Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Dubrovnik)
Bahagian 14: Croatia 3
DUBROVNIK
HARI KEEMPAT (2)
Part 44: Perjalanan Ke Dubrovnik
Selepas makan tengah hari di Hotel Bellevue di Trebinje, kami meneruskan perjalanan menuju ke Dubrovnik di Croatia.
|
Trebinje |
|
Sungai Trebišnjica |
Dalam perjalanan, kami ditunjukkan sebuah jambatan Ottoman yang dibina merentasi Sungai Trebišnjica di Trebinje yang dinamakan Arslanagića Bridge (disebut: Aslana-gik-cha Bridge). Menariknya, walaupun jambatan ini dibina oleh Grand Vizier Mehmed Paša Sokolović, ia dinamakan sempena pegawai yang ditugaskan untuk mengutip tol di atas jambatan ini yang bernama Arslan-aga.
|
Arslanagića Bridge |
Bandar Trebinje adalah sebuah bandar yang penting. Ini adalah kerana ia terletak berhampiran sempadan Bosnia-Herzegovina dengan dua buah negara: Croatia dan Montenegro. Pada hari ini kami akan menyeberang sempadan Bosnia-Herzegovina dengan Croatia. Pada pagi esok pula, kami akan menyeberang sempadan Bosnia-Herzegovina dengan Montenegro. Kedua-duanya dari Trebinje.
|
Pemandangan di bandar Trebinje |
|
Trebinje yang tenang dan damai |
|
Tanah perkuburan yang sebahagian besar penghuninya adalah mangsa-mangsa perang. |
|
Sempadan bandar Trebinje |
|
Lembu yang sedang meragut rumput |
|
Gunung batu |
|
Menuju ke sempadan Croatia |
Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, Dubrovnik terletak di wilayah negara Croatia yang terpisah dari Croatia yang selainnya oleh Bosnia-Herzegovina. Bandar Bosnia-Herzegovina yang terletak di pertengahan antara kedua wilayah ini bernama Neum. Tengok peta ini...
|
Kedudukan bandar Neum yang memisahkan wilayah-wilayah Croatia |
Walau bagaimanapun, disebabkan kami datang dari arah Trebinje, kami tidak melalui kawasan Neum ini. Sempadan di antara Trebinje dengan Dubrovnik adalah sebuah kawasan yang bernama Ivanica.
|
Sempadan Bosnia-Herzegonina di Ivanica (Gambar dari internet) |
|
Pemandangan sewaktu melalui sempadan di Ivanica |
Kami dikehendaki turun dari bas untuk melalui pemeriksaan passport di Ivanica. Selepas itu, kami menaiki bas semula untuk ke sempadan Croatia pula. Tidak seperti sempadan Croatia dan Bosnia-Herzegovina di Bihać dulu, No Man's Land di antara kedua negara ini di sini agak besar.
Pemeriksaan sempadan di Croatia pula terletak di sebuah kawasan yang bernama Brgat Gornji (disebut macam: Berat-Gon-yi). Di sini, kami tak perlu turun dari bas. Passport kami cuma dikutip oleh pemandu bas kami yang bernama Dragan untuk dicop oleh pegawai Polis Sempadan di sini.
|
Sempadan Croatia di Brgat Gornji |
|
Dalam Bahasa Croat, negara Croatia dikenali sebagai Republika Hrvatska (disebut macam: Republika Kerr-vats-ka). Tidak seperti Bosnia-Herzegovina, Croatia adalah sebuah negara anggota European Union. |
Part 45: Dubrovnik
Pemandangan Laut Adriatic yang merupakan sebahagian dari Lautan Mediterranean selepas melalui pemeriksaan passport di sempadan Bosnia-Herzegovina dan Croatia amat mengujakan. Ia pernah menjadi sebahagian jajahan kota Venice di Italy dan dikenali sebagai Ragusa pada ketika itu.
|
Croatia |
|
Laut Adriatic |
|
Pemandangan pertama kota Dubrovnik |
|
Lokrum Island |
Disebabkan keindahannya, Dubrovnik digelar sebagai Pearl of the Adriatic. Ia dibina di atas sebuah tanjung yang mengunjur ke laut di kaki Mount Srdj (disebut macam: Mount Seri). Kota lama Dubrovnik telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1979.
|
Pelabuhan Dubrovnik |
|
Pemandangan bandar Dubrovnik yang terletak di luar kota |
|
Dubrovnik pernah menjadi jajahan Kerajaan Venetian dari Italy di suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, ciri-ciri Italy sangat ketara di bandar ini. |
|
Bangunan lama di luar kota Dubrovnik |
Pemandangan tembok kota lama Dubrovnik sangat mengagumkan. Selain terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan, kota lama Dubrovnik juga terkenal sebagai lokasi Kings Landing dalam Game of Thrones.
|
Tembok Kota Lama Dubrovnik |
|
Satu lagi pemandangan tembok kota lama Dubrovnik |
|
Lokasi penggambaran Game of Thrones di Dubrovnik |
|
Mengikut Janna masuk ke dalam kota |
|
Pile Gate |
|
Untuk mengelakkan kesesakan, laluan masuk dan keluar menerusi Pile Gate diasingkan. |
|
Patung St Blaise di atas Pile Gate |
|
Drawbridge |
Sebagai langkah keselamatan pada masa dahulu, drawbridge yang dibina di depan Pile Gate diangkat dan dikunci pada waktu malam. Kunci drawbridge ini disimpan oleh pemerintah Dubrovnik yang digelar Rector.
|
Moat yang kini kering |
|
Bokar Fortress yang dibina untuk melindungi Pile Gate |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.