Showing posts with label SOUTHEAST ASIA 02 - Indonesia : Jawa Barat / Jawa Tengah / Jawa Timur. Show all posts
Showing posts with label SOUTHEAST ASIA 02 - Indonesia : Jawa Barat / Jawa Tengah / Jawa Timur. Show all posts

Saturday 30 January 2021

2021 TRAVEL REVIEW 02 - INDONESIA (JAWA)

Januari 2021

Travel Review 02: Indonesia
JAWA BARAT, JAWA TENGAH & JAWA TIMUR

Jawa, Indonesia

Selepas review pengembaraan kami ke Pulau Sumatera dalam entry yang lepas, Myself nak review pula pengembaraan kami ke Pulau Jawa. Mengikut sejarahnya Myself dan Husband telah berkesempatan melawat sebanyak 3 kali ke Pulau Jawa yang mana perjalanan kami meliputi Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Satu-satunya wilayah dalam Pulau Jawa yang masih kami tak berkesempatan untuk kunjungi adalah Banten yang terletak lebih ke barat dari Jakarta, berhampiran Pulau Sumatera.

Pada masa dahulu sebelum kedatangan Islam, Hindu adalah agama rasmi di Nusantara. Kedatangan Islam telah menghapuskan kesan dan amalan-amalan Hindu. Di tempat-tempat seperti Sumatera dan juga Malaysia, kesan-kesan amalan agama Hindu purba tak lagi kelihatan. Tapi di Pulau Jawa, kesan-kesan agama Hindu purba ini masih jelas kelihatan. Ada banyak candi yang masih boleh dilihat. Malah dari pemerhatian kami, pengaruh agama Hindu masih diamalkan dalam kehidupan seharian penduduk tempatan walaupun mereka kini menganut agama Islam.

Jakarta

Tempat pertama yang kami kunjungi di Pulau Jawa adalah ibukota Indonesia yang bernama Jakarta. Ketika itu kami ke sana dengan rombongan keluarga. Kami menggunakan penerbangan KLM Royal Dutch Airline dari KL ke Jakarta.

Jakarta adalah sebuah kota yang moden. Malah ada tempat-tempatnya ia kelihatan lebih hebat dari Kuala Lumpur. Ia juga adalah sebuah kota yang penuh dengan ukiran patung-patung hiasan.

Jakarta yang moden dan penuh dengan ukiran patung
Sewaktu di Jakarta, kami tinggal di sebuah hotel yang bernama Batavia Hotel. Hotel ini mempunyai senibina yang menarik bercirikan Belanda. Bila dah cantik begitu, mestilah kita nak ambil gambar keseluruhan hotel dari depan. Tapi bila nak melintas jalan ~ Ya Rabbi! Masih teringat betapa kagetnya kami melihat kenderaan yang tak berhenti-henti lalu di depan hotel. Punyalah susah nak melintas jalan! Mujurlah ada Pak Polisi yang baik hati sedang bertugas di situ. Dialah yang membantu kami untuk melintas jalan.

Hotel Batavia di Jakarta
Jalan yang teramat sibuk di depan hotel
 Pak Polisi yang membantu kami melintas jalan di depan hotel
Kami cuma menghabiskan masa sehari sahaja di Jakarta ketika itu. Jadi Myself akui tak banyak tempat menarik di Jakarta yang dapat kami kunjungi. Sebahagian besar masa kami di Jakarta cuma dihabiskan di Ancol sahaja.

 Pantai Festival Ancol
Boat Cruise di Ancol
Pusat Kesenian Kraftangan di Ancol
Adalah juga tempat lain yang kami lawati di Jakarta seperti Tugu Monas dan Taman Mini Indonesia Indah. Kami juga sempat bershopping di Mangga Dua sebelum dihantar ke Bandara Soekarno-Hatta untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Tugu Monas
Pemandangan dari Kereta Gantung (Cable Car) di Taman Mini Indonesia Indah
 Pusat Membeli-belah Mangga Dua di Jakarta
Satu pengalaman yang juga tidak dilupakan sewaktu berkunjung ke Jakarta dulu adalah sewaktu penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur dibatalkan oleh KLM kerana pesawat mengalami masalah teknikal. Memang havoc kerana semua penumpang tengah beratur untuk check-in sewaktu diberi pemakluman ini.

Disebabkan masalah ini juga, semua penumpang termasuk kami sekeluarga diberi penginapan percuma selama 1 malam di Hotel Mulia Senayan. Walaupun mendapat penginapan di hotel yang bertaraf 5 bintang, ia bukanlah pengalaman yang menyeronokkan kerana penginapan di sini bukanlah sesuatu yang dirancang. Kami mendapat bilik yang berterabur di tingkat yang berlainan dan sekuriti hotel yang cukup ketat menyebabkan kami perlu pergi ke lobi dulu sekiranya nak berkunjung ke mana-mana bilik ahli keluarga yang lain. Namun syukurlah kami dapat pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan KLM yang berlepas pada pagi esoknya. Dinner dan breakfast serta pengangkutan ke airport juga ditanggung sepenuhnya oleh KLM ketika itu.
 
 Pemandangan malam Kota Jakarta dari Hotel Mulia Senayan
Kata Abang Myself yang kerap berulang-alik kerana bertugas di Jakarta beberapa tahun yang terakhir, kota Jakarta dah banyak sangat berubah sekarang, berbanding sewaktu kami melawat ke sana dulu. Insyaallah, selepas bebas Covid-19 nanti memang Myself dan Husband dah ada perancangan nak pergi balik melawat ke Jakarta lagi.

Bandung (Jawa Barat)

Sewaktu trip ke Jakarta, kami juga berkunjung ke kota Bandung. Bandung yang turut digelar Paris von Java adalah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Ada banyak kedai Factory Outlet di sini yang kebanyakannya menjual pakaian.

Bandung
Banyak kedai di Bandung dihias sedemikian rupa untuk menarik perhatian pelanggan.
Bandung terletak di kawasan tanah tinggi. Oleh yang demikian ada banyak pemandangan kebun teh dan ladang strawberi di sekitarnya.

Ladang teh berhampiran Bandung
Ladang strawberi
Penduduk di sekitar Bandung ramai yang berketurunan Sunda. Kami berkesempatan menghadiri sebuah majlis perkahwinan Sunda di sebuah bandar yang bernama Subang dekat Bandung.

Majlis perkahwinan Sunda dekat Bandung
Persembahan sewaktu Majlis Perkahwinan
Tarikan pelancongan yang terkenal berdekatan Bandung adalah sebuah kawah gunung berapi yang bernama Tangkuban Parahu. Tak seperti kebanyakan kawah gunung berapi yang lain, kenderaan boleh naik sehingga ke puncak kawah.

Puncak kawah Tangkuban Parahu
Pemandangan kawah gunung berapi Tangkuban Parahu
Disebabkan Bandung juga terletak berhampiran gunung berapi, ada sebuah tempat pemandian air panas yang terkenal di sini. Kawasan pemandian yang dinamakan Sari Ater ini sebenarnya terletak di sebuah kawasan yang bernama Cianjur.

 Sungai air panas yang berasap di tengah hujan di Sari Ater
Kolam pemandian air panas
Satu lagi pemandangan di Kolam Pemandian Air Panas

Kisah perjalanan penuh kami ke Jawa Barat boleh dibaca di sini:

Yogyakarta (Jawa Tengah)

Dalam banyak-banyak tempat yang pernah kami kunjungi di Pulau Jawa, Yogyakarta di Jawa Tengah adalah antara yang paling menarik. Di kota bersejarah inilah telah berpusat banyak Kerajaan Hindu Purba di Pulau Jawa sebelum kedatangan Islam ke Nusantara.

Pemandangan kota Yogyakarta dari udara
Jalan Malioboro yang terkenal di Yogyakarta
Kereta kuda beroda empat ini banyak dilihat di Yogyakarta
Ada banyak candi purba di sekitar Yogyakarta. Dua candi yang terbesar adalah Candi Prambanan dan Candi Borobudur yang kedua-duanya telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai World Heritage Site. Candi Prambanan besar dan secara relatifnya rata. Candi Borobudur pula besar dan tinggi. Oleh kerana besar candinya, maka tinggi jugalah tangga yang perlu didaki untuk sampai ke puncak Borobudur. Selepas tiga hari tiga malam, barulah hilang rasa sengal-sengal di kaki kerana memanjat naik ke Borobudur.

Candi Prambanan
Candi Sewu yang terletak di kawasan yang sama dengan Candi Prambanan
Candi Borobudur
Binaan Stupa di kemuncak Candi Borobudur
Kerajaan Purba Mataram pernah bangun memerintah dari Yogyakarta sebanyak 2 kali. Kerajaan Mataram yang pertama beragama Hindu manakala Kerajaan Mataram yang kedua pula memilih Islam sebagai agama rasmi. Kesan pemerintahan kedua-dua Kerajaan Mataram ini dapat dilihat dalam binaan Masjid Mataram. Masjid yang menjadi rumah ibadat Orang Islam ini dibina dengan mengekalkan ciri-ciri yang biasa terdapat pada Candi Hindu. Ia sengaja dibuat begitu oleh Kerajaan Mataram yang kedua bagi menarik lebih ramai rakyatnya untuk memeluk Agama Islam.

Masjid Mataram
Rumah Joglo dengan atap menjulang di Jawa Tengah
Kota Yogyakarta juga adalah antara kota di Indonesia yang paling terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi. Kota ini sangat hampir dengan sebuah gunung berapi yang dinamakan Merapi. Gunung Merapi pernah meletus hebat pada tahun 2010 dan membunuh beribu-ribu nyawa. Kesan letupan Merapi ini kami selusuri sewaktu mengikut Merapi Lava Tour di sebuah perkampungan yang bernama Cangkringan.

Merapi Lava Tour
Kami diberitahu lava ini mengambil masa setahun untuk menyejuk selepas dimuntah dari kawah Merapi.
Kepala Alien yang termuntah dari Merapi dan terseret jauh sehingga ke sini.
Walaupun Indonesia kini telah menjadi sebuah negara republik di bawah seorang Presiden, beberapa Kerajaan Beraja pernah memerintah di negara ini. Namun satu-satunya sultan yang masih mempunyai kuasa adalah Sultan Yogyakarta. Beliau dan keturunannya diberi keistimewaan untuk terus memerintah Yogyakarta sebagai Gabenor sehingga kini.

Maka tidak hairanlah kesan kesultanan di Yogyakarta masih terpelihara dengan baik sehingga sekarang. Sejarah Kesultanan Yogyakarta dapat dilihat bila kita melawat ke Taman Sari dan istana raja yang dinamakan Kraton.

Pintu masuk utama ke Taman Sari
Kolam permandian Sultan dan para selir (gundik) raja di Taman Sari
Pemandangan di dalam Kraton di Yogyakarta
Pelayan-pelayan Sultan di Kraton yang diberi gelaran Abdi Dalem
 Abdi Dalem junior yang duduk bersendirian di atas tanah kerana masih belum setaraf untuk duduk bersama Abdi-Abdi Dalem yang lain


Kisah perjalanan penuh kami ke Jawa Tengah boleh dibaca di sini:

Surabaya, Malang, Batu & Bromo (Jawa Timur)

Surabaya adalah kota terbesar di Jawa Timur dan kota yang kedua terbesar di Indonesia. Namun kedatangan kami ke Surabaya hanya sekadar persinggahan singkat sebelum menuju ke Malang, Batu dan Bromo.

 Pemandangan Surabaya dari udara
Ada sesuatu tentang Surabaya yang pasti akan terpahat di ingatan kami selamanya. Ketika kami sedang duduk menunggu untuk check-in di Airport Bandung sebelum berlepas ke Surabaya, breaking news muncul di TV tentang sebuah pesawat Indonesia Air Asia QZ 8501 yang terhempas di Laut Jawa. Yang mencemaskan kami ialah pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, dan kami pula sedang nak berangkat menuju Surabaya. Sewaktu mendarat di Surabaya pula, pesawat Garuda yang kami naiki bergoncang teruk terkena turbulence kerana hujan lebat. Kalau dapat tengok muka sendiri mesti dah pucat lesi masa itu.

Liputan akhbar tentang peristiwa nahas pesawat Indonesia Air Asia QZ 8501
Dalam flight tak boleh nak pasang handphone, jadi bila buka handphone sebaik tiba di Juanda Airport Surabaya, bertalu-talu mesej masuk dari keluarga dan rakan-rakan di Malaysia yang nak memastikan kami betul-betul dah selamat tiba di Surabaya. Hati juga cukup sayu melihat khemah-khemah yang didirikan di perkarangan Lapangan Terbang Juanda di Surabaya yang dijadikan sebagai Pusat Krisis Indonesia Air Asia itu. Peristiwa ini juga menyebabkan hati kami berdebar-debar sepanjang perjalanan dalam penerbangan pulang dari Surabaya kembali ke Kuala Lumpur.

Pusat Krisis Indonesia Air Asia QZ 8501
Ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat
Kota wisata utama di kawasan Jawa Timur adalah kota Batu. Sewaktu di sini kami sempat berkunjung ke Air Terjun Coban Rondo dan juga membuat akiviti memetik epal.

Air Terjun Coban Rondo
 Patung-patung mitos Hindu begini cukup banyak dijadikan perhiasan di Pulau Jawa
Ladang Epal di Batu
 Pemandangan dari Gunung Panderman
Sebuah kota lagi di Jawa Timur yang sempat kami kunjungi adalah kota Malang. Nama kota ini bukanlah bermaksud 'Nasib Tak Baik'. Ia sebaliknya adalah singkatan kepada 'Malangkusheswara', nama seorang raja yang hebat yang pernah memerintah di sini pada satu masa dulu.

 Pemandangan kota Malang dengan berlatar belakangkan Gunung Arjuna
Malang juga adalah Kota Pelajar kerana terdapat banyak universiti di sini.

Universitas Brawijaya di Malang
Di Jawa Timur, kami memanjat ke kawah Gunung Bromo. Nama 'Bromo' adalah sebenarnya loghat Jawa bagi 'Brahma', nama Dewa Hindu yang diabadikan namanya kepada gunung berapi ini.

Candi Singosari yang disinggahi dalam perjalanan ke Gunung Bromo
Pemandangan di Desa Tosari yang terletak di kaki Gunung Bromo
Tak seperti kebanyakan orang yang mengambil Sunrise Tour untuk melihat keindahan matahari terbit di Gunung Bromo, kami cuma memanjat gunung ini di waktu tengahari. Pada usia begini, rasa dah tak kuasa lagi nak bangun di awal pagi dan meredah kedinginan yang mencengkam tulang semata-mata nak melihat mentari terbit begitu. Namun hati tetap merasa bangga dapat memanjat sehingga ke kawah Bromo walau mengah terpancit dan longgar-longgar lutut dalam perjalanan.

 Gunung Bromo
Hiking naik ke Gunung Bromo
Tangga naik ke kawah Bromo
Pemandangan di kawah gunung berapi Bromo
Gunung Batok yang cantik berhampiran Gunung Bromo

Kisah penuh perjalanan kami ke Jawa Timur boleh dibaca di sini:
 

TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):