Thursday, 26 January 2023

2022 BALKANS BHG. 44 (Kavala - Istanbul)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE & TURKIYE BORDER)

Bahagian 44: Greece - Turkiye
DARI KAVALA KE ISTANBUL

HARI KESEMBILAN (1)

Part 121: Perjalanan Ke Turkiye

Sedar tak sedar, perjalanan kami dah hampir sampai ke penghujung. Pada hari ini, kami akan meninggalkan Greece menuju ke negara terakhir dalam siri lawatan Balkans Tour kami ~ Turkiye.
 
Good morning, Kavala.
Perjalanan kami dijadualkan bermula sangat awal pagi ini ~ pada pukul 6.00 pagi. Sebaik waktu Subuh masuk pukul 5.30 pagi, kami terus bersolat dan selepas itu check-out dari hotel. Sarapan pagi ini telah siap dibungkus oleh pihak hotel untuk dimakan dalam perjalanan.
 
Sarapan pagi yang dibungkus oleh hotel untuk dimakan dalam perjalanan
Set breakfast kami
Selepas dah mengambil set breakfast yang disediakan kami terus naik ke atas bas.

Suasana awal pagi di Kavala. Suhu pagi ini adalah 5'C
Membawa bagasi masuk ke dalam bas
Walau di awal pagi begini dah ada perniagaan yang dibuka di Kavala
Satu lagi pemandangan awal pagi di Kavala
Set breakfast yang disediakan
Perjalanan kami hari ini adalah melalui sebuah wilayah purba yang dinamakan sebagai Thrace (disebut: Traki). Ia kini meliputi 3 buah negara: Bulgaria (Northern Thrace), Greece (Western Thrace) dan Turkiye (Eastern Thrace).

Peta wilayah purba Thrace yang kini berada di dalam 3 buah negara: Bulgaria, Greece dan Turkiye
Perjalanan dari Kavala menuju ke sempadan Turkiye masih menggunakan Lebuhraya Egnatia Odos. 
  
Pemandangan awal pagi di Lebuhraya Egnatia Odos
Bergerak ke Turkiye
Perjalanan ke timur menuju ke arah mentari terbit
Suasana desa di bumi Greek
Laut Aegean
Mega merah di ufuk timur
Plaza Tol
Mentari terbit di Greece
Suasana selepas mentari terbit
Greek countryside
Kincir angin
Lebuhraya Egnatia Odos
Disebabkan perjalanan kami masih jauh, bas membuat perhentian Happy Hour di sebuah Hentian Sebelah yang bernama Maroneia-Sapes. Cuaca ketika itu masih agak sejuk ~ 4'C. Maklumlah, matahari baru nak keluar.

Happy Hour di Maroneia-Sapes
Pemandangan kincir angin dari perhentian Happy Hour
Hentian sebelah ini cuma mempunyai kemudahan toilet sahaja. 

Toilet di perhentian Happy Hour
Tempat rehat untuk melepaskan lelah memandu
Satu lagi pemandangan dari perhentian Happy Hour
Di perhentian Happy Hour ini juga, kita dapat melihat binaan sebuah shrine Orthodox kecil. Shrine ini dibina sebagai penghormatan kepada St. Christopher yang dianggap sebagai patron saint bagi pengembara. Satu kepercayaan penganut Kristian ialah orang yang sedang mengembara boleh memohon perlindungan kepada St. Christopher untuk keselamatan sepanjang perjalanan. Kami pernah melihat sebuah patung St. Christopher di Cologne Cathedral di Germany dulu yang dibina sebagai ucapan terima kasih dari pengembara atas perlindungan yang diberi kepada penziarah sehingga selamat sampai di gereja. Di sini pula, shrine kecil ini dibina untuk membolehkan pengembara berdoa supaya selamat sampai ke destinasi.

Shrine Orthodox yang dibina di perhentian Happy Hour
Shrine ini dibina sebagai penghormatan kepada St. Christopher yang merupakan patron saint kepada pengembara
Tulisan Greek ini bermaksud St. Christopher.
Mengintai ke dalam binaan shrine. Ada potret St. Christopher diletakkan di sana.
Pokok bunga ros putih
Meneruskan perjalanan
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke sempadan Greece - Turkiye. Pemandangan bumi Greece dipandang sepenuh hati kerana kami akan meninggalkan negara ini sebentar lagi.

Meneruskan perjalanan menuju ke sempadan Turkiye
Bumi Greece yang dipandang sepenuh hati
Goodbye, Greece. Semoga kita berjumpa lagi

Part 122: Greece Border (Kipi)

Akhirnya kami tiba di pos sempadan Greece yang terletak di daerah Kipi. Tidak seperti pos sempadan di negara-negara Balkans yang lain sebelum ini, pos sempadan Greece ini sibuk dengan kenderaan.

Pos sempadan Greece di Kipi
Booth pemeriksaan di pos sempadan
Menunggu giliran pemeriksaan
Bendera Greece bersama bendera European Union
Stesen minyak yang mempunyai kasino berhampiran sempadan
Lori yang beratur menunggu giliran pemeriksaan di pos sempadan
Di pos sempadan Greece ini, kami hanya menyerahkan passport kepada pemandu bas untuk pemeriksaan imigresen. Kami diberitahu, pemeriksaan passport akan mengambil masa paling minima 15 minit. Oleh yang demikian, kami turun dari bas dan pergi menunggu di Kedai Duty Free berhampiran. Sengaja agaknya imigresen Greece melengah-lengahkan pemeriksaan passport, sebab nak suruh kita pergi shopping dulu kat Kedai Duty Free bagi membantu ekonomi Greece.

Hellenic Duty Free Shop di sempadan Greece. Hellenic bermaksud Greek (dari perkataan Hellas yang merupakan nama tempatan bagi negara ini) dalam Bahasa Greek.
Masuk ke Kedai Duty Free
Outdoor cafe di Hellenic Duty Free.
Bas kami parking di sana sementara menunggu pemeriksaan passport selesai
Suasana di dalam Hellenic Duty Free
Pelbagai wine jenama Greece
Pakaian
Mudah nak bershopping di sini sebab Greece menggunakan matawang Euro
Raki adalah arak tradisional Turki. Walaupun Turkiye adalah sebuah negara Islam, minum arak adalah budaya yang menjadi kebiasaan sebahagian rakyatnya.
Sambil menunggu pemeriksaan passport selesai, sempat jugalah kita membeli minuman Hot Chocolate di sini. 

Kafetaria di Hellenic Duty Free
Menunggu Hot Chocolate disediakan
Take-away saja minuman Hot Chocolate ini sebab tak mahu terkocoh-kocoh minum kalau tiba-tiba dipanggil naik balik ke atas bas untuk meneruskan perjalanan.
Pemandangan pos pemeriksaan sempadan Greece dari Hellenic Duty Free Shop

Part 123: Turkiye Border (Ipsala)

Selepas selesai pemeriksaan passport, kami naik bas kembali untuk menyeberang ke sebelah Turkiye. Passport kami masih dipegang oleh pemandu bas untuk urusan pemeriksaan di sebelah Turkiye pulak nanti.

Meneruskan perjalanan menuju ke sebelah Turkiye
Naik jambatan menuju ke Turkiye
Sambil menyeberang ke Turkiye, kita minum dulu Hot Chocolate yang dibeli tadi
Ladang kapas di bawah jambatan
Ladang kapas yang luas ini masih terletak di sebelah Greece
Sempadan Greece dan Turkiye dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama River Evros. Sebuah jambatan yang dinamakan Friendship Bridge dibina merentangi sungai ini. Namun begitu bak kata Mehmet kepada kami, hubungan Greece dan Turkiye sentiasa suam-suam kuku sehingga sekarang. Love-hate relationship, bak kata orang sekarang. Kedua-dua negara saling memerlukan dan banyak berkongsi sejarah yang sama, namun masih berprasangka antara satu sama lain dalam banyak perkara.

Sungai Evros yang memisahkan Greece dan Turkiye
River Evros
Bendera Greece dan Turkiye di tengah jambatan. Guna gambar dari internet sebab tak sempat nak snap sewaktu lalu di sini.
Dah masuk ke Turkiye sekarang
Askar Turki berkawal atas jambatan
Pemandangan di sebelah Turkiye
Booth pemeriksaan sempadan di Turkiye
Turkiye
Kenderaan yang menunggu giliran untuk pemeriksaan masuk ke Turkiye
Kami cuma menunggu di atas bas sambil pemandu kami bersama Tourist Guide menyelesaikan urusan pemeriksaan passport di pos sempadan Turkiye. Di sini juga ada sebuah Duty Free Shop tetapi kami tak disuruh turun ke situ. Mungkin seperti mana di Greece tadi, pelancong yang nak masuk ke Greece dari Turkiye pun dipaksa shopping dulu kat sini sambil menunggu urusan pemeriksaan passport selesai. Dendam-berdendam begitu, hahaha!!!

Duty Free Shop di sebelah Turkiye
Kami tak disuruh masuk ke Kedai Duty Free ini di sini.
Lori yang menunggu giliran untuk masuk ke Greece
Bandar sempadan di sebelah Turkiye ini bernama Ipsala

Part 124: Turkiye

Alhamdulillah, Allah izinkan lagi Myself menjejak kaki ke Turkiye buat kali ketiga. Perasan tak Myself gunakan nama Turkiye dalam blog ini dan bukan Turkey macam dulu? Turkey secara rasmi telah menukar nama kepada Turkiye pada bulan Jun 2022 yang lalu. Penukaran nama ini juga telah mendapat pengiktirafan dari United Nations. Sebutan sebenar nama Turkiye pula adalah Tur-ki-yey.

Turkiye
Mehmet yang merupakan seorang rakyat Turkiye mengalu-alukan kedatangan kami ke negaranya.
Republic of Turkiye adalah sebuah negara yag merentas dua benua. Bahagian timurnya terletak di Semenanjung Anatolia di Asia Barat manakala bahagian baratnya pula terletak di sebahagian Semenanjung Balkan di Eropah Tenggara. Ibu negara Turkiye adalah Ankara yang terletak di wilayah Anatolia dan matawangnya bernama Lira. 

Bandar terbesar di Turkiye yang bernama Istanbul dikenali sebagai Constantinople pada masa dahulu. Pada zaman Rom Purba, ia dikenali sebagai Byzantium. Pusat kebudayaan dan ekonomi Turkiye terletak di bahagian Eropah Istanbul. Republik Turkiye ditubuhkan pada tahun 1923, selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Kemerdekaan Turkiye. Sebelum tertubuhnya Republik Turkiye, negara ini adalah pusat Empayar Ottoman.

Banyak tamadun dunia seperti Hittites, Rom dan Byzantine juga pernah bertapak di Turkiye. Walaupun Islam adalah agama rasmi Turkiye, sejarah agama Kristian juga banyak berlaku di negara ini. Jika nak tahu lebih lanjut, boleh baca entry yang Myself tulis mengenai Laodikeia dalam lawatan yang sebelum ini. Disebabkan Turkiye terletak di kedua-dua belah Eropah dan Asia, ia menjadi pintu penghubung di antara kedua-dua benua.

Peta Turkiye
Turkiye adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan budaya
Bahagian negara Turkiye yang sedang kita lalui kini adalah sebahagian dari wilayah purba Eastern Thrace (disebut Trakiya dalam Bahasa Turki). Di sinilah Raja Macedonia Alexander the Great pernah bertapak dalam perjalanannya menakluk wilayah timur sehingga meliputi Parsi dan India.

Di sinilah Alexander the Great pernah melangkah sebelum menakluk Parsi dan India.
Kilang perindustrian
Stesen minyak
Bendera Turkiye
Walau dah dua kali tiba di Turkiye sebelum ini, ini adalah kali pertama Myself sampai di sebelah sini. Terasa betapa dekatnya kita dengan sejarah peradaban Greek dan Rom dulu sewaktu berada di sini.

Arah ke Istanbul
Pemandangan dalam perjalanan
Banyak kawasan pertanian diperhatikan dalam perjalanan menuju ke Istanbul. Mengikut lagenda Greek, tanah pertanian di sini subur kerana ditabur dengan abu dari anak Dewa Zeus. Isteri Zeus yang bernama Dewi Hera dikatakan cemburu bila Zeus membuat hubungan sulit dengan seorang wanita manusia. Bila anak Zeus dengan wanita tersebut lahir, Hera menculik bayi tersebut lalu membakarnya. Abu dari bayi ini ditabur di wilayah Thrace lalu menjadikan tanahnya subur terutama dengan tanaman anggur untuk dijadikan wain. Banyak betul skandal Dewa Zeus ini dengan perempuan manusia!

Disebabkan kedudukannya yang lebih hampir dengan Eropah Kristian di sini, bilangan penduduk Turki yang tidak beragama Islam juga agak significant di wilayah ini. Mereka banyak mengusahakan penanaman anggur untuk dijadikan wain.

Ladang pertanian
Ternakan biri-biri
Menuai hasil tanaman
Lagi kawasan pertanian
Banyak hasil tanaman telah dituai pada masa sekarang
Kawasan Turkiye Eropah yang sedang kami lalui ini kini dikenali sebagai Marmara. Bandar utamanya adalah TekirdaÄŸ.

TekirdaÄŸ
Pelabuhan TekirdaÄŸ di Laut Marmara
Arah ke Istanbul
Semakin menghampiri Istanbul
Lebuhraya moden di Turkiye
Tekirdag Dr Fehmi Cumalioglu City Hospital 
Kawasan perumahan
Satu lagi pemandangan di TekirdaÄŸ
Pinggir bandar TekirdaÄŸ
Laut Marmara
Masih menuju ke Istanbul


Bersambung ke Bahagian 45...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: