Showing posts with label SRI LANKA (2015) - Colombo / Kandy / Nuwara Eliya. Show all posts
Showing posts with label SRI LANKA (2015) - Colombo / Kandy / Nuwara Eliya. Show all posts

Wednesday 16 September 2015

2015 SRI LANKA BHG. 01 (KL - Colombo)

September 2015

SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya

Bahagian 1: ADA APA DENGAN SRI LANKA?

Waktu diberitahu yang kami ingin berkunjung ke Sri Lanka, ramai keluarga dan teman yang bertanya ~ Apa yang ada di Sri Lanka? Memang Sri Lanka bukan destinasi percutian yang biasa dikunjungi pelancong dari Malaysia. Jadi sebelum Myself memulakan catatan pengembaraan kali ini, mari kita berkenalan dengan negara Sri Lanka.

Peta laluan penerbangan Air Asia X dari Kuala Lumpur ke Colombo. (Flightradar24)
Sri Lanka adalah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak di penghujung benua kecil India. Ibu negaranya bernama Colombo yang terletak di barat pulau tersebut. Penduduknya terdiri dari 3 kelompok utama: Singhalese (penduduk Bumiputera Sri Lanka), Tamil (yang lebih suka dikenali sebagai Orang Jaffna untuk membezakan mereka dengan penduduk Tamil di India) dan Melayu (yang dibawa oleh British ke sini dari Malaysia sewaktu zaman perang dulu).

Peta Pelancongan Sri Lanka.
Penduduk Sri Lanka berjumlah 20 juta orang. Walaupun rupa fizikal mereka macam orang India, mereka mempunyai ciri yang sangat berbeza dengan dengan orang India. Tidak seperti di India di mana Hindu merupakan agama majoriti penduduk, kebanyakan penduduk di Sri Lanka menganut ajaran Buddha. Namun terdapat juga populasi besar penduduknya yang beragama Islam dan Hindu. 

Seperti juga Malaysia, Sri Lanka adalah bekas jajahan British pada masa dahulu. Jika Malaysia di bawah jajahan British dikenali sebagai Malaya, Sri Lanka pula dikenali dengan nama Ceylon di bawah jajahan British. Namun demikian, mereka mencapai kemerdekaan dari British jauh lebih awal dari Malaysia ~ pada tahun 1948.

Dah berkenalan serba sedikit tentang Sri Lanka, mari kita mengembara ke negara ini bersama kami ....


Selamat Datang Ke Sri Lanka!

HARI PERTAMA (1)

Part 1: Ayubowan, Sri Lanka!

KALI PERTAMA NAIK AIR ASIA X

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka menggunakan penerbangan Air Asia X. Penerbangan ini dijadualkan bertolak pada pukul 9.50 pagi dari KLIA 2. Oleh yang demikian, kami perlu mendaftar masuk pada pukul 6.50 pagi (3 jam sebelum penerbangan). Dengan mengambilkira perjalanan yang memakan masa kira-kira 1 jam dari rumah ke KLIA 2, terpaksalah kami bertolak seawal jam 5.00 pagi untuk memudahkan urusan Solat Subuh dan Sarapan Pagi di Airport.

Kaunter Check-in di KLIA 2.
Beberapa hari sebelum kami berlepas ke Sri Lanka, Kuala Lumpur dilanda jerebu yang teruk sehingga menyebabkan sekolah di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup sehari sebelum tarikh keberangkatan kami. Memang merisaukan pada ketika itu kerana Menteri Pengangkutan juga telah membuat pengumuman yang lapangan terbang di Malaysia juga akan ditutup jika jarak penglihatan merosot sehingga kurang dari 1 km. Pada hari yang sama juga ada beberapa penerbangan yang sepatutnya mendarat di Ipoh dan KLIA terpaksa dilencongkan ke tempat lain disebabkan jerebu. Tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi sekiranya KLIA ditutup dan kami tak dapat meneruskan rancangan pengembaraan ke Sri Lanka yang dah kami planning sejak dari awal tahun dulu... 

Alhamdulillah, jerebu pada 16 September 2015 (tarikh kami berangkat ke Sri Lanka) berkurangan. Jadi dapatlah kami meneruskan perjalanan ke sana. Myself yakin, ramai pengembara yang berdoa supaya perjalanan mereka tidak tergendala dengan jerebu yang melanda... Allah SWT dah berjanji doa orang yang bermusafir ni mustajab. Allah maha mendengar dan menerima doa kami, jadi dapatlah kami meneruskan perjalanan.

Cuaca masih berjerebu di KLIA 2 pagi ini, tapi jarak penglihatan lebih baik berbanding dengan hari-hari yang sebelumnya.
Sebelum berlepas ke Sri Lanka kenalah breakfast dulu. Takut kelaparan pulak nanti sehingga mendapat sajian dalam flight. Disebabkan kami tak pasti sama ada terdapat restoran yang sesuai selepas masuk ke kawasan Pintu Perlepasan nanti, kami membuat keputusan untuk makan di kawasan bangunan luar KLIA2 saja. Jadi, sebaik selepas membuat Bag Drop di kaunter Air Asia, kami terus saja breakfast di McDonald's..

Pemandangan Restoran McDonald's dari bangunan kawasan Check-in KLIA2.
Pemandangan dekat Restoran McDonald's di Bangunan Luar KLIA2.
Kaunter McDonald's
Pemandangan di dalam Restoran McDonald's
Big Breakfast di McDonald's
Pintu perlepasan kami ialah Q12. Selepas makan, terus saja kami menuju ke sana.

Penerbangan kami Air Asia X D7 182 dijadualkan berlepas menerusi Pintu Q12 mengikut masa.
Bergerak masuk ke Pintu Perlepasan Antarabangsa
Pemandangan di kawasan Pintu Perlepasan Antarabangsa.
Travelator menuju ke Pintu Q12
Pemeriksaan Keselamatan Kedua berdekatan Pintu Q12.
Excited melihat pesawat Air Asia X yang akan membawa kami terbang Xtra Long ke Colombo.
"Tangkap gambar dulu kat sini!"
Pemandangan berdekatan Pintu Q12.
Semua penumpang dibenarkan masuk ke Pintu Q12 seawal jam 8.50 pagi. Agak terperanjat melihat ada dua lapisan pemeriksaan dibuat di pintu perlepasan ini. Pemeriksaan pertama dibuat oleh kakitangan Air Asia sendiri. Pemeriksaan kedua pula dibuat oleh 2 orang pegawai beruniform macam tentera. Berdasarkan uniform mereka, kami menjangka mereka adalah staf tentera Sri Lanka sendiri.

Sri Lanka pernah melalui perang saudara yang panjang. Kalau tak salah, perang saudara ini berlarutan sehingga 30 tahun yang berakhir pada tahun 2009. Perang ini dimulakan oleh kumpulan Liberation Tigers Tamil Eelam yang menuntut kemerdekaan bagi kawasan utara Sri Lanka. Dalam masa tersebut, serangan bom sering terjadi di merata-rata tempat dan tak hairanlah parut kesan peperangan ini menyebabkan urusan sekuriti sangat diambil berat oleh kerajaan Sri Lanka termasuklah di pintu perlepasan pesawat yang menuju ke Sri Lanka di KLIA2.

Panggilan akhir untuk Air Asia X ke Colombo
Pemandangan di ruang menunggu Pintu Q12.
Kami perhatikan pegawai keselamatan Sri Lanka ni begitu teliti sekali memeriksa pasport setiap penumpang yang masuk ke pintu pelepasan ini. Kadang-kala mereka siap memakai kanta pembesar untuk memeriksa kesahihan pasport penumpang tersebut.

Pegawai keselamatan Sri Lanka yang bertugas di Pintu Q12.
Kadang-kala mereka menggunakan kanta pembesar seperti ini untuk memeriksa kesahihan pasport penumpang, khususnya penumpang Mat Salleh dan penumpang rakyat Sri Lanka sendiri.
Selepas pesawat sedia untuk berlepas, penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat. Pesawat Air Asia X ini lebih besar dari pesawat Air Asia yang biasa tu. Konfigurasi tempat duduknya 3-3-3. Kalau nak duduk berdua kenalah berebut tempat duduk kat ekor pesawat semasa membuat Online Check-in. Ada 4-5 row saja yang seatnya 2-3-2 di bahagian ekor pesawat.

Berjalan masuk ke dalam pesawat.
Pemandangan pesawat kami dari Airbridge
Ekor pesawat kami
Pilot pesawat kami.
Gambar tayar pesawat ini diambil sewaktu tersekat dalam barisan untuk masuk ke dalam pesawat.
Dah sampai ke pintu pesawat.
Penumpang pesawat ini ramai terdiri dari warga asing. Warga Malaysia (terutamanya yang berketurunan Melayu) hanya beberapa kerat saja.
Pemandangan berdekatan tempat duduk kami.
Demonstrasi keselamatan oleh anak kapal sebelum berlepas.
Biasalah kan... penerbangan kos rendah macam Air Asia ni mana ada personal screen kat depan tempat duduk. Kalau nak tengok movie, kenalah sewa Tab sepanjang penerbangan. Kalau nak selimut pun kena bayar sewa. Kalau tidak, duduk sajalah diam-diam sampai ke Sri Lanka.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo memakan masa 3 jam 30 minit, lebih kurang macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. Cuma bezanya Hong Kong terletak ke timur Malaysia, Sri Lanka pulak terletak di sebelah barat Malaysia. Tapi kedua-duanya adalah pulau.

Sajian penerbangan
Terbang di langit biru yang cerah tanpa jerebu.
Dalam penerbangan, kami duduk bersama seorang wanita Sri Lanka yang dah 9 tahun menetap di Malaysia kerana bekerja di sini. Dia bernama Kalyani dan bekerja sebagai seorang consultant komputer. Kalyani tinggal di Malaysia bersama 2 anak perempuannya. Suaminya masih bekerja di Sri Lanka kerana visa Malaysia My Second Home yang mereka ikuti tidak membenarkan beliau bekerja di Malaysia. Namun begitu suaminya berulang-alik setiap bulan ke Malaysia untuk melawat mereka.

Bergambar bersama Kalyani, rakan pertama kami dari Sri Lanka.
Kalyani pulang bersendirian ke Sri Lanka kali ini kerana keluarganya membuat sambutan ulangtahun harijadi ibu mereka di sana. Kedua-dua anaknya tidak ikut bersama kerana perlu memberi tumpuan kepada peperiksaan di sekolah. Kata Kalyani, mereka dijaga oleh adik perempuannya di Malaysia.

Disebabkan ini kunjungan pertama kami ke Sri Lanka, banyak tip yang diberi oleh Kalyani kepada kami. Malah dia turut memberikan nombor telefonnya kepada kami untuk menghubungi beliau sekiranya inginkan sebarang bantuan penerangan sewaktu berada di sana nanti.

Suasana di dalam penerbangan.
Selepas terbang kira-kira 3 jam, pulau Sri Lanka muncul dalam pandangan.

Tiba di pulau Sri Lanka
Dari kejauhan, pemandangan di Sri Lanka sangat mirip dengan pemandangan di Malaysia.
Pesawat kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bandaranaike di Colombo pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan. Perbezaan waktu di antara Kuala Lumpur dengan Colombo adalah 2 jam 30 minit di mana waktu Colombo lebih lewat berbanding waktu di Kuala Lumpur.

Selamat mendarat di Colombo
Pemandangan sewaktu pesawat bergerak ke bangunan terminal Bandaranaike International Airport di Colombo, Sri Lanka.
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.

LAPANGAN TERBANG BANDARANAIKE, COLOMBO

Lapangan Terbang Bandaranaike tidaklah begitu besar berbanding KLIA, mungkin sebesar Lapangan Terbang Kota Kinabalu saja agaknya. Senibinanya juga sederhana, tidak terlalu moden dan tidak juga terlalu ketinggalan.

Pemandangan sewaktu keluar dari pesawat.
Pesawat-pesawat Sri Lankan Airlines yang parking di sebelah pesawat kami.
Waktu di Sri Lanka ketika itu adalah 10.51 pagi (1.26 tengahari waktu Malaysia). Waktu di Sri Lanka adalah lewat 2 jam 30 minit berbanding Malaysia.
Berjalan menuju ke pemeriksaan imigresen.
Oleh kerana ketika ini Musim Haji, kami dapat melihat ramai Jemaah Haji Sri Lanka yang sedang menunggu pesawat menuju ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Bandaranaike.
Sekumpulan lagi Jemaah Haji Sri Lanka yang sedang menunggu pesawat ke Tanah Suci. Mudah-mudahan mereka beroleh Ibadah Haji yang mabrur.
Rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Sri Lanka perlu mendapatkan visa. Disebabkan permohonan visa kami telah diuruskan sejak dari di Malaysia lagi, urusan imigresen sangat mudah sekali.

Beratur menunggu pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Bandaranaike.
Melintasi kedai-kedai bebas cukai dalam perjalanan ke Tempat Bagasi.
Cukup pelik melihat ada banyak kedai-kedai menjual barangan elektrik rumah dalam perjalanan ke Tempat Bagasi di Lapangan Terbang Bandaranaike. Ada ke orang nak membeli barangan elektrik sebegini sebaik turun dari pesawat?
Tempat mengambil bagasi di Lapangan Terbang Bandaranaike.
Selamat Datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
Sebaik keluar dari tempat pengambilan bagasi, kami bertemu dengan pemandu pelancong kami yang bernama Terence.

Pemandangan di ruang menunggu ketibaan di Lapangan Terbang Bandaranaike.
Inilah Tour Guide merangkap pemandu kami, Terence.
Mengikut Terence menuju ke kereta.
Kawasan hijau yang menarik di luar bangunan terminal.
Kawasan mengambil penumpang di Lapangan Terbang Bandaranaike.
Patung Buddha di pintu masuk ke kawasan Lapangan Terbang Bandaranaike.

Part 2: Perjalanan ke Kandy

Lapangan Terbang Bandaranaike terletak 40 km ke utara Colombo. Namun dari sini, kami tidak dibawa ke Colombo. Terence sebaliknya membawa kami terus menuju ke Kandy yang terletak 116 km dari Colombo.

Pemandangan jalan menuju ke Kandy dari Lapangan Terbang.
Kenderaan beroda tiga ini juga dipanggil Tuk Tuk di Sri Lanka.
Walaupun jarak dari Colombo ke Kandy hanya 116 km, perjalanan ke sana memakan masa 2 jam 30 minit. Ini adalah kerana perjalanan perlu melalui jalan 2 lorong yang sempit sepanjang perjalanan. Namun demikian, kami dapati walaupun jalannya sangat sempit berbanding jalan di Malaysia, keadaan jalannya sangat memuaskan kerana diselenggara rapi.

Pekan Minuwangoda yang ditempuhi dalam perjalanan menuju ke Kandy.
Oleh kerana iklim di Sri Lanka sama seperti di Malaysia, pemandangan di sekeliling jalannya juga hampir sama seperti di Malaysia.

Pemandangan yang sama seperti di Malaysia.
Teringat cerita Kalyani yang ditemui dalam pesawat tadi yang dia tak rindukan Sri Lanka sewaktu berada di Malaysia kerana pemandangan di Malaysia juga sama seperti di negaranya.
Memandangkan agama rasmi negara Sri Lanka adalah agama Buddha, patung-patung Buddha sentiasa ada di kiri-kanan jalan. Rumah-rumah ibadat Buddha juga banyak terdapat di tepi jalan dan kadang-kala kelihatan macam masjid.

Patung-patung Buddha seperti ini banyak terdapat di serata tempat di Sri Lanka.
Speaker yang diletakkan di rumah ibadat Buddha ini menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah masjid di Malaysia.
Ini pemandangan di Sri Lanka tau, bukan di Malaysia.
Pekan Galigamuwa yang terletak 44 km dari Kandy.
Restoran dengan nama yang menarik di Galigamuwa.
Pintu masuk ke Thirst Aid Station.
Sebuah lagi patung Buddha yang dibina di tepi jalan.
Pekan ini pula bernama Veyangoda.
Selepas meninggalkan pekan Veyangoda, kami melihat ramai perempuan yang melambai-lambai kenderaan kami. Kata Terence, mereka adalah penjual kacang gajus yang mana kawasan ini sangat terkenal dengan penghasilan kacang gajusnya. Terence turut memberhentikan kenderaan kami di tepi jalan untuk membolehkan kami membeli kacang gajus yang dijual.

Penjual gajus yang melambai-lambai di tepi jalan.
Penjual gajus cuba memujuk kami membeli gajus jualan mereka. Ada pelbagai perisa gajus yang dijual.
Sepaket gajus kecil ini dijual dengan harga 200 Rupees (kira-kira RM 6).
Selain gajus, kelapa bersabut oren yang dinamakan King Coconut ini juga banyak dijual di tepi jalan.
Sri Lanka juga mempunyai ramai penganut Islam. Masjid-masjid juga sangat mudah dilihat di tepi jalan sepanjang perjalanan dari Colombo ke Kandy.

Sebuah masjid di tepi jalan yang dilihat dalam perjalanan ke Kandy.
 

Bersambung ke Bahagian 2 ...