Thursday, 1 December 2022

2022 BALKANS BHG. 16 (Dubrovnik Old City 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Dubrovnik)

Bahagian 16: Croatia 5
DUBROVNIK (Dubrovnik Old City 2)

HARI KEEMPAT (4)

Part 47: Dubrovnik Old City (2)

RECTOR'S PALACE

Kita teruskan lagi lawatan kita di Dubrovnik Old Town...

Peta Dubrovnik Old Town
Dari St. Blaise Church, kami berjalan ke Rector's Palace.

Mengikut Janna menuju ke Rector's Palace yang terletak berhampiran Dubrovnik Cathedral di depan sana.
Bangunan Rector's Palace
Rector's Palace adalah bangunan yang terletak di sebelah kiri
Sebelum tiba di Rector's Palace, kami bertemu dengan Marin Držić Statue yang dibina dari gangsa. Marin adalah seorang pengarah seni yang terkenal dan sering digelar sebagai Shakespeare of Dubrovnik. Hidung patung Marin cukup berkilat sebab ada kepercayaan yang mengatakan sesiapa yang menggosok hidung ini akan mendapat tuah dan kembali semula ke Dubrovnik nanti.

Patung Marin Držić
Maklumat tentang Marin Držić
Hidung Marin Držić tampak berkilat disebabkan kepercayaan sesiapa yang mengusap hidung ini akan mendapat tuah.
Pandangan lebih dekat hidung Marin Držić yang berkilat
Janna bercerita kepada kami tentang patung Marin Držić
Pemandangan Clock Tower di belakang sana
Rector (macam Presiden) adalah gelaran yang diberi kepada pemerintah Dubrovnik yang pada masa dahulu dikenali sebagai Republic of Ragusa. Rector's Palace pula adalah Seat of the Rector of the Republic of Ragusa bermula dari kurun ke-14M sehingga 1808. Selain berfungsi sebagai pejabat Rector, ia juga berfungsi sebagai tempat simpanan senjata, menara pemerhatian dan penjara. Penjara bawah tanahnya (dungeons) boleh dilawati tetapi kami tak pergi ke sana.

Rector dilantik untuk memegang jawatan tersebut selama sebulan. Orang yang dilantik sebagai Rector perlu tinggal di Rector's Palace dan hanya boleh meninggalkannya atas urusan rasmi. Rector tinggal di sini bersendirian dan tak boleh membawa keluarganya bersama. Berkurun-kurun lamanya, antara tugasan utama Rector adalah memastikan pintu kota dikunci setiap malam dan kunci akan diserahkan kepadanya untuk disimpan. Kunci ini juga perlu diserahkan kembali kepada pengawal pintu untuk dibuka di sebelah pagi.

Pemandangan Rector's Palace dari hadapan
Tingkap Rector's Palace
Dalam Game of Thrones, Rector's Palace digunakan sebagai Spice King’s Mansion di City of Qarth.
Columns and arches
Ukiran pada tiang Rector's Palace
Satu lagi ukiran pada Rector's Palace
Pintu masuk ke Rector's Palace tetapi kami tak masuk ke dalam
Patung St. Blaise di pintu masuk ke Rector's Palace
Lukisan di atas pintu Rector's Palace
Bangunan berhampiran Rector's Palace
Mendengar penerangan dari Janna

DUBROVNIK CATHEDRAL 
(CATHEDRAL OF THE ASSUMPTION OF VIRGIN MARY)

Ada sebuah lagenda yang mengatakan kapal yang dinaiki oleh King of England, Richard the Lionheart karam di Lokrum Island berhampiran Dubrovnik sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari Perang Salib (Crusades) pada tahun 1192. Sebagai tanda terima kasih kepada penduduk Lokrum yang telah menyelamatkannya, Richard berhasrat untuk membina gereja di tapak yang sama di mana dia telah diselamatkan. Walau bagaimanapun, pemerintah Dubrovnik telah meminta supaya gereja ini dibangunkan di kota Dubrovnik. Dubrovnik Cathedral telah dibina pada kurun ke-13M tetapi hampir musnah dalam gempa bumi yang melanda pada tahun 1667. Bangunan gereja seterusnya telah melalui beberapa siri pembaikan, pemuliharaan dan pembinaan semula beberapa abad selepas itu sehingga sekarang.

Dubrovnik Cathedral
Nama rasmi Dubrovnik Cathedral adalah Cathedral of the Assumption of Virgin Mary.
Menara Dubrovnik Cathedral

GUNDULIC SQUARE

Gundulić Square adalah sebuah pasar segar yang terletak di belakang Dubrovnik Cathedral. Ia kini turut dipenuhi dengan kedai dan restoran.

Berjalan menuju ke Gundulić Square di belakang Dubrovnik Cathedral
Gundulić Square
Restoran di Gundulić Square
Bangunan berhampiran Gundulić Square
Pasar ini sebenarnya dinamakan sempena patung Ivan Gundulić yang didirikan di tengah-tengah pasar. Dia adalah seorang penyair terkenal di Dubrovnik pada kurun ke-18 dahulu.

Patung Ivan Gundulić di tengah-tengah Gundulić Square
Pandangan lebih dekat Patung Ivan Gundulić
 Ivan Gundulić ~ penyair terkenal dari Dubrovnik pada abad ke-18
Ukiran yang menggambarkan kisah dari sebuah syair karya Ivan Gundulić di kaki patung.

MASJID DUBROVNIK

Ada sebuah masjid yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota lama Dubrovnik ini. Disebabkan kami belum bersolat jamak Zohor dan Asar ketika itu, Janna membawa kami ke sana.

Bendera Croatia
Lorong menuju ke Masjid Dubrovnik
Susah nak cerita di mana sebenarnya lokasi masjid ini di dalam kota Dubrovnik kerana lorong-lorongnya tak bernama. Kalau tak dipandu oleh seorang yang mahir dengan selok-belok kota seperti Janna, Myself rasa susah juga nak mencari masjid ini.

Janna menunjukkan lorong menuju ke masjid
Masjid Dubrovnik terletak di dalam bangunan di sebelah kanan ini.
Sebelum masuk ke masjid, Janna berpesan kepada kami supaya berhati-hati ketika mengambil wuduk. Ini adalah kerana sistem perpaipan di masjid ini adalah sistem lama dan cukup mudah tersumbat. Basah pulak karpet di dalam masjid nanti. "The Imam will kill me if it happens," kata Janna berseloroh dengan kami.

Pintu masuk ke masjid
Translation tulisan pada masjid ini bermaksud Masjid of the Islamic Community Dubrovnik
Kalau Janna tak membawa kami, mungkin kami juga teragak-agak nak masuk ke dalam masjid. Bukan apa ~ sebab tangga naik ke masjid ini memang macam tangga naik ke rumah orang. Sekali pandang memang tak yakin yang kita kena naik tangga ini sampai ke atas untuk mendapatkan masjid.

Tangga naik menuju ke masjid
Lepas itu kena lalu sebuah lorong pulak
Ruang menunggu di depan masjid
Tempat letak kasut
Tempat wuduk
Ruang solat utama
Mimbar
Ruang di belakang sana adalah sebenarnya sebuah ruang pengajian agama yang lengkap dengan kerusi dan meja. Kami yang perempuan bersolat di sana.
Husband bergambar kenangan dengan Imam Masjid Dubrovnik
Turun kembali ke bawah selepas selesai solat
Berjalan kembali ke Gundulić Square

CABLE CAR

Kami diberikan free time yang panjang selepas selesai solat. Pada mulanya Myself, Husband, Abang dan Kakak Ipar bercadang nak naik cable car ke Mount Srd di belakang kota untuk menikmati pemandangan indah dari sana.

Mount Srd di belakang kota Dubrovnik
Cable Car ke Mount Srd
Macam best je naik cable car ini
Kemuncak Mount Srd
Walau bagaimanapun bila mendapati kami perlu memanjat tembok kota untuk sampai ke stesen cable car, kami membatalkan hasrat tersebut. Tembok kota ini sangat tinggi. Tengok tangga naik saja pun dah lelah, kalau panjat naik tangga betul-betul lagilah lelah. 

Ketika ini kami sedang mencari jalan nak pergi ke stesen cable car.
Bangunan di belakang Dubrovnik Cathedral
Kami diberitanu kena lalu lorong ini untuk sampai ke stesen cable car
Stesen cable car terletak di atas tangga di depan sana
Berpatah balik untuk menuju ke Pelabuhan Dubrovnik
Bagi menggantikan cadangan naik cable car ini, kami bercadang untuk mengambil boat cruise sahaja dari Pelabuhan Dubrovnik. Maka ke sanalah arah tujuan kami.

Kembali ke main street yang dinamakan Stradun
Berjalan ke arah Clock Tower kerana Pelabuhan Dubrovnik terletak di belakangnya.
Pemandangan di sebalik Clock Tower
Menuju ke pelabuhan


Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: