Sunday 29 May 2011

2011 NORTH VIETNAM BHG. 3 (Ninh Binh)

Mei 2011

NORTH VIETNAM
Hanoi, Halong Bay & Tam Coc

Bahagian 3: Ninh Binh
BLUE GROTTO PAGODA & TAM COC

HARI KEEMPAT

Part 11: Ninh Binh 

Lawatan terakhir dalam percutian kami ke Vietnam Utara adalah ke Ninh Binh.

Perjalanan ke selatan menuju ke Ninh Binh
Tujuan ke sana adalah untuk melihat satu lagi warisan alam di Vietnam - Tam Coc.

Perjalanan dari Hanoi ke Ninh Binh

Part 12: Blue Grotto Pagoda

Dalam perjalanan ke Tam Coc, kami singgah di Blue Grotto Pagoda.


Pintu masuk ke Blue Grotto Pagoda
Pagoda di Aras Bawah
Pemandangan di Blue Grotto Pagoda
Terpaksa panjat tangga begini untuk naik ke pagoda di Aras Atas
Pagoda di Aras Atas
Puncak bukit pagoda
Pemandangan dari pagoda di Aras Atas

Part 13: Anh Dzung Garden Restaurant

Di Ninh Binh, makan tengahari disediakan di Anh Dzung Garden Restaurant. Hidangan yang disediakan adalah seafood.

Kedai Cenderamata di bahagian hadapan Anh Dzung Restaurant
Taman di Anh Dzung Restaurant
Pemandangan di dalam Anh Dzung Restaurant
Makanan tradisional Vietnam yang disediakan atas daun lotus - "Nasi Daun Pisang Versi Vietnam"

Part 14: Bersampan Di Tam Coc

Bersampan di Tam Coc adalah antara memori paling indah dalam semua perantauan Myself. Gelaran yang diberikan kepada Tam Coc sebagai "Inland Halong Bay" amat tepat sekali.


Di Tam Coc, kita menaiki sampan yang dikayuh dengan kaki merentasi sawah padi. Dalam perjalanan kita akan merentasi tiga buah gua. Pemandangan di kiri kanan memang rasanya tak terdapat di Malaysia.

Banyak gambar nak dikongsi di sini kerana pengalaman yang dilalui amat unik sekali.

Jeti sampan di Tam Coc.
Inilah sampan-sampan yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Tam Coc. Yang berdiri di tepi jeti adalah pengayuh-pengayuh sampan.
Perjalanan cruise sampan adalah sebenarnya menyusuri sebatang sungai yang di kiri-kanannya ditanam dengan sawah padi.
Suasana di sekeliling hening sekali..
Sekali-sekali, kita akan bertemu dengan sampan-sampan yang sedang dalam perjalanan pulang.
Hebat betul makcik pendayung sampan kami ni.. berdayung hanya menggunakan kaki.
Pemandangan indah dalam pelayaran sampan di Tam Coc. Di sebalik gunung-gunung ini adalah negara Laos.
Pemandangan sawah padi di Tam Coc dari dekat. Gambar diambil dari sampan.
Menghampiri gua pertama
Pemandangan dalam Gua Pertama
Pemandangan di sebalik Gua Pertama
Pemandangan selepas Gua Pertama
Pemandangan Gua Kedua
Pemandangan setelah melepasi Gua Kedua
Pemandangan di Gua Ketiga
Satu kejutan menanti apabila kami melepasi gua ketiga. Di sini penjaja-penjaja bersampan menanti untuk menjual barangan masing-masing.

Penjaja-penjaja bersampan menanti selepas Gua Ketiga
Penjaja-penjaja bersampan merapati sampan pelancong untuk menjual barangan mereka
Sampan akan berpatah balik ke pangkalan selepas ini.

Berpatah balik melalui Gua Ketiga
Semakin ramai pelancong datang sewaktu kami berpatah balik.
Pelbagai kegunaan daun teratai - antaranya sebagai topi penahan panas matahari.
Bergaya betul dia orang ni dengan topi daun teratai masing-masing.
Gambar ni diambil makcik pendayung sampan. Topi Vietnam yang dipakai pun dipinjam dari makcik tu.
Kambing liar di tepi bukit
Berusaha keras nak menangkap gambar kambing liar tu.
Formasi batuan yang dinama Standing Buddha. Bak kata Quanh, segala-gala formasi batuan yang pelik dikaitkan dengan Buddha di Vietnam. Ada Standing BuddhaSitting Buddha dsb.
Tiba kembali ke Jeti Tam Coc.
Kembali ke Hanoi, kami makan malam di sebuah lagi restoran makanan India, Khazaana Restaurant.

Menunggu makanan tiba di Khazaana Restaurant

HARI KELIMA

Part 15 : Kepulangan Yang Penuh Dengan Kenangan

Lima hari berada di Vietnam, dah tiba masa untuk pulang. Antara banyak-banyak tempat dilawati, Hanoi dan Vietnam Utara adalah antara yang paling diingati.


Perjalanan ke Airport
Tiba di Noibai Airport
Bangunan terminal Noibai Airport
Pemandangan di dalam Airport
Pekerja-pekerja airport yang memakai baju tradisional Vietnam
Pemandangan kesibukan di Noibai Airport
Mengimbau kembali sewaktu mengatur perjalanan ke sini, Myself tidaklah begitu enthusiastic kerana setiap kali disebut Vietnam, orang akan bercerita tentang shopping di Ho Chi Minh City. Malah, setiap kali disebut Vietnam, orang pasti mencadangkan Ho Chi Minh City.

Hanoi seolah-olah tiada dalam radar pelancongan orang Malaysia. Tetapi, setelah berkunjung ke sini, Myself sering berkempen kepada mana-mana rakan yang teringin bercuti ke Vietnam untuk mengubah haluan mereka dari Ho Chi Minh ke Hanoi. Datanglah ke Hanoi, you are going to love it.  



CATATAN PERJALANAN (NORTH VIETNAM) 2011:


Saturday 28 May 2011

2011 NORTH VIETNAM BHG. 2 (Halong Bay & Hanoi 2)

Mei 2011

NORTH VIETNAM 
Hanoi, Halong Bay & Tam Coc

Bahagian 2: Halong Bay & Hanoi (2)
HALONG BAY, HOAN KIEM LAKE & WATER PUPPET

HARI KEDUA (2)

Part 7: Perjalanan Ke Halong Bay 
 

Selepas puas melawat Hanoi, kami bertolak ke Halong Bay dengan kereta.


Dari Hanoi ke Halong Bay
Pemandangan sepanjang perjalanan adalah sawah padi yang luas terbentang.

Pemandangan sawah padi di antara Hanoi dan Halong Bay
Melalui lintasan keretapi dalam perjalanan dari Hanoi ke Halong
Dari segi geografi, negara Vietnam agak sebanding dengan Chile di Amerika Selatan. Negaranya kurus dan panjang. Tak ada satu tempat pun di Vietnam yang mempunyai jarak melebihi 50 km darlaut.

Fishing Hut di Teluk Halong
Di Halong, hotel penginapan kami adalah Ha Long Pearl Hotel.

Ha Long Pearl Hotel
Pemandangan laut dari Ha Long Pearl Hotel
Makan malam adalah seafood dinner yang disediakan di pinggir pantai Halong.

Restoran dinner kami di Halong - Golden Sands Seafood Restaurant
Pemandangan di dalam Golden Sands Restaurant
Dalam menu, ada ditulis ikan sebagai salah satu menunya. Tapi tukang masak tu lupa nak masak ikan. Bila ditanya kepada waitress, dia cukup panik bila mendapati tukang masak dah keluar.

Sampai ke sudah kami tak dapat ikan tu. Bila Quanh tiba, terus saja waitress tu mendapatkan Quanh untuk menerangkan keadaan. Tapi tak apalah, kami pun dah kenyang makan seafood-seafood lain yang dihidangkan seperti udang, ketam dan sotong.

HARI KETIGA

Part 8: Cruise Halong Bay

Halong Bay adalah salah sebuah Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO. Untuk menikmati keindahannya, kita perlu menaiki cruise di Teluk Halong.

Pelancong-pelancong yang ingin menikmati keindahan Halong Bay di Baichay Tourist Wharf.
Bot-bot cruise di Baichay Tourist Wharf, Halong Bay.
Pemandangan di dalam bot cruise
Pemandu bot
Bergambar di deck atas Boat Cruise. Bot sebesar ini, penumpangnya cuma kami berdua bersama Quanh kerana ia ditempah khas untuk kami.
Banyak sungguh bot cruise di Halong Bay ni
Bot-bot cruise akan juga membuat beberapa persinggahan di tempat-tempat menarik sepanjang cruise. Yang ini adalah di sebuah gua yang dinamakan Dong Thien Cung.
Pintu masuk ke dalam gua

Pemandangan dari pintu gua.
Pemandangan di dalam gua. Cantik.
Laluan pejalan kaki di dalam gua.
Kolam air semulajadi di dalam gua.
Mengabadi kenangan selepas keluar dari gua
Kembali ke bot cruise.
Perjalanan cruise diteruskan lagi...

Semakin jauh perjalanan cruise, pemandangan semakin indah.
Persinggahan seterusnya ialah ke rumah nelayan terapung (sama macam kat Langkawi di Malaysia).
Pemandangan dalam rumah nelayan. Lubang-lubang kat lantai tu adalah sangkar ikan.
Kembali ke bot di rumah nelayan terapung.
Inilah ikon Halong Bay - "Fighting Cocks Rock". "They are Halal chickens", kata Quanh, bergurau dengan kami.
Makan tengahari juga disediakan di atas bot cruise.

Hidangan makanan seafood untuk makan tengahari
Jika anda memilih untuk bermalam di atas bot di Halong Bay, inilah antara bot yang disediakan.
Junk tradisional Vietnam di Halong Bay.
Nelayan di Halong Bay
Selepas hampir sehari suntuk naik cruise di Halong Bay, kami kembali ke Hanoi. Setibanya di sana, kami dibawa melawat ke Hoan Kiem Lake.

Part 9: Hoan Kiem Lake

Disebabkan kedudukannya yang jauh ke utara, Hanoi adalah satu-satunya ibukota di Asia Tenggara yang mengalami 4 musim. Pada bulan Mei, Hanoi mengalami musim panas. Keindahan musim panas sangat jelas sewaktu kami melawat ke Hoan Kiem Lake.

Pemandangan musim panas di Hoan Kiem Lake
Jambatan menuju ke Ngoc Sun Temple
Keindahan Hoan Kiem Lake dari atas jambatan.
Tasik ini sentiasa ramai pengunjung kerana di sebuah pulau buatan di tengah tasik terdapat sebuah kuil yang dinamakan Ngoc Sun Temple.

Ngoc Sun Temple di Hoan Kiem Lake
Penganut-penganut Buddha bersembahyang di Ngoc Sun Temple
Ada beberapa kura-kura gergasi tinggal di Tasik Hoan Kiem. Seekor darinya yang telah mati diawet dan disimpan di Ngoc Sun Temple kerana kura-kura adalah binatang suci dalam agama Buddha.
Bermain Chinese Chess di luar Temple
Pemandangan Bandar Hanoi dari Ngoc Sun Temple di Hoan Kiem Lake.

Part 10: Water Puppet

Kami juga berkesempatan menyaksikan Water Puppet, iaitu persembahan tradisional masyarakat Vietnam (macam wayang kulit di Malaysia) sewaktu di Hanoi.


Thang Long Water Puppet Theatre
Pentas Water Puppet
Menurut ceritanya, permainan Water Puppet ini direka oleh petani untuk hiburan sewaktu tidak dapat bersawah kerana banjir di Musim Monsoon.

Persembahan Water Puppet yang dimainkan di atas air
Pemain-pemain Water Puppet membuat persembahan kepada patung Buddha di akhir persembahan.
Penutup Water Puppet Show.


   Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN (NORTH VIETNAM) 2011: