Tuesday, 1 November 2022

2022 BALKANS BHG. 01 (KL-Doha-Zagreb)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, North Macedonia, Kosovo, Greece & Turkiye (3rd Visit)

Bahagian 1: Departure
KL - DOHA - ZAGREB

Part 1: Balkans Tour 2022

Husband sepatutnya mengikut bersama  sewaktu Myself membuat Business Trip ke Turkiye pada bulan Jun dulu. Macam-macam kami dah plan masa itu... termasuklah konon-kononnya nak bercuti ke Greece selepas Business Trip selesai. Mungkin ditakdirkan begitu, perjalanan Business Trip Myself ke Turkey cuma dapat confirm pada last-last minute. Tiket flight pun hanya dapat confirm seminggu sebelum perjalanan. Masa itu harga tiket ke Turkiye dah menjadi tersangat mahal. Kos tiket saja macam dah boleh membiayai satu full board tour seminggu ke Turkiye. Jadi kami sepakat nak channel saja budget yang dah sedia itu kepada satu trip lain yang boleh kami pergi bersama.

Bila riki-riki, bertemulah kami dengan sebuah pakej percutian Group Tour anjuran Muslimtravelbug ke Balkan. Yang menarik dalam pakej ini ialah perjalanannya meliputi 8 buah negara termasuk Greece dan Turkiye. Memanglah perjalanan ke Greece cuma di bahagian utara sahaja dan tak sampai ke Athens yang merupakan destinasi asal impian kami, tetapi dapat jugalah kami menjejak ke Greece seperti yang dirancangkan dulu. Perjalanannya juga berakhir di Istanbul di Turkiye. Dapat jugalah Husband nanti menjejak ke Turkiye seperti perancangan asal. Itulah yang mendorong kami mendaftar untuk mengikut pakej ini. Macam biasa, persinggahan dalam pakej lawatan seperti ini sekejap sahaja tapi cukuplah bagi kami sekadar nak melihat negara orang.

Balkans Tour 2022
Bila dicerita tentang cadangan kami nak melancong mengikut Group Tour ke Balkans, Abang dan Kakak Ipar yang bersama travel ke New Zealand dulu pun berminat nak pergi. Bukan setakat itu, seorang rakan ofis yang bersama mengembara ke Cebu di Philippines dulu, Kanesh pun nak ikut. Maka meriahlah kumpulan kecil kami dalam Group Tour ke Balkans ini.

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Dari KL Terbang Ke Doha
  
Pengembaraan kami ke Bumi Balkans bermula dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar pada pukul 2.45 pagi. Semua ahli rombongan diminta berkumpul pada pukul 10 malam. Oleh yang demikian, seawal pukul 5.30 petang, Myself dan Husband bertolak ke KLIA menggunakan Grab. Khidmat Grab Premier terpaksa digunakan disebabkan beg-beg kami yang bersaiz besar. Maklumlah, nak travel di oversea selama 10 hari, manalah cukup kalau nak bawak beg bersaiz kecik.

Naik Grab ke KLIA
Perjalanan ke KLIA
Tiba di KLIA
Kuala Lumpur International Airport
Pemandangan senja di KLIA
Sampai di KLIA, perkara pertama yang kami buat adalah mencari dinner di Food Garden KLIA. Empat bulan lepas sewaktu Myself travel ke Turkey, Food Garden ini masih sepi kerana tak banyak gerai yang dibuka penangan dari PKP. Seronok tengok Food Garden ini kini dah semakin meriah.

Food Garden KLIA
Suasana Food Garden yang dah kembali meriah
Jemput makan...
Hidangan dinner kami
Solat dulu selepas makan
Kumpulan kecil kami dalam perjalanan ke Balkans
Tepat pukul 10 malam semua ahli rombongan kami yang terdiri dari 20 orang berkumpul di tempat yang ditetapkan. Tour Leader kami yang bernama Encik Yazid telah sedia menunggu.

Perjalanan kami ke Balkans bermula di Zagreb, Croatia. Tiket penerbangan kami ke Zagreb adalah sebenarnya menggunakan Qatar Airways tetapi disebabkan penerbangan ini dari Kuala Lumpur ke Doha adalah Code Share di antara Qatar Airways dengan Malaysia Airlines, ia dioperasi oleh Malaysia Airlines. Maka kami check-in di kaunter Malaysia Airlines.

Check-in di kaunter Malaysia Airlines
Posing di kaunter check-in
Selepas check-in, ada taklimat ringkas diberi oleh Tour Leader tentang proses dan program perjalanan kami yang seterusnya.

Taklimat dari Tour Leader, En Yazid
Ahli-ahli Group
Berjalan menuju ke Pemeriksaan Passport
Selepas pemeriksaan passport, kita naik Aerotrain pulak ke Bangunan Satelite KLIA. Seronok tengok Aerotrain dah berfungsi semula. Maklumlah, masa kita balik dari Turkey hari itu, perkhidmatan Aerotrain diberhentikan bagi tujuan maintenance.

Menunggu Aerotrain ke Pintu Perlepasan
Abang dan Kakak Ipar dalam Aerotrain
Pennghujung perjalanan dengan Aerotrain di Bangunan Satelite KLIA
Perhentian Aerotrain di Bangunan Satelite
Duta KLIA yang sentiasa bersedia untuk membantu
Memang lapar dan mengantuk menunggu flight yang berlepas di sangat awal pagi hari begini. Selepas belajar tentang kewujudan Plaza Premium Lounge di airport Penang baru-baru ini, kami bercadang nak menunggu di Lounge juga pada malam ini. Tengok kat internet charge yang dikenakan adalah RM160 seorang untuk 2 jam, tapi bila pergi rupa-rupanya charge yang dikenakan adalah RM190 untuk 2 jam. Kata staff yang bertugas, charge RM160 itu adalah booking melalui internet. Disebabkan chargenya mahal begitu, kami tak jadi menunggu di Lounge.

Plaza Premium Lounge di International Departure KLIA
Dah tak jadi menunggu di Lounge, kami lepak-lepak menunggu di Starbucks Coffee saja. Anggap sajalah Starbucks Coffee ini macam Plaza Premium Lounge itu. Ramai juga penumpang pesawat yang melepak di sini sebab tak seperti Main Terminal yang dah kembali hidup selepas PKP, Bangunan Satelite KLIA ini masih belum berapa nak bernyawa. Starbucks Coffee adalah salah sebuah daripada 3 outlet yang beroperasi di Bangunan Satelite KLIA buat masa sekarang. Teringat kat kawan kita Siti yang terpaksa makan Maggi sewaktu nak menunggu flight berlepas ke Turkey hari itu.

Starbucks Coffee
Iced Shaken Lemon Tea dan Chic-O-Cheese yang dikongsi berdua dengan Husband
Dekat-dekat waktu berlepas, barulah kami bergerak menuju ke Boarding Gate. Ramai juga orang nak naik flight ini bersama kami ke Doha. Maklumlah, seperti Dubai dan Abu Dhabi, Doha juga adalah destinasi transit yang popular di kalangan pengembara dari Malaysia untuk ke serata dunia.

Pintu Perlepasan kami ~ C34
Borading Pass dari KL --> Doha --> Zagreb
Penumpang yang sedang menunggu nak berlepas ke Qatar
Maklumat penerbangan kami ~ Malaysia Airlines MH 164 yang code share bersama Qatar Airways QR 4992 dari Kuala Lumpur ke Doha
Malaysia Airlines yang sudah bersedia untuk berlepas ke Doha
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Suasana di dalam pesawat
Malaysia Airlines MH 164 berlepas dari KLIA pada pukul 2.45 pagi mengikut jadual. Pesawat yang digunakan adalah Airbus 330 yang full house pada malam itu. Penerbangan dari KL ke Doha dijangka memakan masa 7 jam 28 minit.

Berlepas dari KLIA
Tiba di Sumatera
Sajian penerbangan pertama. Tak berdaya nak menghabiskannya sebab masih kenyang makan kat Starbucks di KLIA.
Merentas Lautan Hindi
Lampu dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa.
Penerbangan kami cukup smooth pada mulanya. Hanya bila sampai di India, barulah pesawat mula bergoncang-goncang terkena turbulence. Tapi satu yang Myself perhatikan pilot MAS ini cukup hebat mengawal pesawat. Walau terkena turbulence, pesawat tidaklah bergoncang teruk. Kita masih boleh melelapkan mata, macam bayi yang tidur dalam buaian sewaktu melalui turbulence ini.

Pesawat mula bergegar terkena turbulence sewaktu di sini
Merentas bumi India
Penerbangan kembali tenang sewaktu kami tiba di Laut Arab. Sajian penerbangan kedua juga dihidangkan kepada penumpang sewaktu kami berada di sini. Ada pilihan Nasi Lemak dan Omelette. Of course Myself pilih makan Omelette sebab nak pergi ke negeri Orang Putih kat Balkans.
 
Merentas Laut Arab
Hidangan Omelette
Sajian penerbangan sedang dihidang kepada penumpang
Tiba di Semenanjung Arab
Sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan kalau naik flight ke Doha dari Malaysia pada awal pagi begini adalah kena Solat Subuh dalam flight. Pesawat kami dijangka tiba di Doha pada pukul 5.30 pagi. Tak seperti di Malaysia yang waktu Subuh belum masuk lagi pada pukul 5.30 pagi, waktu yang sama di Qatar dah pun Syuruk. Jadi sebaik nampak fajar menyinsing sewaktu terbang di bumi Oman, kita solat sajalah secara hormat waktu di tempat duduk.

Fajar menyinsing di bumi Oman
Tiba di Doha
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat

Part 3: Dari Doha Terbang Ke Zagreb

Tiba di Hamad International Airport di Doha, kami terus menuju ke Transfer. Walaupun transit selama 3 jam di sini, terkejar-kejar juga kami nak pergi ke Transfer kerana Hamad International Airport ini sangat besar.

Berkumpul dulu sebaik keluar dari pesawat
Berjalan menuju ke Transfer di Hamad International Airport
Disebabkan kami naik pesawat code share menggunakan Group Ticket, ada pulak checking yang nak dibuat oleh staff Qatar Airways sebelum melalui Security Check di Transfer area ini.

Passenger Check oleh staff Qatar Airways
Selepas melalui Security Check di Transfer Area ini, barulah kita berjalan menuju ke Boarding Gate. Qatar akan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak World Cup 2022 pada bulan depan (November 2022). Tapi tak nampak pun apa-apa perhiasan sempena pertandingan tersebut di Hamad International Airport ini. Apa-apa hal pun, kita kena time check dulu sebab waktu di Doha adalah 4 jam lebih lewat berbanding Kuala Lumpur. Tersilap baca jam boleh menyebabkan kita tertinggal kapalterbang ke Zagreb.

Selepas itu, kena pulak naik tren ke Gate Perlepasan. Panik sekejap kat sini sebab Abang dan Kakak Ipar terpisah dari Group dan terlepas tren. Maklumlah, ini kali pertama mereka sampai di airport Doha, so asyik berhenti nak bergambar sampai tertinggal keretapi (literally betul-betul tertinggal keretapi). Syukurlah mereka masih boleh catch up dengan next train.

Tren ke Gate Perlepasan
Menunggu Abang dan Kakak Ipar tiba dengan next train
Tren ke Boarding Gate di Hamad International Airport
Pesawat kami ke Zagreb berlepas dari Gate C36. Ramai juga penumpang yang nak ke Zagreb bersama kami. 

Menunggu flight ke Zagreb
Sekali lagi kita panik bila kena flag sewaktu nak berlepas ke Zagreb. Berbunyi checking machine itu bila Boarding Pass Myself dimasukkan ke dalamnya. Rupa-rupanya seat ke Zagreb yang didaftar sewaktu di KLIA tadi dah ditukar oleh Qatar Airways. Ingatkan sebab apa! Disebabkan flight ke Zagreb ini agak kecil dan tempat cabin baggagenya limited, Myself juga diminta meninggalkan cabin baggage di sini kerana beg ini akan dimasukkan sebagai checked baggage. Walaupun suspen nak meninggalkan cabin baggage di situ, ikut sajalah arahan yang diberi. Melenggang kangkung kita naik flight ke Zagreb selepas cabin baggage ditinggalkan di situ.

Boarding Gate ke Zagreb
Maklumat penerbangan
Kat sinilah Myself kena flag dan diminta untuk meninggalkan cabin baggage
Pesawat ke Zagreb parking di tengah airport. Jadi penumpang dibawa ke pesawat dengan bas. Tidak seperti Malaysia Airlines di mana pemakaian face mask adalah optional, pemakaian face mask diwajibkan dalam pesawat Qatar Airways. Semua penumpang yang tidak mempunyai face mask diberi face mask percuma di Boarding Gate oleh Qatar Airways.

Naik bas ke pesawat
Tiba di pesawat
Qatar Airways yang membawa kami dari Doha ke Zagreb
Naik tangga pesawat
Penerbangan kami Qatar Airways QR 217 berlepas dari Doha menuju ke Zagreb pada pukul 8.30 pagi. Penerbangan dengan pesawat Airbus 320 ini dijangka memakan masa 5 jam 28 minit. Jauh juga rupanya Zagreb ini dari Qatar!

Hamad International Airport di Doha, Qatar
Pemandangan dari pesawat
Bangunan alien yang diperhatikan dari pesawat sewaktu menunggu giliran untuk berlepas
Berlepas dari Doha menuju ke Zagreb
Pemandangan di dalam pesawat
Peta penerbangan
Tiba di Laut Hitam
Penerbangan dari Doha ke Zagreb agak smooth. Sikit-sikit saja turbulence yang dialami. Sebaik masuk dalam flight, kita adjust waktu pada jam tangan sekali lagi sebab waktu di Zagreb adalah 1 jam lebih lewat berbanding Doha (5 jam lewat berbanding Malaysia).

Dapat seat kat kepak pesawat
Tiba di Bulgaria
Sajian penerbangan
Terbang di atas awan
Pemandangan di dalam pesawat
Frost yang terbentuk pada tingkap kapal terbang
Terbang di atas Serbia
Peramugara Qatar Airways
Hampir tiba ke Zagreb
Hujan!
Membuat pendaratan di Zagreb
Franjo Trudman Airport di Zagreb, Croatia
Selamat mendarat di Zagreb, Croatia

Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: