Showing posts with label EASTERN EUROPE 05 - In Brief. Show all posts
Showing posts with label EASTERN EUROPE 05 - In Brief. Show all posts

Friday 24 December 2021

2021 TRAVEL REVIEW 48 - IN BRIEF (EROPAH TIMUR)

Disember 2021

Travel Review 48 : In Brief
EROPAH TIMUR

Eropah Timur bagi Myself adalah sebuah rantau di Eropah yang cantik, menarik dan berwarna-warni. Ia juga adalah sebuah rantau yang penuh bersejarah. Negara-negara di Eropah Timur tidak sekaya negara-negara di Eropah Barat. Corak kehidupan penduduknya juga sangat konservatif berbanding Eropah Barat. Ada seorang ahli Grup rombongan kami pernah bertanya kepada Tourist Guide kami di Austria mengapa dari pemerhatiannya wanita-wanita di Eastern Europe gemar memakai pakaian yang berwarna sedondon dan konservatif. "Well, we are in Eastern Europe," jawabnya.

Peta negara-negara Eropah yang pernah diperintah oleh Komunis pada masa dahulu. Negara-negara ini dikenali sebagai Eastern Bloc yang berkiblat kepada Russia (Union of Soviet Socialist Republic atau USSR).
Negara-negara di Eastern Europe yang kami lawati (Czech Republic, Slovakia, Hungary dan Austria) berkongsi sejarah yang sama. Pada mulanya kesemua mereka diperintah oleh raja-raja dari keturunan Habsburg yang berpusat di Austria. Kemudian kesemuanya ditakluk oleh tentera Nazi di bawah pimpinan Adolf Hitler dari Germany dan seterusnya dijajah Komunis dari Soviet Union (yang dikenali sebagai Russia pada hari ini). Kesemua mereka menjadi negara merdeka selepas pemerintahan komunis di Soviet Union runtuh pada akhir tahun 1980-an.

Pemerintahan Habsburg

Satu ketika dulu, Empayar Austria-Hungary yang dikuasai oleh Raja-raja Habsburg adalah wilayah yang ketiga terbesar di Eropah selepas Russia dan German Empire. Raja-raja Habsburg tinggal di Austria dan jajahan takluk mereka turut meliputi wilayah Hungary.

Salah seorang rajanya yang terkenal adalah Empress Maria Theresa yang mempunyai 16 orang anak. Dia memaksa kesemua anak-anaknya berkahwin dengan kerabat-kerabat diraja Eropah untuk memperluaskan kekuasaannya. Disebabkan fakta inilah, baginda digelar sebagai Europe's Mother-In-Law. Salah seorang anaknya yang dianggap paling malang adalah Maria Antonia (Marie Antoinette) yang berkahwin dengan Maharaja Perancis King Louis XVI. Kedua-dua Marie Antoinette dengan suaminya dihukum pancung sewaktu kebangkitan rakyat dalam Revolusi Perancis dulu.

Empress Maria Theresa
Beberapa monumen terkenal di Eropah Timur yang dikaitkan dengan Maria Theresa adalah Schonnbrunn Palace di Vienna, Austria dan Bratislava Castle di Slovakia.

Istana Schonnbrunn
Bratislava Castle
Seorang lagi permaisuri Habsburg yang terkenal adalah Empress Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi. Dia adalah isteri kepada cucu Maria Theresa yang bernama Emperor Franz Josef dan sangat obsess menjaga kecantikan. Walau sangat obsess menjaga kecantikan, Sissi tetap tak dapat nak menahan diri bila dihidangkan dengan manisan dari sebuah bakeri diraja bernama Demel di Vienna. Sissi juga disayangi oleh rakyat Hungary walaupun umumnya mereka membenci pemerintah Habsburg kerana dia fasih berbahasa Magyar yang ditutur mereka.

Empress Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Sissi
Bakeri Demel di Vienna
Manisan dari bakeri Demel yang tak dapat ditolak oleh Sissi
Pemandangan Elisabeth Bridge berhampiran Buda Castle di Budapest yang dinamakan sempena Sissi.
Istana-istana lain yang kami lawati yang juga dikaitkan dengan raja-raja Habsburg adalah Istana Hofburg di Vienna, Austria dan Buda Castle di Budapest, Hungary.

Istana Hofburg
Buda Castle
Walaupun raja-raja Habsburg adalah juga Raja Hungary, pemerintahan mereka tidak diterima baik oleh rakyat Hungary. Crown of Hungary misalnya hanya dibenarkan untuk dipakai oleh Raja Habsburg sewaktu pertabalan sahaja kerana mereka tidak berdarah Hungary. Pada masa lain, mahkota ini dsimpan dengan kawalan ketat di sebuah menara di Bratislava Castle di Slovakia yang ketika itu merupakan sebahagian jajahan takluk wilayah Hungary.

Menara yang menyimpan Crown of Hungary di Bratislava Castle
Citadel di Budapest ini telah dibina oleh Maharaja Habsburg sebagai amaran kepada rakyat Hungary yang melancarkan pemberontakan ke atas pemerintahan mereka.
Statue of Independence War berhampiran Buda Castle yang didirikan untuk memperingati rakyat Hungary yang terkorban dalam pemberontakan terhadap pemerintahan Habsburg.
Sebelum adanya patung-patung negarawan Hungary seperti yang dilihat sekarang, Heroes Square di Budapest ini dihiasi dengan patung-patung pemerintah Habsburg.

Holy Roman Empire

Holy Roman Empire telah wujud di Eropah jauh sebelum pemerintahan Habsburg. Walaupun dinamakan Holy Roman Empire, ia sebenarnya berpusat di Germany. Ia hanya dinamakan demikian kerana raja-rajanya taat dan akur kepada Gereja Roman Katholik yang berpusat di Vatican. Kesan-kesan pemerintahan Holy Roman Empire ini banyak kami perhatikan di Czech Republic.

St Vitus Cathedral
Raja-raja Habsburg juga adalah penyokong kuat misi Perang Salib yang dilancarkan oleh Holy Roman Empire untuk berperang dengan Tentera Islam di Timur Tengah.

Charles of Bohemia ini adalah antara raja yang terawal menerima pengiktirafan sebagai Holy Roman Emperor dari Gereja Roman Katholik di Vatican. Patung ini berdiri di Knights of The Cross Square di Prague, Czech Republic.
Patung Emperor Francis I di Hofburg Palace di Vienna. Raja Habsburg ini juga memakai gelaran Holy Roman Emperor Francis II yang diberi oleh Gereja Vatican.
Bangunan milik Knights of Malta di Prague, Czech Republic. Knights of Malta ini adalah salah sebuah pasukan Tentera Salib yang dihantar oleh Holy Roman Empire untuk memerangi Tentera Islam di Timur Tengah.
Prince Eugene of Savoy adalah salah seorang panglima perang Habsburg yang membantu Holy Roman Empire dalam Perang Salib. Patung ini dilihat di depan Istana Hofburg di Vienna.

Cold War

Sejarah moden Eropah Timur pula diwarnai oleh Cold War di antara blok Russia dengan Amerika Syarikat. Ia bermula dengan penjajahan Tentera Nazi dari Germany ke atas negara-negara di Eropah Timur. Antara peristiwa penting yang berlaku pada era ini ialah pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi yang dikenali sebagai Holocaust.

Model-model kasut ini adalah monumen Holocaust Shoes On The Danube yang dibina di tebing Sungai Danube di Budapest.
Bangunan House of Terror di Budapest ini adalah ibupejabat Polis Rahsia Nazi yang bernama Arrow Cross di Budapest pada masa dahulu.
Hotel Evropa di Prague ini pernah menjadi ibu pejabat Kinderntransport Movement yang menyelamatkan beribu-ribu kanak-kanak Yahudi dari pembunuhan oleh Tentera Nazi.
Tentera Nazi ini kemudiannya ditewaskan oleh Russia yang membawa bersama mereka fahaman Komunis. 

Monumen yang didirikan oleh Soviet Union di hadapan Citadel di Budapest untuk meraikan "pembebasan" kota itu dari pemerintahan Nazi.
 Slavin Memorial di Bratislava untuk memperingati 7,000 tentera Soviet Union yang terbunuh dalam peperangan di Slovakia.
Bangunan Hot Spring Colonnade di Karlovy Vary, Czech Republic yang dibina menggunakan senibina berciri Komunis.
Rumah-rumah kediaman di Bratislava, Slovakia yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Komunis
Tram zaman komunis yang masih berkhidmat di Bratislava, Slovakia
Rumah-rumah kediaman yang dibina sewaktu zaman komunis di Budapest, Hungary
Menara Gereja St Nicholas di Prague ini sering digunakan oleh perisik Soviet Union untuk mengintai pergerakan yang berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat yang berhampiran.

Keindahan Eropah Timur

Jujur dikatakan, Eastern Europe adalah sebuah rantau yang dah menjadi favourite Myself. Kalau ada kesempatan memang teringin nak repeat lagi... Buat sementara ini kita cuma dapat mengimbau kembali tempat-tempat favourite kita di Eropah Timur ini..

Karlovy Vary, Czech Republic

Sungai Tepla yang membelah Karlovy Vary
Karlovy Vary adalah Spa City yang penuh dengan mata air panas

Prague, Czech Republic

Prague, ibukota Czech Republic
Charles Bridge
Keindahan suasana malam di Old Town Square di Prague
Prague Lesser Town

Bratislava, Slovakia

Pemandangan Michael's Gate dari Bratislava Old City
Slovak National Theatre
Patung Hubert di Main Square, Bratislava Old City

Budapest, Hungary

Pemandangan indah Sungai Danube di Budapest, Hungary
Fisherman's Bastion
Patung St Stephen di depan Fisherman's Bastion
Matthias Church yang pernah berfungsi sebagai masjid sewaktu penaklukan Tentera Ottoman
Heroes Square
Buda Castle di malam hari
Liberty Bridge

Vienna, Austria

Hofburg Palace
Schonbrunn Palace
Vienna Opera House
St Stephen's Cathedral
Hundertwasserhaus

Salzburg, Austria

Mirabel Gardens
Sungai Salzach dan Salzburg Old City
Personally, Myself rasa pengalaman kami melawat ke Eropah Timur lebih menarik dari melawat ke Eropah Barat. Kami bertuah kerana menjejakkan kaki terlebih dulu ke Eropah Barat sebelum melawat ke Eropah Timur. Kalau kami datang ke Eastern Europe terlebih dulu ketika itu sebelum melawat ke Western Europe, pasti kami akan merasakan betapa Western Europe kurang menarik dan sangat "kosong" (literally!).



TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):