Monday 30 April 2018

2018 PENANG BHG. 12 (Penang - KL)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 12: PULANG KE KUALA LUMPUR

HARI KEEMPAT

Part 35: Jambatan Pulau Pinang

Pada Hari Keempat di Pulau Pinang, kami bangun awal pagi. Kami telah menempah kenderaan untuk membawa kami ke Stesen Keretapi Butterworth pada pukul 7 pagi dan seawal jam 6.30 pagi, kami telah turun bersarapan untuk kali terakhir di Hotel The Gurney.

Suasana awal pagi di restoran Hotel The Gurney, Pulau Pinang
Sarapan Pagi
Menunggu kenderaan tiba untuk membawa kami ke Butterworth
Tiket ETS untuk kembali ke Kuala Lumpur yang dibeli secara online.
Tepat pukul 7 pagi, kenderaan yang akan membawa kami ke Stesen Keretapi Butterworth tiba. Terus saja kami memulakan perjalanan ke Butterworth tanpa bertangguh. Maklum sajalah, hari kami pulang ke Kuala Lumpur adalah Hari Selasa yang merupakan hari bekerja. Bimbang juga kalau terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan tak sempat mengejar keretapi yang dijangka bertolak pada pukul 8.41 pagi.

Kenderaan yang membawa kami ke Stesen Keretapi Butterworth
Pemandangan awal pagi di Butterworth
Bangunan bersejarah di Pulau Pinang
Kesesakan di awal pagi telah bermula
Tokong Cina
Perjalanan dari George Town ke Butterworth adalah melalui Jambatan Pulau Pinang. Pada masa sekarang telah ada 2 buah jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar. Jambatan yang kami lalui ini ialah jambatan pertama sepanjang 13.5 km yang dibuka pada tahun 1985. Jambatan kedua yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang 24 km pula telah dibuka pada tahun 2014.

Perjalanan menuju ke Jambatan Pulau Pinang
Ada dua buah jambatan kini yang telah dibina untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar.
Jambatan Pulau Pinang
Pulau Jerejak yang pernah menempatkan sebuah penjara pada masa dulu
Pertengahan Jambatan Pulau Pinang
Banyak kenderaan diperhatikan menggunakan jambatan ini di awal pagi begini untuk menuju ke Pulau Pinang
Kabel jambatan
Menuju ke Butterworth
Pemandangan Dermaga Dalam di Butterworth dari atas jambatan
Pemandangan mentari terbit di sebelah Seberang Perai
Plaza Tol di Butterworth. Seperti tambang feri, tol menggunakan Jambatan Pulau Pinang juga dikenakan sehala sahaja dari Butterwoth menuju ke George Town.
Kesesakan di sebelah jambatan yang menuju ke George Town
Tiba di Butterworth
Butterworth

Part 36: Stesen Keretapi Butterworth

Perjalanan dari Hotel The Gurney menuju ke Stesen Keretapi Butterworth memakan masa kira-kira sejam.

Jalan Chain Ferry, Butterworth
Bangunan Penang Sentral yang akan menjadi Terminal Pengangkutan Bersepadu di Butterworth apabila siap kelak.
Arah menuju ke Stesen Keretapi Butterworth
Tiba di Stesen Keretapi Butterworth
Tempat Letak Kereta di Stesen Keretapi Butterworth
Tempat Menurunkan Penumpang di Stesen Keretapi Butterworth
Pintu masuk ke Stesen Keretapi Butterworth. Kawasan untuk penumpang terletak di tingkat atas.
Pemandangan menghala ke Terminal Bas Butterworth.
Landasan keretapi
Pemandangan Bandaraya George Town dari Stesen Keretapi Butterworth
Kami di sini.
Rangkaian Perkhidmatan Keretapi Antara Bandar di seluruh Semenanjung Malaysia.
Ada ramai penumpang di Stesen Keretapi Butterworth pada pagi itu. Ini adalah kerana selain dari keretapi kami yang menuju ke Kuala Lumpur, ada sebuah keretapi lain yang menuju ke Padang Besar di Perlis yang berlepas pada masa yang lebih kurang sama.

Padang Besar adalah stesen keretapi yang paling ke utara di Malaysia. Ia terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Kami ada juga menyimpan cita-cita nak cuba naik overnight train dari Kuala Lumpur ke Bangkok. Tengoklah kalau cita-cita ini boleh kesampaian pada satu hari nanti. Bila Projek High Speed Rail (HSR) yang sedang dalam perancangan siap nanti, bolehlah kita cuba pula naik keretapi laju ini dari Kuala Lumpur ke Singapore.

Ruang Menunggu Terbuka di Stesen Keretapi Butterworth
Ada dua ruang menunggu disediakan untuk penumpang di Stesen Keretapi Butterworth: Ruang Terbuka dan Ruang Berhawa Dingin. Mestilah kita pilih menunggu di ruang yang berhawa dingin. Kedua-dua ruang ini terbuka untuk sesiapa saja. Pilih sajalah nak menunggu di mana mengikut selera.

Pintu masuk ke Ruang Menunggu Berhawa Dingin. Ini pemandangan dari dalam ruang yang ada air-cond tu.
Pemandangan di dalam Ruang Menunggu Berhawa Dingin
Tren kami ETS 9421 menuju ke Gemas dijadualkan berlepas pada pukul 8.56 pagi, lewat 15 minit dari jadual.
Pemandangan menghala ke Dermaga Dalam dari Stesen Keretapi Butterworth
Ada kapal besar sedang berlabuh di sana
Pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari Stesen Keretapi Butterworth.
Petugas KTM menarik tirai bila panas mentari pagi semakin terik

Part 37: ETS Gold (Butterworth-Kuala Lumpur)

Tidak seperti waktu datang ke Pulau Pinang dulu di mana kami menaiki ETS Platinum, perjalanan pulang ini pula adalah menggunakan ETS Gold. ETS Gold ini membuat perhentian di Stesen Butterworth dan KL Sentral dalam perjalanan dari Padang Besar ke Gemas.

Beratur menuju ke platform
Sebaik ETS ini tiba di Butterworth dari stesen yang sebelumnya, semua penumpang dipanggil turun ke platform.

Berjalan mendapatkan keretapi
ETS Gold dari Padang Besar ke Gemas
Pemandangan dalam ETS Gold
Disebabkan Butterworth adalah stesen persinggahan di tengah perjalanan, dah ramai penumpang berada dalam tren ketika kami naik. Kami juga mendapat tempat duduk yang agak kurang best dalam perjalanan balik ini. Tempat duduk kami terletak di hujung yang berdekatan dengan tempat simpanan bagasi besar. Seat ini juga tak ada tingkap di sebelahnya. Jadi tak dapatlah nak menikmati pemandangan menarik di luar sana dalam perjalanan ini.

Tempat duduk kami dalam perjalanan pulang. Dapat seat tepi tempat simpanan bagasi dan tak ada tingkap di sebelahnya.
Walaupun seat kami tak ada tingkap, ia tetap selesa. Disebabkan kami juga dah penat berjalan-jalan di Penang selama 3 hari sebelumnya, memanglah kami tertidur hampir sepanjang perjalanan. Air-cond dalam ETS Gold ini juga selesa, taklah sejuk melampau seperti dalam ETS Platinum hari itu.

Ada ramai penumpang membawa bagasi besar dalam tren ini.
Sesuatu yang kami perhatikan ialah ada ramai penumpang membawa bagasi besar dalam tren ini, macam nak berpergian lama. Mesti mereka ini nak melancong ke oversea. Ini adalah satu trend baru orang Malaysia yang kami perhatikan. Kalau dulu orang yang datang dari luar KL jika nak melancong ke oversea, mereka mesti menginap semalam di Kuala Lumpur sebelum naik flight. Tapi bila perkhidmatan tren kita dah semakin efisien, mereka dah boleh terus ke KLIA dengan menaiki tren dari hometown masing-masing yang mungkin jaraknya beratus kilometer dari KL itu tanpa perlu bermalam di situ. 

Apa yang perlu dibuat hanyalah naik tren sampai KL Sentral dan dari situ mereka boleh memilih sambung naik tren Express Rail Link (ERL) ataupun naik bas shuttle ke KLIA ataupun KLIA2. Masa kami melancong ke Eastern Europe pada hujung tahun lepas pun, ada seorang peserta yang berbuat begitu. Disebabkan flight kami yang transit ke Istanbul berlepas di sebelah malam, Kakak tersebut hanya bertolak dari kediamannya di Sg Petani di Kedah di sebelah pagi dan tiba di KLIA di sebelah petang dengan hanya menggunakan tren.

ETS Gold membuat lebih banyak persinggahan berbanding ETS Platinum yang kami naiki dulu.
Ketika ini kelajuan tren adalah 116 km/jam.
Tidur dengan selesa dalam tren
ETS Gold juga tidak mempunyai perkhidmatan Sajian Rel seperti di dalam ETS Platinum. Kalau rasa lapar, beli sajalah makanan yang dijual di kantin yang disediakan di dalam tren.

Snacking di dalam tren
Hampir tiba di KL Sentral
Perjalanan dari Butterworth ke Stesen KL Sentral dengan ETS Gold memakan masa 4 jam 30 minit. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KL Sentral pada pukul 1.30 tengahari. Tak sangka seronok rupanya bercuti macam Orang Putih ke Penang ni.

Tiba kembali ke KL Sentral