Sunday 21 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 32 (Roman Bridge)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 32: Spain
CORDOBA - SEVILLE
(Roman Bridge)

HARI KETUJUH (6)

Part 89: Roman Bridge

Perjalanan kami selepas melawat Mezquita-Catedral de Cordoba adalah menuju ke Seville untuk bermalam.

Fountain di Orange Trees Courtyard, Mezquita-Catedral de Cordoba
Berjalan meninggalkan Mezquita-Catedral de Cordoba
Kata Local Tour Guide kami yang bernama Zarina, bas kami menunggu di seberang Sungai Guadalquivir. Oleh yang demikian, kami dibawa menyeberang sungai ini menerusi Roman Bridge.

Sebelum tiba di jambatan di penghujung bangunan Mezquita-Catedral yang sangat besar itu, kita akan bertemu dengan sebuah tiang tinggi yang dinamakan sebagai Triumph of Saint Raphael (Triunfo de San Rafael). Ia dibina pada tahun 1765 sebagai penghormatan kepada Archangel Raphael yang dianggap sebagai Protector of Cordoba.

Triumph of Saint Raphael (Triunfo de San Rafael)
Triumph of Saint Raphael ini dibina di penghujung bangunan Mezquita-Catedral de Cordoba dan di tebing Sungai Guadalquivir.
Patung yang dibina di puncak tiang ini adalah Archangel Raphael
Kota Cordoba dibina di tebing utara Sungai Guadalquivir dan Roman Bridge dibina menyeberangi sungai tersebut. Sebuah pintu kota lama yang dinamakan Gate Bridge (Puerta del Puente) dibina di pintu masuk ke jambatan. Ia dibina untuk meraikan kedatangan King Felipe II ke Cordoba pada tahun 1570.

Pemandangan Bridge Gate (kiri) dan Triumph of Saint Raphael (kanan)
Bridge Gate (Puerta del Puente)
Pandangan lebih dekat Bridge Gate
Kedai-kedai cenderamata berdekatan Bridge Gate
Bridge Gate ini juga adalah sebuah persinggahan bas Hop On Hop Off Cordoba
Laluan masuk ke Roman Bridge di belakang Bridge Gate
Cordoba pada mulanya dibina hanya di satu belah tebing Sungai Guadalquivir. Walau bagaimanapun setelah kota ini semakin membesar, penempatan penduduk melimpah sehingga ke seberang sungai. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk membina sebuah jambatan untuk menghubungkan bandar di kedua-dua belah tebing Sungai Guadalquivir.

Sewaktu Cordoba ditadbir oleh Empayar Rome, sebuah jambatan terus dibina. Memandangkan jambatan asal ini dibina oleh Orang Rome pada kurun pertama Masehi, ia terus dikenali sebagai Roman Bridge sehingga sekarang.

Permulaan Roman Bridge di sebelah kota Cordoba
Jambatan ini telah menerima anugerah Europa Nostra Award 2014 dari European Union sebagai sebuah Cultural Heritage
Selama 20 abad, Roman Bridge adalah satu-satunya jambatan yang dibina di Cordoba untuk menyeberang Sungai Guadalquivir. Nama Sungai Guadalquivir sebenarnya berasal dari nama Arab Al-Wadi Al-Kabir yang bermaksud The Big River. Ia adalah sungai yang kedua terpanjang di Spain dan satu-satunya sungai yang boleh dimasuki kapal di negara ini. 

Pada zaman Roman, Sungai Guadalquivir boleh dimasuki kapal bermula dari Gulf of Cadiz sehingga ke Cordoba sendiri. Namun demikian, disebabkan sungai ini telah semakin cetek, kapal hanya boleh berlayar menerusi Sungai Guadalquivir bermula dari Gulf of Cadiz sehingga ke Seville sahaja sekarang.

Sungai Guadalquivir
Nama Sungai Guadalquivir adalah berasal dari perkataan Arab Al-Wadi Al-Kabir yang bermaksud Big River
Selama 20 abad, Roman Bridge ini adalah satu-satunya jambatan yang dibina di Cordoba untuk menyeberang Sungai Guadalquivir
Satu pemandangan yang boleh dilihat di tebing Sungai Guadalquivir ialah kincir air lama yang dinamakan Albolafia Water Mill (Molino de la Albolafia). Ia dibina oleh Khalifah Abdul Rahman II untuk memindahkan air sungai ke aqueduct yang membekalkan air ke Istana Khalifah. Kincir air ini walau bagaimanapun telah diberhentikan penggunaannya oleh Queen Isabel I yang tidak suka kepada bunyi bising yang dihasilkannya. 

Albolafia Water Mill
Pandangan dekat Albolafia Water Mill [Gambar dari internet]. Penggunaannya telah diberhentikan oleh Queen Isabel I yang terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkannya.
Kita berjalan sambil menikmati pemandangan Sungai Gudalquivir dan City of Cordoba dari atas Roman Bridge...

Suasana di atas Roman Bridge
Menara di hujung sana adalah Calahorra Tower 
Bergambar atas Roman Bridge
Husband bergambar atas Roman Bridge dengan berlatar belakangkan kota Cordoba
Membawa anjing bersiar-siar di atas Roman Bridge
Sungai Guadalquivir
Pandangan Albolafia Water Mill yang penggunaannya telah diberhentikan oleh Queen Isabel I yang terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkannya.
Berjalan di atas Roman Bridge
Di tengah-tengah Roman Bridge, ada sebuah patung Archangel Raphael yang dibina pada kurun ke-17. Menurut ceritanya sewaku wabak Black Plague melanda Cordoba pada tahun 1649, penduduk Cordoba berdoa kepada Archangel Raphael kerana dia dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Selepas berdoa, ramai pesakit yang sembuh di samping jumlah kematian yang menurun. Oleh yang demikian, penduduk Cordoba mendirikan patung sebagai tanda terima kasih kepada Archangel Raphael di merata-rata tempat termasuklah di atas jambatan ini.

Patung Archangel Raphael di tengah-tengah Roman Bridge
Seperti patung St John of Nepomuk yang pernah kami lihat di Charles Bridge di Prague dulu, patung Archangel Raphael ini juga sangat dihormati oleh orang Katholik. Orang Katholik berdoa sambil menyalakan lilin. Oleh yang demikian ada Votive Altar yang diletakkan di depan patung ini untuk menyalakan lilin.

Ada Votive Altar untuk menyalakan lilin diletakkan di depan patung ini
Pemandangan patung Archangel Raphael dan Votive Altar dari depan
Jika diperhatikan betul-betul, patung Archangel Raphael ini dibina memegang ikan di sebelah tangannya sebagai simbol kuasa menyembuh dan melindungi. Ia merujuk kepada kisah di dalam Bible di mana Raphael telah menyembuhkan seorang lelaki tua dari penyakit buta dengan menyuruh anak lelaki itu menyapu mata ayahnya dengan insang seekor ikan.

Patung Archangel Raphael yang dibina dengan memegang seekor ikan pada tangannya.
Votive Altar di depan patung Archangel Raphael
Kita terus berjalan lagi sehingga ke penghujung sebelah sana jambatan di mana berdiri sebuah binaan yang dinamakan Calahorra Tower.

Berjalan menuju ke Calahorra Tower
Taman di seberang sana Sungai Guadalquivir. Ramai yang berjemur di musim panas begini.
Calahorra Tower adalah sebuah struktur pertahanan yang dibina oleh pemerintah Muslim di penghujung Roman Bridge pada tahun 1100. Rekabentuk struktur ini memang sangat kebal.

Pada tahun 1369, King Enrique II meningkatkan lagi pertahanan pada struktur ini dengan menambah sebuah menara di tengahnya sebagai persediaan untuk menghadapi serangan dari saudara tirinya yang bernama Pedro The Cruel. Walau beriya dia mendirikan menara tersebut, Enrique akhirnya berjaya membunuh Pedro dengan cara menikam beliau dengan pisau sewaktu Pedro sedang tidur di dalam khemahnya.

Calahorra Tower
Calahorra Tower pernah dijadikan penjara dan pusat kuarantin pada tahun 1700-an. Ia juga pernah dijadikan sebuah sekolah perempuan pada tahun 1800-an. Ia kini menempatkan sebuah muzium mengenai kehidupan lampau di Cordoba tetapi kami tidak masuk melawat ke situ.

Pintu masuk ke Calahorra Tower
Berjalan mengeliling Calahorra Tower untuk menuju ke tempat bas
Pintu masuk ke muzium dan struktur bawah menara
Penjual topi di tepi Calahorra Tower
Tembok ini adalah binaan asal yang dibina oleh Orang Islam untuk pertahanan Roman Bridge
Menara di tengah ini telah didirikan oleh King Enrique II untuk pertahanan dari serangan saudara tirinya yang bernama Pedro the Cruel
Husband sedang mengambil gambar Calahorra Tower
Pemandangan Calahorra Tower dari sisi
Kota yang kelihatan sangat kebal
Berjalan di pinggir Sungai Guadalquivir
Taman di pinggir Sungai Guadalquivir
Sewaktu berjalan di pinggir Sungai Guadalquivir, secara tak sengaja Myself dan Husband tertoleh ke belakang dan terpandang pemandangan indah Roman Bridge bersama bandar Cordoba. Apa lagi, terpaksalah kita berhenti untuk mengambil gambar. Sebab itu ada pepatah Melayu yang berkata: Jalan siang pandang-pandang, jalan malam dengar-dengar. Kikikihhh!!!

Pemandangan sewaktu tertoleh ke belakang
Terpaksalah berhenti untuk mengambil gambar walau ada banyak tulisan graffiti di sini
Pemandangan indah Roman Bridge dan bandar Cordoba
Pemandangan dari sini pulak...
Kesemua Roman Bridge, Bridge Gate, Calahorra Tower dan Mezquita-Catedral de Cordoba ini telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1984.
Pandangan terakhir Mezquita-Catedral de Cordoba buat kali terakhir sebelum kami meninggalkan Cordoba

Part 90: Perjalanan Ke Seville

Kota Cordoba kami tinggalkan dengan penuh keinsafan. Ternyata Allah Maha Berkuasa dan tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Kerajaan yang hebat dan kuat selama 800 tahun boleh runtuh dengan sekelip mata bila Umat Islam tidak lagi menghiraukan perintah Allah. Di awal penubuhannya sewaktu Umat Islam mengikut ajaran Islam yang sebenar, Cordoba bukan sekadar kuat malah menjadi pusat kegemilangan segala-galanya. Namun manusia bersifat pelupa dan mudah dikuasai nafsu. Bila mereka lupa dan dikuasai nafsu, mereka mula berpecah-belah sehingga menjadi lemah dan akhirnya ditewaskan dengan mudah oleh musuh-musuh mereka.

Dalam bas menuju ke Seville
Destinasi kami yang seterusnya adalah Seville yang terletak 145 km dari Cordoba dengan perjalanan dijangka memakan masa 1 jam 30 minit. Seperti Cordoba, Seville juga adalah juga sebuah Kerajaan Islam di Al Andalus pada masa dahulu.

Pemandangan sewaktu meninggalkan Cordoba
Meninggalkan Cordoba
Perjalanan menuju ke Seville
Jalan keretapi
Tahukah anda apakah sebenarnya yang dikatakan Al Andalus? Dalam perjalanan ke Seville ini, mari kita selusuri tentang sejarah Al Andalus di Eropah. Al Andalus sebenarnya merujuk kepada kawasan geografi di Spain, Gibraltar, Portugal dan Southern France yang pernah diperintah oleh Kerajaan Islam.

Pemandangan di bumi Al Andalus
Menuju ke lebuhraya
Keindahan petang di Southern Spain
Spanish Countryside
Bunga-bunga liar masih berkembang mekar di tepi jalan
Kerajaan Islam yang pertama sekali muncul di Spain adalah Cordoba pada tahun 755 Masehi. Ia menguasai hampir seluruh Semenanjung Iberia. Apakah yang dikatakan Semenanjung Iberia? Semenanjung Iberia adalah semenanjung di penghujung Eropah di mana letaknya negara Spain dan Portugal sekarang. Kawasan yang dikuasai Kerajaan Cordoba inilah yang dinamakan Al Andalus. Namun demikian, selepas 100 tahun, perebutan kuasa mula berlaku sehingga akhirnya Kerajaan Cordoba berpecah menjadi 23 negara berasingan yang dinamakan taifa.

Peta Emiriah Cordoba pada tahun 1000 Masehi sebelum ia berpecah
Peta Emiriah Cordoba yang telah berpecah menjadi 23 taifa pada tahun 1031
Taifa-taifa ini sering bercakaran sesama mereka. Bila dah bergaduh, mereka berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan luar. Akhirnya, taifa Badajoz, Zaragoza dan juga Sevilla terpaksa membayar ufti kepada Raja Kristian King Alfonso VI of Leon & Castile untuk mendapatkan perlindungan. Pada penghujung kurun ke-13 Masehi, kesemua taifa ini jatuh ke tangan Kristian selain dari Granada. Setelah bertahan sekian lama Granada juga turut menjadi taifa terakhir yang dikuasai Kristian pada tahun 1492.

Ladang gandum yang menguning ranum
Bayangkanlah keadaannya sewaktu bumi ini dikuasai Kerajaan Islam dahulu...
Pasti kawasan ini pernah menyaksikan pertempuran di antara Tentera Islam dengan Tentera Kristian pada masa dahulu...
Cordoba adalah kawasan beriklim paling panas di Spain. Pasti Tentera Muslim yang juga datang dari kawasan panas tidak sukar untuk menyesuaikan diri dengan iklim baru di sini ketika itu.
Persimpangan
Seperti yang pernah Myself pelajari dalam sejarah Kerajaan Ottoman sewaktu melawat Turkiye dulu, bibit-bibit perpecahan dalam Kerajaan Islam termasuk Kerajaan Cordoba bermula disebabkan masalah dalaman Keluarga Sultan yang mempunyai ramai isteri. Raja-Raja Islam dulu tidak mengamalkan sistem di mana anak yang sulung menjadi pengganti mutlak setelah mereka meninggal dunia. Mana-mana anak dari mana-mana isteri mereka boleh dipilih menjadi pewaris takhta. Inilah yang menimbulkan perasaan dengki dan dendam yang sering membawa kepada perpecahan, lebih-lebih lagi kerana anak tersebut (yang selalunya dipengaruhi oleh ibu mereka) ingin mewarisi kekayaan dan kuasa yang dimiliki oleh ayah mereka dengan mudah.

Umpamanya Khalifah Granada yang terakhir, Muhammad XII yang lebih dikenali sebagai Boabdil di Barat tidak berpuas hati apabila tidak dipilih oleh ayahnya Khalifah Muley Hasan sebagai pewaris takhta. Demi untuk mendapatkan takhta, beliau berpakat untuk mendapatkan bantuan dari Raja Castile yang beragama Kristian untuk menjatuhkan ayahnya sendiri. Muhammad XII berjaya menaiki takhta tetapi tidak lama kemudian terpaksa tunduk dan menyerahkan Kerajaan Granada kepada King Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castile akibat termakan budi.

Pemandangan ladang gandum yang mula digantikan dengan tanaman zaitun
Spain adalah pengeluar produk zaitun yang terbesar di dunia
Solar Farm yang luas dalam perjalanan menuju ke Seville
Panel-panel Solar
Ladang pokok zaitun
Sewaktu Kerajaan Islam Al-Andalus berpecah, Kerajaan-Kerajaan Kristian di Spain Utara seperti Leon, Castile, Navarra, Aragon dan Catalenes semakin bersatu kerana mereka mempunyai satu matlamat yang sama ~ ingin menguasai kembali bumi Sepanyol dari Kerajaan Islam. Oleh itu, mereka sentiasa mengintai peluang untuk menakluk dan mengalahkan Kerajaan-Kerajaan Islam Al-Andalus. Kekuasaan Kristian menjadi semakin mantap bila dua buah Kerajaan ini (Castile dan Aragon) bersatu melalui perkahwinan pemerintah mereka King Ferdinand II dari Aragon dan Queen Isabella I dari Castile. Seperti yang Myself pernah ceritakan dahulu, King Ferdinand dan Queen Isabella adalah Catholic Monarchs yang melengkapkan gerakan Reconquista (Reconquest) yang akhirnya menumpaskan Kerajaan Islam Al-Andalus.

Masih pemandangan ladang zaitun
Ladang gandum yang berselang-seli dengan ladang gandum
Pemandangan indah di bumi Spain
Kawasan pertanian di Spain memang sangat luas
Pertanian menyumbang kira-kira 3% dari pendapatan negara Spain
Taifa-taifa yang kecil kembali bergabung dan berlindung dengan taifa yang lebih besar bila berdepan dengan ancaman serangan Kristian. Namun segala-galanya telah terlewat. Taifa yang pertama jatuh ke tangan Kristian adalah Toledo pada tahun 1085. Ia diikuti oleh Almeria (1147), Tortosa (1148), Cordoba (1236), Valencia (1238), Seville (1248) dan akhirnya Granada (1492). Kita dah melawat dan mempelajari sejarah ini di Granada dan Cordoba. Kita akan terus menyusuri sejarah ini di Seville pula esok.

Had laju kenderaan di kebanyakan highway di Spain adalah 100 km/jam
Kembali melihat pemandangan ladang gandum yang sedang menguning
Ladang gandum saujana mata memandang
Pemandangan di Spain di penghujung Musim Bunga
Indah dan menawan
Sesuatu yang Myself perhatikan di Spain ialah lebuhraya mereka tidak mempunyai kawasan Rehat & Rawat yang sebenar seperti di Malaysia. Setiap kali kalau nak membuat Toilet Stop, kami akan keluar sedikit dari lebuhraya. Sebelum sampai di Seville misalnya, bas kami keluar dari highway dan membuat Toilet Stop di kawasan La Carlota. 

Keluar dari highway nak menuju ke La Carlota
Persinggahan kami adalah Camino de Servicio (Service Path) yang ditandakan pada signboard ini.
Restaurante San Javier yang juga mempunyai stesen minyak dan kedai runcit
Turun dari bas sekejap untuk membuat Toilet Stop
Beli Orange Juice di sini sebab teruja melihat banyak Pokok Oren di sepanjang perjalanan
Meneruskan perjalanan ke Seville

Part 91: Hotel B&B Seville

Hotel penginapan kami malam ini adalah sebuah hotel 3 bintang yang bernama B&B Hotel. Ia terletak di sebuah kawasan di pinggir Seville yang bernama Écija (disebut: Ey-si-ha).

Écija
B&B Hotel di Écija
Hotel B&B Ã‰cija bersambung dengan pasaraya Carrefour di sebelahnya
Bangunan Hotel B&B Écija bersambung dengan sebuah pasaraya Carrefour di sebelahnya. Pasaraya Carrefour ini disebut sebagai Kari-foor dalam Bahasa Spanish. Namun begitu kami tak dapat nak melawat ke pasaraya tersebut sebab ia ditutup pada Hari Ahad seperti ketika kami di sana.

Centro Comercial di Écija 
Hotel B&B di Ã‰cija ini benar-benar mengingatkan Myself kepada Jet Hotel yang pernah menjadi penginapan kami di Zurich, Switzerland dulu. Seperti juga di Hotel Jet dulu, kami terpaksa naik lif yang kecil untuk naik ke lobinya yang terletak di tingkat atas.

Bas berhenti menurunkan kami di sini
 Lobi hotel ini berkongsi ruang dengan restorannya.

Kaunter reception yang berkongsi ruang dengan restoran hotel
Reception Counter yang comel
Urusan check-in dan check-out juga boleh dibuat menggunakan mesin yang disediakan di lobi hotel.
Restoran hotel yang juga comel
Ada mesin minuman percuma termasuk air panas disediakan di hotel ini
Ruang menunggu yang comel di hotel
Menunggu untuk check-in
Disebabkan hotelnya comel, bilik penginapannya pun comel. Terpaksalah kita menggunakan kreativiti untuk meletakkan beg dan menyediakan ruang untuk bersolat. Mujurlah Myself dan Husband dah banyak experience juga menginap di hotel-hotel sebegini di oversea. Kalau first time sampai di Europe dan terus menginap di hotel sebegini, boleh sesak nafas juga dibuatnya.
 
Notis di pintu bilik penginapan
 Pemandangan bilik penginapan di Hotel B&B Ã‰cija
Sesak nafas juga kita menengok saiz bilik ini
Pemandangan menghala ke pintu masuk
Bilik mandi
Dinner malam itu disediakan secara bungkus dan dihantar terus ke bilik. Makanannya macam semalam juga: Chicken and Fries tetapi lupa pulak kita nak ambil gambar.


Bersambung ke Bahagian 33...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):