Monday, 5 December 2022

2022 BALKANS BHG. 18 (Dubrovnik Boat Cruise 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Dubrovnik)

Bahagian 18: Croatia 7
DUBROVNIK (Dubrovnik Boat Cruise 2)

HARI KEEMPAT (4)

Part 48: Dubronik Boat Cruise (2)

LOKRUM ISLAND

Bot merapat ke tepi Lokrum Island untuk membolehkan kami menikmati pemandangan pulau ini dengan lebih dekat.

Lokrum Island
Pulau ini cuma boleh dilawati secara day trip dari Dubrovnik
Pemandangan sebahagian bandar Dubrovnik di belakang Lokrum Island
Boat Captain
Menghampiri Lokrum Island
Pantai yang berbatu di Lokrum Island
Monastery lama yang pernah menjadi tempat tinggal St Benedict Monks pada masa dulu
Menikmati pemandangan Lokrum Island
Pengunjung-pengunjung Lokrum Island
Ramai yang berkayak sehingga ke pulau ini
Glass Bottom Boat
Runtuhan bangunan lama di Lokrum Island
Pemandangan lebih dekat runtuhan bangunan lama di Lokrum Island
Kayak
Ombak
Kita nikmati pemandangan indah tebing-tebing batu di Pulau Lokrum dari atas bot.

Lokrum Island juga mempunyai beberapa natural features yang menjadi tarikan kepada pengunjung. Salah sebuah di antaranya ialah Natural Bridge.

Natural Bridge
Pandangan lebih dekat Natural Bridge
Berkayak dekat Natural Bridge
Kita terus berlayar menyusuri Lokrum Island...

Kemudian kita sampai ke sebuah lagi natural feature yang menarik ~ Natural Cave.

Natural Cave
Menghampiri Natural Cave
Pemandangan di dalam Natural Cave
Bumbung Natural Cave dari luar
Suasana sewaktu bot berlayar masuk ke Natural Cave
Air laut yang sangat jernih dekat Natural Cave
Bot lain yang tiba di Natural Cave
Orang berkayak pun nak masuk ke Natural Cave
One last look pemandangan di Natural Cave...

Terperanjat bila Kapten Bot menunjukkan sebuah kawasan berenang yang berbatu di penghujung Lokrum Island... "Nude Beach," kata Kapten Bot. Ada pantai bogel kat sini rupanya!

Kawasan berbatu ini adalah Nude Beach di Lokrum Island
Apa imaginasi anda tentang orang yang sedang berjemur kat atas sana? Hehehehh...
Dan di sana juga...? Hahahahh!
Nak bogel ke tu?! ... Tunggu kami lalu dulu! Hahaha!!
Croatia sebenarnya adalah sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan pantai-pantai bogel. Nasib baiklah kami tiba dalam musim luruh, jadi laut dah mula sejuk masa ini. Tak ramailah orang nak bersantai-santai bogel di sini walaupun pantai masih dibuka. Bayangkan saja kalau kita tiba pada musim summer!

Penghujung Lokrum Island
Laluan turun ke pantai
Menghala kembali ke tanah besar
Forest Ranger's House di Lokrum Island
Meninggalkan Lokrum Island

DUBROVNIK COAST

Kami kemudian dibawa kembali ke persisiran pantai Dubronik. Disebabkan keindahan yang dimiliki, Dubrovnik menjadi tumpuan selebriti dari seluruh dunia untuk datang bercuti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah pantainya dipenuhi dengan resort-resort mewah yang hanya mampu disewa oleh mereka yang super kaya sahaja.

Kembali menuju ke tanah besar
Mengambil gambar pemandangan
Persisiran pantai Dubrovnik
Seperti juga bahagian lain di negara Croatia, Dubrovnik tidak terlepas dari serangan Serbia sewaktu Perang Kemerdekaan mereka dahulu. Sebaik tiba di persisiran tanah besar, Kapten Bot menunjukkan kepada kami Belvedere Hotel yang musnah teruk dalam serangan Serbia. Walau perang dah lama berlalu, hotel ini masih terbiar tidak dipulihkan.

Hotel Belvedere
Gereja di depan sana adalah St. Jakob Church
Pandangan lebih dekat St. Jakob Church
St. Jakob Beach di bawah St. Jakob Church
Menyusuri lagi pantai Dubrovnik
Resort-resort mewah di pinggir pantai
Betina Cave Beach adalah sebuah pantai yang unik di pinggir laut Dubrovnik kerana ia terletak di dalam sebuah gua. Walaupun terletak di tanah besar, tak ada jalan darat untuk pergi ke sini. Satu-satunya jalan untuk sampai ke pantai ini adalah dengan menggunakan canoe atau berenang dari Gjivovichi Beach yeng bersebelahan. 

Betina Cave Beach
Pandangan lebih dekat suasana di dalam Betina Cave Beach
Cara untuk sampai ke Betina Cave Beach hanyalah dengan canoe atau berenang sampai ke situ.
Meninggalkan Betina Cave Beach
Berdekatan Betina Cave Beach adalah sebuah resort mewah yang dinamakan Grand Villa Argentina yang mempunyai beberapa buah villa eksklusif. Di antara villa-villa ini pula, ada sebuah yang paling mewah yang dinamakan Villa Sheherezade. Kata Kapten Bot, kos untuk menginap di Villa Sheherezade adalah 10,000 Euro semalam. Namun begitu, beberapa selebriti Hollywood dan pemain bolasepak terkenal Ronaldo pernah menginap di sini.

Kompleks Grand Villa Argentina di Dubrovnik
Villa yang paling mewah di kompleks Grand Villa Argentina dinamakan Villa Sheherezade.
Pemandangan Villa Sheherezade dari depan
Bayaran untuk menginap di Villa Sheherezade adalah 10,000 Euro semalam.
Sebuah lagi hotel mewah yang dapat kami lihat adalah Hotel Excelsior. Kalau Grand Villa Argentina terlalu mahal bagi anda, Hotel Excelsior mungkin boleh menjadi alternatif. Antara tetamu yang pernah menginap di hotel ini adalah Queen Elizabeth II dan pelakon Hollywood Elizabeth Taylor.

Hotel Excelsior
Pemandangan Hotel Excelsior dari depan
Satu lagi pemandangan Hotel Excelsior dari depan
Private beach di depan Hotel Excelsior
Pemandangan bilik yang paling hujung di Hotel Excelsior
Di sebelah Hotel Excelsior, ada sebuah pantai awam terkenal di Dubrovnik yang bernama Banje Beach. Jangan risau, ini bukan Nude Beach macam di Lokrum Island tadi. Hahaha!!

Banje Beach yang berdekatan dengan Excelsior Hotel
Banje Beach
Suasana di Banje Beach
Pengunjung-pengunjung Banje Beach
Cara Mat Salleh enjoying the sun
Tak macam pantai kita di Malaysia yang berpasir, pantai di Dubrovnik adalah berbatu
Banje Beach terletak betul-betul di luar kota lama Dubrovnik
Selepas melihat Banje Beach, tamat sudah Boat Cruise kami. Kami dibawa pulang kembali ke Pelabuhan Dubrovnik di mana kami memulakan cruise tadi.

Pulang ke Dubrovnik Harbour
Pemandangan di luar tembok kota lama Dubrovnik
Bangunan lama yang dah menjadi apartment mewah di Dubrovnik
Kita nikmati pula pemandangan sepanjang perjalanan balik ke Pelabuhan Dubrovnik...

Perjalanan Boat Cruise ini memakan masa keseluruhan selama sejam. Ia sangat menarik dan Myself recommend sesiapa saja yang berkesempatan datang ke Dubrovnik untuk membuat cruise ini. Harga yang dikenakan pun terjangkau ~ cuma 5 Euro (RM 25) seorang.

Sveti Ivan Tower (Fort St John)
Tiba kembali ke Pelabuhan Dubrovnik
Boat Cruise kami
Berbagai cruise yang ditawarkan di Pelabuhan Dubrovnik
Kadar sewa parking bot di Pelabuhan Dubrovnik
Kafetaria di Dubrovnik Harbour


Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: