam di dalam River Styx.
Oleh kerana Achilles adalah kacukan di antara dewi dengan manusia, dia sangat kuat dan menjadi seorang wira yang hebat. Tetapi disebabkan dia separuh manusia dan bukan keturunan dewa sepenuhnya seperti ibunya, Achilles masih boleh menjadi tua dan mati terbunuh. Achilles berperang bersama seorang general Greek lain yang bernama Agamemnon. Walaupun mereka sepasukan tetapi kedua-duanya tidak sebulu.
Agamemnon telah menawan seorang tebusan wanita bernama Chryseis secara kejam. Ayah Chryseis menawarkan wang kepada Agamemnon untuk membebaskan anaknya tetapi tidak diterima. Dengan kecewa, ayah Chryseis meminta bantuan kepada Dewa Apollo yang kemudiannya menyerang tentera Greek. Berdepan dengan amarah Dewa Apollo, pemimpin-pemimpin Greek yang diketuai oleh Achilles memaksa Agamemnon untuk membebaskan Chryseis. Walau bagaimanapun, demi untuk menyakiti Achilles, Agamemnon menawan kekasih Achilles yang bernama Briseis sebagai ganti Chryseis.
Achilles sangat marah dengan tindakan Agamemnon tetapi enggan berperang dengannya. Dengan berdendam terhadap Agamemnon, Achilles meminta ibunya Dewi Thetis meminta kepada Ketua Dewa yang bernama Zeus untuk membantu pihak Trojan mengalahkan pasukan Greek, walaupun dia (Archilles) sendiri berada di dalam pasukan Greek. Dewa Zeus yang selama ini bersikap neutral memutuskan untuk membantu pasukan Trojan.
Peperangan di antara tentera Greek dengan tentera Trojan masih berterusan. Dewa-dewa di langit mula melibatkan diri dengan menyebelah pasukan masing-masing. Wira pasukan Troy yang bernama Hector dibaling dengan batu oleh pembantu Achilles yang bernama Ajax. Dewa Apollo yang menyebelah pasukan Troy menyembuhkan Hector dan menjadikan beliau lebih kuat dan pantas dari yang sebelumnya. Dengan diketuai oleh Hector, pasukan Trojan berjaya mengusir tentera Greek sehingga ke persisiran pantai.
Pada saat tentera Greek hampir tewas, rakan baik Achilles yang bernama Patroclus merayu supaya Achilles kembali memimpin pasukan Greek. Disebabkan dendamnya kepada Agamemnon masih belum padam, Achilles enggan pergi berperang lebih-lebih lagi kerana dia telah meminta kepada Dewa Zeus untuk memberi kemenangan kepada pasukan Troy.
Patroclus hilang sabar lalu masuk berperang dengan menyamar sebagai Achilles dengan memakai perisai perangnya. Tentera Greek yang menyangka Patroclus adalah Achilles kembali bersemangat. Kemenangan seakan berpihak kepada tentera Greek sehinggalah Patroclus terpaksa berdepan sendiri dengan Hector. Hector berjaya membunuh Patroclus dan merampas perisai perang Achilles darinya.
Achilles yang bersedih dengan kematian rakan karibnya bersumpah untuk membalas dendam. Dengan melupakan permohonannya kepada Dewa Zeus, Achilles meminta Dewa Hephaestus membuatkan sebuah perisai perang baru untuk dirinya dan masuk berperang. Dengan Achilles sebagai komander perang, pihak Greek berjaya mengusir pasukan Trojan kembali ke Troy. Perang yang panjang dan hebat seterusnya meletus bila Achilles bersemuka dengan Hector. Hector akhirnya terbunuh di tangan Achilles.
Sewaktu Achilles direndam oleh ibunya di River Styx, kaki yang dipegang oleh ibunya yang tidak terendam di dalam sungai menjadi satu-satunya anggota tubuhnya yang tidak kebal. Rahsia ini diketahui oleh Dewa Apollo. Bila seorang tentera Trojan yang bernama Paris melepaskan anak panah dari busurnya ke arah Achilles, Apollo memandu tembakan anak panah tersebut ke arah tumit Achilles. Achilles cedera kesakitan lalu mati.
Namun Perang Troy tidak berakhir dengan kematian Achilles. Seorang wira Greek lain yang bernama Odysseus mengemukakan rancangan untuk menawan kota Troy. Mereka membina sebuah kuda kayu yang besar dan diletakkan di luar pintu kota. Separuh anggota pasukan Greek diarah bersembunyi di dalam kuda kayu ini dan separuh yang lain diarahkan naik kapal seakan berlayar pulang ke Greece. Bila melihat tentera Greek berlayar pulang, Orang Trojan menyangka mereka telah menang dan kuda yang ditinggalkan di pintu kota adalah hadiah pemberian Greek. Mereka menolak masuk kuda kayu ini ke dalam kota dan mula berpesta untuk meraikan kemenangan.
Dalam mitos Greek, Lake Volvi adalah kediaman seorang dewi yang bernama Bolbe. |
Sewaktu penaklukan Ottoman pula, diceritakan beratus-ratus rakyat Greek direndam sampai lemas di dalam tasik ini. |
Pada sebelah malamnya, tentera Greek yang berlayar berpatah balik ke Troy. Odysseus dan tenteranya yang bersembunyi di dalam kuda kayu keluar membunuh pengawal kota. Mereka membuka pintu kota yang seterusnya diserbu oleh tentera Greek. Perang tercetus dan akhirnya tentera Trojan yang sedang leka tewas di tangan tentera Greek.
Menarik, kan cerita ini? Tapi disebabkan ada banyak kisah dewa yang terlibat dalam perang, tak siapa tahu sama ada Perang Trojan ini benar-benar terjadi.
Kawasan pertanian di tepi Lake Volvi |
Perkampungan di Greece |
Meneruskan perjalanan menuju ke Kavala |
Odyssey
Selepas Perang Trojan tamat, Odysseus dan tenteranya yang telah 10 tahun berkampung di Troy mula bergerak pulang ke kampung halaman mereka di Ithaca. Kisah kepulangan Odysseus ini dinukilkan oleh Homer dalam sebuah lagi puisinya yang bernama Odyssey.
Menurut Homer dalam Odyssey, Dewa Zeus yang menyokong pasukan Trojan amat marah bila rancangan Odysseus menggunakan helah kuda kayu untuk menawan Troy berjaya. Sewaktu Odysseus dan pasukan tenteranya hendak pulang ke Ithaca, Zeus menghembus angin kuat sehingga menyebabkan kapal mereka tersasar haluan. Perkara ini menyebabkan Odysseus dan tenteranya hanyut serta berdepan dengan pelbagai adventure.
Ladang Madu Lebah |
Adventure Odysseus yang pertama adalah bila mereka terdampar di sebuah pulau yang penduduknya cuma memakan sejenis tumbuhan. Sebahagian tentera Odysseus yang memakan tumbuhan ini terus terlupa kampung halaman dan ingin terus menetap di situ. Odysseus dan tenteranya yang tidak memakan tumbuhan ini terpaksa menyeret rakan-rakan mereka kembali ke kapal untuk meneruskan perjalanan.
Mereka kemudiannya tiba di sebuah pulau yang dihuni oleh sekumpulan gergasi bermata satu yang bernama Cyclopes. Seorang Cyclop yang bernama Polyphemus menahan Odysseus dan tenteranya di dalam gua. Untuk melarikan diri, Odysseus dan tenteranya berpaut kepada perut kambing biri-biri milik Polyphemus sewaktu keluar memakan rumput.
Pandangan lebih dekat bandar Stavros |
Pada satu ketika pula, Odysseus tiba di sebuah pulau yang dihuni oleh Dewa Angin bernama Aeolus. Aeolus bersetuju membantu Odysseus dan tenteranya pulang. Dia memberikan mereka sebuah karung tenaga angin dan menghembus kuat ke dalam karung menuju ke arah Ithaca. Walau bagaimanapun, sewaktu mereka telah sangat hampir ke Ithaca, seorang tentera Odysseus yang tidak sabar telah membuka karung angin ini untuk melihat isi kandungannya. Akibatnya, angin yang terlepas menolak kapal mereka kembali ke Aeolus.
Sewaktu berlayar pulang semula, kapal Odysseus terpaksa melalui sebuah selat yang merbahaya. Di sana mereka tersua dengan seekor raksasa bernama Scylla yang mempunyai 6 kepala dan 12 sesungut. Dengan menggunakan kepala dan sesungut ini, Scylla menangkap 6 orang tentera Odysseus. Namun kapal Odysseus berjaya melepaskan diri.
Kelegaan mereka tidak bertahan lama bila berdepan pula dengan pusaran air Charybdis yang menakutkan. Kapal Odysseus disedut masuk ke dalam pusaran air ini sehingga ke dasar laut.
Persisiran Laut Aegean |
Akhirnya hanya Odysseus seorang sahaja yang terselamat. Dia hanyut di lautan dengan berpaut kepada sekeping papan selama 9 hari. Odysseus mendarat di sebuah pulau yang dihuni oleh Dewi Calypso.
Dewi Calypso jatuh cinta kepada Odysseus dan menjadikan beliau tawanan selama 7 tahun. Dewi Athena yang bersimpati kepada Odysseus meminta Dewa Zeus untuk mengarahkan Calypso membebaskan Odysseus.
Pemandangan Laut Aegean |
Satu lagi pemandangan Laut Aegean |
Kawasan paya |
Kavala masih 48 km dari sini |
Selepas 20 tahun, Odysseus akhirnya selamat pulang ke kampung halaman. Dia menyamar sebagai seorang pengemis dan hanya dikenali oleh anjingnya yang bernama Argos.
Setibanya di rumah, Odysseus mendapati ada ramai lelaki sedang cuba memujuk isterinya Penelope untuk berkahwin kerana beranggapan Odysseus telah mati. Penelope mengenakan satu syarat di mana dia akan berkahwin dengan sesiapa saja yang boleh memanah menerusi 12 bilah mata kapak yang disediakan.
Odysseus turut mengambil bahagian dan menjadi satu-satunya lelaki yang berjaya berbuat demikian. Setelah membunuh kesemua lelaki yang melamar isterinya tadi, Odysseus melepaskan samaran kepada isterinya.
Begitulah kisah puisi Odyssey...
Gunung tinggi di kejauhan |
GREEK MACEDONIA
Kawasan yang sedang kita lalui sekarang ialah Greek Macedonia. Di sinilah asalnya peradaban dan kebudayaan Macedonia yang sebenar. Kerana itulah Greece membantah dengan keras bila North Macedonia mengagungkan Alexander the Great dan ayahnya King Philip II of Macedon sebagai milik mereka.
Greek Macedonia terbentuk selepas Perang Balkan Kedua pada tahun 1913. Ia ditakluk tentera Bulgaria dalam Perang Dunia Pertama dan ditakluk sekali lagi oleh tentera Bulgaria berserta Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Namun baik selepas Perang Dunia Pertama mahupun Perang Dunia Kedua, kedaulatan wilayah Macedonia ini tetap dikembalikan kepada Greece.
Plaza Tol |
Pemandangan di Plaza Tol |
Suasana di Lebuhraya |
Pemandangan di lebuhraya |
Pergunungan di Macedonia |
Satu lagi pemandangan Moustheni |
Di sini juga ada terowong yang berlapis-lapis |
Terowong yang sebuah lagi |
Penghujung terowong |
Titans
Sewaktu membuat research tentang Greece, Myself terbaca pula kisah tentang Titans. Pernah tak dengar tentang Titans (contoh macam nama movie: Clash of the Titans)? Tahu tak apa Titans yang sebenarnya? Konon ceritanya, Titans adalah dewa Greek generasi pertama yang memerintah dunia. Dewa yang paling famous di kalangan mereka adalah Ketua Titan yang bernama Cronus dan isterinya Rhea yang merupakan ibu dan bapa kepada Dewa Zeus.
Mukabumi Greece yang bergunung-ganang |
Seorang Tukang Tilik memberitahu Cronus yang dia akan dikalahkan oleh anak-anaknya. Untuk melindungi diri, Cronus menelan setiap anak yang dilahirkan oleh Rhea termasuklah Hestia, Hades, Hera, Poseidon dan Demeter. Walau bagaimanapun bila Zeus dilahirkan, dia telah disembunyikan oleh Rhea di dalam sebuah gua dan Rhea menggantikan Zeus dengan seketul batu untuk ditelan oleh Cronus. Setelah dewasa, Zeus memaksa ayahnya untuk memuntahkan keluar kesemua adik-beradiknya yang telah ditelan.
Zeus dan adik-beradiknya membentuk kumpulan Dewa yang dinamakan Olympians sempena nama tempat tinggal mereka di Mount Olympus. Dewa Olympians ini mula berperang dengan Dewa Titans. Peperangan berlangsung selama 10 tahun dan akhirnya dimenangi oleh pasukan Olympians di bawah pimpinan Zeus. Dewa Titans dipenjara di dunia bawah tanah yang dinamakan Tartarus.
Pergunungan Panagia |
Kawasan pertanian di kaki Gunung Panagia |
Selepas menang, Zeus dan adik-beradik lelakinya (Hades dan Poseidon) berkongsi kuasa untuk memerintah dunia. Zeus memerintah langit, Poseidon memerintah laut dan Hades pula memerintah dunia bawah tanah. Kuasa di bumi walau bagaimanapun dikongsi bersama oleh ketiga beradik dewa ini.
Menurut kepercayaan Greek Purba, kawasan pergunungan seperti Panagia adalah tempat kediaman para dewa. |
Mount Olympus
Seperti yang pernah diceritakan dulu, Greece adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Ia mempunyai lebih 300 buah gunung. Ada 40 buah gunung di negara ini yang mempunyai ketinggian melebihi 2,000 meter. Gunung yang tertinggi adalah Mount Olympus yang dipercayai oleh penduduk Greek Purba sebagai tempat kediaman para Dewa.
Kami tak melalui Mount Olympus dalam perjalanan kami di Greece. Tapi seronok juga dapat bercerita pasal Gunung Olympus yang menjadi tempat kediaman para Dewa ini bila melihat gunung-gunung lain seperti Pergunungan Panagia ini...
Pergunungan Panagia yang diliputi awan |
Mengikut kepercayaan Greek Purba, gunung sentiasa diliputi awan atas arahan Dewa Zeus untuk mengelakkan manusia mengintai tempat kediaman para dewa. |
Pemandangan pergunungan yang indah |
Menurut kepercayaan Greek Purba juga, tak ada manusia yang pernah melihat atau sampai ke Olympus. Olympus sentiasa diseliputi kabus jika dipandang dari bumi. Menurut ceritanya juga, kabus ini dibentuk oleh langit atas arahan Dewa Zeus.
Namun begitu, ada juga beberapa manusia yang pernah dijemput oleh para dewa ke kediaman mereka. Antara yang terkenal adalah Hercules. Tetapi Hercules adalah sebenarnya separa dewa (demigod). Dia adalah anak Dewa Zeus bersama seorang wanita manusia.
Sejak masih bayi lagi, Hercules mempunyai kekuatan yang luar biasa. Isteri Dewa Zeus yang bernama Dewi Hera merasa cemburu terhadap Hercules. Dia cuba hendak membunuh Hercules dengan meletakkan dua ekor ular di buaian tempat tidurnya. Walau bagaimanapun, Hercules yang masih bayi telah menangkap dan mencekik kedua ular tersebut dengan tangannya sampai mati.
Sewaktu dia berusia 18 tahun pula, Hercules bekerja sebagai penggembala kambing. Tiba-tiba datang seekor singa yang besar hendak menangkap kambing peliharaannya. Singa ini juga ditangkap dan dibunuh oleh Hercules dengan tangannya sendiri.
Sepanjang hidupnya Hercules sentiasa berdepan dengan rancangan jahat ibu tirinya Dewi Hera yang ingin membunuhnya. Rancangan jahat Hera akhirnya berjaya apabila dia memperdayakan isteri Hercules untuk meletakkan racun dalam minuman sehingga membawa kematian Hercules. Walau bagaimanapun, Dewa Zeus telah menyelamatkan Hercules. Oleh kerana Hercules adalah kacukan dewa dengan manusia, Zeus telah membawa bahagian tubuh dewa Hercules untuk tinggal bersama para dewa di Mount Olympus.
Plaza Tol |
Perkampungan Elefteropolis |
Akhirnya kita sampai di simpang keluar dari lebuhraya menuju ke Kavala. Antara pemandangan pertama yang diperhatikan selepas keluar dari lebuhraya ini ialah Monastery of Apostle Silas.
Menurut sejarah Kristian, selepas kematian Jesus Christ di palang salib, agama tersebut telah dikembangkan oleh seorang pengikutnya yang bernama Paul the Apostle. Apostle Silas yang namanya diabadikan pada monastery ini adalah pengikut setia Paul the Apostle.
Monastery of Apostle Silas |
Pintu masuk ke Monastery of Apostle Silas |
Bersambung ke Bahagian 42...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] - Departure (KL - Doha - Zagreb)
- Bhg. 02 [Hari 1] - Croatia 1 : Zagreb Islamic Center & Zagreb City
- Bhg. 03 [Hari 1] - Croatia 2 : Zagreb Old City & Perjalanan ke Bihac
- Bhg. 04 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 1 : Bihac & Jajce
- Bhg. 05 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 2 : Turbe & Travnik
- Bhg. 06 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 3 : Sarajevo
- Bhg. 07 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 4 : Sarajevo Old City 1
- Bhg. 08 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 4 : Sarajevo Old City 2
- Bhg. 09 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 5 : Neretva River & Jablanica
- Bhg. 10 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 6 : Mostar Old City 1
- Bhg. 11 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 7 : Mostar Old City 2
- Bhg. 12 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 8 : Blagaj
- Bhg. 13 [Hari 4] - Bosnia-Herzegovina 9 : Trebinje
- Bhg. 14 [Hari 4] - Croatia 3 : Dubrovnik
- Bhg. 15 [Hari 4] - Croatia 4 : Dubrovnik Old City 1
- Bhg. 16 [Hari 4] - Croatia 5 : Dubrovnik Old City 2
- Bhg. 17 [Hari 4] - Croatia 6 : Dubrovnik Boat Cruise 1
- Bhg. 18 [Hari 4] - Croatia 7 : Dubrovnik Boat Cruise 2
- Bhg. 19 [Hari 4] - Croatia 8 : Dubrovnik Old City 3
- Bhg. 20 [Hari 5] - Montenegro 1 : Herceg Novi & Tivat
- Bhg. 21 [Hari 5] - Montenegro 2 : Kotor Old City 1
- Bhg. 22 [Hari 5] - Montenegro 3 : Kotor Old City 2
- Bhg. 23 [Hari 5] - Montenegro 4 : Budva 1
- Bhg. 24 [Hari 5] - Montenegro 5 : Budva 2
- Bhg. 25 [Hari 5] - Albania 1 : Shkoder
- Bhg. 26 [Hari 6] - Albania 2 : Perjalanan Ke Kosovo
- Bhg, 27 [Hari 6] - Kosovo 1 : Prizren 1
- Bhg, 28 [Hari 6] - Kosovo 2 : Prizren 2
- Bhg. 29 [Hari 6] - Kosovo 3 : Pristina & Perjalanan ke North Macedonia
- Bhg. 30 [Hari 6] - North Macedonia 1: Skopje Old Muslim Quarter
- Bhg. 31 [Hari 7] - North Macedonia 2: Macedonia Square 1
- Bhg. 32 [Hari 7] - North Macedonia 3: Macedonia Square 2
- Bhg. 33 [Hari 7] - North Macedonia 4: Tetovo
- Bhg. 34 [Hari 7] - North Macedonia 5: Ohrid
- Bhg. 35 [Hari 7] - North Macedonia 6: Ohrid Lake Cruise & Ohrid City Tour
- Bhg. 36 [Hari 7] - North Macedonia 7: Jalan-Jalan Ohrid
- Bhg. 37 [Hari 8] - North Macedonia 8 : Resen & Bitola
- Bhg. 38 [Hari 8] - Greece 1: Northern Greece
- Bhg. 39 [Hari 8] - Greece 2: Thessaloniki 1
- Bhg. 40 [Hari 8] - Greece 3: Thessaloniki 2
- Bhg. 41 [Hari 8] - Greece 4: Perjalanan ke Kavala
- Bhg. 42 [Hari 8] - Greece 5: Kavala
- Bhg. 43 [Hari 8] - Greece 6: Kavala Walking Tour
- Bhg. 44 [Hari 9] - Greece - Turkey: Kavala - Istanbul
- Bhg. 45 [Hari 9] - Istanbul 1: Suleymanpasa & Beyazit
- Bhg. 46 [Hari 9] - Istanbul 2: Grand Bazaar & Serefiye Cistern
- Bhg. 47 [Hari 10] - Istanbul 3: Spice Bazaar
- Bhg. 48 [Hari 10] - Istanbul 4: Galata Bridge & New Mosque
- Bhg. 49 [Hari 10] - Istanbul 5: Sultanahmet & Hippodrome
- Bhg. 50 [Hari 10] - Going Home (Istanbul - Doha - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.