Friday, 11 November 2022

2022 BALKANS BHG. 06 (Sarajevo)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 6: Bosnia-Herzegovina 3
SARAJEVO (Sniper Alley)

HARI KEDUA (3)

Part 19: Menuju Sarajevo

Dari Travnik, perjalanan diteruskan lagi selama 2 jam menuju ke Sarajevo.

Pemandangan indah dari Travnik ke Sarajevo
Sungai
Lagi pemandangan sungai yang sama
Masjid
Daun yang kemerah-merahan
Kehijauan yang masih terserlah
Daun yang telah bertukar warna
Krivoglavci
Plaza Tol Krivoglavci
Pemandangan semakin indah semakin kami menghampiri Sarajevo.

Semakin hampir ke Sarajevo
Lebuhraya
Kawasan kediaman
Kota Sarajevo dah mula kelihatan di kejauhan sana
Kawasan perindustrian
Warna-warna musim luruh
Termoelektrana Kakani
Masih pemandangan keindahan musim luruh
Autumn In My Heart
Plaza Tol Sarajevo
Terowong
Jambatan menyeberang Sungai Miljacka
Lembu penternakan berhampiran Sarajevo
Tanah perkuburan yang dikongsi penganut berbagai agama

Part 20: Sarajevo

Ibu negara Bosnia-Herzegovina, Sarajevo (disebut: Sara-yevo) adalah sebuah bandar yang sangat bersejarah di Eropah. Di sinilah berlakunya perpecahan di antara Empayar Rom Barat dan Timur pada masa dahulu. Sejak dahulu lagi, penduduk berbilang agama yang terdiri dari penganut Islam, Kristian Orthodox, Katholik dan Yahudi tinggal bersama di kota ini. Senibina bangunan di Sarajevo juga menggambarkan pengaruh dan pertembungan berbagai budaya. Bila berjalan di tengah kota Sarajevo, kita terasa bagaikan sedang berada di Central Europe. Perasaan ini bertukar menjadi kota Ottoman bila berjalan lagi ke pelusuk kota yang lain dan juga menjadi seolah berada di Soviet Union bila melihat bangunan-bangunan yang didirikan di zaman komunis Yugoslavia.
 
Antara sejarah penting yang terpahat di kota ini adalah pembunuhan pemerintah Austria Archduke Franz Ferdinand yang mencetuskan Perang Dunia Pertama pada tahun 1914; Winter Olympics 1984 dan sejarah yang dinamakan 1992-1996 Siege of Sarajevo yang menyaksikan pengepungan kota Sarajevo selama 1,425 hari sewaktu Perang Bosnia.

Sarajevo
Pusat bandar Sarajevo
Perhentian tram di Sarajevo
Setibanya di Sarajevo, kami dibawa dengan bas menyelurusi sebatang jalan utama yang bersejarah dikenali sebangai Zmaja od Bosne Street (Dragon of Bosnia Street). Sewaktu Perang Bosnia, jalan ini dikenali sebagai Sniper Alley kerana penembak-penembak tepat (snipers) dari pasukan Serbia berkawal di bangunan-bangunan tinggi di sepanjang jalan ini. Siege of Sarajevo tercatat sebagai kepungan perang yang terpanjang di dunia sehingga sekarang. Ia hanya ditamatkan selepas tentera NATO menyerang tentera Bosnian Serb di serata tempat dan seterusnya memaksa mereka untuk menyerah kalah.
 
Bangunan Radio & TV Bosnia ini adalah antara bangunan yang masih banyak memiliki kesan tembakan. Ia sengaja dibiarkan dan tidak diperbaiki sebagai peringatan kekejaman perang kepada generasi akan datang.
Tram di Sarajevo
Istiklal Mosque yang dihadiahkan oleh Kerajaan Indonesia kepada Kerajaan Bosnia-Herzegovina
Tram di Bosnia
Zmaja od Bosne Street (Dragon of Bosnia Street) adalah jalan utama yang menjadi nadi Sarajevo. Mahu tak mahu, penduduk Sarajevo perlu melalui jalan ini untuk berbagai urusan termasuk demi kelangsungan hidup. Ketika itu, penduduk Sarajevo terpaksa berjalan dan berlari laju di jalan ini untuk mengelak menjadi mangsa penembak hendap. Kadang-kala mereka terpaksa menumpang berlindung di sebalik kenderaan tentera milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyeberang jalan. Amaran "Pazi – Snajper!" ("Watch out – Sniper!") diletakkan di sana sini di sepanjang Zmaja od Bosne Street.

Zmaja od Bosne Street (Dragon of Bosnia Street)
Tram di Zmaja od Bosne Street (Dragon of Bosnia Street)
Lagi pemandangan di Zmaja od Bosne Street (Dragon of Bosnia Street)
Church of the Holy Trinity
Peminta sedekah di Sarajevo
Bangunan-bangunan tinggi yang menjadi sarang penembak tepat pada masa perang.
Kami juga ditunjukkan bangunan Hotel Holiday yang dulu dikenali sebagai Holiday Inn. Hotel ini menjadi terkenal setelah terpilih menjadi penginapan para selebriti yang termasuk ahli muzik, ahli-ahli sukan dan ahli-ahli politik. Sewaktu Perang Bosnia, ia juga menjadi kediaman safe heaven bagi keluarga pemimpin Bosnian Serb yang kejam, Radovan Karadžić.
 
Gambaran Seige of Sarajevo
Pada 6 April 1992, penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Parlimen Bosnia dan berarak menuju ke Hotel Holiday Inn. Mereka ditembak oleh snipers yang ditempatkan di dalam bangunan hotel. Walau dikawal ketat oleh tentera yang setia kepada Karadžić, tentera kerajaan Bosnia berjaya merempuh masuk ke dalam bangunan hotelKaradžić dan pengikut setianya walau bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Pasukan Bosnian Serb bertindak balas dengan mengepung seluruh kota Sarajevo. Kepungan ini semakin diketatkan dari sehari ke sehari. Agensi-agensi berita antarabangsa yang membuat liputan menubuhkan biro masing-masing di Hotel Holiday Inn sehingga menjadikan hotel ini terkenal sebagai pusat media Perang Bosnia di seluruh dunia.

Bangunan kuning di depan sana adalah sebuah hotel yang bersejarah di Sarajevo
Hotel Holiday yang dikenali sebagai Holiday Inn di zaman Perang Bosnia
Pemandangan di Sarajevo
Antara bangunan di Sarajevo yang dibina di zaman komunis Yugoslavia
UNIS Twin Towers
 Bangunan kembar UNIS Twin Towers ini dinamakan sebagai "Momo & Uzeir" sempena 2 watak dari sebuah persembahan komedi yang merupakan seorang Serb dan seorang Bosniak.
Saint Joseph's Church
Bangunan-bangunan lama di Snipers Alley
Menikmati pemandangan Sarajevo dari atas bas
Penembak hendap di Sniper Alley Sarajevo membunuh tanpa belas kasihan. Sesiapa saja yang berlari laju melintas jalan dianggap penjenayah. Menurut data yang diperolehi pada tahun 1995, 1,030 orang cedera ditembak di jalan ini. Korban di tangan snipers pula adalah seramai 225 orang yang termasuk di antaranya 60 orang kanak-kanak.

War Childhood Museum yang dibina di  Zmaja od Bosne Street kini menceritakan kesengsaraan kanak-kanak yang hidup di zaman perang. Muzium ini dipenuhi koleksi barang-barang peninggalan kanak-kanak yang mati terbunuh dalam peperangan yang disumbang oleh keluarga mereka. Kami tak masuk melawat ke muzium ini, walau bagaimanapun melihat sarung tangan kanak-kanak yang dipamerkan pada dinding muzium dari atas bas ketika melintas di depan muzium dah cukup menyentuh perasaan. Sarung tangan ini adalah milik kanak-kanak yang terbunuh di Sniper Alley sewaktu melintas jalan bersama keluarga mereka.

War Childhood Museum
Sarung tangan milik kanak-kanak yang terbunuh di Snipers Alley di War Childhood Museum.
Dah banyak sejarah Sarajevo yang kita pelajari sewaktu menyusuri Sniper Alley. Namun itu adalah sejarah moden yang berlaku di zaman Perang Bosnia. Untuk mempelajari sejarah Sarajevo yang lebih silam, kami dibawa pula melawat ke Sarajevo Old City.

Sarajevo City Hall
Sarajevo Old City
Church of the Holy Transfiguration
Academy of Fine Arts
Skenderija Steel Bridge yang dinamakan sempena seorang gabenor di zaman Ottoman, Skender Pasha
Šeherćehaja bridge
Sebuah lagi pemandangan Šeherćehaja bridge
Tiba di Sarajevo Old City


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: