Sunday 4 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 39 (Belem)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[PORTUGAL: Lisbon]

Bahagian 39: Portugal
LISBON
(Belém: Tower of Belém, Monument To Discoveries & Monastery of Jeronimos)

HARI KESEMBILAN (2)

Part 111: Tower of Belém

Tower of Belém (Torre de Belém) adalah sebuah menara lama yang dibina di Sungai Tagus pada abad ke-16 Masehi. Nama rasminya adalah Tower of Saint Vincent, sempena nama patron saint bagi bandar Lisbon. Ia telah diberi pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1983.

Tiba di Tower of Belém
Penjaja cenderamata di laluan menuju ke Tower of Belém
Zarina memberi penerangan tentang Tower of Belém
Penjual air nanas
Pada masa dahulu, Tower of Belém berfungsi sebagai tempat perlepasan dan kepulangan kapal-kapal yang membuat eksplorasi ke serata dunia di bawah Empayar Portugal. Lokasi menara ini di pertemuan Sungai Tagus dengan Laut Atlantik terlindung dari tiupan angin kencang Atlantik.

Tower of Belém
Pandangan lebih dekat Tower of Belém
Ada legenda yang mengatakan menara ini pada asalnya dibina di tengah Sungai Tagus tetapi bila gempa bumi mengubah aliran sungai, ia tertolak sehingga ke tebing. Namun kajian menunjukkan aliran Sungai Tagus tidak pernah berubah sewaktu gempa bumi dan menara ini sebenarnya memang dibina di atas sebuah pulau yang sedikit ke tengah dari tebing sungai.

Ada ramai pelawat di Tower of Belém kerana ia adalah salah sebuah tarikan pelancongan utama di Lisbon.
Model Tower of Belém
 Pandangan sisi
Pandangan depan
Pandangan sisi yang satu lagi
Tower of Belém dibina pada kurun ke-16 Masehi dan direkabentuk oleh arkitek Francisco de Arruda. Fungsi utamanya yang sebenar adalah melindungi kota Lisbon dari serangan sepanjang Sungai Tagus. Ia juga menjadi tempat permulaan pelayaran bagi pelaut dan menjadi pandangan daratan yang terakhir bagi mereka ketika menuju ke laut lepas. Pembinaannya dimulakan oleh King John II dan diteruskan oleh King Manuel I. Menara ini juga pernah berfungsi sebagai rumah api dan penjara bagi ahli-ahli politik.

Pandangan sisi Tower of Belém
Bergambar dengan Tower of Belém
Bangunan Tower of Belém setinggi 35 meter ini terdiri dari 5 tingkat yang disambung oleh spiral staircase yang sempit. Kami tidak masuk ke dalam tetapi bolehlah dibayangkan yang tangga ini sama sempitnya seperti tangga yang kami lihat di kota Al Kasaba di Chefchaouen, Morocco dulu.

Fungsi setiap aras Tower of Belém (Gambar: Internet)
Tower of Belém dibina menggunakan senibina yang dinamakan sebagai Manueline kerana ia diperkenalkan oleh King Manuel I. Hiasan yang menarik pada binaannya adalah plaster yang dibentuk seperti tali pintal yang banyak digunakan pada kapal-kapal Portugis dahulu.

Pandangan menara dari luar
Senibina pada bangunan ini dinamakan gaya Manueline
Hiasan berbentuk tali kapal mengelilingi Tower of Belém
Menara kawalan yang dihias dengan salib Cross of the Order of Christ pada bumbungnya.
Balkoni menara
Tower of Belém hanya boleh dimasuki oleh sebilangan pelawat yang tertentu sahaja pada setiap hari untuk menjaga monumen bersejarah ini dari rosak. Dengan peraturan sedemikian, dah pasti tiket masuknya perlu ditempah awal-awal lagi. Disebabkan Myself curious nak tahu bagaimana rupa di dalamnya, kita carilah gambar-gambar dari internet untuk diletakkan di sini...

Pelawat yang menunggu giliran masuk ke Tower of Belém
Hanya sebilangan pelawat yang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk melawat ke dalam pada setiap hari
Pintu masuk ke Tower of Belém (Gambar dari internet)
Meriam pertahanan yang diletakkan di tingkat bawah Tower of Belém (Gambar dari internet)
Pemandangan balkoni Tower of Belém (Gambar dari internet)
 Patung Our Lady of Safe Homecoming yang dianggap sebagai pelindung kepada para pelaut. (Gambar dari internet)
Pemandangan dari tingkat atas Tower of Belém (Gambar dari internet)
Terdapat banyak ukiran perhiasan yang dipasang kepada Tower of Belém. Antara yang terkenal adalah ukiran Badak Sumbu yang dihadiahkan oleh Maharaja India kepada Kerajaan Portugal. Badak Sumbu ini kemudiannya dihadiahkan pula oleh King of Portugal Manuel I kepada Pope Leo X di Vatican. Malangnya badak ini mati bila kapal yang membawanya ke Vatican tenggelam di lautan. Bila bangkainya ditemui, ia diawet dan diisi dengan jerami untuk tetap dihadiahkan kepada Pope.

Ukiran Badak Sumbu di bawah watchtower yang menghadap ke Laut Atlantik (Gambar dari internet)
Pandangan dekat ukiran Badak Sumbu (Gambar dari internet)
Husband bergambar kenangan dengan Tower of Belém
Disebabkan cuaca baik pada pagi itu, pemandangan 25 April Bridge dan Tugu Cristo Rei dapat dilihat dari Tower of Belém.

Pemandangan 25 April Bridge dan Tugu Cristo Rei diperhati dari Tower of Belém.
Tugu Cristo Rei di seberang Sungai Tagus
Cristo Rei (Christ The King)
Sebelum meninggalkan Tower of Belém, kita nikmati pemandangan-pemandangan lain di sekitar.

Pemandangan Tower of Belém dari satu sudut lain
Promenade di sekeliling Tower of Belém.
Sauh kapal (Anchor)
Meriam lama
Plak peringatan dan tiang bendera
Plak peringatan pengiktirafan monumen sebagai artifak Portuguese Age of Discoveries
Kenderaan amfibia Hippotrip Lisboa
 Hippotrip Lisboa
Di perkarangan Tower of Belém juga kita dapat melihat Monument to the Overseas Combatants (Monumento aos Combatentes do Ultramar). Ia didirikan untuk memperingati tentera yang terkorban dalam Portuguese Colonial War yang dikenali di Portugal sebagai Overseas War. Dalam konflik ini 9,000 tentera Portugis terbunuh dalam 3 siri peperangan di Afrika bermula 1961 - 1974.

Monument to the Overseas Combatants (Monumento aos Combatentes do Ultramar)
Pandangan lebih dekat Monument to the Overseas Combatants 
Nama-nama tentera yang terbunuh diabadikan pada dinding di belakang sana
Promenade
Padang di depan Tower of Belém
Pada musim spring begini, rumput di padang juga ditumbuhi bunga
Kapalterbang perang
Kenderaan yang boleh disewa oleh pelancong untuk bersiar-siar
Meninggalkan Tower of Belém

Part 112: Monument To Discoveries

Kawasan Belém di Lisbon ini juga turut mempunyai sebuah lagi monumen yang menarik berkaitan dengan Portuguese Age of Discoveries. Ia adalah Monument To Discoveries (Padrão dos Descobrimentos) yang dibina untuk mengenang jasa tokoh-tokoh pelayar eksplorasi Portugis dahulu. Monumen ini terletak tidak jauh dari Tower of Belém.

Monument To Discoveries
Kami cuma melihat Monument To Discoveries ini dari dalam bas. Disebabkan kita tak berpeluang nak melihat monumen ini dari dekat, kita gunakan juga gambar dari internet untuk memberi penerangan tentang monumen ini. 
 
Pemandangan Monument To Discoveries dari belakang (Gambar dari internet)
Monument To Discoveries berbentuk seperti sebilah pedang dari belakang. Pedang ini yang dinamakan Sword of Avis adalah pedang milik Dinasti Avis yang merupakan dinasti diraja kedua di Portugal yang memberi galakan kepada pelaut-pelaut Portugis untuk menjelajah dunia.

Pintu masuk ke Monument To Discoveries (Gambar dari internet)
Raja Portugis yang paling berjasa dalam Portuguese Age of Discoveries adalah Prince Henry The Navigator. Walaupun beliau sendiri bukan seorang pelayar, dia banyak memberi galakan dan mengeluarkan pembiayaan untuk eksplorasi pelaut-pelaut Portugis.
 
Monumen ini sebenarnya didirikan untuk meraikan ulangtahun ke-500 kematian Prince Henry The Navigator. Oleh itu pada sebelah kiri pintu masuk ke monumen ini tertera lambang sebuah sauh dengan perkataan : To the Infante Dom Henrique and the Portuguese who discovered the sea routes. Di sebelah kanan pula di atas lambang kalungan bunga tertera perkataan: On the V Centenary of the Infante Dom Henrique 1460–1960.

Jika dilihat dari Sungai Tagus, monumen ini dibina seperti bentuk sebuah kapal tradisional Portugis yang dinamakan caravel. Di depannya berdiri patung Prince Henry The Navigator yang di belakang beliau berdiri 2 barisan tokoh-tokoh eksplorasi pada ketika itu. Di sebelah kanan beliau adalah patung tokoh-tokoh yang menjadi pendokong kuat eksplorasi Portugis ke serata dunia dan di sebelah kiri pula adalah patung tokoh-tokoh pelaut yang benar-benar meneroka dunia bagi pihak Empayar Portugis.

Monument To Discoveries yang dibina berbentuk kapal caraval Portugis (Gambar dari internet)
Barisan pendokong Portuguese Age of Discoveries di sebelah kanan Prince Henry (Gambar dari internet)
Barisan pelaut yang merealisasikan Portuguese Age of Discoveries di sebelah kiri Prince Henry (Gambar dari internet)
Pandangan dari belakang barisan pelaut yang merealisasikan Portuguese Age of Discoveries (Gambar dari internet)
Barisan pelaut ini digambarkan sedang mendokong Padrão ~ salib batu yang diukir dengan lambang kebesaran Portugis untuk menandakan tanah yang dijajah dituntut sebagai hakmilik Portugal (Gambar dari internet)
Seperti yang diceritakan tadi, Prince Henry The Navigator yang berdiri paling depan di tugu ini sangat berjasa merancang dan membiayai pelayaran-pelayaran eksplorasi Portugal. Seperti pelayaran yang dibuat oleh Christopher Columbus yang mewakili Spain, ekspedisi pelayar-pelayar Portugis turut dibiayai menggunakan harta rampasan dari Kerajaan Islam Al-Andalus.

Prince Henry (Henrique) The Navigator berdiri sambil memegang model kapal caravel. Lelaki yang berlutut di belakangnya adalah adiknya Prince Fernando (Ferdinand).
Sekarang kita lihat pula tokoh-tokoh Portuguese Age of Discoveries yang diabadikan pada Monument To Discoveries ini. 

Barisan pendokong Portuguese Age of Discoveries  (Sumber: LikedPlaces.com)
Tokoh pendokong Portuguese Age of Discoveries yang diabadikan terdiri dari:
(1) Prince Henry;
(2) Prince Fernando (Ferdinand the Holy Prince yang juga merupakan adik kepada Prince Henry);
(3) João Gonçalves Zarco (pelaut dan penduduk pertama Pulau Madeira);
(4) Gil Eanes (pelayar pertama menemukan Cape Bojador di Afrika Barat);
(5) Pêro de Alenquer (pilot kapal di bawah Vasco da Gama);
(6) Pedro Nunes (ahli matematik);
(7) Pêro Escobar (penemu pulau São Tomé and Príncipe di Afrika);
(8) Jácome de Maiorca (pelukis peta);
(9) Pêro da Covilhã (pelayar pertama tiba di Asia Barat);
(10) Eanes de Zurara (chronicler);
(11) Nuno Gonçalves (pelukis);
(12) Luis de Camões (penyair);
(13) Frei Henrique de Coimbra (mubaligh Franciscan di Brazil);
(14) Frei Gonçalo de Carvalho (mubaligh Dominican di India);
(15) Fernão Mendes Pinto (penulis and penjelajah);
(16) Dona Filipa de Lencastre (Queen of Portugal dan ibu kepada Prince Henry, Prince Fernando dan Prince Pedro);
(17) Prince Dom Pedro (Duke of Coimbra yang merupakan adik kepada Prince Henry).

Barisan pelaut Portuguese Age of Discoveries (Sumber: LikedPlaces.com)
Barisan pelaut yang merealisasikan Portuguese Age of Discoveries pula terdiri dari:
(1) Infante Dom Henrique (Henry The Navigator); 
(2) Afonso V of Portugal (King of Portugal); 
(3) Vasco da Gama (penemu laluan ke India); 
(4) Afonso Baldaia (penemu Kepulauan Azores);
(5) Pedro Álvares Cabral (penemu Brazil); 
(6) Ferdinand Magellan (orang pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah seorang Portugis yang berkhidmat di bawah Kerajaan Spain); 
(7) Nicolau Coelho (navigator di bawah Vasco da Gama dan Pedro Álvares Cabral); 
(8) Gaspar Corte Real (penemu Greenland dan Newfoundland di Canada); 
(9) Martim Afonso de Sousa (gabenor pertama Brazil);
(10) João de Barros (penulis dan ahli sejarah); 
(11) Estêvão da Gama (kapten dan anak kepada Vasco da Gama yang pernah berkhidmat sebagai Kapten Portugis di Melaka); 
(12) Bartolomeu Dias (penemu Cape of Good Hope di South Africa); 
(13) Diogo Cão (pelayar pertama tiba di Congo River di Afrika); 
(14) António de Abreu (berkhidmat dengan Afonso de Albuquerque dalam penaklukan Melaka 1511 dan pelayar yang pertama tiba di Maluku, Timor Leste dan Australia); 
(15) Afonso de Albuquerque (Gabenor dan Viceroy India Kedua)
(16) Saint Francis Xavier (mubaligh Jesuit yang bertugas di Asia. Beliau pernah menjejakkan kaki ke Melaka); 
(17) Cristóvão da Gama (anak Vasco da Gama dan Komander Tentera Portugis di Ethiopia)

King Afonso digambarkan melutut di belakang Prince Henry sebagai tanda sokongan kepada ekspedisi yang menelan belanja yang besar
Penyair Luis de Camões yang digambarkan memegang selembar sajak Os Lusíadas (The Lusiads) yang menceritakan kisah-kisah eksplorasi Portugis
Vasco da Gama adalah lelaki yang berdiri selepas Prince Fernando yang sedang berlutut
Queen Philippa of Lancaster adalah satu-satunya wanita yang diberi penghormatan di Monument To Discoveries ini kerana anak-anaknya Prince Henry, Prince Fernando dan Prince Pedro banyak memberi sumbangan kepada Portuguese Age of Discoveries. Beliau sebenarnya berasal dari England.
Di bahagian hadapan Monument To Discoveries, terbentang sebuah peta dunia lama yang dinamakan Wind Rose. Ia dihadiahkan oleh Kerajaan South Africa kepada Kerajaan Portugal. Peta ini menunjukkan perjalanan pengembaraan pelaut Portugis ke seluruh dunia pada abad ke-15 dan 16 Masehi dahulu.

Wind Rose yang dihadiahkan oleh Kerajaan South Africa kepada Kerajaan Portugal
Peta Dunia
Pengembaraan penjelajah Portugis ke serata dunia
Pengembaraan ke India
Peta Melaka turut diabadikan di sini
Pemandangan Monument To Discoveries dari atas bas
Bot-bot yang berlabuh di tepi Monument To Discoveries

Part 113: Monastery of Jeronimos

Pada kurun ke-15 Masehi, Infante Dom Henrique yang dikenali kini sebagai Prince Henry The Navigator membina sebuah chapel yang didedikasikan kepada Santa Maria do Restelo (Santa Maria de Belém). Vasco da Gama dan krew beliau dikatakan bersembahyang di chapel ini sebelum berlepas meninggalkan Portugal dalam eksplorasi mencari jalan laut ke India. 

Apabila chapel ini menjadi semakin popular, ia dimasukkan sebagai sebahagian dari Monastery of Jeronimos yang dibina pada tahun 1501-1502. Di bawah pemerintahan King Dom Manuel, monastery ini menempatkan monks yang turut ditugaskan bersembahyang untuk keselamatan raja dan pelaut-pelaut yang meninggalkan Lisbon. Hasil kekayaan yang diperolehi menerusi perdagangan dengan India digunakan untuk penyelenggaraan Monastery of Jeronimos. Kehebatan monastery ini seterusnya menjadi simbol perluasan kuasa Portugis dan kekuasaan pemerintah-pemerintah Portugal.

Monastery of Jeronimos
Patung Afonso de Albuquerque berdekatan Monastery of Jeronimos
Kami juga tidak berkesempatan untuk masuk melawat ke dalam Monastery of Jeronimos. Jadi kita gunakan juga gambar dari internet untuk menunjukkan suasana di dalamnya.

Pemandangan Monastery of Jeronimos yang dilihat dari atas Monument To Discoveries (Gambar dari internet)
Perkarangan Monastery of Jeronimos (Gambar dari internet)
Pelawat-pelawat yang sedang beratur untuk masuk ke Monastery of Jeronimos (Gambar dari internet)
Suasana di dalam Monastery of Jeronimos (Gambar dari internet)
Kalau berkesempatan masuk melawat ke dalam, dah pasti Myself dan Husband akan mencari tempat persemadian pelayar Portugis terkenal Vasco da Gama. Ini adalah kerana kami pernah melihat tempat persemadian asal beliau di Kochi, India.

Gereja St. Francis di Fort Kochi, India di mana Vasco Da Gama disemadikan selama 15 tahun selepas beliau meninggal dunia.
Tempat persemadian asal Vasco da Gama di dalam St. Francis Church di Fort Kochi, India sebelum dipindahkan ke Monastery of Jeronimos di Lisbon
Vasco Da Gama meninggal dunia pada tahun 1524 di Goa dalam pelayaran keempatnya ke India. Pada tahun 1539, 15 tahun selepas disemadikan di Kochi (ketika itu dikenali sebagai Cochin), kerandanya dibawa balik ke Portugal untuk disemadikan semula di Monastery of Jeronimos ini.

Tempat persemadian Vasco da Gama di Monastery of Jeronimos (Gambar dari internet)
Vasco da Gama (Gambar dari internet)
Walaupun Vasco da Gama tidak pernah sampai ke Melaka, dia agak dekat dengan sejarah kita kerana anaknya Dom Estevão da Gama telah dilantik oleh King of Portugal menjadi Captain of Malacca pada tahun 1534 - 1539. Cucunya João da Gama pula menjadi Captain of Malacca pada tahun 1581 - 1582.


Bersambung ke Bahagian 40...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: