Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)
Bahagian 37: South Africa
CAPE WINELANDS [Stellenbosch & Neethlingshof Estate]
HARI KESEPULUH (2)
Part 89: Menuju ke Cape Winelands
South Africa adalah negara pengeluar wain yang ke-8 terbesar di dunia dan pusat penghasilannya adalah Cape Winelands. Oleh yang demikian, program kami yang seterusnya adalah melawat ke Cape Winelands.
![]() |
| Menuju ke Cape Winelands |
![]() |
| Perjalanan ke Cape Winelands |
![]() |
| Pemandangan sewaktu menuju ke Cape Winelands |
![]() |
| Satu lagi pemandangan menuju ke Cape Winelands |
![]() |
| Lebuhraya menuju ke Cape Winelands |
Cape Winelands terletak 40-60 km ke timur laut Cape Town. Ia terkenal dengan pemandangan pergunungan, ladang-ladang anggur serta bangunan dengan senibina Cape Dutch. Bandar-bandar terkenal yang terletak di Cape Winelands adalah Stellenbosch, Franschoek, Paarl serta Worcester & Robertson. Bandar yang menjadi destinasi dalam lawatan kami ke Cape Winelands adalah Stellenbosch.
![]() |
| Menuju ke Stellenbosch |
![]() |
| Pemandangan di Cape Winelands |
![]() |
| Ladang ternakan |
![]() |
| Landasan keretapi |
Kami melalui banyak kilang pembuatan wain dan ladang-ladang anggur dalam perjalanan menuju ke Stellenbosch.
![]() |
| Kilang Koelenhof |
Sejarah industri wain di South Africa bermula bila Gabenor Cape yang pertama, Jan van Riebeeck memulakan tanaman anggur pada tahun 1655. Wain yang pertama dari South Africa pula berjaya dihasilkan pada 2 Februari 1659. Bermula dari saat itu, ladang anggur besar-besaran mula ditanam di Roschheuvel, yang kini dikenali sebagai Bishopscourt.
Walaupun van Riebeeck menggalakkan penanaman anggur, usaha ini tidak begitu berjaya pada mulanya kerana para petani Belanda di South Africa tidak mempunyai kepakaran mengenai tanaman tersebut. Pada tahun 1680-1690, pelarian Huguenot yang berfahaman Kristian Protestant diusir dari Perancis lalu menetap di South Africa. Mereka memilki kemahiran menanam anggur dan membuat wain. Kehadiran merekalah yang seterusnya menjadikan South Africa sebagai sebuah negara pengeluar wain yang masyhur.
![]() |
| Cape Winelands |
![]() |
| Pemandangan di Cape Winelands |
![]() |
| Ladang anggur di Cape Winelands |
![]() |
| Buah anggur telah habis dituai pada ketika ini |
![]() |
| Pemandangan indah ladang anggur dengan berlatar belakangkan pergunungan di Cape Winelands |
![]() |
| Mosselbank River |
![]() |
| Ladang ternakan juga banyak diusahakan di Cape Winelands |
![]() |
| Ladang ternakan |
Tanaman anggur di South Africa dituai bermula dari bulan Januari - April. Hanya sedikit sahaja anggur dengan kriteria tertentu yang dituai pada bulan Mei. Lazimnya dalam bulan Mei seperti ketika kami berada di sana, tuaian telah pun selesai dan pokok-pokok anggur sedang dibiarkan dormant untuk menghadapi musim sejuk. Disebabkan South Africa terletak di Hemisfera Selatan, musim dinginnya adalah di bulan Jun - Ogos (seperti di Australia) dan bukan di bulan Disember - Februari seperti di Eropah.
![]() |
| Ladang anggur yang telah selesai dibuat tuaian |
![]() |
| Pokok-pokok anggur ini sedang dibiarkan dormant untuk menghadapi musim sejuk |
![]() |
| Lagi pemandangan ladang yang telah dituai |
![]() |
| Banyak kawasan Cape Winelands menggunakan nama-nama Belanda kerana penduduk asalnya berasal dari negara tersebut |
![]() |
| Pemandangan ladang yang telah dituai hasilnya |
Tidak lama kemudian, bandar Stellenbosch muncul dalam pandangan. Secara keseluruhannya, bangunan-bangunan di bandar ini dicat dengan warna putih dan pemandangannya memiliki ciri-ciri yang masih kuat menyerupai sebuah bandar di Eropah.
![]() |
| Pemandangan pertama bandar Stellenbosch |
![]() |
| Papan tanda di Stellenbosch |
![]() |
| Stellenbosch |
![]() |
| Stellenbosch |
![]() |
| Stellenbosch |
![]() |
| Menuju ke arah bandar Stellenbosch |
Sebelum masuk ke bandar Stellenbosch, kami dapat melihat beberapa kumpulan rakyat South Africa berkulit hitam berkumpul di kawasan lapang dengan berpakaian putih. Jeremy memberitahu, mereka adalah pengikut Gereja African Zion yang sedang beribadat.
Sejarah peribadatan di tanah lapang sebegini sebenarnya bermula di zaman Apartheid di mana penganut Gereja Africa Zion yang berkulit hitam tidak dibenarkan beribadat di dalam bangunan gereja. Oleh yang demikian, mereka terpaksa berhimpun untuk beribadat di kawasan lapang dan amalan ini masih diteruskan sehingga sekarang.
![]() |
| Pengikut Gereja African Zion yang sedang beribadat di tanah lapang |
Gereja African Zion adalah aliran fahaman Kristian yang unik di South Africa. Ini adalah kerana ia menggabungkan kepercayaan Kristian dengan kepercayaan tradisional masyarakat di Afrika. Pengikut gereja tidak dibenarkan merokok, meminum alkohol dan memakan daging babi. Mereka juga percaya penyakit boleh sembuh dengan berdoa semata-mata. Nyanyian dan tarian tradisional Afrika turut menjadi sebahagian amalan keagamaan mereka. Adat beribadat di tanah lapang masih diteruskan kerana ia menggabungkan ajaran Kristian dengan adat tradisi Afrika yang menghormati alam semulajadi.
![]() |
| Menuju ke bandar Stellenbosch |
![]() |
| Arah ke bandar Stellenbosch |
Part 89: Stellenbosch
Stellenbosch yang mempunyai sekitar 100,000 penduduk adalah penempatan yang kedua tertua di South Africa selepas Cape Town. Kebanyakan penduduknya terdiri dari bangsa berkulit putih keturunan Afrikaaner (keturunan Belanda Afrika Selatan).
![]() |
| Bandar Stellenbosch |
![]() |
| Pemandangan di Stellenbosch |
![]() |
| Stellenbosch Hardware |
![]() |
| Stellenbosch Medical Centre |
![]() |
| Village Liquors |
![]() |
| Pusat bandar Stellenbosch |
![]() |
| Pokok autumn yang cantik di Stellenbosch |
![]() |
| Rumah apartment di Stellenbosch |
![]() |
| Avbob Funeral Service |
![]() |
| Western Food Bazar |
![]() |
| Stellenbosch Baptist Church |
![]() |
| Jeremy memberi penerangan tentang bandar Stellenbosch |
Setibanya di bandar Stellenbosch, kami dibawa mengelilingi kampus Stellenbosch University. Universiti ini adalah salah sebuah universiti yang terbaik di Afrika Selatan pada masa sekarang dan menggunakan Bahasa Afrikaans sebagai bahasa pengantar.
![]() |
| Bangunan Campus Security di Stellenbosch University |
![]() |
| Olympus Student Community House |
![]() |
| Bangunan asrama pelajar |
![]() |
| Marais Park Building |
![]() |
| Bangunan di Stellenbosch University |
![]() |
| Rumah-rumah dengan senibina Cape Dutch berhampiran Stellenbosch University |
![]() |
| Unit for Psychotherapeutic and Support Services, Stellenbosch University |
![]() |
| Lagi pemandangan di Stellenbosch University |
Pada zaman Apartheid, Stellenbosch University terkenal sebagai pusat intelektual dan ideologi Apartheid kerana ramai pemimpin Apartheid Afrika Selatan berasal dari universiti ini. Ia juga hanya dibuka kepada pelajar berkulit putih pada masa itu. Di zaman Apartheid juga, sebuah kawasan penduduk Coloured dan Black yang berhampiran turut dikorbankan untuk perluasan kampus universiti. Namun demikian, itu semua adalah sejarah silam Stellenbosch University. Universiti ini sekarang menerima pelajar dari berbilang kaum di South Africa dan juga pelajar-pelajar antarabangsa.
![]() |
| Stellenbosch University Museum |
Di kampus ini juga terdapat sebuah pusat ibadat Yahudi bernama Stellenbosch Synagogue yang dibina pada tahun 1923. Ramai Orang Yahudi di South Africa pada zaman Apartheid berasal dari Eropah. Oleh yang demikian, mereka dianggap sebagai kaum berkulit putih dan menerima banyak keistimewaan dari kerajaan Apartheid.
![]() |
| Stellenbosch Synagogue |
![]() |
| Lagi bangunan Cape Dutch di Stellenbosch |
![]() |
| Bangunan United Christian Student Association from South Africa |
![]() |
| Restoran De Warenmarkt |
![]() |
| De Warenmarkt adalah sebuah restoran yang terkenal di Stellenbosch |
![]() |
| Outdoor seating di Restoran De Warenmarkt |
Bas turut membuat persinggahan singkat untuk membolehkan kami mengambil gambar bangunan Mother Church (Moederkerk) yang terkenal di Stellenbosch. Gereja ini yang dibina pada tahun 1686 dan dimiliki oleh Dutch Reformed Church adalah salah sebuah bangunan gereja yang tertua di South Africa.
![]() |
| Moederkerk (Mother Church) di Stellenbosch |
Bertentangan dengan Mother Church adalah butik berasal dari South Africa yang bernama Freedom of Movement. Ia menjual pelbagai barangan lifestyle seperti pakaian, beg kulit, kasut dan aksesori. Bangunan butik ini menarik kerana terdapat ukiran patung haiwan Big Five di hadapannya.
![]() |
| Butik Freedom of Movement berhampiran Mother Church |
![]() |
| Ukiran haiwan Big Five di hadapan butik Freedom of Movement |
![]() |
| Badak Sumbu |
![]() |
| Leopard |
Kami juga dibawa menyusuri jalan tertua di Stellenbosch yang dinamakan Dorp Street. Pada masa dahulu, ia dikenali sebagai "Wagon way to Cape Town". Ia masih menjadi wagon way to Cape Town hari ini, cuma takrif wagon yang digunakan sahaja yang telah bertukar menjadi kenderaan-kenderaan moden.
![]() |
| Dorp Street |
![]() |
| Pemandangan Mother Church dari Dorp Street |
Oleh kerana Dorp Street adalah jalan tua di Stellenbosch, ada banyak bangunan kolonial Belanda yang masih berdiri di sini.
![]() |
| Bangunan senibina Cape Dutch dengan gable roof asal di Dorp Street |
![]() |
| Bangunan ini sekarang telah menjadi Restoran The Pottery |
![]() |
| Restoran The Pottery |
![]() |
| Bangunan kolonial di sebelah Restoran The Pottery yang telah menjadi sebuah bangunan komersil |
Sebahagian bangunan kolonial Cape Dutch di Dorp Street juga masih digunakan sebagai rumah-rumah kediaman sehingga ke hari ini.
![]() |
![]() |
Ada juga sebahagian bangunan ini yang telah diubahsuai menjadi bangunan komersil yang moden. Namun demikian, ciri senibina Cape Dutch masih dikekalkan pada bangunan-bangunan tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pemandangan Musim Luruh di Stellenbosch sangat indah dengan daun-daun pokok yang telah bertukar warna menjadi kekuningan. Pemandangan Musim Luruh begini sukar dilihat di tempat-tempat lain di South Africa kerana kebanyakan pokok di negara ini terdiri dari pokok evergreen yang tidak bertukar warna di Musim Luruh.
![]() |
| Autumn in Stellenbosch |
![]() |
| Sukar nak melihat warna Musim Luruh yang cantik begini di tempat-tempat lain di South Africa |
Part 89: Neethlingshof Estate
Tujuan kedatangan kami ke Stellenbosch adalah sebenarnya nak melawat ke sebuah winery yang terkenal di Cape Winelands. Ada lebih 150 winery yang boleh dilawati di sekitar Stellenbosch dan kita akan melawat ke salah sebuah di antaranya yang bernama Neethlingshof Estate.
![]() |
| Stellenbosch |
![]() |
| Ladang anggur di pinggir bandar Stellenbosch |
![]() |
| Menuju ke winery di pinggir bandar |
Dalam perjalanan menuju ke Neethlingshof Estate, kami melalui kompleks kilang Adam Tas Winery yang sangat besar. Winery ini walau bagaimanapun bukanlah sebuah winery tradisional. Ia adalah sebuah kilang arak komersil yang dimiliki oleh syarikat arak Belanda bernama Heineken Beverages.
![]() |
| Adam Tas Winery yang dimiliki oleh Heineken Beverages |
![]() |
| Kilang wain Adam Tas |
![]() |
| Kilang wain ini sangat besar |
Neethlingshof Estate yang kami lawati dibuka pada tahun 1692 dan merupakan salah sebuah dari wine estate yang tertua di South Africa. Ia dibuka hanya 6 atau 7 tahun selepas wine estate pertama di South Africa yang bernama Constantia dibuka. Neethlingshof mula mengeluarkan wain secara komersil pada tahun 1880.
![]() |
| Pintu masuk ke Neethlingshof Estate di Stellenbosch |
![]() |
| Ladang anggur di Neethlingshof Estate |
![]() |
| Bangunan dengan senibina Cape Dutch di Neethlingshof Estate |
![]() |
| Pemandangan di Neethlingshof Estate |
![]() |
| Berjalan menuju ke tempat Wine Tasting |
Neethlingshof Wine Estate dibuka oleh seorang penduduk pendatang dari Germany yang bernama Willem Barend Lubbe. Estate ini pada mulanya dinamakan sebagai “De Wolwedans” (‘The Dance of Wolves’) sempena haiwan jackal yang banyak terdapat di kawasan ini pada ketika itu. Oleh kerana dia berasal dari Germany, Lubbe tidak mengenali haiwan jackal dan menyangka ia adalah serigala (wolves). Nama Neethlingshof yang digunakan sekarang adalah sempena nama Lord Neethling yang juga pernah menjadi pemilik estate ini pada satu masa dahulu.
![]() |
| Pejabat pentadbiran Neethlingshof Wine Estate |
![]() |
| Wine Cellar |
![]() |
| Wine Press tradisional di depan bangunan Wine Cellar |
![]() |
| Wine Tasting Centre |
![]() |
| Pemandangan di dalam Wine Tasting Centre |
![]() |
| Neethlingshof Estate |
Program kami di sini adalah Wine Tasting. Sewaktu di dalam bas menuju ke Stellensbosch tadi, Eddy ada bertanya siapa di antara kami yang tidak meminum wain kerana jus buah-buahan akan disediakan untuk mereka. Kami berempat yang Muslim dalam Group memanglah tidak meminum wain. Terperanjat juga bila mendapati hampir separuh dari Pengyou di dalam bas juga tidak meminum wain. 😃
![]() |
| Bar di dalam Wine Tasting Centre |
Ada sebuah bar di dalam Wine Tasting Centre. Di satu bahagian bar ini, ada sebuah bilik berdinding kaca yang berisi wine barrels. Bilik ini adalah sebenarnya Wine Cellar. Pada bulan Mei seperti sekarang, kesemua wine barrels ini sedang penuh berisi dengan air anggur yang diperam kerana semua buah anggur di ladang telah pun habis dituai. Setelah dituai air anggur akan ditapai (ferment) dan diperam di dalam barrels ini untuk suatu jangka masa tertentu sebelum dikeluarkan sebagai wain. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat wine barrels juga mempunyai peranan dalam menentukan rasa wain yang diperam. Wine barrels di Neethlingshof Estate misalnya, dibuat menggunakan kayu oak.
![]() |
| Bilik kaca yang berisi dengan wine barrels |
![]() |
| Bilik kaca yang berisi dengan wine barrels ini dinamakan Wine Cellar |
![]() |
| Wine barrels di Neethlingshof dibuat dari kayu oak |
![]() |
| Pemandangan bar dari satu sudut lain |
Kami dibawa ke sebuah bilik khas untuk membuat Wine Tasting. Ada seorang sommelier (pakar wain) menunggu kami di sana. Mula-mula kita diperkenalkan dengan produk wain yang dihasilkan oleh Neethlingshof Estate.
![]() |
| Sommelier memperkenalkan wain yang dihasilkan oleh Neethlingshof Estate |
![]() |
| Wain yang diperkenalkan terdiri dari Pinotage, Savignon Blanc, Gewrztraminer, Malbec & Maria Sweet Wine |
![]() |
| Pinotage adalah wain istimewa yang dihasilkan dengan resepi sendiri dari kawasan Stellenbosch |
Kemudian Sommelier akan mengajar cara sebenar untuk menikmati minuman wain.
![]() |
| Menuang wain ke dalam gelas |
![]() |
| Close-up sikit |
![]() |
| Memusing gelas untuk mengudarakan wain |
![]() |
| Cara sebenar menikmati wain |
Bagi yang tidak meminum wain, kami diberi jus buah-buahan yang terdiri dari Red Grape Juice dan Mango Orange Juice. Sedap jus buah-buahan ini. Kita duduklah di meja lain sambil menikmati minuman jus ini dengan biskut yang diberi. 😁
![]() |
| Red Grape Juice & Mango Orange Juice |
![]() |
| Duduk di meja lain menikmati jus buah-buahan |
Selepas habis Wine Tasting, kami diberi sedikit free time untuk bersiar-siar di kawasan Neethlingshof. Myself dan Husband menggunakan kesempatan ini untuk bersiar-siar di kawasan taman Neethlingshof yang dijaga rapi.
![]() |
| Pemandangan bangunan pentadbiran Neethlingshof Estate |
![]() |
| Bangunan Wine Cellar |
![]() |
| Landskap yang cantik di Neethlingshof Estate |
![]() |
| Suasana yang permai di taman Neethlingshof |
![]() |
| Kita jalan ke sana untuk melihat pemandangan pergunungan |
![]() |
| Peringatan dari Neethlingshof Estate |
![]() |
| Pemandangan ladang anggur dan pergunungan yang cantik di Neethlingshof Estate |
![]() |
| Pemandangan ke arah bangunan pentadbiran. Ciri Cape Dutch sangat ketara pada bangunan ini. |
![]() |
| Berjalan ke arah gazebo di taman |
![]() |
| Posing-posing di bawah gazebo |
Memandangkan masih ada masa lagi selepas kami melawat ke taman, Myself dan Husband bercadang nak berjalan jauh sedikit untuk melawat ke ladang anggur.
![]() |
| Pemandangan ladang anggur dari taman |
![]() |
| Lorong menuju ke ladang anggur |
Suka betul bila terjumpa dengan pokok Bunga Raya di sini. Teringat kat Negaraku Malaysia yang jauh beribu kilometer dari sini. 😊
![]() |
| Pokok Bunga Raya di Neethlingshof Estate |
![]() |
| Bunga Raya |
![]() |
| Bunga Raya yang ditanam adalah dari spesies yang berwarna pink |
Disebabkan sekarang musim Autumn, daun pokok anggur dah bertukar warna menjadi perang. Daunnya pun dah mula banyak gugur meninggalkan batang semata-mata. Pokok-pokok ini sebenarnya sedang dibiarkan dormant untuk menghadapi musim dingin yang semakin menjelang. Pemandangan batang yang dah keguguran daun inilah yang menyebabkan banyak ladang anggur kelihatan macam pokok-pokok yang hangus terbakar dari kejauhan.
![]() |
| Ladang anggur di Neethlingshof |
![]() |
| Daun anggur yang dah bertukar warna menjadi keperangan dalam musim Autumn. |
![]() |
| Pemandangan dari jauh ladang-ladang yang kelihatan seperti dah hangus terbakar bila pokok anggur cuma tinggal batang. 😄 |
Ada dua jenis anggur yang ditanam di Neethlingshof Estate: Red Grape dan White Grape. Spesies Red Grape terdiri dari Pinotage, Cabernet Sauvignon, Shiraz (Syrah), Merlot, Malbec, Cabernet Franc dan Viognier. Spesies White Grape pula terdiri dari Sauvignon Blanc, Chardonnay, Chenin Blanc, Weisser Riesling dan Gewürztraminer. Tetapi bagi orang layman macam kita, semua pokok anggur ini nampak sama dan tidak berbeza.
![]() |
| Pemandangan di dalam ladang anggur |
![]() |
| Berjalan di dalam ladang anggur |
![]() |
| Posing-posing macam tokey ladang anggur sedang memeriksa tanaman |
![]() |
| Pemandangan daun pokok anggur yang cantik dah bertukar warna |
Selain menanam anggur, Neethlingshof Estate juga turut menternak lembu. Disebabkan iklim di kawasan Cape Town sama seperti di Australia dan New Zealand, pemandangan ladang lembu di sini juga sama seperti di Australia dan New Zealand.
![]() |
| Pemandangan yang seakan sama seperti di Australia dan New Zealand |
![]() |
| Lembu yang sedang meragut rumput |
![]() |
| Berehat-rehat di tepi pagar |
![]() |
| Pemandangan sewaktu meninggalkan Neethlingshof Estate |
![]() |
| Pintu keluar dari Neethlingshof Estate |
Bersambung ke Bahagian 38...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Cape Town Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlingshof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel Africa)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Town) -->> Mauritius (Curepipe: Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Grand Bassin Lake : Shiva Statue & Ganga Talao)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Chamarel Waterfall & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)























































































































































No comments:
New comments are not allowed.