Saturday, 28 January 2023

2022 BALKANS BHG. 45 (Suleymanpasa & Beyazit)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(TURKIYE: Istanbul)

Bahagian 45: Istanbul 1
ISTANBUL (Suleymanpasa & Beyazit)

HARI KESEMBILAN (2)

Part 125: Meydan Restaurant @ Suleymanpasa

Sewaktu bas sampai di Suleymanpasa, kami berhenti untuk makan tengah hari di Meydan Restaurant. Restoran ini menghidangkan makanan tipikal Turki yang dihidang terus ke meja kami.

Meydan Restaurant di Sulaymanpasa
Pemandangan di depan restoran
Suasana di dalam restoran
Pemandangan di dalam restoran
Mengambil tempat untuk makan tengah hari
Lukisan klasik Turki yang menghias dinding restoran
Roti dan Sup
Makanan sedang disajikan kepada kami
Main Course
Dessert
Kaunter makanan
Daging mentah yang belum dimasak
Tukang Masak memberi pos yang istimewa
Turkish Tea yang dihidang di akhir sajian
Tangga naik ke ruang makan di tingkat atas
Melihat daging yang dijual di restoran. Daging yang dibeli boleh dimasak terus di restoran ini.
Selepas makan kita lihat-lihat pemandangan di luar restoran pulak sebelum naik ke bas semula.

Masjid di seberang jalan
Jalan besar di depan Meydan Restaurant
 
Part 126: Meneruskan Perjalanan

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Istanbul. 

Restoran Kapalterbang
Pandangan lebih dekat kapalterbang yang diubahsuai menjadi restoran
Ladang pertanian yang telah dituai hasilnya
Perjalanan kami kemudiannya menyusuri Laut Marmara. 

Laut Marmara
Papan tanda arah ke Istanbul
Ombak Laut Marmara yang menghempas pantai
Mentari yang mula nak terbenam di Laut Marmara
Kawasan rekreasi di Laut Marmara. Ada ramai orang sedang memancing di sana.
Kapal berlayar di tengah lautan
Close-up kapal yang sedang berlayar
Kapal yang sedang berlabuh di tepi jeti
Kapal-kapal besar
Jarang nak jumpa masjid yang mempunyai senibina yang moden begini di Turkiye
Kami terus menyusuri lebuhraya menuju ke arah Istanbul.

Masih di lebuhraya
Satu lagi pemandangan di lebuhraya
Banyak kawasan perindustrian yang dilihat semakin mendekati Istanbul
Wind Farm
Kincir angin
Padang rumput
Perumahan di kawasan bukit
Wind Turbine
Istanbul masih 66 km dari sini
Silivri
Sebuah lagi pemandangan di Silivri
Bandar Tepekent
Arel University di Tepekent
Depot logistik berhampiran Istanbul
Bandaraya Istanbul yang dah kelihatan di kejauhan
Semakin hampir ke Istanbul
Satu pemandangan menarik yang dilihat sebelum kami masuk ke kota Istanbul adalah Lake Büyükçekmece. Tasik air tawar ini digunakan sebagai reservoir untuk membekal air ke kota Istanbul.

Lake Büyükçekmece
Tasik ini terletak di luar kota Istanbul
Habitat burung di Lake Büyükçekmece
Banyak sungguh burung yang berterbangan
Tak tahu pokok apa yang ditanam di sini
Depot syarikat logistik
Bendera Turkiye
Lake Büyükçekmece sebenarnya bersambung ke laut tetapi ada tambak dibina untuk memisahkannya dengan Laut Marmara
Satu lagi pemandangan Lake Büyükçekmece
Pemandangan mentari yang semakin terbenam di Lake Büyükçekmece
Semakin mendekati Istanbul
Perumahan moden di pinggir bandaraya Istanbul

Part 127: Istanbul

Istanbul, aku datang sekali lagi! Alhamdulillah, selepas berkunjung ke sini empat bulan yang lalu, Allah izinkan Myself menjejak lagi di Istanbul buat kali ketiga. Kedatangan kali ini agak berbeza kerana Myself tak pernah melihat kawasan Istanbul di sebelah sini yang sedang kami lalui sekarang.
   
Tiba di Istanbul
Pemandangan di pinggir Istanbul
Kolej dan bangunan kediaman
Pemandangan di sini sangat berbeza dengan Istanbul New City dan Istanbul Old City yang selalu dikunjungi pelancong
Melihat pemandangan sebegini barulah kita sedar betapa besar sebenarnya kota Istanbul
Traffic camera
Kawasan yang sedang kami lalui ini adalah the livable part of Istanbul. Di sinilah kebanyakan penduduk Istanbul tinggal dan bekerja, bukan seperti di Taksim dan Sultanahmet yang dikunjungi sebelum ini yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Kami juga melintasi Mall of Istanbul yang sangat besar. Namun demikian, ia bukanlah shopping mall yang terbesar di Istanbul. Ada shopping mall lain yang lebih besar lagi, ia bernama Istanbul Cevahir Shopping Mall.

Mall of Istanbul
Menuju ke Sultanahmet yang terletak di Istanbul Old City
Kemudian kita dapat melihat sebuah lagi shopping mall besar yang dinamakan Forum Istanbul. Maklumlah Istanbul adalah sebuah bandaraya yang besar dengan 15 juta orang penduduk. Manalah cukup dengan hanya sebuah dua shopping mall saja.

Forum Istanbul
Mehmet juga menunjukkan kepada kami stesen bas utama Istanbul yang bernama Esenler Otogarı. Kata Mehmet, kalau nak naik bas ke mana-mana bahagian di Turkiye, ke sinilah kita patut pergi.

Stesen bas utama Istanbul yang bernama Esenler Otogarı
Disebabkan traffic jam, bas terpaksa bergerak perlahan masuk ke Istanbul Old City. Salah sebuah landmark yang menarik perhatian kami ialah Pertevniyal Valide Sultan Mosque yang dibina oleh Pertevniyal Sultan, isteri kepada Sultan Mahmud II dan ibu kepada Sultan Abdülaziz. Ia adalah antara masjid yang terakhir dibina di zaman Empayar Ottoman. Pertevniyal Sultan meninggal dunia 13 tahun selepas masjid ini siap dibina dan dikebumikan di dalamnya.

Pertevniyal Valide Sultan Mosque
Satu lagi pemandangan Pertevniyal Valide Sultan Mosque. Valide Sultan (Queen Mother) adalah gelaran kehormat yang diberi kepada ibu Sultan yang memerintah.
Tramvay
Atatürk Boulevard
Hotel Hira
Valens Aqueduct
Banyak bendera dipasang sekitar Istanbul Old City ketika itu. Ada kempen pilihanraya agaknya.
Bendera yang dipasang di depan Masjid Suleymaniye
Menuju ke Beyazit
Pemandangan berhampiran Stesen Metro Vezneciler
Faculty of Science, Istanbul University
Istanbul Metropolitan Muncipality

Part 128: Beyazit
 
Bas menurunkan kami di Beyazit Square di Istanbul Old City untuk melawat ke Grand Bazaar. Walau bagaimanapun, kami dibawa terlebih dahulu ke Beyazit Mosque untuk membolehkan kami menunaikan solat jamak Zohor dan Asar sebelum shopping-shopping di Grand Bazaar.

Turun bas di Beyazit Square
Berjalan menuju ke Beyazit Mosque. Bangunan berkubah biru di sebelah kiri adalah Bayezid II Hamam.
Pemandangan berhampiran Beyazit Square
Berjalan mengikut Mehmet
Berbasikal di Istanbul
Runtuhan kota lama di tengah jalan
Tramvay
Tramvay
Pintu gerbang Istanbul University
Suasana berhampiran Istanbul University
Students
Tiba di Grand Bazaar
Gerai Jagung Bakar
Tak banyak Money Changer di Istanbul yang menerima pertukaran duit Ringgit. Ini adalah salah sebuah Money Changer yang menerima pertukaran duit Ringgit.

Part 129: Beyazit Mosque

Beyazit Mosque terletak di luar Grand Bazaar. Untuk sampai ke masjid ini, kita perlu berjalan di celah-celah gerai di bahagian luar Grand Bazaar.

Lalu di celah-celah gerai untuk menuju ke Beyazit Mosque
Suasana gerai dalam perjalanan menuju ke Beyazit Mosque
Ada banyak gerai menjual buku di sini. Mungkin disebabkan kawasan ini terletak berhampiran Istanbul University
Tiba di Beyazit Mosque
Suasana di luar Beyazit Mosque
Satu lagi suasana di luar Beyazit Mosque
Pintu masuk ke perkarangan Beyazit Mosque
Courtyard Beyazit Mosque
Tempat wuduk
Nama rasmi Beyazit Mosque adalah Bayezid II Mosque, sempena nama sultan yang membinanya, Sultan Bayezid II. Ia adalah masjid kedua tertua yang dibina di Istanbul selepas penaklukan Constantinople.

Seperti kebanyakan masjid lama lain di Istanbul, pintu masuk ke Beyazit Mosque juga dipasang dengan pintu yang dibuat dari kepingan kulit haiwan.
Ruang Solat Utama
Perhiasan di siling masjid
Suasana di dalam masjid menghala ke pintu masuk
Satu lagi suasana di dalam masjid
Mimbar
Pentas seperti ini yang dinamakan Mahfil sentiasa ada di masjid-masjid lama di Timur Tengah. Muazzin akan bersolat di atas pentas ini sambil menyahut laungan takbir Imam dalam solat berjemaah.
Kubah masjid
Stained glass window
Permaidani masjid yang cantik
Melayan kucing di tepi masjid


Bersambung ke Bahagian 46...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: