Monday, 16 January 2023

2022 BALKANS BHG. 39 (Thessaloniki 1)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE: Thessaloniki & Kavala)

Bahagian 39: Greece 2
THESSALONIKI (Taverna Ladadika)

HARI KELAPAN (3)

Part 109: Olympus Plaza

Meninggalkan Veria, kami kembali ke Lebuhraya Egnatia Odos menghala ke Thessaloniki.
 
Kembali ke lebuhraya menuju ke Thessaloniki
Pemandangan dalam perjalanan
Gereja Orthodox
Thessaloniki masih 66 km dari sini
Sungai
Alhamdulillah, ada pun Rest Area kat sini
Bas membuat perhentian di Rest Area yang bernama Olympus Plaza Platanos. Ada pelbagai kemudahan disediakan di sini termasuklah restoran dan tandas.

Olympus Plaza Platanos
Pelbagai kemudahan disediakan di Olympus Plaza
Kedai runcit
Lama sungguh kita tak tengok tulisan Greek macam ini. Last tengok adalah sewaktu belajar di universiti dulu.
Restoran di Olympus Plaza
Vending Machine dan tempat memesan makanan
Pelbagai makanan disediakan tetapi banyak yang Tidak Halal
Donut, sandwich dan pelbagai jenis daging
Suasana Olympus Plaza Platanos dari luar
Satu lagi suasana di luar Olympus Plaza
Berjalan kembali ke bas
Selepas semua dah selesai membuat urusan Happy Hour, bas meneruskan perjalanan lagi menuju Thessaloniki.  

Menuai hasil tanaman
Menyeberang sebatang sungai
Kapas
Plaza Tol
Satu pemandangan menarik yang kami perhatikan seterusnya ialah tanaman kapas. Penanaman kapas penting di Greece kerana 80% bekalan kapas yang digunakan di European Union berasal dari negara ini. 

Ladang kapas
Pemandangan ladang kapas ini sangat mengujakan kerana kita tak pernah melihatnya di Malaysia
Lebuhraya Egnatia Odos
Melintasi sebatang sungai lagi
Arah ke depan menuju Thessaloniki
Pemandangan di tepi lebuhraya
Satu lagi pemandangan di tepi lebuhraya

Part 110: Thessaloniki

Kami akhirnya tiba di Thessaloniki pada waktu tengah hari. Thessaloniki yang dulu dikenali sebagai Salonika adalah bandar kedua terbesar di Greece selepas Athens.

Hyundai Showroom di tepi lebuhraya
Thessaloniki
One Salonika Outlet Mall
Pemandangan di pinggir Thessaloniki
Menghampiri pusat bandar
Thessaloniki yang diasaskan pada tahun 316 SM dinamakan sempena adik perempuan Alexander the Great yang bernama Thessalonica. Ia adalah ibukota Macedonia di bawah pemerintahan Kerajaan Rom. Disebabkan kedudukannya yang strategik di laluan Via Egnatia yang menghubungkan Laut Adriatic ke Byzantium (Istanbul), Thessaloniki menjadi pusat komersial dan ketenteraan Rom yang penting ketika itu.

Pusat bandar Thessaloniki
Satu lagi pemandangan di pusat bandar Thessaloniki
Bendera Greece berkibar di atas bangunan
Thessaloniki adalah juga bandar kelahiran Bapa Kemerdekaan Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk. Sewaktu Ataturk dilahirkan, Thessaloniki adalah sebahagian dari wilayah Ottoman.
Bangunan dengan senibina menarik di Thessaloniki
Pusat bandar Thessaloniki agak sibuk ketika kami tiba
Bas membawa kami menyusuri pinggir pantai kerana restoran lunch kami terletak di kawasan sebelah sana. Namun perjalanan kami tidak lancar disebabkan terlalu banyak kenderaan berada di jalan raya ketika itu.

Traffic jam di Thessaloniki
Runtuhan kota lama di tengah bandar Thessaloniki
Pada masa dahulu, Thessaloniki dikelilingi tembok kota. Tembok kota ini walau bagaimanapun telah diruntuhkan oleh Kerajaan Ottoman untuk membolehkan kota ini berkembang ke arah barat dan timur. Runtuhan pintu barat kota ini yang dinamakan Golden Gate masih dapat dilihat di dareah Vardaris.

Runtuhan Golden Gate yang merupakan pintu masuk barat ke Thessaloniki pada masa dahulu
Runtuhan kota ini kini dikenali sebagai Vardaris Tower and Walls
Tersekat di dalam Traffic Jam
Sambil tersekat dalam traffic jam, kita nikmati sajalah pemandangan kota Thessaloniki dari atas bas.
 

Part 111: Taverna Ladadika

Akhirnya kami sampai juga ke tempat di mana bas menurunkan kami untuk pergi makan tengah hari, berdekatan dengan kawasan pelabuhan. Pelabuhan Thessaloniki adalah pelabuhan yang kedua tersibuk di Greece selepas Piraeus.

Pelabuhan Thessaloniki
Pelabuhan Thessaloniki adalah pelabuhan yang kedua tersibuk di Greece selepas Piraeus berhampiran Athens.
Thessaloniki Port Authority
Macedonia Passenger Terminal. Thessaloniki terletak di dalam wilayah Macedonia di Greece.
Restoran makan tengah hari kami terletak di sebuah kawasan yang bernama Ladadika. Dari depan bangunan Thessaloniki Port Authority, kami berjalan kaki ke sana.

Berjalan menuju ke Ladadika
Suasana di Ladadika
Ladadika adalah daerah yang paling happening di Thessaloniki sekarang. Pada zaman pemerintahan Ottoman ia dikenali sebagai IÅŸtira yang bermaksud Pasar. Daerah ini sebenarnya dibina di atas tambakan pelabuhan Constantine The Great pada kurun ke-4 Masehi. Bermula kurun ke-16 sehingga ke kurun ke-20M, Ladadika terkenal sebagai pusat perniagaan borong, terutama berkait dengan buah zaitun dan minyak zaitun. Kebanyakan bangunan yang dilihat sekarang telah dibina semula selepas satu kejadian kebakaran besar pada tahun 1856.

Banyak bangunan lama di Ladadika telah diubahsuai menjadi restoran
Suasana di Ladadika
Berjalan menuju ke restoran
Lunch kami disediakan di sebuah restoran yang bernama Taverna Ladadika. Ia adalah sebuah bangunan lama yang pernah berfungsi sebagai Olive Press (Kilang Minyak Zaitun) pada masa dahulu.

Taverna Ladadika
Pintu masuk ke dalam Taverna Ladadika. Nama restoran ini cuma ditulis dalam Bahasa Greek.
Suasana di dalam Taverna Ladadika
Taverna Ladadika pernah berfungsi sebagai sebuah Olive Press pada masa dahulu
Waiter di Taverna Ladadika
Satu lagi suasana di dalam Taverna Ladadika
Perhiasan di dalam Taverna Ladadika
Tiang-tiang seri di tengah restoran
Restoran ini unik kerana dapurnya terletak di tingkat atas. Makanan dimasak dan disediakan di atas sana sebelum dibawa turun menggunakan tangga untuk hidangan.
Menunggu sajian makanan dihidangkan
Oleh kerana makanan Halal agak sukar didapati di sini, makanan yang disediakan kepada kami adalah Ikan Bakar. Tapi Ikan Bakar ini dihidang mengikut cara Greek ~ tak adalah cicah air asam untuk dimakan bersama ikan mengikut cara kita di Malaysia.

Roti disediakan terlebih dulu sebelum Main Course dihidangkan
Sup
Nasi dan Ikan Bakar untuk makan tengah hari
Pemandangan ruang makan di Taverna Ladadika dari atas tangga
Pemandangan keseluruhan bangunan restoran Taverna Ladadika dari luar
Papan keterangan tentang sejarah Ladadika
Berjalan meninggalkan Ladadika
Ada banyak restoran di daerah ini


Bersambung ke Bahagian 40...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: