Friday 30 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 27 (CAI-JED-KUL)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 27: Pulang
CAIRO (Ruwaq Jawi) & PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA

HARI KESEPULUH (2)

Part 82: Naik Teksi Ke Genena Mall

Dari Egyptian Museum, kami menaiki sebuah Uber dan sebuah teksi untuk menuju ke Genena Mall di mana bas kami menunggu bersama ahli-ahli kumpulan yang memilih untuk bershopping.

Jika selama ini kita hanya melihat perlakuan pemandu-pemandu kereta di Cairo yang sangat kiasu ini dari atas bas, now we join the crowd! Merasalah pengalaman betapa cemasnya bila duduk di dalam teksi di tengah-tengah jalan di kota Cairo, dengan kereta yang bersimpang-siur dan memintas dengan cara yang merbahaya itu.

Naik teksi ke Genena Mall
Tugu Muhammad Ali Pasha
Memintas dan dipintas dalam kesesakan jalan di Cairo.
Sempat lagi pemandu teksi kami menuang teh panas dari flask dan minum dari cawan sambil memandu dengan laju dan bersimpang-siur.
Terowong
Ke mana arah nak dituju ?
Pemandangan jalan di Cairo
Tiba di Genena Mall

Part 83: Restoran Nur Malaysia

Kemudian kami menaiki bas bersama-sama menuju ke Restoran Nur Malaysia untuk makan tengahari.

Perumahan Tentera di Cairo
Kedai buah-buahan
Kawasan perumahan di pinggir bandar
Tangki air
Kedai bunga dan perhiasan taman
Perhiasan taman untuk jualan
Sebelum ke restoran, kita singgah dulu di sebuah kedai berhampiran untuk membeli kacang.

Singgah membeli kacang
Kedai kacang
Pemandangan dalam kedai kacang
Free Sampling
Manisan untuk jualan
Satu lagi suasana di dalam kedai kacang
Ini saja yang kami beli ~ LE15 (RM 4). Hehehehh!
Lepas membeli kacang, barulah kami ke Restoran Nur Malaysia yang terletak berhampiran. Nama pun Nur Malaysia, mestilah makanan yang dijual makanan Malaysia.

Restoran Nur Malaysia
Pemandangan dalam Restoran Nur Malaysia
Oh, rindunya nak makan Tom Yam!
Satu lagi suasana di dalam Restoran Nur Malaysia
Restoran Nur Malaysia ini juga ada beberapa cawangan lain di Jordan dan Australia.
Makanan masih belum tersedia lagi ketika itu sebab kami tiba agak awal. Jadi Ustaz Faiz mencadangkan supaya kami bersolat Jamak Zohor dan Asar dulu. Waktu Zohor di Cairo ketika itu masuk awal ~ sekitar pukul 11.45 pagi.

Ada surau disediakan di Restoran Nur Malaysia, tetapi suraunya kecil sahaja untuk menampung kumpulan kami yang seramai 20 orang ini. Jadi atas cadangan Ustaz, cuma ahli kumpulan wanita sahaja yang bersolat di sini. Ahli kumpulan yang lelaki pula bersolat di sebuah masjid yang berhampiran.

Lorong kecil ke masjid berhampiran
Masjid Al Taqwi
Pemandangan di dalam masjid
Kemudian barulah kami makan tengahari. Makanan dihidangkan secara buffet. Selepas dah hampir 10 hari tak makan makanan Malaysia, memanglah berebut-rebut semua orang nak mengambil makanan yang dihidangkan.

Menunggu makanan dengan sabar. Muka macam nak telan orang sebab lapar... Hahaha!!
Nikmatnya dapat makanan Malaysia!

Part 84: Ruwaq Jawi

Program lawatan terakhir kami sebelum meninggalkan Cairo adalah berkunjung ke Ruwaq Jawi. Ingat lagi tak kisah mengenai anjung pengajian untuk pelajar dari Nusantara bernama Ruwaq Jawi yang pernah diwujudkan di Courtyard Masjid Al Azhar dulu? 

Sistem Ruwaq ini tidak lagi diamalkan selepas Universiti Al Azhar mengamalkan sistem kuliah dan peperiksaan. Namun atas inisiatif beberapa pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar dan sokongan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo, Ruwaq ini dapat dihidupkan kembali. Namun Ruwaq ini tidak lagi berada di dalam Masjid Al Azhar macam dulu, sebaliknya ia ditempatkan di kawasan kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Cairo.

Seksyen 7 di Cairo yang menjadi kediaman ramai pelajar dari Malaysia.
Sebuah lagi restoran makanan Malaysia di Cairo
Kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Cairo banyak bertumpu di sebuah kawasan yang dinamakan Seksyen 7. Setiap negeri di Malaysia ada sebuah bangunan yang dijadikan asrama untuk penuntut masing-masing. Ada Rumah Kedah, Rumah Kelantan, Rumah Wilayah dan sebagainya. Kalau tak terletak betul-betul di Seksyen 7 sekalipun, kedudukan rumah-rumah ini adalah berhampiran.

Pelajar-pelajar wanita dari Malaysia
Rumah Penang
Ruwaq Jawi ini terletak di dalam sebuah bangunan di sini. Dulu ada sebuah kafe di tingkat bawah bangunan ini, tetapi disebabkan pusat pengajian ini mendapat sambutan yang luar biasa, kafe ini terpaksa ditutup dan dijadikan ruang kuliah kerana pentadbiran Ruwaq Jawi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menampung pengajian yang dilaksanakannya.

Bangunan yang menempatkan Ruwaq Jawi sekarang
Pintu masuk ke Ruwaq Jawi
Maktabah Pusat Pengajian Ruwaq Jawi
Suasana di dalam Ruwaq Jawi
Pemandangan di dalam Ruwaq Jawi
Ada gambar-gambar lama yang menarik di Ruwaq Jawi ini yang menunjukkan suasana di Ruwaq Jawi yang asal, sewaktu ia beroperasi di Masjid Al Azhar dulu.

Pemandangan pengajian Ruwaq-Ruwaq di Masjid Al Azhar pada masa dahulu.
Inilah suasana Ruwaq Jawi di Masjid Al Azhar pada masa dahulu.
Kumpulan kami diberi penerangan tentang aktiviti di Ruwaq Jawi ini pada masa sekarang. Sistem halaqah tradisional pengajian Al Azhar masih diteruskan di sini. Memandangkan Ruwaq Jawi ini juga mendapat sokongan dari Universiti Al Azhar sendiri, ramai pengajar-pengajarnya turut terdiri dari pengajar di Al Azhar yang datang memberi sumbangan tenaga secara sukarela.

Mendengar penerangan mengenai Ruwaq Jawi
Tekun mendengar penerangan
Pusat Pengajian Ruwaq Jawi ini bukan saja mendapat sambutan dari pelajar-pelajar Malaysia malah ia turut disokong oleh pelajar-pelajar dari negara jiran Malaysia seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. Malah lebih mengejutkan kerana sejak akhir-akhir ini pengajian di Ruwaq Jawi turut mendapat kehadiran pelajar-pelajar dari South Africa.

Disebabkan kejayaannya, Ruwaq Jawi telah mempunyai perancangan untuk membuka sebuah cawangan pengajian di Malaysia. Tapak bangunan yang dicadangkan terletak di negeri Perak. 

Husband bergambar dengan Pengerusi Ruwaq Jawi
Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Ruwaq Jawi juga akan mengadakan sesi-sesi pengajian pendek agama yang boleh dihadiri oleh sesiapa saja dengan bayaran tertentu. Kalau tak salah sesi pengajian pendek ini akan dimulakan pada penghujung tahun 2018. Maklumatnya boleh didapati di Facebook Ruwaq Jawi.

Maklumat mengenai Pusat Pengajian Ruwaq Jawi
Sebagai organisasi sukarela, Ruwaq Jawi memang mengharapkan sumbangan dan bantuan dari Umat Islam untuk kelangsungannya. Marilah kita berderma beramai-ramai kepada organisasi ini sebagai sokongan untuk memastikan ajaran Islam yang sebenar tetap terus berkembang di bumi Allah ini, khususnya di Malaysia.

Part 85: Cairo Airport

Atas permintaan ramai, masih ada satu persinggahan sebelum kami berlepas ke Cairo Airport. Persinggahan ini adalah kedai buah-buahan yang terletak berhampiran Ruwaq Jawi.

Kedai Buah-Buahan
Pelbagai buah-buahan dijual di sini.
Epal dan Buah Delima
Ayam hidup pun ada
Sayur-sayuran
Kemudian tibalah masa untuk kami berpisah dengan Ustaz Toyyib, pelajar Universiti Al Azhar dari Kedah yang membantu Ustaz Faiz sepanjang perjalanan kami ke Negeri Mesir. Terima kasih dan kami doakan semoga Ustaz Toyyib berjaya menamatkan pengajian dan menjadi seorang pakar Syariah selepas kembali ke tanah air.

Bergerak menuju ke Lapangan Terbang Cairo
Sebuah Masjid di Cairo
Kawasan perumahan di Cairo
Cairo International Airport terletak 19 km dari pusat bandar Cairo. Ia adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di benua Afrika selepas OR Tambo International Airport di Johannesburg di South Africa.

Cairo International Airport
Bangunan terminal di Cairo International Airport
Radar penerbangan di Cairo International Airport
Pesawat kami berlepas dari Terminal 2, Cairo International Airport. Setibanya di sini, tibalah pula masa untuk kami berpisah dengan Thoha, Local Guide Mesir yang setia menemani kami sepanjang perjalanan.

Terminal 2, Cairo Airport
Arca unik di Cairo Airport
Terminal 2
Signboard di Terminal 2
Pintu Perlepasan
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah menggunakan Saudi Arabian Airlines melalui Jeddah. Penerbangan kami dari Cairo ke Jeddah ini berlepas pada pukul 10.45 malam.

Penerbangan kami dari Cairo ke Jeddah adalah menggunakan penerbangan Saudi Arabian Airlines SV 304 yang berlepas pada pukul 10.45 malam.
Seperti beberapa airport lain di dunia, bangunan terminal di Cairo Airport hanya boleh dimasuki oleh penumpang bertiket sahaja. Mungkin disebabkan Egypt sangat terdedah kepada ancaman pengganas, urusan sekuriti di Lapangan Terbang sangat ketat. Semua penumpang perlu membuka kasut untuk dimasukkan ke dalam Mesin X-Ray termasuklah kita yang memakai kasut Crocs yang berlubang-lubang itu. Lebih teruk lagi, penumpang yang pakai sandal macam Selipar Jepun itu pun kena membuka kasut untuk diperiksa ke dalam Mesin X-Ray.

Check-in di Kaunter Saudi Arabian Airlines
Maklumat penerbangan kami
Oleh kerana kami mempunyai banyak masa terluang, kami mengambil kesempatan menunaikan Solat Jamak Maghrib dan Isyak di Cairo Airport. Disebabkan pesawat masih lama lagi nak berlepas, ramai di antara kami yang memilih untuk mengalas perut di Mcdonald's yang terletak berhampiran Surau.

Pemandangan di Cairo Airport
Siling di Cairo Airport
Restoran Mcdonald's di Cairo Airport
Burger, Fries dan Air Mango

Part 86: Dari Cairo Ke Jeddah

Pada pukul 10 malam, penumpang pesawat Saudi Arabian Airlines SV 304 menuju ke Jeddah dipanggil masuk ke dalam pesawat. Pesawat ini ialah sebuah pesawat Wide Body Airbus A330-343R.

Berjalan masuk ke dalam pesawat
Pemandangan di dalam pesawat
Pada pukul 10.45 malam seperti jadual, pesawat kami bergerak meluncur ke udara menuju ke Jeddah. Secara rasminya, perjalanan Kembara Kisah Al Quran bagi Myself dan Husband ke bumi Anbiya' Mesir berakhir di sini. Secara jujurnya memang kami sangat gembira dan berpuas hati dengan pengalaman yang kami perolehi dalam perjalanan ini. Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT kerana memberi kemudahan dan mengizinkan kami membuat perjalanan yang penuh bermakna ini.

Peta penerbangan dari Cairo ke Jeddah
Berlepas dari Cairo
Penerbangan dari Cairo ke Jeddah memakan masa 2 jam. Disebabkan keletihan dengan perjalanan selama 10 hari di Mesir, Myself tertidur di dalam penerbangan ini. Sedar-sedar kami dah nak melintas Laut Merah dan sajian penerbangan sedang dihidangkan.

Hampir tiba ke Laut Merah
Sajian penerbangan sedang dihidangkan
Sajian penerbangan
Masuk ke Laut Merah
Sewaktu hampir tiba di Jeddah, ada pengumuman Miqat Umrah dibuat. Miqat bagi jemaah yang membuat Umrah dari arah Mesir adalah Al Juhfah.

Miqat bagi Jemaah Umrah yang datang dari Mesir adalah Al Juhfah.
Tiba di Jeddah
Kami tiba di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah pada pukul 1.40 pagi waktu tempatan. Mesir dan Arab Saudi mempunyai perbezaan waktu sejam di mana waktu di Arab Saudi adalah lebih awal berbanding Mesir.

Pesawat kami parking rapat ke bangunan airport sewaktu tiba di Jeddah. Ingatkan dah boleh terus masuk ke airport, rupa-rupanya kena turun semula ke bawah bangunan dan naik bas untuk dibawa ke terminal lain.

Turun dari pesawat di Jeddah
Kena turun ke bawah ini pulak untuk naik bas ke terminal lain
Pemandangan di dalam bas
Menunggu pesawat sambungan ke Kuala Lumpur

HARI KESEBELAS

Part 87: Dari Jeddah Ke Kuala Lumpur

Tidak seperti sewaktu datang ke Cairo dulu, persinggahan transit kami di Jeddah tidak lama. Hanya kira-kira 2 jam. Disebabkan pesawat kami dijangka berlepas pukul 4 pagi, seawal pukul 3 pagi kami telah dipanggil masuk ke pesawat yang nak menuju ke Kuala Lumpur.

Pintu Perlepasan pesawat menuju ke Kuala Lumpur
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Penerbangan kami ke Kuala Lumpur adalah Saudi Arabian Airlines SV 834 yang menggunakan pesawat Boeing 787-900. Oleh kerana pesawat ini parking jauh di tengah airport, perkhidmatan bas sekali lagi digunakan untuk membawa penumpang mendapatkan pesawat.

Pemandangan dalam bas menuju ke pesawat
Pesawat yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur
Maklumat penerbangan di dalam pesawat
Bacaan Doa Musafir
Alhamdulillah, penerbangan kami ke Kuala Lumpur juga berlepas mengikut jadual. Penerbangan juga agak tenang tanpa turbulence yang teruk.

Melintas padang pasir di Arab Saudi
Perkhidmatan sajian penerbangan yang pertama
Sajian penerbangan
Lampu penerbangan dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa.
Sedang terbang merentasi India
Hampir tiba di Teluk Bengal
Pulicat di India ini adalah tempat asal Kain Pelikat yang popular di Malaysia.
Lampu pesawat dibuka sebagai persediaan untuk sajian penerbangan kedua
Terbang merentas Pulau Nicobar di Laut Andaman
Perkhidmatan sajian penerbangan kedua
Hidangan Sajian Penerbangan Kedua
Hampir tiba ke Malaysia
Gula-gula yang diberi kepada penumpang sewaktu hampir tiba di Kuala Lumpur
Alhamdulillah, setinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT. Selepas terbang lebih 8 jam, pesawat kami selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport mengikut jadual pada pukul 5.30 petang. Cuaca gelap dan mendung ketika kami mendarat di KLIA. Sebaik kami tiba di rumah malam itu, hujan turun dengan sangat lebat disertai petir dan angin kencang. Syukurlah kami dah selamat sampai di rumah.

Hampir mendarat di KLIA
Pemandangan sewaktu pesawat hampir mendarat di KLIA
Selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah.


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018

CATATAN PERJALANAN LAIN (EGYPT):