Sunday 10 November 2019

2019 KUALA LUMPUR BHG. 07 (City Route 3)

Oktober 2019

KUALA LUMPUR, MALAYSIA
KL Hop-On Hop-Off

Bahagian 7: City Route 3
CHANGKAT, CHINATOWN & KEMBALI KE BUKIT BINTANG

Part 27: Changkat

KL HOHO seterusnya membawa kita melalui sebuah kawasan di pinggir Bukit Bintang yang bernama Changkat. Ada sebuah shopping mall yang bernama Starhill Gallery di sini.

Starhill Gallery adalah shopping mall paling hebat di Bukit Bintang sebelum Pavilion dibina.
Fahrenheit juga adalah shopping mall yang seangkatan dengan Starhill Gallery
Selain shopping mall yang mewah, Bukit Bintang juga terkenal dengan hotel-hotel penginapannya yang juga serba mewah. Bagi pelancong yang kurang mewah tetapi masih teringin nak menikmati kemewahan Bukit Bintang, mereka akan memilih untuk menginap di hotel-hotel di kawasan Changkat yang lebih affordable.

Changkat juga terkenal di kalangan pelancong dengan pusat penjaja makanannya yang terletak di Jalan Alor. Kebanyakan makanan yang dijual di situ walau bagaimanapun adalah Tidak Halal.

Lagi pemandangan di Changkat

Part 28: Pudu

Persinggahan terakhir dalam KL HOHO City Route adalah di Chinatown. Untuk sampai ke sana, bas kembali ke kawasan Puduraya.

Hotel Swiss Garden Bukit Bintang
Puduraya yang kini dikenali sebagai Pudu Sentral
Bangunan Pudu Sentral dari sisi
Pemandangan Pudu Sentral dari depan
Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Part 29: Chinatown

Hujan turun semakin lebat ketika itu sehingga pemandangan kita dari atas bas KL HOHO juga menjadi semakin terhad. Macam nak kena repeat je naik bas KL HOHO ini semula selepas tamat musim tengkujuh nanti...

Tiba di Chinatown
Sewaktu Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu dulu, ramai Orang China datang ke sini untuk bekerja di lombong bijih timah. Walau bagaimanapun, kerja melombong ini terhenti sewaktu Perang Saudara meletus di Selangor. Selepas perang tamat, Orang-orang China ini kembali namun mendapati lombong-lombong tempat mereka bekerja dulu telah musnah. 

Demi memujuk orang-orang China supaya terus menetap di Kuala Lumpur, Kapitan Cina Yap Ah Loy telah membuka sebuah kilang memproses ubi kayu di Jalan Petaling untuk memberikan mereka peluang pekerjaan. Kerana itulah di kalangan masyarakat Cina, Jalan Petaling masih dikenali sebagai Chee Cheong Kai yang bermaksud Jalan Kilang Kanji dalam Bahasa Kantonis.

Chinatown
Kedai-kedai di kawasan ini masih banyak dimiliki oleh peniaga-peniaga berketurunan Cina
Restoran Kakatoo di Chinatown
Perhentian KL HOHO (Stop No.12) di Chinatown
Jalan Petaling adalah sebenarnya sebuah tempat yang menarik untuk dilawati kalau hari tak hujan. Pemandangan suasana di sini lebih awesome kalau di Musim Perayaan Tahun Baru Cina. Kita tengok gambar yang pernah kami ambil sewaktu melawat ke sini satu ketika dulu...


Part 30: Kembali Ke Bukit Bintang

Selepas meninggalkan Chinatown, maka berakhirlah perjalanan KL HOHO City Route ini. Bas bergerak kembali menuju ke Bukit Bintang menggunakan lorong-lorong di belakang Chinatown.

Hujan turun semakin lebat
Ada banyak pemandangan menarik di kawasan ini seperti Stadium Negara dan bangunan sekolah Victoria Institution yang bersejarah itu. Tapi disebabkan hujan lebat, susah nak ambil gambar dari dalam bas.

Menuju kembali ke Bukit Bintang
Tiba kembali ke Sungei Wang Plaza
Seperti juga KL HOHO Garden Route di sebelah pagi tadi, perjalanan mengelilingi Kuala Lumpur dengan KL HOHO City Route juga memakan masa kira-kira 2 jam. 

Myself dan Husband cukup enjoy dengan perjalanan KL HOHO ini. Myself memang recommend sesiapa juga yang berhasrat nak melawat Kuala Lumpur untuk menggunakan perkhidmatan ini. Malah bagi penduduk KL sendiri juga, perjalanan mengelilingi KL menggunakan KL HOHO ini boleh membuka mata kita tentang keistimewaan bandaraya Kuala Lumpur.

Terima kasih, KL HOHO
Kembali ke Stesen MRT Bukit Bintang untuk pulang ke rumah.


CATATAN PERJALANAN KUALA LUMPUR (2019):
  

Saturday 9 November 2019

2019 KUALA LUMPUR BHG. 06 (City Route 2)

Oktober 2019

KUALA LUMPUR, MALAYSIA
KL Hop-On Hop-Off

Bahagian 6: City Route 2
KL TOWER, KL CITYWALK & KL CONVENTION CENTRE

Part 24: KL Tower

KL Hop-On Hop-Off bergerak menuju ke arah Bukit Nanas. Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat dalam perjalanan ialah bangunan Muzium Telekom.

Muzium Telekom
Mercu tanda utama Bukit Nanas di Kuala Lumpur kini adalah KL Tower (Menara Kuala Lumpur). Ia adalah menara freestanding yang ketujuh tertinggi di dunia sekarang.

Bukit Nanas
Di tengah-tengah kota kosmopolitan, hutan di sekeliling Bukit Nanas masih dikekalkan dan kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi tempat untuk haiwan seperti burung dan monyet bandaraya berteduh di tengah kota batu ini.

Taman Eko Rimba KL
Pintu masuk ke Taman Eko Rimba
Tahukah anda yang satu ketika dulu ada cable car dan chairlift yang menjadi tarikan kepada pengunjung di bukit ini? Sewaktu kita kecil-kecil dulu, Bukit Nanas memang menjadi satu persinggahan wajib kalau berkunjung ke Kuala Lumpur kerana kami adik-beradik suka sangat naik cable car dan chairlift ini. Kat manalah agaknya dia orang campak cable car dan chairlift ini bila Menara KL dibina, kan?

Satu ketika dulu ada cable car dan chairlift yang menjadi tarikan pengunjung ke Bukit Nanas ini.
Menara KL yang berdiri megah di puncak Bukit Nanas
Laluan menuju ke KL Tower
KL Tower
Pintu masuk ke perkarangan KL Tower
Jom kita masuk ke dalam...
Pemandangan kaki menara dari jalan masuk
Ketinggian menara ini ialah 421 meter
Mural
Kalau membawa kenderaan masuk, tiket parking perlu dibeli dan dibayar di sini
Pintu masuk ke Taman Eko Rimba KL dari bahagian atas Bukit Nanas
Perhentian KL HOHO (Stop No.7) di KL Tower
KL Tower Malaysia
KL Tower sebenarnya mempunyai beberapa tarikan di dalamnya. Namun kami cuma menunggu saja di dalam bas sewaktu KL HOHO membuat persinggahan di sini. KL HOHO turut memberikan tiket dengan harga diskaun kepada mana-mana penumpangnya yang nak masuk melawat ke dalam menara.

Peta tarikan-tarikan yang terdapat di KL Tower
Walaupun kita tak masuk ke dalam kali ini, kita cheating sikit bercerita tentang beberapa tarikan di menara ini yang pernah kami lawat... Tarikan yang pertama dah pastilah bangunan menara ini sendiri. Pernah tak anda masuk melawat ke dalam? Kalau tak pernah, jom Myself bawa ke sana...

Laluan menuju ke pintu masuk Menara KL
Escalator ke pintu masuk Menara KL
Pemandangan di bahagian atas escalator
Kaunter tiket untuk naik ke atas Menara KL
Petugas di Kaunter Tiket
Biasalah kita akan diminta posing tangkap gambar dulu sebelum naik ke atas. Tapi kalau tak nak beli gambar ini nanti pun tak mengapa.
Lif naik ke atas.
Iklan restoran di atas menara di dalam lif
Sampai di atas, kita keluar ke Observation Deck yang terbuka untuk menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur 360' tanpa halangan.

Pintu keluar ke Observation Deck
Pemandangan di Observation Deck yang terbuka. Disebabkan ketinggiannya, angin bertiup sangat kuat di Observation Deck ini.
Kita perhatikan pemandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang dapat dilihat dari sini...

Kedai cenderamata
Bila turun ke bawah semula, ada juga beberapa pemandangan lain yang dapat kita lihat. Di antaranya ialah sebatang Pokok Jelutong yang telah berusia lebih 100 tahun di kaki bangunan menara. Pokok ini ditemui sewaktu menara dibina dan untuk memelihara pokok ini dari musnah, kedudukan Menara KL telah dipindahkan dengan kos RM 430,000 untuk mengelak dari terpaksa menebang atau merosakkannya.

Pokok Jelutong yang dipelihara sewaktu pembinaan Menara KL
Pokok Jelutong yang berusia 100 tahun
Pemandangan ke atas Pokok Jelutong
Pesanan untuk pengunjung
Pemandangan berhampiran kawasan Pokok Jelutong
Pentas Kebudayaan
Escalator untuk turun ke bawah
Persembahan Muzik Gamelan
Replika rumah kampung Melayu
Di bawah bangunan menara pula, ada sebuah akuarium kecil yang dinamakan Blue Coral. Pemandangan di dalamnya seakan-akan Underwater World yang pernah kita lawat di Langkawi dulu, tapi dalam saiz mini.

Blue Coral
Suasana di dalam Blue Coral
Ikan-ikan di Blue Coral
Air Terjun buatan dalam Blue Coral
Kalau berjalan ke arah Taman Eko Rimba KL pula, kita akan bertemu dengan Mini Zoo yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ada pelbagai haiwan jinak yang dibela di dalamnya dan pengunjung berpeluang untuk memegang haiwan-haiwan ini. Masa Myself datang ke sini dengan Anak Saudara dulu, ada juga ais kerim free yang diberi kepada pengunjung.

KL Tower Mini Zoo
Kaunter tiket masuk ke Mini Zoo
Boleh bergambar dengan Burung Kakaktua ini sebelum masuk ke dalam.
Suasana di dalam zoo. Haiwan yang jinak seperti wallaby dan arnab berpeleseran di sini dan kita boleh memegangnya.
Bergambar dengan burung
Suasana di dalam Mini Zoo
Ayam
Burung Emu
Memberi makan Burung Kakaktua
Ada juga tarikan Rumah Terbalik kat sini. Tapi yang ini, kami cuma pandang sepi dari atas bas KL HOHO saja.

Pintu masuk ke Rumah Terbalik
Pemandangan Rumah Terbalik dari sisi
Cuaca dah mula gelap nak hujan...
Meninggalkan KL Tower

Part 25: KL Citywalk

Area Bukit Nanas ini dikira macam berkembar dengan Bukit Bintang. Kadang-kadang sukar nak membezakan antara keduanya, macam kembar seiras. Seperti Bukit Bintang juga, Bukit Nanas menjadi tempat tumpuan pelancong dan salah sebuah tarikan kepada mereka di sini adalah KL Citywalk.

Disebabkan cuaca kat luar dah mula gelap, ramai penumpang HOHO dah mula berpindah masuk ke tempat duduk berbumbung termasuklah kami.
KL Citywalk
Mural di KL Citywalk
Sebahagian Hotel Crown Regency di KL Citywalk
Kawasan ini ada banyak bar yang menjual minuman keras
Kawasan favourite Orang Putih di Kuala Lumpur

Part 26: KL Convention Centre

Persinggahan seterusnya adalah ke KL Convention Centre yang sebenarnya terletak dekat-dekat dengan Menara Berkembar Petronas juga. Ini juga adalah persinggahan bagi mereka yang nak melawat ke Aquaria dan Taman KLCC.

Cuaca kat luar dah semakin gelap
Kuala Lumpur Convention Centre
Pintu masuk ke Taman KLCC di sebelah KL Convention Centre
Hujan lebat turun sewaktu bas berhenti di sini. Kelam-kabut mereka yang duduk di ruang terbuka bas masuk ke ruang yang tertutup. Disebabkan bilangan tempat duduk di ruang tertutup agak terhad, ramai juga yang memilih untuk turun dari bas dan masuk ke bangunan KL Convention Centre. Eloklah juga mereka berbuat begitu sebab di tingkat bawah KL Convention Centre ini adalah Aquaria KLCC. Bolehlah habiskan masa tengok-tengok hidupan laut kat situ sambil menunggu hujan reda.

Hujan lebat turun di KL Convention Centre
Pemandangan ke arah Taman KLCC di sebelah KL Convention Centre di dalam hujan.
Meninggalkan KL Convention Centre
Westin Hotel Kuala Lumpur
Sebilangan penumpang yang terpaksa berdiri di dalam bas kerana tempat duduk di ruang tertutup dah penuh.


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN KUALA LUMPUR (2019):