Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)
Bahagian 36: South Africa
CAPE TOWN [Cape Town Ostrich Ranch]
HARI KESEPULUH (1)
Part 85: Breakfast Terakhir Di Pepperclub Hotel
Perjalanan kami di Afrika berakhir pada hari ini. Pada malam hari nanti, kami akan memulakan perjalanan pulang ke Malaysia melalui Mauritius. Namun begitu, masih ada program yang diatur untuk hari terakhir kami di Afrika pada hari ini iaitu melawat ke Cape Town Ostrich Ranch dan Cape Winelands. Pada pagi terakhir ini juga kami turun bersarapan di Copa Restaurant di Pepperclub Hotel buat kali terakhir.
 |
| Copa Restaurant @ Pepperclub Hotel |
 |
| Meja favourite kami di Copa Restaurant |
 |
| Breakfast yang dipilih dari Buffet Spread |
 |
| Breakfast yang dipesan dari menu Special Order |
Selepas breakfast, kita balik ke bilik untuk mengambil bagasi. Sebelum itu, kita menjenguk dulu pemandangan Cape Town dari balkoni bilik, juga buat kali terakhir.
 |
| Goodbye, Cape Town. Kami akan pulang ke Malaysia pada malam nanti. |
 |
| Pemandangan terakhir Lion's Head |
 |
| Suasana berhampiran Pepperclub Hotel |
 |
| Pepperclub Hotel |
 |
| Satu lagi pemandangan di depan Pepperclub Hotel |
 |
| Restoran Ethiopian yang terletak bertentangan dengan Pepperclub Hotel |
 |
| Addis In Cape Ethiopian Restaurant |
 |
| Pemandangan ke arah sebelah sana pulak |
Part 86: Perjalanan Ke Ostrich Ranch
Perjalanan kami pada pagi ini adalah melawat ke sebuah Ostrich Ranch yang terletak di pinggir kota Cape Town.
 |
| Memulakan perjalanan |
Kebetulan hari ini adalah Hari Minggu. Makanya, suasana di sekitar pusat bandar Cape Town lebih sunyi berbanding hari-hari lain.
Pemandangan Table Mountain menyerlah indah sewaktu kami meninggalkan Cape Town.
 |
| Pemandangan Table Mountain sewaktu meninggalkan bandar Cape Town |
 |
| Awan Tablecloth meliputi Table Mountain pagi ini |
Perjalanan kami menuju ke Ostrich Ranch adalah menggunakan Lebuhraya N7. Kata Jeremy, lebuhraya ini menghubungkan Cape Town sehingga ke sempadan negara Namibia.
 |
| Lebuhraya N7 |
 |
| Pelabuhan Cape Town |
 |
| Cape Town Terminals di Pelabuhan Cape Town |
Ostrich Ranch yang akan kami lawati juga terletak di sebuah kawasan yang tidak jauh dari Lebuhraya N7. Kami turut banyak melalui kawasan perindustrian Cape Town dalam perjalanan menuju ke sana.
Kami dapat melihat sebuah loji penapisan minyak yang besar milik Astron Energy dalam perjalanan. Astron adalah syarikat minyak yang kedua terbesar di South Africa selepas Engen Petroleum.
 |
| Doornbach |
 |
| Doornbach |
 |
| Doornbach |
 |
| Doornbach |
 |
| Doornbach |
Kita lihat lagi pemandangan di sepanjang perjalanan menuju ke Cape Town Ostrich Ranch...
Part 87: Cape Town Ostrich Ranch
Perjalanan dari Pepperclub Hotel ke Cape Town Ostrich Ranch memakan masa kira-kira sejam. Ostrich Ranch ini terletak di sebuah kawasan pertanian yang cantik di kawasan yang bernama Philadelphia.
 |
| Tiba di Cape Town Ostrich Ranch |
 |
| Amaran Ostrich melintas |
 |
| Amaran Kura-kura melintas |
 |
| Perkarangan Ostrich Ranch |
 |
| Pemandangan kawasan pertanian yang indah dari dalam bas |
Cape Town Ostrich Ranch dibuka pada tahun 1994. Ia dimiliki oleh sebuah keluarga South African bernama Kanigowski yang sebenarnya berasal dari Poland. Ladang ini kini sedang diuruskan oleh generasi ketiga keluarga Kanigowski.
 |
| Tiba di Cape Town Ostrich Ranch |
 |
| Pintu masuk ke Cape Town Ostrich Ranch |
Sebelum masuk memulakan lawatan di Ostrich Ranch, kita nikmati dulu pemandangan kawasan pertanian yang indah dari depan pintu masuknya.
Selepas dah puas melihat pemandangan ladang pertanian, barulah kita masuk ke dalam...
Ostrich jantan dan betina boleh dibezakan melalui warna bulu mereka. Bulu Ostrich jantan berwarna hitam manakala yang betina pula berbulu kelabu gelap. Ostrich adalah haiwan yang mempunyai otak yang kecil. Saiz bola mata Ostrich adalah lebih besar berbanding otak mereka.
 |
| Mendengar penerangan tentang Ostrich |
Ostrich juga memiliki paha dan kaki yang sangat kuat. Ia mampu melangkah sehingga 5 meter dengan sekali langkah sewaktu berlari laju. Ostrich akan juga mengembangkan kepaknya yang pendek itu sewaktu berlari untuk menyeimbangkan badan.
Kaki Ostrich yang kuat juga mampu memberi tendangan maut kepada pemangsa dalam keadaan terdesak. Ostrich diketahui pernah memberi tendangan maut ini kepada singa, cheetah, hyena dan leopard.
Berbeza dengan burung-burung lain yang mempunyai 4 jari, Ostrich hanya memiliki 2 jari. Ostrich cuma boleh menendang ke arah hadapan kerana lutut mereka cuma boleh membengkok ke hadapan. Pemangsa juga perlu berhati-hati bila berdepan dengan Ostrich kerana kesemua jari mereka mempunyai kuku yang tajam sepanjang 10 cm. Ostrich tidak perlu meminum air kerana tubuh mereka mampu menghasilkan cecair di dalam badan. Malah, mereka turut mendapat bekalan cecair tambahan dari tumbuhan yang dimakan.
 |
| Penerangan tentang kaki Ostrich |
 |
| Menunjukkan kuku Ostrich yang tajam |
Saiz sebiji telur Ostrich adalah menyamai 24 telur ayam biasa. Saiz sebiji telur Ostrich adalah 17-19 cm panjang dan selebar 14-15 cm. Jika berat sebutir telur ayam hanya sekitar 50-70 gram, berat sebutir telur Ostrich pula adalah 1.9 kg! Walaupun telur Ostrich bersaiz besar, telur mereka adalah sebenarnya yang paling kecil di kalangan semua spesies burung jika dibandingkan dengan saiz berat badan. Walaupun seberat 1.9 kg, telur in hanyalah 1% dari berat badan yang dimiliki oleh Ostrich betina.
Ostrich selalu berkongsi sarang untuk bertelur. Setiap Ostrich betina boleh bertelur di antara 10-16 biji. Setelah telur dikumpulkan di dalam sarang, ia akan dieramkan oleh Ostrich betina yang paling dominant di dalam setiap kumpulan pada waktu siang kerana warna bulu mereka yang lebih terang camouflage dengan keadaan sekeliling untuk keselamatan telur. Tugas ini akan diambilalih oleh Ostrich jantan di sebelah malam kerana bulu mereka yang berwarna hitam pula yang lebih camouflage dengan suasana malam. Telur akan dieramkan selama 6 minggu sebelum menetas.
 |
| Penerangan tentang telur Ostrich |
 |
| Proses pembentukan anak Ostrich di dalam telur |
 |
| Rupa anak Ostrich di dalam telur |
Ostrich boleh membezakan antara telur yang kuat dan yang lemah. Jika ada terlalu banyak telur yang dikumpul di dalam sarang yang dikongsi tadi, Ostrich akan mematuk dan memecahkan telur yang dianggap lemah. Pecahan telur yang dipatuk akan dimakan sendiri oleh Ostrich tadi untuk menambah sumber kalsium di dalam badan.
 |
| Melihat perbandingan saiz telur Ostrich dengan haiwan-haiwan lain |
 |
| Ostrich akan memilih telur yang lemah lalu dipecah dan dimakan sendiri sebagai sumber kalsium kepada badan |
Kami juga diperkenalkan dengan Tom Thumb, Ostrich paling kecil di dunia yang dilahirkan di Cape Town Ostrich Ranch ini yang turut mendapat pengiktirafan dari Guinness World Records. Ketinggian Tom Thumb hanya 57 cm berbanding ketinggian 1.8 - 2.7 meter bagi Ostrich jantan dan 1.7 - 2 meter bagi Ostrich betina. Tom Thumb walau bagaimanapun telah mati pada tahun 2018.
 |
| Patung saiz sebenar Tom Thumb |
 |
| Menunjukkan sijil perakuan dari Guinness World Records |
Kesenian dari Ostrich turut menjadi sebahagian dari budaya suku kaum di Afrika. Kami ditunjukkan beberapa bahagian tubuh Ostrich yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Antara yang diingati ialah cengkerang telur Ostrich yang digunakan sebagai bekas minuman. Lemak dan minyak dari tubuh Ostrich pula dipercayai boleh menyembuhkan penyakit lelah.
 |
| Batu dan pasir yang turut menjadi makanan Ostrich |
 |
| Kulit telur Ostrich |
Sejak di zaman pemerintahan kerajaan purba seperti di Mesir, Assyria dan Babylon, Ostrich diternak untuk bulunya yang digunakan sebagai perhiasan pada pakaian mewah. Bulu Ostrich terus digunakan sebagai perhiasan pakaian mewah sehinggalah ke zaman penciptaan kereta moden. Pemakaian bulu ini walau bagaimanapun tidak lagi menjadi popular selepas kereta yang moden dicipta kerana ruang yang terhad di dalam kereta moden tidak memungkinkan pemakaian pakaian sebegitu lagi.
 |
| Bulu-bulu Ostrich |
Selepas mendengar penerangan tentang Ostrich, kami dibawa ke ladang untuk berkenalan dengan haiwan ini yang sebenarnya. Sambil berkenalan, kita boleh bermesra sambil memberi makan kepada mereka.
 |
| South African Ostrich |
 |
| Staff mengajar cara memberi makan kepada Ostrich |
 |
| Ini Ostrich jantan sebab berbulu warna hitam |
Ada satu mitos popular tentang Ostrich di mana mereka dikatakan akan menyembunyikan kepala di dalam lubang bila berdepan dengan bahaya. Ostrich sebenarnya tidak pernah berbuat begitu.
Cerita mitos ini mungkin muncul disebabkan cara Ostrich menjaga telur mereka di dalam sarang. Sarang Ostrich bukanlah terdiri dari rumput seperti yang biasa dibuat oleh burung-burung yang lain. Ia sebaliknya hanyalah lubang di dalam pasir. Sewaktu telur sedang dieramkan, Ostrich akan menggunakan paruh mereka untuk membalik-balikkan telur di dalam sarang. Perbuatan ini mungkin disalah anggap sebagai menyembunyikan kepala di dalam lubang.
Ostrich hidup liar di benua Afrika. Mereka ditemui secara liar di selatan Gurun Sahara (Mauritania, Mali, Niger, Chad, Sudan dan Tanzania) dan bahagian selatan benua Africa (Namibia, Botswana, Zimbabwe dan South Africa). Ada satu spesies Ostrich yang dinamakan Somali Ostrich yang sangat garang yang tinggal di kawasan Horn of Africa (Somalia, Ethiopia, Kenya dan Djibouti). Somali Ostrich turut dibela di ladang ini dan kami telah dinasihatkan supaya tidak memberi makanan dengan tangan kepada mereka disebabkan perangai mereka yang garang ini.
 |
| Ostrich Somali yang garang. Mukanya pun menakutkan. |
Ostrich sering ditemui bersama haiwan-haiwan pemakan rumput seperti wildebeest, antelope dan zebra kerana sewaktu haiwan ini memakan rumput, serangga-serangga yang keluar dari rumput akan dimakan pula oleh Ostrich. Ostrich turut membalas budi dengan memberi amaran kepada haiwan-haiwan ini sekiranya mereka mengesan sebarang bahaya.
 |
| Anak-anak Ostrich |
 |
| Anak-anak Ostrich |
 |
| Anak-anak Ostrich |
Selain unta, Ostrich juga adalah haiwan yang telah beradaptasi dengan cuaca yang panas dan kering. Mereka mampu hidup berhari-hari tanpa meminum air dan mendapatkan cecair hanya dari tumbuhan yang dimakan.
Ostrich juga sering hidup berkumpulan sehingga 5-10 ekor. Seperti yang diceritakan di awal tadi, Ostrich boleh berlari selaju 70 km/jam dan diketahui sebagai haiwan yang kedua terlaju di dunia selepas Cheetah. Ostrich liar juga mampu hidup sehingga mencapai usia 40 tahun.
Memang fun memberi makan kepada Ostrich. Kita boleh memberi makan kepada mereka dengan berbagai-bagai gaya... 😆
 |
| Posing dengan kawan-kawan 😄 |
 |
| Gaya memberi makan unik yang diajar oleh staff di Ostrich Ranch |
 |
| Geli juga kena peluk dengan tengkuk Ostrich macam ini. 😅 |
 |
| Ini Ostrich betina sebab bulunya berwarna kelabu |
 |
| Pemandangan ladang di kejauhan |
Selain Ostrich ada juga kura-kura yang dibela di ladang ini.
 |
| Laluan menuju ke Kolam Buaya |
 |
| Posing kejap dekat laluan nak masuk ke Kolam Buaya |
 |
| Jom kita tengok buaya kat dalam sana ... |
Ada dua ekor buaya yang kelihatan tengah berjemur di tepi kolam.
 |
| Mana buaya itu? |
 |
| Seekor ada di situ... |
 |
| ... Dan seekor lagi ada di sana |
 |
| Tidur di tepi kolam |
Selepas dah tengok buaya barulah Myself dan Husband keluar dari kawasan ladang. Laluan keluar dari ladang adalah melalui kedai souvenir. Ramai juga Pengyou yang kami lihat membeli souvenir telur Ostrich di sini. Banyak souvenir yang dijual bagus untuk Fengshui, kata mereka.
No comments:
New comments are not allowed.