Showing posts with label MONTENEGRO (2022) - Kotor / Budva / Bar. Show all posts
Showing posts with label MONTENEGRO (2022) - Kotor / Budva / Bar. Show all posts

Friday 9 December 2022

2022 BALKANS BHG. 20 (Herceg Novi & Tivat)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(MONTENEGRO: Kotor, Budva & Bar)

Bahagian 20: Montenegro 1
HERCEG NOVI & TIVAT

HARI KELIMA (1)

Part 51: Menuju Montenegro

Pagi ini adalah pagi terakhir kami berada di Bosnia-Herzegovina. Selepas bersarapan pagi di Bellevue Hotel, Trebinje kami akan memulakan perjalanan menuju ke negara ketiga dalam siri Balkans Tour kami ~ Montenegro.

Pemandangan awal pagi di Trebinje, Bosnia-Herzegovina dari bilik hotel kami
Pergunungan di belakang Trebinje
Pemandangan awal pagi di depan Hotel Bellevue
Sarapan disediakan pada pukul 7 pagi. Seawal 6.30 pagi kami dah turun untuk meletakkan beg di lobi. Maklumlah, lif di hotel kecil. Nanti berebut-rebut pulak nak menggunakan lif. Lagi pun selain kami, ada satu Group Tour lain dari Malaysia yang juga menginap di hotel ini. Tidak seperti kami yang mengembara ke 8 buah negara Balkans, mereka cuma mengembara ke 5 buah negara sahaja.

Check-out dari bilik
Dalam lif kaca di hotel nak turun ke bawah
Bagasi dikumpul di lobi hotel
Sambil menunggu sarapan disediakan ramai ahli Group yang bersiar-siar di perkarangan hotel. Cuaca pagi ini dingin 13'C. Berdasarkan pengalaman kami selepas 4 hari berada di bumi Balkans, kami menjangka suhu akan sedikit panas menjelang tengah hari, lebih-lebih lagi sebab destinasi kami sepanjang hari ini adalah di tepi laut.

Hotel Bellevue
Pokok Zaitun di depan hotel
Buah Zaitun
Olives
Bunga-bunga cantik di depan hotel
Bila makanan dah sedia, kami masuk ke restoran. Sarapan yang disediakan tak banyak beza dengan sarapan di hotel-hotel lain sebelum ini.

Restoran di Hotel Bellevue
Tepat pukul 8 pagi, kami menaiki bas menuju ke Montenegro. Sempadan Montenegro terletak 30 minit dari Trebinje.

Memulakan perjalanan ke Montenegro
Pergunungan di Trebinje
Perkuburan Kristian di tengah Trebinje
Seperti juga kawasan lain di Bosnia-Herzegonina, taman awam di Trebinje juga digunakan sebagai kawasan perkuburan mangsa-mangsa Perang Bosnia dulu.
Sungai Trebišnjica yang membelah bandar Trebinje juga kelihatan sangat cantik dan tenang di pagi-pagi begini.

Sungai Trebišnjica
Bandar Trebinje sendiri juga masih belum sibuk di awal pagi begini.

Pemandangan awal pagi di bandar Trebinje
Rumah-rumah kediaman
Gereja Roman Katholik
Mentari yang muncul di awal pagi
Selepas meninggalkan Trebinje, kami melalui kawasan-kawasan pertanian menuju ke selatan.

Terowong
Tak seperti sebelum ini di mana kami perlu turun dari bas untuk pemeriksaan passport di sempadan Bosnia-Herzegovina, kami tak perlu berbuat begitu kali ini. Kami hanya perlu menyerahkan passport kepada pemandu bas yang menguruskan cop di kaunter imigresen. Secara rasmi kini, kami telahpun meninggalkan Bosnia-Herzegovina.

Tiba di sempadan Bosnia-Herzegovina

Part 52: Montenegro

"Don't laugh," kata Mehmet tersengih-sengih bila melihat kami tergelak-gelak melihat pos sempadan Montenegro. Pos sempadan ini kecik sangat, lebih macam rupa Guard Post berbanding checkpoint imigresen.

Beginilah rupa pos sempadan Montenegro yang kami lalui (Sumber: Internet)
Proses nak melepasi sempadan Montenegro juga cukup mudah. Cukup sekadar menyerahkan passport kepada pemandu bas untuk dicop oleh pegawai imigresen. Tak perlu turun pun dari bas.

Muka passport yang macam dah penuh selepas melawat 3 negara Balkans
Secara rasminya, kami kini telah memasuki Montenegro, sebuah negara yang dulunya adalah juga bekas wilayah dalam negara Yugoslavia. Selepas perpecahan Yugoslavia, Montenegro bergabung dengan Serbia sebagai sebuah negara. Malah tentera Montenegro turut bergabung bersama Serbia menyerang Dubrovnik dalam Perang Croatia dulu. Namun demikian, pada tahun 2006, Montenegro memisahkan diri dari Serbia dan menjadi sebuah negara yang merdeka.

Kedudukan Montenegro dalam peta Balkans
Mesti ramai yang tak tahu tentang negara Montenegro. Myself dulu pun tak tahu pasal negara ini sebelum menjejak kaki ke Balkans. Ia adalah sebuah negara kecil di pinggir Laut Adriatic dengan bilangan penduduk kira-kira 600,000. Ibu negaranya bernama Podgorica. Montenegro bermaksud Black Mountain. 

Pemandangan pertama Montenegro
Pergunungan hitam di belakang sanalah yang memberikan nama Montenegro (bermaksud Black Mountain) kepada negara ini.
Perjalanan kami di Montenegro hanya bertumpu di tiga buah bandar yang terletak di tepi Laut Adriatic: Kotor, Budva dan Bar. Tengok peta di bawah ini...

Bandar-bandar yang kami kunjungi di Montenegro: Kotor, Budva dan Bar

Part 53: Naik Feri Di Herceg Novi
 
Walaupun kecil, Montenegro adalah sebuah negara yang mewah kerana ia adalah sebuah pusat pelancongan yang popular di Eropah. Menurut Tour Guide kami Mehmet, Montenegro cukup sesak pada waktu cuti musim panas. Kebanyakan penduduknya menjadi kaya-raya hanya dengan menyewa hartanah untuk tujuan percutian.

Montenegro memang sebuah negara yang cantik
Satu lagi pemandangan keindahan Montenegro
Bandar Herceg Novi di Montenegro
Rumah-rumah di Montenegro banyak yang disewa kepada pelancong
Kata Mehmet, perjalanan kami menuju ke Kotor sebenarnya perlu mendaki pergunungan yang mengelilingi Bay of Kotor. Perjalanan ini sering memakan masa lebih sejam. Untuk menjimatkan masa perjalanan, bas kami akan menaiki feri menyeberang dari Herceg Novi sehingga ke Tivat.

Bay of Kotor
Bay of Kotor juga dikenali sebagai Boko Kotorska dalam bahasa tempatan
Bay of Kotor telah diiktiraf sebagai salah sebuah teluk yang tercantik di dunia
Pokok palma di pinggir Bay of Kotor
Feri kenderaan dari Herceg Novi (disebut: Keir-sek Novi) ke Tivat ini menyeberang bahagian yang paling sempit di Bay of Kotor ~ Verige Strait yang hanya selebar 300 meter. Perjalanannya tak panjang, hanya sekitar 10 minit namun ia memberikan satu pengalaman yang menarik kepada kami.

Feri yang membawa kenderaan menyeberang Bay of Kotor di antara Herceg Novi dan Tivat.
Suasana di atas feri
Feri yang di sebelah sana baru tiba di Herceg Novi dari Tivat
Petugas feri
Ada sebuah feri lain di seberang sana. Mungkin menuju ke destinasi lain
Feri di seberang sana
Kami dibenarkan turun dari bas sewaktu feri menyeberang Bay of Kotor. Tiupan angin di Bay of Kotor memang sangat menyegarkan.

Bas kami di atas feri
Beramai-ramai turun dari bas untuk menikmati pemandangan indah Bay of Kotor
Sebahagian bandar Tivat yang kelihatan di seberang sana
Bahagian depan feri
Bilik pemandu feri di tingkat atas
Petugas menaikkan platform di belakang feri sebagai persediaan untuk berlepas
Feri dah sedia untuk berlepas
Meninggalkan Herceg Novi
Herceg Novi yang ditinggalkan di belakang
Kenderaan lain di dalam feri
Menikmati keindahan Bay of Kotor
Bay of Kotor
Berposing di Bay of Kotor
Sinaran mentari di Bay of Kotor
Pergunungan hitam yang memberi nama Montenegro
Tivat
Pemandangan di kejauhan
Rumah-rumah yang cantik di sebelah Tivat
Bila feri dah hampir tiba di Tivat, kami dipanggil kembali masuk ke dalam bas.

Hampir tiba di Tivat
Berselisih dengan feri lain
Perhentian feri di sebelah Tivat
Beginilah cara kenderaan masuk ke dalam feri. Tiket perlu dibeli dari booth di tepi tempat feri berlabuh. 

Part 54: Tivat

Dari Tivat, perjalanan kami diteruskan menuju ke Kotor.

Pemandangan di Tivat
Sebuah roundabout di bandar Tivat
Nilai hartanah di Montenegro adalah antara yang termahal di seluruh Eropah
Rumah-rumah percutian
Bas membuat perhentian Happy Hour di sini
Selain Podgorica yang merupakan ibu negara Montenegro, Tivat juga mempunyai sebuah lapangan terbang. Lapangan terbang di Tivat walau bagaimanapun lebih banyak digunakan oleh penerbangan sewa khas yang membawa pelancong dari seluruh Eropah berbanding penerbangan komersil yang berjadual.

Lapangan Terbang Tivat yang banyak digunakan oleh penerbangan-penerbangan sewa khas.
Tivat Airport
Laluan ke Kotor
Montenegro memang sebuah negara yang bergunung-ganang. Dalam bahasa tempatan Montenegro dipanggil Crna Gora (disebut: Serna Gora). Nama Montenegro diberi oleh orang Itali dari Venice yang pernah menakluk seluruh Montenegro pada satu masa dahulu. Montenegro adalah negara yang paling bergunung-ganang di dunia. Kata orang Montenegro, sekiranya pergunungan ini boleh diratakan, pasti Montenegro menjadi negara yang terbesar di dunia.

Gunung-gunung tinggi di Montenegro
Bangunan-bangunan lama dan bersejarah juga banyak dilihat di Montenegro
Hampir tiba di Kotor
Lagi pemandangan gunung hitam di Montenegro
Sebuah bangunan lama
Oleh kerana kami tiba selepas tamat musim puncak, suasana di Montenegro tenang dan aman.
Casino


Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):