Sunday, 25 December 2022

2022 BALKANS BHG. 28 (Prizren 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(KOSOVO: Prizren & Pristina)

Bahagian 28: Kosovo 2
PRIZREN (Horse Ride)

HARI KEENAM (2)

Part 77: Naik Kereta Kuda Keliling Prizren
 
Tiba di Shadervan, kami terpandang sebuah kereta kuda yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Prizren. Bila ditanya kepada Pakcik Kereta Kuda, sewanya cuma Euro 5 seorang untuk perjalanan mengelilingi Prizren selama setengah jam. Disebabkan harganya mampu milik, Myself dan Husband pun naiklah kereta kuda ini.
  
Kereta kuda untuk disewa di Shadervan
Posing atas kereta kuda
Semangat Albania sangat kuat di Kosovo termasuklah pada Pakcik ini yang meletakkan bendera Albania pada kereta kudanya.
Selain kami berdua, ada juga celebrity lain yang pernah naik kereta kuda ini termasuklah Prince Charles (kini King Charles III) dari United Kingdom.
Jalan-jalan naik kereta kuda
Prizren Old City
Pakcik Kereta Kuda membawa kami melawat ke bahagian Prizren yang terletak di seberang sana Sungai Lumbardh. 

Menuju ke Prizren yang terletak di seberang sana Sungai Lumbardh
Husband berposing dengan Masjid Sinan Pasha di belakang
Keretapi pelancong di Prizren
Pemandangan di seberang sana Sungai Lumbardh
Menara lama
Gazi Mehmed Paşa Hamam (Turkish Bath). Menara di belakangnya adalah Emin Pasha Mosque.
Suasana di seberang Sungai Lumbardh
Sebuah jambatan menyeberang Sungai Lumbardh yang diperhatikan dari kereta kuda
Masjid yang terletak di atas bukit sana adalah Xhamia e Kalasë
Pemandangan lebih dekat Xhamia e Kalasë
Jalan-jalan dengan kereta kuda
Bendera Albania
Masjid di seberang sana adalah Maksut Pasha Mosque
Pemandangan di kawasan perumahan di Prizren
Menyusuri Sungai Lumbardh
Hasan Market
Pokok yang dikatakan dah berusia 1,000 tahun
Restaurant Marashi
Pemandangan lebih dekat Restaurant Marashi
Masih menyusuri Sungai Lumbardh
Prizren Fortress (Kalaja ~ disebut: Kalaya)
Taman Hiburan di tepi Sungai Lumbardh
Prizren
Kedai menjual daging
Kami berhenti sekejap untuk bergambar dekat bangunan Albanian League of Prizren yang bersejarah. Pertubuhan ini diasaskan oleh sekumpulan intelektual Albanian untuk penyatuan bangsa Albania di bawah satu negara pada tahun 1978. Bangunan ini musnah dalam serangan Serbia pada tahun 1999 tetapi telah dibina semula.

Albanian League of Prizren
Penubuhan Albanian League of Prizren sangat penting kepada rakyat Kosovo yang majoriti mereka berketurunan Albania.
Pintu masuk ke Muzium Etnografi yang terletak di sebelah bangunan Albanian League of Prizren
Patung pemimpin-pemimpin yang telah mengasaskan Albanian League of Prizren
Bergambar di depan bangunan Albanian League of Prizren. Masjid di belakang bangunan ini adalah Gazi Mehmet Pasha (Bajrakli Mosque).
Pemandangan Gazi Mehmet Pasha (Bajrakli Mosque).
Prizren adalah kota yang penuh dengan masjid. Masjid yang kelihatan di belakang bangunan Albanian League of Prizren ini ialah Gazi Mehmet Pasha Mosque yang juga dikenali sebagai Bajrakli Mosque. Bajrak bermaksud bendera dalam Bahasa Turki. Ia merujuk kepada satu adat lama di mana bendera dikibarkan di menara masjid sebagai petunjuk untuk masjid-masjid lain memulakan solat jemaah.

Naik jambatan ini untuk menyeberang Sungai Lumbardh
Bangunan di seberang sana adalah sebuah madrasah yang dibina pada zaman Ottoman.
Lalu di kaki bukit berdekatan Prizren Fortress
Suasana di kaki bukit
Menghala kembali ke Prizren Old City
Romantic view di tebing Sungai Lumbardh
Tangga turun ke tebing Sungai Lumbardh
Sinan Pasha Mosque
Prizren adalah kota yang kecil dan Pakcik Kereta Kuda seolah-olah dikenali oleh semua penduduk Prizren. Sepanjang perjalanan memang ramai yang bertegur-sapa dengan beliau.

Laluan menuju ke Prizren Old City
Berkereta kuda di kota Prizren
Lalu di tepi Sinan Pasha Mosque
Pemandangan di Hotel Theranda yang terletak di seberang sungai
Ramai yang menegur Pakcik Kereta Kuda di sepanjang jalan
Bersiar-siar naik kereta kuda di Prizren memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Pakcik ini juga adalah satu-satunya pengusaha kereta kuda yang ada. Kalau anda berkesempatan datang melawat ke Prizren, Myself memang recommend supaya anda mencuba naik kereta kuda ini.

Pakcik Kereta Kuda di Prizren
Bergambar kenangan dengan kereta kuda
Kita pun nak bergambar juga dengan kereta kuda

Part 78: Lunch Di Hotel Theranda
 
Lunch disediakan di Hotel Theranda yang terletak di seberang Sungai Lumbardh. Maka ke sanalah hala tujuan kami berjalan kaki selepas naik kereta kuda.

Hotel Theranda
Restoran di dalam Hotel Theranda
Ada beberapa ahli Group yang dah ada di sana sewaktu kami tiba
Jam, butter dan dessert
Menjamu selera
Pelbagai jenis roti yang dihidangkan
Cicah roti dengan sup
Waiter yang melayan kami di Hotel Theranda
Main Course

Part 79: Bersolat Di Masjid Sinan Pasha

Selepas makan tengah hari, kami berjalan beramai-ramai menuju ke Masjid Sinan Pasha untuk bersolat.

Berjalan ke Masjid Sinan Pasha
Masjid Sinan Pasha
Pintu masuk ke Masjid Sinan Pasha
Fountain minuman dekat tangga pintu masuk ke Masjid Sinan Pasha
Masjid Sinan Pasha adalah sebuah masjid lama. Ia tak ada kemudahan berwuduk yang tertutup untuk wanita di masjid-masjid lain. Terpaksalah kami yang wanita ini menjaga aurat sambil-sambil mengambil wuduk di fountain terbuka di tepi masjid. Disebabkan kelam-kelibut nak berwuduk, lupa pulak nak ambil gambar tempat wuduk ini. Mujur jumpa satu gambar kat internet untuk kenangan...

Tempat wuduk yang terbuka di Masjid Sinan Pasha (Gambar dari internet)
Suasana di dalam Masjid Sinan Pasha juga tenang dan cantik. Waktu kami tiba Imam bersama beberapa staff masjid sedang mencuci karpet dengan tangan. Rasa bersalah juga nak melangkah masuk ketika itu, takut-takut kaki kita mengotorkan karpet yang tengah dicuci.

Ruang Solat Utama di dalam Masjid Sinan Pasha
Kubah masjid
Chandelier
Masjid ini menggunakan ciri senibina Turki kerana ia dibina di zaman Ottoman
Mihrab
Pengunjung-pengunjung ke Masjid Sinan Pasha
Perhiasan yang cantik pada siling masjid
Lukisan gambar masjid pada siling
Mihrab dan mimbar
Bersolat di dalam masjid
Selesai bersolat di masjid


Bersambung ke Bahagian 29...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: