Saturday 18 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 18 (Sydney - KL)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 18: Perjalanan Pulang
SYDNEY KE KUALA LUMPUR

HARI KELAPAN

Part 55: Goodbye, Sydney

Selepas lapan hari mengembara ke bumi Aussie, tibalah masa untuk kami pulang ke Tanah Air.

Goodbye, Sydney.
Goodbye, Woolloomooloo.
Eastern Distributor
Sydney Trains
Sebelum meninggalkan hotel, Myself bersarapan dulu di Restoran Sirocco di Holiday Inn Potts Point. Lepas habis bersarapan, terus kita ambil bagasi turun menunggu rakan-rakan di lobi hotel walaupun masih agak awal ketika itu sebenarnya. Bukan apa, takut tertidur pulak kalau terus menunggu dalam bilik.

Holiday Inn Potts Point
Myself perhatikan hotel ini memang ramai penginap setiap hari.
Breakfast terakhir di Holiday Inn Potts Point
Meninggalkan Holiday Inn Potts Point
Pesawat pulang kami ke Kuala Lumpur hari ini menggunakan Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.10 tengahari. Maka seawal pukul 9.00 pagi, kami terpaksa bergerak menuju ke Lapangan Terbang dengan menggunakan khidmat Uber.

Airport di Sydney bernama Kingsford Smith Airport. Ia terdiri dari beberapa bangunan terminal. Terminal bagi perlepasan antarabangsa adalah Terminal 1. Tentu ramai tak tahu siapa Kingsford Smith yang namanya diabadikan pada lapangan terbang ini, kan? Dia adalah juruterbang (aviator) pertama yang berjaya membuat penerbangan Trans-Pasifik Barat ke Timur dari Amerika Syarikat ke Australia.

Menara Kawalan
Terminal Antarabangsa Kingsford Smith Airport.
Arah ke Lapangan Terbang

Part 56: Kingsford Smith Airport, Sydney

Perjalanan dari Holiday Inn Potts Point menuju ke Kingsford Smith Airport memakan masa hanya kira-kira setengah jam. Setibanya di sana, kami terus menuju ke Terminal 1.

Tiba di Sydney Airport
Hotel Rydges di Sydney Airport
Tiba di Terminal 1
Pintu masuk ke Departures
Maklumat Check-in
Check-in bagi Malaysia Airlines di Kaunter H 20-28
Kaunter Check-In Malaysia Airlines. Masih belum dibuka ketika ini.
Bergerak menuju ke Departures
Selepas dah check-in kami berjalan menuju ke Boarding Gate. Sambil-sambil jalan jamu-jamu mata melihat kedai-kedai souvenir yang banyak terdapat di sini. Ada banyak souvenir menarik kerana Australia adalah salah sebuah negara di dunia yang sangat giat mempromosikan pelancongan. Tapi Myself tak beli apa-apa pun masa di Sydney. Maklumlah souvenir yang dijual lebih kurang sama saja rupanya dengan tempat-tempat lain di Australia. Lagipun macam baru sangat lagi kita beli souvenir-souvenir ini masa berkunjung ke Melbourne dua tahun lepas.

Australian Way
Think Sydney
Kedai-kedai makanan pun ada, termasuk yang Halal
Kedai perfume dah sah memang banyak
Butik barangan mewah
Sydney Airport memang ramai pengunjung. Ia adalah airport yang paling sibuk di Australia.
Tag Heuer
Australiana
Lagi barang-barang Australiana
Ruang Menunggu untuk penumpang
Singgah sekejap untuk melihat kalau-kalau ada perubahan pada Boarding Gate
Seperti Singapore Changi Airport, Kingsford Smith Airport juga adalah sebuah Quiet Airport. Ini bermaksud tak banyak announcement dibuat di Airport ini. Cuma pengumuman penting seperti pertukaran gate pada last minute, delay dan mencari penumpang yang dah daftar tapi tak masuk-masuk pesawat saja yang dibuat. Jadi kena rajin-rajin la tengok board sendiri kalau nak dapat makluman awal.

Besar juga airportnya. Tapi mudah mencari arah sebab signboardnya jelas.
Pintu perlepasan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur. Masih tak ramai orang sebab masih awal lagi.
Satu lagi pemandangan di Pintu Perlepasan
Boarding Pass balik ke Kuala Lumpur
Sewaktu menunggu flight di sini, kita bersembang dengan seorang kakak Melayu yang dah lebih 30 tahun tinggal di Australia bersama suami dan anak-anaknya. Dia masih memegang kerakyatan Malaysia walau dah menjadi Permanent Resident di Australia. Kesemua anak-anaknya yang lahir di Australia walau bagaimanapun memegang kerakyatan Australia. Malah Kakak ini dah ada cucu pun di Australia.

Kakak ini sebenarnya nak balik singgah melawat keluarganya di Johor sebentar dalam perjalanan untuk melawat salah seorang anaknya yang sekarang menetap di Scotland. Jauh sangat katanya kalau nak travel terus dari Australia ke Scotland. 

Seronok juga bersembang dengan Kakak ini pasal pengalamannya tinggal di Australia. Dia bekerja sebagai Carer di Australia ~ menjadi peneman kepada orang-orang tua yang tinggal bersendirian setelah anak-anak mereka dewasa dan meninggalkan rumah. Kerjaya Carer ini sedang berkembang di Australia kerana generasi tuanya kini lebih ramai berbanding generasi muda. 

Kata Kakak ini, kebanyakan orang-orang tua ini adalah generasi kedua Orang Putih yang datang membuka Australia sebagai banduan dan pegawai-pegawai British dulu. Mereka juga sangat independent walau pada usia begitu. Jadi Kakak ini cuma menjadi peneman untuk mereka berbual dan mengikut aktiviti yang mereka ingin lakukan macam pergi shopping, berenang dan sebagainya.

Kata Kakak ini juga, mereka tak pernah menghina atau mendiskriminasi beliau walau dia beragama Islam dan memakai tudung kepala serta berasal dari Malaysia. Yang selalu menghina dan memburuk-burukkan Malaysia adalah selalunya orang Malaysia sendiri yang berhijrah ke Australia untuk embrace kehidupan sebagai Orang Putih.

Malaysia Airlines dah bersedia nak membawa kami pulang ke Malaysia
Alhamdulillah, cuaca pun nampak okay.
Maklumat penerbangan

Part 57: Penerbangan Pulang

Seperti yang dijadualkan semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat pada pukul 12.10 tengahari. Ramai juga penumpang pesawat ini rupanya. Mungkin 90% penuh.

Petugas-petugas Malaysia Airlines dah datang ke Pintu Perlepasan
Bergerak masuk ke dalam pesawat
Qantas
Rydges Hotel
China Airlines dan Qantas
Kapalterbang yang membawa Parcel
Cathay Pacific
Sebuah lagi kapalterbang yang membawa Parcel
Berlepas meninggalkan Sydney
Membelah awan untuk pulang ke Malaysia
Alhamdulillah, pesawat Malaysia Airlines MH 122 selamat berlepas dari Sydney pada pukul 1.10 tengahari mengikut jadual. Goodbye, Australia. Kalau panjang umur dan ada rezeki yang dikurniakan Allah, pasti Myself kembali lagi. Selepas berpeluang melawat ke Perth, Melbourne dan Sydney, Myself teringin sebenarnya nak melawat ke Darwin dan Northern Territories di utara Australia. Memanglah Darwin tak popular dengan pelancong biasa, tapi bagi Myself berkunjung ke sana istimewa kerana ia memberi pengalaman kepada kita untuk menikmati The Other Side Of Australia sebagaimana pengalaman kami melawat ke Manado dulu yang memberikan pengalaman melawat The Other Side Of Indonesia.

Berlepas meninggalkan Sydney
Terbang pulang
Maklumat penerbangan
Tak seperti penerbangan ke Sydney yang memakan masa 7 jam 50 minit, penerbangan pulang ke Kuala Lumpur memakan masa 7 jam 30 minit. Penerbangan pulang ini lebih singkat kerana banyak Tail Wind menolak pesawat dari belakang untuk terbang lebih laju. Tapi Tail Wind ini jugalah yang menyebabkan pesawat lebih bergegar bila pulang ke Malaysia. Ini Myself alami sewaktu pulang ke Malaysia dari Melbourne dan Auckland baru-baru ini. Trip yang ke Perth dulu tu tak ingatlah sebab dah lama sangat. Mungkin Perth pun dah patut kita revisit kembali.

Sajian Penerbangan
Ice Cream Mango
Sedap Ice Cream ini.
Menghampiri Alice Springs. Di sini ada Uluru (Ayers Rock), batuan monolith yang terbesar di dunia yang teringin Myself nak lawat.
Macam masa datang dulu, separuh perjalanan pulang adalah merentas bumi Australia sendiri.
Hampir meninggalkan Australia
Goodbye, Australia.
Panjang umur dan murah rezeki, pasti kita bersua lagi.
Merentas Laut Hindi menuju ke Surabaya di Indonesia
Tiba di Indonesia
Sajian penerbangan kedua. Sedap juga pastry dan karipap yang diberi.
Merentas Selat Karimata
Selamat tiba di Malaysia
Dapat tempat duduk betul-betul kat kepak pesawat dalam perjalanan pulang ini.
Hampir tiba ke Kuala Lumpur
Ahh!! Berjerebu Negaraku.
Selepas menikmati cuaca yang nyaman 20'C dan hujan selama 8 hari di Sydney, kita kembali berdepan dengan cuaca kemarau dan suhu setinggi 34'C di Kuala Lumpur. Macam nak tenggelam hati melihat cuaca yang berjerebu kat luar tingkap pesawat.

Tengok dari dalam pesawat pun dah terasa betapa panasnya cuaca kat luar sana.
Membuat pendaratan turun di KLIA
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pukul 6.05 petang. Seperti perjalanan pulang dari Auckland dengan Air Asia X pada bulan lepas, penerbangan ini juga tiba awal 45 minit dari jadual. Tapi tak adalah pulak pilot pesawat MAS ini nak buat announcement dengan bangga yang kita tiba 45 minit lebih awal. Namun apapun, kita tabik spring juga kepada pilot MAS ini yang berjaya membawa kita pulang ke Malaysia dengan selamat dan 45 minit lebih awal.

Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):

CATATAN PERJALANAN LAIN (AUSTRALIA):