Tuesday 21 August 2018

2018 MANADO BHG. 15 (Manado City Tour)

Julai 2018

SULAWESI UTARA, INDONESIA
Manado & Minahasa

Bahagian 15: Manado (7)
MANADO CITY TOUR & PERJALANAN PULANG

HARI KEEMPAT (2)

Part 48: Manado City Tour

Akhirnya tibalah masa untuk kami memulakan langkah pulang. Memang kami tak menyangka Manado adalah sebuah destinasi percutian yang menarik. Seperti juga kebanyakan rakyat Malaysia, kami memang tak tahu apa-apa tentang Manado sebelum tiba ke sini. Destinasi ini tak pernah dipromosikan sebagai destinasi percutian kepada rakyat Malaysia.

Masa untuk meninggalkan Manado
Kalau diminta untuk mengulas tentang percutian kami di Manado, perkataan yang terlintas di fikiran ialah: The Other Side Of Indonesia. Memang Manado berbeza dengan destinasi percutian popular di Indonesia yang lain yang pernah kami kunjungi seperti Medan, Padang, Yogyakarta, Bali, Jakarta mahupun Bandung dan Surabaya. Ia membuka mata kami tentang kepelbagaian budaya Indonesia yang selama ini tidak kami ketahui.

Penjual suratkhabar di tengah jalan
Sebelum menghantar kami ke Airport, Pak Tommy membawa kami membuat City Tour ke Jalan 17 Augustus dan kawasan sekitarnya yang terletak di atas sebuah bukit di Manado. Jalan yang dinamakan sempena tarikh Hari Kemerdekaan Indonesia ini menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan di Manado.

Bangunan Mahkamah
Pejabat Gabenor Sulawesi Utara
Signboard di depan Pejabat Gabenor
Bangunan Tentera Republik Indonesia
Jalan 17 Augustus
Hospital Siloam adalah pusat perubatan swasta yang terbesar di Manado
Bangunan Hospital Siloam dibina berkembar dengan Hotel Aryaduta yang merupakan sebuah hotel mewah di Manado.
Sekolah ini adalah sebuah sekolah berprestij dan menjadi rebutan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini.

Part 49: Miens Souvenir

Bila kami bercerita tentang kekecewaan kami tak dapat membeli Klappertaart kepada Pak Tommy, dia terus membawa kami singgah di sebuah kedai souvenir yang bernama Miens Souvenir. Ada Klappertaart sedap dijual di sini, kata Pak Tommy.

Miens Souvenir Oleh-Oleh Manado
Jemputan masuk dari Tanta Mien
Akhirnya dapat ketemu juga kami dengan Klappertaart...

Klappertaart
Kalau anda datang ke Manado, wajib cuba Klappertaart ini.
Selain Klappertaart, ada banyak makanan tempatan dijual di kedai ini. Kami ada membeli beberapa untuk dibawa pulang, dan semuanya sedap-sedap belaka. Macam menyesal pulak tak beli banyak-banyak.

Pelbagai serbuk kopi
Kerepek
Kuih Bangket Kenari ini memang sedap.
Selain makanan, ada juga banyak souvenir lain dijual di Miens Souvenir. Pilihannya banyak dan harganya pun terjangkau, kata Orang Indonesia.

T-Shirt banyak dijual di sini
Patung Tarsius yang dibuat dari kayu. Tarsius adalah spesies monyet terkecil di dunia yang terdapat di Sulawesi. Malangnya, kami tak sempat bertemu mesra dengan Tarsius dalam lawatan ke Manado ini.
Pakaian tradisional Manado
Pakaian pahlawan Minahasa yang dipanggil Kabasaran.
Banyak T-Shirt menarik dijual di kedai ini. Tapi sasaran jualannya mostly untuk Indonesian kot sebab saiznya kecil-kecil. Orang Malaysia macam kita yang generally bersaiz besar sikit dari Orang Indonesia, macam tak ada saiz. Frust betul! 

Teringat masa melawat ke Bukittinggi dulu, kami ada singgah di sebuah kedai souvenir. Ketika nak membeli pakaian di sana, jurujual kat situ ada membuat komen yang Orang Malaysia memang bersaiz lebih besar dari Orang Indonesia. Bila kami tanya mengapa, dia kata sebab makanan kat Malaysia lebih enak dari di Indonesia. Betul ke?!

T-shirt dengan caption-caption menarik.
Menarik caption pada T-Shirt ini kalau nak dijadikan souvenir: Gendut Tapi Jago Berenang.
Kalau sewaktu di Philippines dulu kita diperkenalkan dengan kain pakaian tradisional mereka yang diperbuat dari fiber nanas, di Manado ini pula kita diperkenalkan dengan kain pakaian tradisional mereka yang diperbuat dari fiber pisang. Kain ini dipanggil Koffo. Sewaktu makan di Danau Tondano hari itu, ada penjual Koffo yang menghampiri kami membuat demonstrasi yang kain ini susah nak terbakar dalam api.

Pakaian Kabasaran dibuat dari kain tradisional yang dinamakan Koffo. Ia diperbuat dari fiber pisang.
Keterangan tentang Kain Koffo.
Sedang seronok melihat-lihat souvenir yang dijual di Miens Souvenir, terdengar pula bunyi bising muzik Dangdut yang dimainkan dengan sangat kuat di luar kedai. Semua yang ada kat dalam kedai keluar menjenguk.

Apa yang bising kat luar sana?
Jom kita pergi jenguk kat luar...
Rupa-rupanya ada perarakan sekumpulan nelayan yang nak pergi membuat demonstrasi di depan Pejabat Gabenor. Beginilah cara mereka nak mendapatkan perhatian dari orang ramai ~ main muzik Dangdut kuat-kuat sambil menari-nari atas lori sewaktu berarak beramai-ramai ke Pejabat Gabenor. Tapi perarakan ini nampak aman, tak sesiapa pun menjerit-jerit marah. Semuanya hanya menari-nari mengikut irama Dangdut atas lori. Tapi bila dah sampai kat Pejabat Gabenor nanti, tak tahulah apa ceritanya di sana...

Perarakan nelayan yang nak membuat demonstrasi di depan Pejabat Gabenor.
Menari-nari kat atas lori mengikut muzik Dangdut yang dimainkan
Rayuan para nelayan kepada Presiden Indonesia Pak Jokowi.
Sememangnya irama Dangdut dan Indonesia tak dapat dipisahkan.
Nampak gayanya mereka sangat tak berpuas hati dengan Menteri Perikanan Indonesia.
Banyaknya speaker! Patutlah bunyi muzik Dangdut yang dimainkan gegak gempita!
Semoga berjaya.
Selepas nelayan ini berlalu pergi, barulah kita kembali berurusan di dalam kedai.

Memuktamadkan urusniaga
Keychain menarik dari Manado ~ Tarsius dan Manguni (Burung Hantu)
Hasil belian di Manado

Part 50: Coto Makassar

Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke Airport. Tapi sebelum itu, seperti yang dijanjikan, Pak Tommy nak membawa kami makan tengahari. Disebabkan agak awal kalau nak makan nasi, dia membawa kami mencuba makanan tempatan yang dinamakan Coto Makassar.

Tugu Toar dan Lumimuut, leluhur Orang Minahasa yang berasal dari Mongolia.
Perjalanan menghala ke Airport
Tugu Kuda Panorama. Panorama adalah kuda milik Presiden Suharto yang banyak memenangi perlumbaan. Kuda ini berasal dari kawasan Manado.
Gereja Kanaan
Gereja Jemaat Filadelfia Paniki
Sekolah Dian Harapan
Rangkaian Holland Bakery ini ada di serata tempat di Indonesia. Ia mudah dikenali kerana semua kedai Holland Bakery mempunyai kincir angin seperti ini.
Carrefour
Grand Kawanua City Walk
Ini seruan jemaah untuk Orang Kristian, bukan untuk Orang Islam.
Kedai Coto Makassar yang kami singgah bernama Rumah Makan Coto Unyil. Kata Pak Tommy, ada beza Coto Makassar yang dihidang di Manado dengan yang dihidang di Makassar. Di Manado, hanya lembu digunakan untuk membuat Coto Makassar. Kalau di Makassar pula, Coto Makassar ada pilihan lembu, kerbau dan kuda. 

Rumah Makan Coto Unyil
Seperti juga di kota Manado... Apapun makanannya, minumnya tetap Teh Botol.
Pemandangan Rumah Makan Coto Unyil dari luar.
Wahh... kat sini pun ada ketupat.
Pemandangan di dalam Rumah Makan Coto Unyil
Ramuan untuk hidangan Coto Makassar
Ketupat Nasi untuk dimakan bersama Coto Makassar
Husband menyahut seruan minum Teh Botol.
Ini kali pertama kami makan Coto Makassar. Ingatkan Coto Makassar ni macam Sup Daging. Bila sampai je atas meja, terus kami hirup. Tapi tak tertelan sebab rasanya tawar sangat. Kemudian Husband ternampak seorang Pakcik pelanggan restoran ini memerah limau ke dalam Cotonya. "Kena buat begitu kot," kata Husband. Maka, kami pun mengikut langkah Pakcik itu memerah limau ke dalam Coto Makassar kami. Rupa-rupanya memang begitu cara makan Coto Makassar. Lepas diperah limau ke dalamnya, barulah bangkit rasanya. Enak banget!

Coto Makassar
Lepas diperah limau ke dalamnya, barulah bangkit rasa sebenar Coto Makassar yang enak.
Selepas makan Coto Makassar, barulah kami betul-betul dibawa ke Sam Ratulangi Airport. Perjalanan ke sana dari Rumah Makan Coto Unyil hanya kira-kira 10 minit.

Gereja Baitani
Seperti airport-airport lain di Indonesia, ada Pangkalan Tentera Udara dekat Sam Ratulangi Airport kerana semua Airport di Indonesia dijaga oleh Tentera Udara.
Cuma waktu di Surabaya dulu saja, kami diberitahu yang airport di sana dijaga oleh Tentera Laut Indonesia.
Masjid Al-Azhim yang kami singgah sewaktu mula tiba di Manado dulu.

Part 51: Sam Ratulangi Airport

Kami tiba di Sam Ratulangi Airport pada pukul 12.30 tengahari. Kaunter penerbangan Silkair ke Singapore telah pun dibuka ketika itu.

Sam Ratulangi Airport
Pintu masuk kenderaan ke Sam Ratulangi Airport
Bangunan Airport
Terima kasih, Pak Tommy
Akhirnya tibalah masa untuk berpisah dengan Pak Tommy. Terima kasih atas khidmat yang diberi. Tak dapat dinafikan yang Pak Tommy adalah antara Tourist Guide terbaik yang pernah kami temui dalam semua pengembaraan kami.

Masuk ke bangunan terminal. Cuma penumpang bertiket sahaja dibenarkan masuk ke bangunan terminal Sam Ratulangi Airport.
Kaunter Silkair
Penerbangan kami ke Singapura ~ Silkair MI 273
Pemandangan kawasan Check-In di Sam Ratulangi Airport
Ruang menarik di Sam Ratulangi Airport yang memaparkan kebudayaan Minahasa secara ringkas.
Bergambar kenangan di Sam Ratulangi Airport Manado
Seronok jumpa kedai menjual Klappertaart di Airport. Terus nak bergambar dengan Klappertaart saiz gergasi.
Kagum dengan kemudahan yang disediakan di Sam Ratulangi Airport ini. Walaupun airportnya taklah sebesar mana, segala-galanya ada di sini. Ruang menunggunya pun besar dan selesa.

Ruang Menunggu Perlepasan Pesawat
Waktu check-in tadi, kami dimaklumkan yang flight kami mengalami kelewatan 15 minit.
Canggih betul Flight Information Board di sini.
Suka dengar cara announcement dibuat di airport-airport di Indonesia, termasuklah di Manado. Kalau di Malaysia, serius sangat bunyinya bila announcement dibuat mengenai perlepasan atau ketibaan pesawat. Kat sini, ceria sungguh bunyinya berlagu-lagu: "Perhatian! Perhatian! Pesawat ... sedia untuk berangkat..."

Masa menunggu flight di sini, kita terdengar announcement mengenai perlepasan pesawat Wings Air ke sebuah tempat bernama Galela. Ada ye tempat bernama begitu di Indonesia, tak pernah pun kita dengar? Terus kita Google mencari lokasi Galela ini. Rupa-rupanya ia terletak di Pulau Halmahera di Maluku.

Pameran Fotografi di ruang menunggu Sam Ratulangi Airport
Stained Glass di Sam Ratulangi Airport
Menarik
From Manado With Love
Ruang Menunggu Domestik di Sam Ratulangi Airport
Boarding Pass dari Manado - Singapore - Kuala Lumpur. Kelakar juga tengok Boarding Pass Silkair ni. Nak tahu sebab apa...?
... Sebab ada iklan Minyak Cap Kapak kat belakang!
Sambil menunggu masa untuk berlepas, kita makan Klappertaart. Klappertaart ini sebenarnya kami beli kat airport. Klappertaart yang dibeli kat kedai Miens Souvenir tadi dah kami masukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang ke KL. Kata pekerja di Miens Souvenir tadi, Klappertaart boleh tahan 10 hari kalau disimpan dalam peti sejuk. Nak tahu apa rasa Klappertaart? Manis dan memuakkan kalau makan banyak-banyak!

Klappertaart yang dibeli di airport bersama sebotol air oren.
Klappertaart yang dijual di Sam Ratulangi Airport ini tak mengandungi Alkohol. Ada ya, version Klappertaart yang dicampur dengan Alkohol?
Musholla
Tempat Wuduk Wanita
Ruang Solat
Lepas makan Klappertaart dan Solat Jamak Zohor dan Asar di Surau yang terdapat di Ruang Menunggu ini, barulah kami bergerak ke Pintu Perlepasan kami yang terletak di hujung airport. Pintu perlepasan ini dikhaskan untuk penerbangan antarabangsa kerana kita perlu melalui pemeriksaan Imigresen Indonesia sebelum masuk ke sana.

Pintu perlepasan kami terletak di hujung airport
Pemeriksaan Inmigresen sebelum masuk ke Pintu Perlepasan
Kawasan permainan kanak-kanak
Pemandangan di pintu perlepasan kami
Satu lagi pemandangan di pintu perlepasan kami.
Pesawat Silkair baru tiba dari Singapura
Pesawat Silkair yang akan membawa kami ke Singapura
Ada surprise menanti di Pintu Perlepasan sebelum penumpang masuk ke dalam pesawat! Sempena Hari Kanak-Kanak Indonesia yang secara kebetulan diraikan hari itu, semua kanak-kanak yang sedang menunggu pesawat dijemput untuk mengambil coklat dan gula-gula dari Duta Hari Kanak-Kanak Airport Sam Ratulangi.

Duta Hari Kanak-Kanak Indonesia menjemput kanak-kanak mengambil coklat dan gula-gula dari mereka.
Adik inilah yang pertama menyahut jemputan. Sampai jatuh tertonggeng nak mengambil coklat dan gula-gula yang ditawarkan.
Kanak-kanak sedang diraikan oleh kakitangan airport dan Duta Hari Kanak-Kanak Indonesia.
Batik Air
Garuda
Berjalan masuk ke dalam pesawat

Part 52: Penerbangan Pulang

Percutian kami ke Manado secara rasminya berakhir setelah kami melangkah masuk ke dalam pesawat Silkair menuju ke Singapura dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Manado kami tinggalkan dengan seribu kenangan manis. Kami sungguh tak kisah untuk datang lagi ke sini kalau berkesempatan di masa depan. Manado benar-benar telah membuatkan hati kami terpaut.

Mesti ada yang bertanya adakah mahal untuk bercuti ke Manado? Jawapannya, tidak. Bagi kami, kos Ground Arrangement bagi percutian ke sini setara dengan kos percutian ke tempat-tempat lain di Indonesia seperti Padang-Bukittinggi dan Yogyakarta. Yang mahal hanyalah tiket penerbangan disebabkan jaraknya yang jauh dari KL. Dalam kes kami, disebabkan kami memilih naik Silkair datang ke sini, kos penerbangan kami memang sedikit lebih mahal (kira-kira RM 1,300) berbanding kos Ground Arrangement yang meliputi hotel, makan, transportation dan tiket masuk ke tempat-tempat menarik di Manado dan Minahasa selama 4 Hari 3 Malam seorang (RM 1,200).

MANADO KE SINGAPORE

Pesawat kami ke Singapore berlepas pada pukul 2.30 petang, lewat 30 minit dari jadual. Walau bagaimanapun, perjalanan pulang hanya mengambil masa 3 jam berbanding 3 jam 20 minit sewaktu datang ke sini dulu. Ini mungkin disebabkan perjalanan pulang mengikut arah angin berbanding waktu kedatangan yang melawan arah angin.

Pemandangan di dalam pesawat Silkair
Batik Air yang parking di sebelah pesawat kami.
Disebabkan cuaca yang panas di luar, semua penumpang diberi Wet Towel untuk menyegarkan muka.
Safety Briefing
Bergerak menuju ke Runway
Disebabkan Sam Ratulangi Airport tak sibuk, pesawat tak perlu beratur menunggu giliran terbang seperti di KL dan Singapore.
Berlepas pulang
Meninggalkan Kota Manado
Selamat Tinggal, Manado!
Semoga bertemu lagi!
Terbang menuju ke Singapura
Manado Tua dan Bunaken yang pasti takkan dilupakan.
Merentas Selat Makassar menuju ke Kalimantan
Seperti penerbangan datang ke Manado dulu, kami mendapat sajian penerbangan lebih awal dari orang lain kerana kami memesan Muslim Meal. Macam waktu datang dulu juga, hidangan yang diberi adalah Nasi Lemak. Cuma bezanya kali ini, lauknya adalah ayam dan bukannya ikan. Yang penting, sambal nasi lemaknya yang sedap itu tetap ada.

Sajian penerbangan
Nyumm, nyumm... Jemput makan!
Alhamdulillah, seperti waktu kedatangan dulu, cuaca juga baik sepanjang penerbangan pulang dari Manado ke Kuala Lumpur. Tertunggu-tunggu juga kalau ada sajian ais kerim nak dihidangkan, tapi tak ada. Kecewa sedikit dengan Silkair ni di situ....

Cuaca baik sepanjang penerbangan pulang
Menghampiri Kalimantan
Merentasi Kalimantan
Sungai Kapuas di Kalimantan
Masih sedang merentas Kalimantan
Kepulan awan di Kalimantan
Inflight Entertainment
Memang jenuh nak terbang merentas Kalimantan kerana saiz Pulau Borneo yang besar ini. Hutan tebal di Pulau Borneo juga sangat jelas kelihatan dari kapalterbang. Secara purata, 2 jam diperlukan untuk merentas Pulau Borneo dalam perjalanan dari Singapore ke Manado dan sebaliknya.

Besar sungguh Sungai Kapuas ni.
Pergunungan di Pulau Borneo
Akhirnya baru nak masuk ke kawasan Laut China Selatan.
Pulau-pulau kecil di Laut China Selatan
Semakin menghampiri Singapura
Membuat penerbangan turun
Pulau Batam dah muncul dalam pandangan
Rasa-rasanya itu Kolam Air Seletar di Singapura
Tak pasti yang ini kawasan mana
Negaraku Malaysia di seberang sana.
Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dan Singapura
Adakah itu Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura?
Memulakan pendaratan ke Changi Airport di Singapura.
Bangunan-bangunan terminal di Singapore Changi Airport
Kerja-kerja pembesaran Changi Airport
Pesawat Singapore Airlines nak berlepas ke destinasi

SINGAPORE KE KUALA LUMPUR

Pesawat kami selamat mendarat di Singapore Changi Airport pada pukul 5.30 petang. Berdasarkan pengalaman transit kami sewaktu menuju ke Manado, terkejar-kejar kami mencari gate yang seterusnya. Mujurlah gate ini tak jauh dari tempat pemeriksaan sekuriti yang perlu dilalui oleh semua penumpang transit. Keluar saja dari pemeriksaan sekuriti, terus dah sampai ke Pintu F31.

Berkejar ke pemeriksaan sekuriti di Changi Airport
Mujurlah gate seterusnya tak jauh.
Pintu Perlepasan pesawat kami ke Kuala Lumpur
Maklumat penerbangan kami ke Kuala Lumpur ~ Singapore Airlines SQ 118
Ada sikit pengalaman mendebarkan sewaktu nak masuk ke Pintu Perlepasan pesawat ke Kuala Lumpur. Waktu Husband menunggu Myself pergi ke toilet di luar pintu ini, biasalah dia snappy gambar depan pintu perlepasan. Rupa-rupanya tak boleh ambil gambar petugas-petugas sekuriti di pintu perlepasan ini. Akibatnya kami ditahan dan disoal-siasat mengikut prosedur airport kat sini. 

Taklah teruk mana disoal-siasat, cuma kenalah body check yang thorough sikit dan diminta untuk menunjukkan gambar-gambar yang diambil. Mudah je kami dilepaskan bila Husband delete gambar pintu perlepasan yang diambil depan petugas sekuriti itu. Tapi suspenlah jugak bila kasut kita pun kena swipe mengikut prosedur keselamatan di sini. Mujurlah belerang dari Bukit Kasih tak melekat kat kasut. Kalau tidak... phewww!

Welcome Aboard Singapore Airlines
Penerbangan kami seterusnya dari Singapore ke Kuala Lumpur adalah menggunakan Singapore Airlines SQ 118. Upgradelah sikit dari Silkair tu! Tapi tak hairan pun sebenarnya sebab Silkair adalah anak syarikat Singapore Airlines. Macam Malaysia Airlines dengan MASWings dan Firefly!

Pesawat ini berlepas mengikut jadual tepat pada pukul 6.45 petang. Tak seperti penerbangan-penerbangan Silkair sebelum ini, pesawat yang kami naiki ini adalah pesawat wide-body A350-900 yang nampak canggih, baru dan mewah. Walaupun penerbangannya singkat, hanya kira-kira 50 minit, pesawat yang besar ini penuh dengan penumpang. Memang ramai sebenarnya orang yang berulang-alik antara KL dan Singapore ini.

Pemandangan dalam pesawat Singapore Airlines
Ada Moving Map dalam pesawat, tapi maklumatnya macam tak bergerak sebab penerbangan ini singkat sangat. Tak sempat dia orang nak update lokasi dalam peta, dah nak sampai!
Pemandangan dari tingkap pesawat sebelum berlepas. Besar betul kepak kapalterbang ini!
Safety Video dalam Singapore Airlines. Macam tak kena pulak konsep yang dipakai dalam video ini. Lebih memberatkan tempat-tempat menarik di Singapore dari aspek keselamatan yang perlu diperhatikan oleh penumpang.
Pushback untuk berlepas ke KL.
Pemandangan runway baru yang sedang dibina
Menunggu giliran berlepas ke KL bersama Cathay Pacific yang nak berlepas ke Hong Kong.
Goodbye, Changi Airport!
Berlepas ke Kuala Lumpur
Terbang tinggi bersama Singapore Airlines
Merentas Selat Tebrau untuk kembali ke tanah air.
Bulan di bumi Malaya
Negeri Johor
Tak pasti area mana ni.
Senja yang mula berlabuh
Lagi pemandangan senja yang berlabuh
Pertengahan jalan antara Singapore dan Kuala Lumpur
Anak-anak kapal Singapore Airlines
Sajian penerbangan dalam pesawat yang canggih dan mewah ini ~ Air Mango bungkus saja.
Empangan kat Cameron Highlands rasanya tu.
Menikmati penerbangan mewah dari Singapore ke Kuala Lumpur. Memang rasa mewah naik flight ini berbanding Silkair, walaupun cuma duduk dalam kelas Ekonomi.
Sungai Selangor rasanya
Empangan Langat kot
Malam mula melabuhkan tirai
Lampu pesawat dimalapkan untuk mematuhi prosedur pendaratan malam.
Membuat penerbangan turun
Sedang mendarat di KLIA
Selamat mendarat di KLIA
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pukul 7.45 malam. Maka berakhirlah sebuah percutian indah kami di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia.

Masa nak keluar dari pesawat, kami melalui seat-seat mewah di bahagian depan pesawat. Ingatkan ini First Class, tapi bila ditanya kepada peramugari sewaktu dalam perjalanan nak keluar dari pesawat itu, dia memberitahu ini sebenarnya seat Business Class. Ketua Peramugara yang mendengar pertanyaan kami, terus mencelah menguja kami: "Next time! Next time!" katanya. Kita pun terus menjawab, "Wait for us! Wait for us!" Hahahahah... bilalah agaknya Next Time tu?

Business Class Singapore Airlines
"Next Time! Wait For Us!"


CATATAN PERJALANAN MANADO (2018):

CATATAN PERJALANAN LAIN (INDONESIA)