Showing posts with label PENANG (2022) - George Town. Show all posts
Showing posts with label PENANG (2022) - George Town. Show all posts

Friday 22 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 10 (Penang)

Mac 2022

PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town

Bahagian 10: Penang 1
PERJALANAN KE PENANG & MAKAN-MAKAN GEORGE TOWN

HARI KETIGA

Part 22: Hari Terakhir Di Perlis

Hari Ketiga kami berada di Perlis adalah Hari Isnin di mana Myself perlu menghadiri mesyuarat berkaitan kerja di Kangar. Disebabkan Hotel Sri Garden tidak menyediakan breakfast untuk penginapnya, kami terpaksa mencari breakfast di luar. Kami bercadang mencari breakfast di D'Danish Corner sekali lagi. 

Oleh kerana Myself perlu bergerak ke tempat meeting seawal pukul 8.30 pagi, kami keluar lebih awal ke D'Danish Corner berbanding semalam.

Suasana awal pagi Isnin di Kangar
Masjid Alwi
Seperti yang diberitahu kepada kami, D'Danish Corner memang mula berniaga pada awal pagi. Tapi sesuatu yang membuatkan kami kaget ialah tak ada meja makan disediakan di sini pada pagi ini. Rupa-rupanya pelanggan cuma boleh dine-in di D'Danish pada hari minggu saja.

Breakfast di D'Danish Corner lagi
Mengikut perancangan awal, kami nak breakfast di D'Danish dan selepas itu Myself akan mengambil Grab dari situ terus ke tempat meeting. Tapi disebabkan tak ada tempat makan disediakan, kami terpaksa membawa makanan yang dibeli balik ke hotel. Hassle juga rupanya menginap di hotel yang tak menyediakan breakfast untuk penginap pagi-pagi begini! Syukurlah hotel cuma terletak 10 minit berjalan kaki dari situ.

Sambil Myself menghadiri meeting, Husband sempat berjalan-jalan lagi di bandar Kangar. Dia berkunjung ke Taman Rekreasi Tasik Melati dan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Kata Husband, kedua-dua tempat ini sangat menarik untuk dilawati. Kalau nak tengok apa yang ada di sana, bacalah nanti di blog Husband: Agar Aku Tidak Lupa. Tapi tak tahulah bila entry ini akan keluar... Silap-silap tahun depan baru boleh baca. Hahaha!!

Taman Rekreasi Tasik Melati
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Gua Cenderawasih di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Bagi Myself pula selepas meeting tamat, kami diraikan dengan makan tengahari di sebuah restoran menarik yang bernama Anjung Keli.

Restoran Anjung Keli
Satu lagi pemandangan di Restoran Anjung Keli
Makanan yang disediakan di Restoran Anjung Keli adalah makanan kampung yang sangat sedap.

Part 23: Perjalanan Ke Pulau Pinang

Pada petang itu, kami perlu bertolak ke Pulau Pinang kerana Myself perlu menghadiri satu lagi mesyuarat yang diaturkan oleh pejabat di sana pada petang esok. Untuk memudahkan urusan, kami menempah khidmat teksi Encik Saadon untuk membawa kami ke Pulau Pinang. Perjalanan dengan teksi dari Kangar ke Pulau Pinang memakan masa 2 jam. Kami bertolak dari Hotel Sri Garden pada pukul 2.30 petang.

Bergerak menuju ke Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Encik Saadon membawa kami pada peringkat awal perjalanan dari Kangar menuju ke Alor Setar menerusi laluan kampung. Pemandangan sepanjang perjalanan adalah sawah padi yang terbentang meluas.

Sambil melintasi kawasan sawah padi, Encik Saadon bercerita kepada kami tentang proses penanaman padi di sekitar Kedah/Perlis. Kata Encik Saadon, dengan kemajuan dalam bidang pertanian sekarang, padi yang ditanam dapat dituai sehingga 3-4 kali setahun. Teknologi moden seperti drone turut digunakan untuk membantu pesawah melaksanakan tugas seperti menyembur racun serangga.

Kami juga cukup excited dapat melihat Gunung Keriang berhampiran Alor Setar. Teringat perjalanan kami ke kaki Gunung Keriang ini dulu untuk melawat Muzium Padi. Pemandangan keindahan Gunung Keriang ini juga dapat kami lihat dari Menara Alor Setar ketika itu.

Gunung Keriang berhampiran Alor Setar
Kenangan melawat ke Alor Setar menjelma di fikiran bila melihat pemandangan Gunung Keriang
Sebahagian bandar Alor Setar
Pada peringkat kedua perjalanan dari Alor Setar sehingga ke Pulau Pinang, barulah kami menggunakan Lebuhraya PLUS.

Plaza Tol Alor Setar
Perjalanan ke George Town di Pulau Pinang masih 117 km dari sini
Pemandangan sawah padi sewaktu melintas Negeri Kedah
Perjalanan menuju ke Pulau Pinang
Lebuhraya PLUS
Kawasan Rehat di Lebuhraya PLUS
Dah sampai di Seberang Perai
Maklumat trafik di Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Ada 2 jambatan yang menghubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang sekarang. Kalau datang dari sebelah utara seperti kami, jambatan yang lebih dekat untuk digunakan adalah Jambatan Pertama.

Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama)
Bayaran tol yang dikenakan untuk menggunakan Jambatan Pertama Pulau Pinang adalah sehala sahaja dari Butterworth ke George Town.
Naik jambatan menuju ke Pulau Pinang
Pemandangan Jambatan Kedua Pulau Pinang juga dapat dilihat dari Jambatan Pertama
George Town
Kren-kren di pelabuhan
Pertengahan Jambatan Pulau Pinang
Kabel pengikat jambatan
Tiba di Pulau Pinang
Selamat Datang Ke Pulau Pinang
Meeting yang Myself perlu hadiri esok diadakan di Hotel Royale Chulan Penang. Untuk kemudahan urusan, kami juga menempah bilik untuk menginap di Hotel Royale Chulan malam ini. Setibanya di George Town, Encik Saadon terus membawa kami ke Hotel Royale Chulan.

Menuju ke George Town
Bangunan kediaman yang menjulang tinggi begini adalah pemandangan biasa di Pulau Pinang
Weld Quay di George Town

Part 24: Hotel Royale Chulan Penang

Hotel Royale Chulan terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bersama-sama dengan bangunan-bangunan lain di sekitarnya, fungsi asal bangunan Hotel Royale Chulan adalah gudang Pelabuhan Pulau Pinang.

Hotel Royale Chulan Penang
Tak sangka ada hotel yang moden dan mewah begini di kawasan bersejarah George Town.
Kaunter Pendaftaran Hotel Royale Chulan
Lobi Hotel
The Royale Ballroom
Lift Lobby
Hiasan berciri antik di dalam lif
Koridoor menuju ke bilik penginapan
Selepas 3 Hari 2 Malam menginap di bilik Hotel Sri Garden yang sempit di Kangar, memang rasa heaven sangat dapat menginap dalam bilik yang luas begini.

Bilik penginapan kami di Hotel Royale Chulan Penang
Meja kerja
Bilik air
Pemandangan ke luar dari bilik kami
Feri iconic Pulau Pinang yang terkenal itu dah tak ada lagi sekarang. Ia telah digantikan dengan bot penumpang seperti ini yang berulang-alik di antara George Town dan Butterworth.

Part 25: Jeruk Madu Pak Ali

Bila diberitahu dulu yang kami kena pergi ke Penang, terus saja kami teringat kepada Jeruk Madu Pak Ali. Maka selepas dah settle down, kami naik Grab ke tengah bandar George Town menuju ke kedai Jeruk Madu Pak Ali.

Naik Grab ke Kedai Jeruk Pak Ali
Kedai-kedai warisan di bandaraya George Town
Kedai Jeruk Madu Pak Ali
Gerai makan di sebelah kedai Jeruk Madu Pak Ali
Kalau anda datang ke Penang, memang Myself recommend untuk beli Jeruk Madu Pak Ali ini. Jeruk yang dijual memang sedap dan rasa asidnya tidak kuat seperti kebanyakan jeruk lain.

Pemandangan di dalam Kedai Jeruk Madu Pak Ali
Pelbagai jeruk buah-buahan dijual di sini
Stok yang baru saja diletakkan di atas rak

Part 26: Teochew Chendul

Lepas membeli Jeruk Madu Pak Ali, kami pergi mencari Teochew Chendul yang popular itu pulak. Teochew Chendul dijual di atas gerai beroda di tepi jalan sahaja tetapi popularitinya menyebabkan ia mendapat marking di dalam Google Map. 

Berjalan mencari Teochew Chendul
Gerai Teochew Chendul
Walau dijual atas gerai, ada sebuah restoran yang simple disediakan tidak jauh dari gerai Teochew Chendul ini untuk pelanggan duduk menikmati Chendul yang sedap ini. Teochew Chendul ini juga dah banyak franchise di serata tempat di seluruh negara, tetapi di sinilah gerai asalnya.

Gerai Teochew Chendul
Kata seorang rakan yang memang orang Penang sejati, Laksa Teochew Chendul ini juga sangat sedap tapi kami tak mencubanya.
Suasana di dalam restoran Teochew Chendul
Kalau terus duduk order chendul dari dalam gerai ini sendiri pun boleh sebenarnya.
Teochew Chendul
Pemandangan sebelum meninggalkan Teochew Chendul

Part 27: Dinner Di Padang Kota

Dari Teochew Chendul, kami menaiki Grab lagi ke Padang Kota untuk dinner pulak. Hasrat di hati nak makan di restoran yang sama di sana sewaktu lawatan kami ke Penang pada tahun 2018 dulu.

Naik Grab ke Padang Kota
Mahkamah
Dewan Sri Pinang
Kami cuma mengiyakan bila pemandu Grab bertanya sama ada kami nak pergi ke Food Court di Padang Kota Lama. Ingatkan itu adalah tempat yang pernah kami pergi dulu. Rupa-rupanya salah tempat...

Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama
Aiseyy... silap tempat!
Food Court yang ingin kami kunjungi sebenarnya berada di seberang sana dari situ. Maka berjalanlah kami merentas Padang Kota menuju ke sana.

Padang Kota Lama
Beca di depan Padang Kota Lama
Berjalan merentas Padang Kota yang penuh dengan pelbagai aktiviti pada petang itu.
Bangunan kolonial di depan Padang Kota
Inilah Food Court sebenar yang ingin kami kunjungi...
Food Court sebenar yang ingin kami kunjungi adalah Esplanade Park yang terletak betul-betul di sebelah Fort Cornwallis. Makanan paling popular di sini adalah Mee Sotong Hameed Pata. Husband teringin nak makan Mee Sotong ini sebenarnya tetapi disebabkan ada ramai orang tengah beratur nak order makanan di situ, Husband terus membatalkan saja niat tersebut.

Suasana di Esplanade Park
Gerai-gerai di Espanade Park
Esplanade Park hanya dibuka sehingga pukul 8 malam. Ketika itu jam menunjukkan pukul 7 malam dan banyak gerai telah menamatkan perniagaan. Untuk kemudahan, kami cuma order 2 pinggan Mee Goreng dari sebuah gerai berhampiran. Sesuatu yang boleh Myself katakan tentang Penang ialah makanannya memang sedap dan menyelerakan walau di mana jua. Memang tak salah kalau Penang diberi gelaran Food Heaven.

Mee Goreng untuk Dinner
Lepas makan kami berhasrat nak memanggil Grab untuk pulang ke hotel. Tapi bila tengok kat peta, rupa-rupanya Hotel Royale Chulan Penang cuma terletak beberapa blok dari situ. Tak jadi kami nak panggil Grab, jalan kaki sajalah balik ke hotel.

Berjalan kaki balik ke hotel
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Queen Victoria Diamond Jubilee Clocktower yang dibina untuk meraikan Jubli Intan pemerintahan Ratu Inggeris, Queen Victoria. 
Bangunan Hotel Royale Chulan juga sebenarnya sebiji macam senibina bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ini
Lorong pejalan kaki menuju ke Hotel Royale Chulan
Tiba di Royale Chulan Hotel
Selamat Malam, Pulau Pinang


Bersambung ke Bahagian 11...