Saturday, 31 December 2022

2022 BALKANS BHG. 31 (Macedonia Square 1)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 31: North Macedonia 2
SKOPJE (Macedonia Square 1)

HARI KETUJUH (1)

Part 86: Sarapan Pagi Di Austrian Palace Hotel

Sarapan pagi di Austrian Palace Hotel di Skopje bermula pada pukul 7 pagi. Sewaktu menunggu sarapan disediakan kami menikmati pemandangan dari tingkap kaca restoran di hotel ini.

Good morning, Skopje!
Bendera North Macedonia
Pagi ini jelas kelihatan ada banyak menara masjid di luar sana.
Bas kami tengah parking di bawah sana
Millenium Cross di atas bukit. TV Transmission Tower yang sedang dibina di sebelahnya nampak macam Pedang Ottoman pulak.
Suasana di restoran Austrian Palace Hotel
Menikmati pemandangan sambil menunggu sarapan pagi disediakan
Sarapan pagi sedang disediakan di sebalik curtain sana
Curtain dah dibuka menandakan sarapan dah pun sedia
Sarapan pagi kita...
Kenangan di Austrian Palace Hotel, Skopje
Lepas sarapan, Myself dan Husband kembali ke bilik untuk mengambil bagasi dan check-out dari hotel. Walau bagaimanapun kami akan terus berada di North Macedonia lagi sepanjang hari ini. Mengikut program yang diatur, kami akan melawat Macedonia Square di Skopje dan seterusnya melawat dan bermalam di sebuah bandar yang bernama Ohrid.
 
Husband berposing dalam lif hotel yang comel itu.
Lobi di Austrian Palace Hotel
Abang sempat menunjuk bakat main piano di lobi sementara menunggu ahli Group berkumpul
Pintu masuk ke Austrian Palace Hotel
Suasana di depan Austrian Palace Hotel
Enjoying the sunshine walaupun cuaca sedikit sejuk pada pagi ini : 10'C.
Disebabkan kita sampai kat hotel sewaktu gelap malam semalam, kita nikmati pula pemandangan dan suasana di sekitar Austrian Palace Hotel pada pagi ini. Cuaca pagi ini agak sejuk ~ 10'C. Dalam banyak-banyak negara Balkans yang kami kunjungi pada bulan Oktober 2022 ini, kesejukan sangat terasa di North Macedonia.
  
Pemandangan di depan Austrian Palace Hotel
Cantik juga bangunan hotel ini rupanya ~ ada iras-iras macam Istana Hofburg di Vienna, Austria dulu walaupun pada skala yang jauh lebih kecil
Bas parking di depan hotel
Bangunan di sebelah hotel
Pemandangan Millenium Cross di atas bukit dari depan hotel
Ada cable car naik ke atas sana kalau nak melawat ke Millenium Cross ini sebenarnya
Suasana di sebelah sini hotel pulak
Landskap kecil di depan hotel
Bendera North Macedonia yang ada iras-iras macam bendera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dulu.
Lobi Austrian Palace Hotel
Rehat-rehat sebentar kat lobi
Piano di lobi hotel

Part 87: Macedonia Square (1)

Destinasi kami pada pagi ini adalah Macedonia Square yang terletak di tengah-tengah bandar Skopje. Jalan di Skopje agak sibuk pagi ini, terutama dengan basikal. Kami diberitahu ini adalah kerana ada mogok pengangkutan awam hari ini dan penduduk Skopje terpaksa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk ke mana-mana.
   
Menuju ke Macedonia Square
Patung di tepi jambatan
Hahaha!!
Jalan raya di Skopje agak sibuk pada hari ini kerana ada mogok pengangkutan awam
Bangunan Parlimen North Macedonia

MACEDONIA GATE (PORTA MACEDONIA)

Mercu tanda utama di Macedonia Square adalah sebuah gerbang seperti Arc de Triomphe di Paris yang bernama Macedonia Gate. Ia dibina bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan North Macedonia yang ke-20 pada tahun 2014. Sejarah Macedonia turut diukir pada seluruh binaan Macedonia Gate ini.
  
Macedonia Gate
Berjalan menuju ke Macedonia Gate
Banyak kisah sejarah Macedonia yang diukir pada Macedonia Gate ini. Patung yang dibina di bahagian atas Macedonia Gate ini adalah pasangan adik-beradik: Thessalonike (kiri) dan Alexander the Great (kanan).
Thessalonike (kiri) dan Alexander the Great (kanan)
Di kiri kanan Macedonia Gate ada dibina patung 2 orang tokoh pejuang kemerdekaan North Macedonia: Hristo Tatarčev dan Pavel Shatev.

Hristo Tatarčev
Pavel Shatev
Di Macedonia Gate ini jugalah kami bertemu dengan Local Tour Guide kami yang bernama Svetanka. "Did you feel the earthquake last night?" tanya Svetanka kepada kami. Ada gempa bumi malam tadi?! Rupa-rupanya memang ada gempa bumi kecil pada skala 2.2 Richter pukul 11 malam tadi. Myself dan Husband dan kebanyakan ahli Group tidur mati keletihan, memang tak sedar langsung masa gempa bumi ini terjadi.

Local Tour Guide kami di Skopje, Svetanka
Sejarah Macedonia di zaman silam
Alexander the Great
Thessalonike
Husband bergambar di Macedonia Gate
Patung Hristo Tatarčev dari belakang
Selepas memberi penerangan tentang Skopje dan North Macedonia, Svetanka membawa kami berjalan menuju ke Macedonia Square berhampiran.

Berjalan ke Macedonia Square
Penunjuk arah
Insan kebanggaan Skopje dan North Macedonia ~ Mother Teresa
Macedonia Square adalah most sought address di Skopje. Maka tidak hairanlah kawasan ini dipenuhi dengan hotel-hotel dan kedai-kedai mewah.

Pemandangan di Macedonia Square
Banyak kedai dan hotel mewah diperhatikan di sini
Apartment kediaman mewah

MOTHER TERESA BIRTH HOUSE

Di Macedonia Square ini juga kami ditunjukkan bekas tapak rumah kelahiran Mother Teresa, seorang Christian Missionary yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan beliau di India dan seluruh dunia. Di sinilah beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1910. 

Tapak rumah kelahiran Mother Teresa
Mother Teresa
Pada mulanya Mother Teresa adalah seorang guru yang bertugas di St. Mary's High School di Calcutta, India. Berkhidmat di kawasan miskin di India, dia sangat tersentuh hati dengan penderitaan dan kemiskinan yang dilihat setiap hari di luar pagar sekolah. Dengan kebenaran dari pihak atasan, Mother Teresa meninggalkan Sekolah St. Mary dan mula melaksanakan kerja-kerja kebajikan membantu penduduk miskin dan terbiar di Calcutta. Kerja-kerja kebajikan Mother Teresa mula mendapat perhatian sehingga Gereja Katholik menubuhkan Missionaries of Charity di bawah naungan beliau. Kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh Mother Teresa membolehkan beliau mendapat pengiktirafan Nobel Peace Price pada tahun 1979.

Mendengar penerangan tentang Mother Teresa dari Svetanka
Rumah kelahiran Mother Teresa yang sebenar di tapak ini musnah dalam satu kejadian gempa bumi. Memandangkan Mother Teresa adalah insan kebanggaan negara, kerajaan North Macedonia telah membina sebuah tugu peringatan untuk beliau di sini. Mother Teresa meninggal dunia pada tahun 1997 pada usia 87 tahun dan dikebumikan di Calcutta, India. 

Mengambil gambar tugu bekas rumah kelahiran Mother Teresa di Macedonia Square

PATUNG-PATUNG DI MACEDONIA SQUARE

Ada banyak patung di Macedonia Square. Salah sebuah di antaranya adalah King Samuel yang merupakan Tsar of the First Bulgarian Empire yang memerintah dari tahun 997-1014 Masehi. Pada tahun 1014, King Samuel telah menghantar seramai 15,000 orang tentera untuk menentang Kerajaan Byzantine dalam peperangan yang dinamakan Battle of Kleidon.

King Samuel
Malangnya pertempuran ini telah dimenangi oleh pihak Byzantine. Menurut ceritanya, Maharaja Byzantine yang bernama Emperor Basil II telah mengarahkan setiap 99 orang dari tentera King Samuel yang ditawan dibutakan mata mereka. Tentera yang ke-100 pula hanya dibutakan separa mata supaya dapat membimbing 99 orang rakannya pulang ke kampung halaman. King Samuel dikatakan mati 2 bulan kemudian berpunca dari serangan sakit jantung bila melihat kesemua 15,000 orang tenteranya pulang dalam keadaan buta.

King Samuel mati sakit jantung bila melihat tenteranya pulang dalam keadaan buta
Kebanyakan patung-patung lain pula adalah wira-wira tempatan yang tidak kita kenali.

Nexhat Agolli
Dimitar Popgeorgiev Berovski
Metodija Cento
Dame Gruev
Goce Delčev
Dan pastinya patung yang menjadi mercu tanda di Macedonia Square ini adalah milik seorang Raja Macedonia yang sangat terkenal ~ Alexander the Great.

Patung Alexander the Great


Bersambung ke Bahagian 32...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: