Saturday 24 February 2018

2018 KERALA BHG. 10 (Cochin - KL)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

Bahagian 10: Mattancherry (2) & Pulang
JEW TOWN, COCHIN AIRPORT & COCHIN KE KUALA LUMPUR

HARI KEEMPAT (2)

Part 33: Jew Town

Dari Mattancherry Dutch Palace, kita melawat ke destinasi terakhir dalam pengembaraan kami ke Kerala ini, Jew Town. Jew Town terletak betul-betul di sebelah Mattancherry Dutch Palace. Keluar saja pintu besar istana, belok ke kanan, terus kita sampai ke Jew Town.

Jew Town
Jew Town pada masa dahulu didiami oleh orang-orang Yahudi berkulit putih yang berasal dari Semenanjung Iberia (negara Spain dan Portugal sekarang). Orang-orang Yahudi yang digelar Sephardic Jews ini diusir dari Iberia selepas kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia oleh raja-raja Roman Katholik yang mengambilalih kuasa di sana. Mereka membawa diri ke Asia Barat dan sebahagiannya merantau lebih jauh sehingga ke sini. Bila negara Israel ditubuhkan pada tahun 1948, mereka berhijrah pula beramai-ramai ke sana.

Laluan masuk ke Jew Town
Orang-orang Yahudi yang tinggal di sini dulu terdiri dari pedagang-pedagang yang kaya. Kerana itulah kedai-kedai dan bangunan di Jew Town ini kelihatan cantik dan teratur berbanding pemandangan di Fort Kochi. 

Kedai-kedai di Jew Town cantik dan teratur
Sebuah kedai cenderamata yang menarik di Jew Town
Suasana di Jew Town ada iras-iras macam Eropah
Oleh kerana Jew Town adalah sebuah tarikan pelancong di Mattancherry hari ini, ada banyak kedai cenderamata, kafe dan restoran di sini. Namun semuanya kini diusahakan oleh orang tempatan. Mengikut ceritanya, bila orang-orang Yahudi ini berhijrah ke Israel, mereka terlebih excited dan berangkat sehelai sepinggang meninggalkan kedai-kedai perniagaan mereka kepada orang-orang tempatan yang dulunya bekerja untuk mereka.


Kedai-kedai di Jew Town kini diusahakan oleh orang-orang tempatan
Tarikan utama di Jew Town adalah rumah ibadat Yahudi yang dinamakan Paradesi Synagogue (disebut: sinagog). Synagogue ini sebenarnya terletak betul-betul bersebelahan dengan Mattancherry Dutch Palace, tapi tak ada direct access menuju ke sana. Terpaksalah kita berjalan melalui kedai-kedai di Jew Town ini sebelum sampai ke sana.

Berjalan menuju ke Paradesi Synagogue
Banyak kedai souvenir menarik dilihat dalam perjalanan ke Paradesi Synagogue.
Semakin dekat dengan Paradesi Synagogue, makin banyak peninggalan Yahudi yang dapat kita lihat.

Star Of David
Tulisan Hebrew
Nama-nama Yahudi yang memiliki perniagaan di sini juga masih dikekalkan.
Uncle Hussein, penjual poskad beragama Islam di Jew Town. Dialah yang banyak bercerita tentang sejarah Jew Town kepada kami.
Peta India. Cuba cari kedudukan Kerala dalam peta ini.
Dah nampak Paradesi Synagogue kat depan sana.

PARADESI SYNAGOGUE

Penganut Yahudi tempatan yang dinamakan Malabari Jews telah ada di Cochin sebelum kedatangan Yahudi Sephardic ke Jew Town ini. Namun begitu, seperti juga Orang Portugis yang enggan mengiktiraf penganut Kristian tempatan dulu, Yahudi Sephardic juga tidak mengiktiraf Yahudi Malabari kerana mereka berkulit gelap dan miskin. 

Walaupun di Cochin ketika itu telah ada 7 buah synagogue, orang Sephardic Jews masih membina synagogue mereka sendiri yang dinamakan Paradesi Synagogue (Foreigners' Synagogue). Disebabkan ramai penganut Yahudi dari kedua-dua golongan Sephardic dan Malabari telah berhijrah ke Israel kini, semua synagogue ini tidak lagi dapat berfungsi sebagai rumah ibadat secara tetap. Ini adalah kerana bilangan Yahudi yang masih tinggal di sini tak cukup untuk membentuk kuorum (dipanggil Minyan) untuk melaksanakan ibadat di synagogue. Kehadiran sekurang-kurangnya 10 orang lelaki Yahudi diperlukan dalam sesuatu Minyan.

Paradesi Synagogue
Semua synagogue milik Yahudi Malabari di Cochin telah ditutup dan ada di antaranya telah diroboh atau ditukar fungsi. Paradesi Syanagogue adalah satu-satunya synagogue yang dapat bertahan kerana dari semasa ke semasa, ia menerima kehadiran orang Yahudi dari Israel dan Eropah yang berkunjung ke sini untuk beribadat, walaupun tidak secara regular.

Pemandangan di luar Paradesi Synagogue
Paradesi Synagogue boleh dilawati tetapi ia ditutup pada Hari Sabtu seperti hari lawatan kami kerana Shabbat. Shabbat yang bermula dari terbenam matahari setiap Hari Jumaat sehingga terbenam matahari pada Hari Sabtu adalah waktu suci bagi Orang Yahudi di mana mereka tak boleh bekerja pada ketika itu. Jadi pengunjung yang datang pada hari ini cuma boleh melihat synagogue ini dari luar sahaja.

Peringatan supaya pengunjung berpakaian sopan ditampal di dinding Synagogue
Menara Jam Synagogue ini sedang dipulihara oleh pertubuhan World Monuments Fund Jewish Heritage Programme
Menara jam yang sedang dipulihara
Pintu masuk ke ruang ibadat yang bertutup rapat
Pintu antik untuk masuk ke Synagogue
Menara Jam ini sebenarnya mempunyai 2 muka. Nombor pada muka yang menghadap ke Jew Town ditulis dalam Huruf Roman manakala bahagian yang menghadap ke Mattancherry Dutch Palace ditulis dalam huruf Malabari.
Disebabkan kita tak dapat masuk melawat ke dalam Synagogue, kita gunakan gambar dari internet untuk menggambarkan suasana di dalamnya. Kalau boleh masuk pun, fotografi tidak dibenarkan di dalam.

Pemandangan di dalam Paradesi Synagogue. Lantainya dipasang dengan 1100 keping jubin yang diimport dari China pada tahun 1762. Kesemua jubin ini mempunyai gambar dan corak yang berbeza.
Pemandangan menghala ke Ark di dalam Synagogue
Almari yang dinamakan Ark ini sentiasa ada di dalam Synangogue. Ia digunakan untuk menyimpan scroll kitab suci orang Yahudi yang dinamakan Torah (Taurat).
Seperti di St Francis Church yang kita lawati di Fort Kochi semalam, pengunjung juga perlu membuka kasut untuk masuk melawat ke Synagogue ini. Adat ini dikatakan dimulakan oleh Queen Elizabeth dari England. Sewaktu baginda melawat ke sini kira-kira 40 tahun dulu, dia telah membuka kasut kerana takut merosakkan jubin yang cantik pada lantai synagogue ini. Sejak dari itu, semua pengunjung ke Paradesi Synagogue perlu membuka kasut.

Pengunjung-pengunjung ke Paradesi Synagogue. Kami semua hanya boleh melihat dari luar sahaja kerana synagogue tak dibuka hari ini.
Pintu pagar ke perkuburan Yahudi di tepi synagogue
Kawasan perkuburan ini juga tidak boleh dimasuki.
Pemandangan sewaktu meninggalkan Paradesi Synagogue
Souvenir dan barang-barang yang dijual di sini nampak menarik dan berkualiti tinggi
Shalom adalah ucapan Salam dalam Bahasa Hebrew
Pesanan dari Persatuan Penjaja Jew Town untuk pengunjung
Katanya hanya ada satu keluarga Yahudi sahaja yang masih tinggal di sini.

GINGER HOUSE MUSEUM HOTEL

Selepas melawat Paradesi Synagogue, kami singgah pula di Ginger House Museum Hotel yang berhampiran. Seperti namanya, ia adalah sebuah hotel tapi penuh dengan hiasan barang-barang antik. Ia juga mempunyai sebuah taman yang cantik dan restoran yang menghadap ke Laut Arab yang boleh dikunjungi, walaupun kita tak menginap di sini.

Ginger House Museum Hotel
Lorong di depan Lobi Hotel
Pemandangan Lobi Hotel dari luar
Taman di Ginger House Museum Hotel
Landskap taman yang menarik
Restoran di Ginger House Museum Hotel
Dekorasi di restoran ini sangat menarik
Restoran ini menghadap ke Laut Arab
Pemandangan sewaktu meninggalkan Ginger House Museum Hotel
Kedai-kedai cenderamata di sini memang menarik.
Meninggalkan Jew Town

Part 34: Pulang Ke Kochi

Selepas melawat Jew Town, tibalah masa untuk kami kembali ke Hotel PGS Vedanta untuk makan tengahari sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Cochin untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Fort Kochi yang dilalui sekali lagi dalam perjalanan pulang
Masjid Al Madrasatul Madeena di Fort Kochi
Bas Awam
Tuk Tuk di tepi landasan keretapi
Tiba semula di Kochi
Makan tengahari di PGS Vedanta Hotel
Ais kerim yang akan dirindui di PGS Vedanta Hotel
Sedang check-out dari hotel.
Waktu check-out standard di Hotel PGS Vedanta adalah pada pukul 12 tengahari, tetapi kami mendapat extended check-out sehingga ke pukul 2 petang. Sempatlah bersolat dulu dengan selesa di hotel sebelum berlepas ke airport.

Manager di hotel ini hairan kenapa kami cuma tinggal di Kerala selama 4 hari. Orang Malaysia selalunya tinggal di Kerala sampai sebulan, katanya. Itu mesti businessman dari Malaysia, atau pengunjung yang membuat pilgrimage di kuil-kuil dan gereja di sini. Pelancong bajet macam kami ni memanglah tak mampu nak stay lama-lama macam itu. Secara overall, service dan fasiliti di Hotel PGS Vedanta memang tip-top. Myself tak keberatan nak recommend hotel ini kepada sesiapa yang bercadang nak berkunjung ke Kochi.

Rehat sekejap kat lobi
Menunggu Roji datang untuk membawa kami ke airport

Part 35: Cochin Airport

Walaupun penerbangan kami dijadual berlepas pada pukul 8.30 malam, kami telah meminta Roji menghantar kami ke airport pada pukul 3 petang. Lepas dah check-out dari hotel, kami dah tak ada tempat lagi nak dituju. Jadi terus sajalah ke airport.

Orang kat depan sana pun nak ke airport agaknya. Banyak betul barang dia orang sampai kena letak atas bumbung kereta.
Polis trafik
Pemandangan di pinggir bandar Kochi
Little Flower Engineering College yang dimiliki oleh Little Flower Church di Kochi.
Akhirnya, dapat juga tengok rupa paras sebenar Kochi Metro sewaktu dalam perjalanan nak menuju ke Airport.
Sebuah masjid dalam perjalanan ke airport
Stesen Muttom
Kerala Backwaters yang pasti tak mudah untuk dilupakan.
Arah ke Cochin International Airport
Terminal 1, Cochin International Airport
Pintu masuk kenderaan ke Kompleks Lapangan Terbang
Perjalanan dari Kochi ke Cochin Airport memakan masa kira-kira sejam. Terus kami dibawa ke Terminal 3 yang merupakan terminal bagi perlepasan antarabangsa.

Terminal 3, Cochin International Airport untuk penerbangan antarabangsa
Drop-off Area di Terminal 3, Cochin International Airport
Seperti juga airport-airport lain di India, Bangunan Terminal hanya boleh dimasuki oleh penumpang-penumpang pesawat. Saudara-mara dan kawan-kawan yang nak menghantar memang tak boleh masuk ke dalam bangunan terminal.

Penumpang pesawat pula perlu menunjukkan tiket atau boarding pass dan pengenalan diri seperti passport untuk masuk ke dalam terminal. Sewaktu kami menunjukkan boarding pass kami kepada pegawai keselamatan yang bertugas, dia bertanya sama ada betul kami dah nak masuk ke dalam kerana penerbangan kami lama lagi nak berlepas. Kalau dah masuk ke dalam, tak boleh keluar lagi, katanya. Memang kami nak masuk ke dalam, nak tumpang air-cond kat dalam sana sebab cuaca di luar ni sangat-sangat panas. Lagipun kami sebatang kara di Kochi ni, manalah ada saudara atau teman yang nak menghantar kami balik ke KL.

Pintu masuk ke dalam terminal. Kalau dah masuk ke dalam sana, tak boleh keluar balik ke sini dah...
Pemandangan di dalam Bangunan Terminal
Kaunter-kaunter Check-in
Menuju ke Ruang Menunggu
Kaunter Air Asia belum dibuka ketika itu. Jadi kami terus saja ke ruang menunggu. Jika kedatangan kita dulu disambut oleh hanya seekor gajah, kepulangan kami pula dihantar oleh 15 ekor gajah.

15 ekor gajah yang menghantar kami pulang di Ruang Menunggu Cochin International Airport
Kerusi di ruang menunggu Cochin Airport macam set kerusi kat ruang tamu di rumah.
Pemandangan ke arah kaunter check-in dari ruang menunggu
Bila tengok kaunter IndiGo ini, teringat percutian kami ke India Utara dulu kerana kami menggunakan khidmat IndiGo dari New Delhi ke Srinagar di Kashmir.
Gajah-gajah di ruang menunggu Cochin Airport memang mengujakan. Sesiapa saja yang lalu kat sini mesti nak bergambar dengan mereka.

Mengambil gambar gajah
Kenangan bersama gajah di Cochin
Gempar tak agaknya satu airport kalau kita bunyikan loceng pada gajah ini?
Berlakon je ni... Hehee!
Pemandangan Mahout-Mahout Gajah dari belakang. Kipas merak mereka lagi lawa dari kipas yang kita beli kat Kerala Backwaters hari tu.
Tumpang charging telefon kat tiang dalam airport
Kaunter Check-in Air Asia telah pun dibuka
Kita pergi check-in dulu...
Sewaktu check-in di kaunter Air Asia, kami diberitahu yang flight kami yang sepatutnya berlepas pada pukul 8.10 malam telah delay sehingga 9.00 malam. Okaylah tu, sejam je delay.

Menuju ke pemeriksaan imigresen
Banyak pulak Myself kena tanya dengan Imigresen India ni sewaktu melalui pemeriksaan. Macam-macam dia tanya: berapa lama duduk kat India, hotel mana kita stay kat India dan sebagainya. Pelik jugalah kenapa dia bertanya soalan-soalan begitu, sedangkan kita nak keluar dari India, bukannya baru tiba nak masuk ke India.

Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kita makan dulu kat Food Court di airport ni. Best betul sebab semua makanan yang dijual di sini adalah Halal.

Food Court di Cochin International Airport
Semua makanan di Food Court ini dijamin Halal
Kita pilih Makanan Cina sebab dah tak larat nak makan kari lagi.
Banyak pulak portion makanannya. Kalau tahu banyak begini, kita beli satu set saja tadi kongsi berdua dengan Husband.
Kakak Ipar memilih untuk makan Maggi saja di sini. Maggi tu dibawa dari Malaysia.
Pemandangan Boarding Gate dari Food Court
Lif turun dari Food Court ke kawasan Boarding Gate
Bila masuk waktu Maghrib, kita cari pula Prayer Room untuk Solat Jamak Maghrib dan Isyak. Prayer Room ini terletak berdekatan dengan Gate 2.

Arah ke Prayer Room
Pintu masuk ke Prayer Room
Semoga Allah memberi rahmat kepada M.A. Yusuff Ali yang menaja kelengkapan di dalam Prayer Room ini.
Pemandangan dari pintu masuk
Ruang Solat
Tempat Wuduk
Satu lagi pemandangan di Ruang Solat
Disebabkan flight dah delay, memang kita punya punya masa untuk meninjau kedai-kedai yang ada di Ruang Perlepasan ini.

Kerusi berkusyen empuk di Pintu Perlepasan. Tak sabar nak balik bila tengok kerusi ini sebab sebiji macam kerusi kat rumah.
Memories Of India
Travelator
Kedai-kedai di Ruang Perlepasan
Ada saja WH Smith ni di mana-mana airport
Duduk di kerusi empuk menunggu Air Asia tiba
Meditation Room
Pintu Perlepasan kami, tapi Air Asia belum tiba lagi masa ni.
Air Asia ke Kuala Lumpur
Pesawat Air Asia kami terus delay sehingga ke pukul 10.20 malam. Letih dan mengantuk sungguh kami menunggu.

Berjalan masuk pesawat.
Seperti juga pengalaman kami melawat ke India Utara dulu, urusan sekuriti sangat diambil berat di airport-airport di India. Percaya tak, ada 4 kali pemeriksaan passort dari Boarding Gate sehingga ke pintu pesawat.

Tersekat pulak kat sini masa nak masuk ke pesawat

Part 36: Cochin - Kuala Lumpur

Mimpi ngeri masa menaiki pesawat ke Cochin ini bagai berulang lagi dalam pesawat yang nak menuju balik ke Kuala Lumpur. Seperti dulu, ramai penumpang pesawat ini terdiri dari rakyat India.

Kesian kita tengok anak-anak kapal melayan kerenah penumpang yang extraordinary degil dalam pesawat ini. Kita pun naik cemas bila melihat penumpang yang duduk betul-betul depan kita masih rancak membuat video call sewaktu pesawat tengah bergerak menuju ke runway. Sibuklah tu nak beritahu orang kampung yang dia dah nak terbang ke Kuala Lumpur! Kalau bab bau yang menusuk ke hidung tu, tak payahlah nak cerita, kan?

Penumpang masuk ke dalam pesawat
Kalau naik flight pergi ke tempat lain, muka kita mesti happy. Tapi kalau naik flight dalam laluan ke India ni, tension muka tengok suasana di keliling.
Ada Free Wi-Fi dalam flight ini, tapi kami tak cuba pun.
Bila flight dah selamat berlepas ke udara, Kapten Pesawat memohon maaf atas kelewatan yang berlaku. Kata Kapten, flight asal yang patut terbang ke sini dari Kuala Lumpur mengalami kerosakan teknikal sehingga memaksa Air Asia membuat pertukaran pesawat. Tu la yang lewat tu! Tak jadi kita nak marah kat Air Asia.

Lampu pesawat dimalapkan untuk perlepasan malam.
Pemandangan bila pesawat dah selamat berlepas ke udara.
Syoknya dia orang boleh tidur dalam flight ni!
Sajian Penerbangan
Disebabkan kami dah kenyang makan mi kat Food Court di Airport tadi, kita bungkus sajalah makanan yang dah pre-order ni untuk dibuat breakfast nanti.
Selamat kembali ke Malaysia yang tercinta.
Penerbangan memakan masa 4 jam, dan waktu di Kuala Lumpur adalah 2 jam 30 minit lebih awal dari di Kochi. Ini bermakna kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 5 pagi. Adoii, tak tidur kita sepanjang malam ini!

Walau tak tidur sepanjang malam, Alhamdulillah selamat tiba di Kuala Lumpur.


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):

CATATAN PERJALANAN LAIN (INDIA) :