Monday, 17 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 15 (Fes Medina 2 & Royal Palace)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 15: Morocco
FES
(Funduq Al-Tetwaniyyin, Mosque of Al-Karaouine, Royal Palace & Borj Fez Shopping Mall)

HARI KEEMPAT (3)

Part 36: Funduq Al-Tetwaniyyin 
(Fondouq Staouniyine)

Selepas berehat di Seffarine Square, kami dibawa masuk semula ke Fes Medina untuk melihat 2 buah mercu tanda yang ada di sana: Funduq Al-Tetwaniyyin dan Mosque of Al-Karaouine.

 Meninggalkan Seffarine Square
 Masuk kembali ke Fes Medina
 Lorong di Fes Medina
Funduq Al-Tetwaniyyin (Fondouq Staouniyine) adalah bekas sebuah rumah persinggahan tradisional (caravanserai) yang disediakan untuk kegunaan pedagang ke Fes pada masa lalu. Ada banyak Funduq di Fes Medina pada ketika itu yang setiap satunya dikhaskan untuk golongan-golongan tertentu. Funduq ini dikhaskan untuk pedagang dari Tetouan yang merupakan sebuah bandar di utara Morocco. Oleh yang demikian ia dinamakan Funduq Al-Tetwaniyyin yang bermaksud 'Funduq Untuk Orang Dari Tetouan'.
 
Funduq Al-Tetwaniyyin
Suasana di Funduq Al-Tetwaniyyin
Mendengar penerangan tentang Funduq Al-Tetwaniyyin
Funduq Al-Tetwaniyyin digunakan sebagai rumah persinggahan (caravanserai) pedagang-pedagang ke Fes pada masa dahulu
Funduq ini tidak lagi digunakan sebagai rumah persinggahan. Ia telah diberi status sebagai National Monument oleh Kerajaan Morocco pada tahun 1925.
Senibina tradisional Morocco di Funduq Al-Tetwaniyyin masih utuh dan terpelihara sehingga sekarang
Tangga naik ke tingkat atas
Mohsein memberi penerangan tentang barang-barang yang diperdagangkan di Fes Medina pada masa dahulu
Terdapat banyak kedai yang menjual kraftangan di sekeliling Funduq Al-Tetwaniyyin sekarang.
Ukiran kayu
Penimbang berat yang digunakan pada masa dahulu
Pandangan lebih dekat penimbang berat
Songkok Tarbus dan kasut kulit tradisional Morocco untuk jualan
Berkumpul untuk meninggalkan Funduq Al-Tetwaniyyin

Part 37: Mosque of Al Karaouine 
(Mosquee Al Quaraoiyine)

Persinggahan seterusnya adalah Mosque of Al-Karaouine (Masjid Qarawiyyin atau Mosquee Al Quaraouiyine) yang terletak berhampiran Funduq Al-Tetwaniyyin.
 
Mosque of Al-Karaouine
Masjid Al-Karaouine dibina oleh seorang wanita yang bernama Fatima Al-Fihri pada tahun 857–859. Walaupun dibina sebagai sebuah masjid, ia menjadi pusat pengajian ilmu tersohor pada Zaman Kegemilangan Islam dahulu. 

Pemandangan courtyard Mosque of Al-Karaouine. Ia hanya dibuka pada waktu solat dan tidak boleh dimasuki oleh orang bukan Islam.
Masjid Al-Karaouine kini menjadi sebuah institusi di bawah University of Al-Qarawiyyin yang dikendalikan oleh Kerajaan Morocco. Disebabkan faktor ini, UNESCO dan Guinness Book of World Records memberi pengiktirafan kepadanya sebagai pusat pengajian ilmu tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang.

Ukiran kayu di pintu masuk ke Masjid Al-Karaouine
Seperti juga masjid-masjid lain di Morocco, Masjid Al-Karaouine tidak boleh dimasuki oleh orang bukan Islam. Kami juga tidak dapat masuk melawat ketika itu kerana di luar waktu solat.

Close-up ukiran pada bangunan masjid
Pintu masuk ke courtyard masjid yang dibuat dari tembaga

Part 38 : Lunch Di Restaurant Palais La Medina

Walaupun kami hanya melawat sebahagian kecil Fes Medina, kami cukup berpuas hati kerana dapat menikmati dan mempelajari sebahagian sejarah silam Fes sebagai pusat perdagangan yang tersohor di masa lampau. Maka dah tiba masa untuk kita pergi makan tengahari.

 Berjalan keluar dari Fes Medina untuk makan tengahari
 Mengikut Local Guide berjalan ke restoran
 Menyusuri sebahagian tembok lama Fes
Lorong menuju ke restoran
Tiba di Restaurant Palais La Medina
 Pintu masuk ke Restaurant Palais La Medina
Jom kita masuk ke dalam
Suasana di dalam restoran Palais La Medina memang mengkagumkan kerana ia adalah sebuah Riad yang diubahsuai menjadi sebuah restoran. Ukiran kayu yang menghiasi siling dan jubin yang menghiasi dinding memang cantik. Bak kata orang, kalau tak kenyang makan sekalipun di restoran ini, kita boleh kenyang menikmati keindahan suasana dalamannya.

Suasana di dalam restoran
Ukiran kayu yang menghiasi siling dan balkoni restoran
Hiasan jubin pada dinding restoran
Water fountain (saqayya) lama yang diberi nafas baru dan turut dimasukkan ke dalam restoran
Bangunan restoran ini dua tingkat. Hidangan untuk kami disediakan di tingkat bawah. Disebabkan kagum dengan hiasannya, Husband dan beberapa ahli Grup yang lain naik ke tingkat atas untuk melihat suasana dan pemandangan dari sana pulak.

Tangga ke tingkat atas restoran
Pemandangan dari atas tangga
Suasana di tingkat atas restoran
Stained Glass
 Ukiran kayu yang mengkagumkan di tingkat atas restoran
 Pemandangan menghala ke bawah
 Meja makan yang disediakan untuk kumpulan kami di bawah
Posing dulu kat tingkat atas ni...
 Menjamu selera
Makanan yang disediakan untuk kami pada hari ini ialah sejenis lagi masakan tradisional Morocco yang dinamakan Couscous (disebut: Kuskus). Seronok nampak Couscous pada pandangan pertama sebab ia kelihatan seperti nasi. Tapi jangan tertipu kerana Couscous adalah sebenarnya biji gandum.

Walaupun semua makanan yang dihidangkan Halal, Myself tak berapa enjoy dengan makanan-makanan Morocco. Maklumlah kita orang Asia dan masakan-masakan Morocco sangat mirip dengan masakan-masakan Barat. Tetapi demi untuk kesihatan dan mendapatkan tenaga untuk terus melawat Morocco selanjutnya, telan sajalah apa saja yang dihidangkan. 

Hidangan makan tengahari
Couscous
Buah-buahan
 Husband bergambar dengan pemandu bas kami yang juga bernama Syed di luar Restoran Palais La Medina

Part 39 : Fes Royal Palace (Dar Al-Makhzen)

Morocco mempunyai 4 kota diraja: Rabat, Marrakech, Fes dan Meknes. Fes adalah kota diraja yang tertua kalangan keempat-empat kota ini, lalu kami dibawa melawat ke Fes Royal Palace yang juga dikenali sebagai Dar Al-Makhzen.

 Perjalanan menuju ke  Fes Royal Palace
 Perkarangan Fes Royal Palace
Fes Royal Palace kini berfungsi sebagai Istana Hinggap kerana King of Morocco bersemayam di Rabat. Istana ini juga tidak boleh dimasuki. Kita hanya boleh melawat setakat pintu istana sahaja.

Pemandangan pintu masuk ke Fes Royal Palace dari tempat bas berhenti
Berjalan ke pintu masuk istana
Pemandangan dataran di hadapan istana
 Berfoto-foto di depan istana
 Husband bergambar di perkarangan istana
Pintu masuk ke istana yang tidak dibuka kepada orang awam
Fes Royal Palace ini terletak di kawasan Fes El-Jdid (Fes New City) yang dibina pada kurun ke-13 Masehi. Bangunan istana yang berdiri sekarang dibina oleh Sultan Mohammed ben Abdallah pada tahun 1864 untuk menggantikan istana lama yang dibina oleh Sultan Muhamad IV.
 
 Pintu yang dibuat dari tembaga ini dibina oleh King Hassan II pada tahun 1969-71.
 Ukiran di atas pintu masuk
 Tak faham apa yang ditulis di sini
Husband bergambar di depan istana
Banyak pokok lemon ditanam di depan istana. Menurut sejarahnya, lemon juice digunakan untuk mencuci dan menggilap pintu tembaga istana. Kerana itulah ia banyak ditanam di perkarangan istana.

 Banyak pokok lemon ditanam di perkarangan istana
Husband bergambar dengan pokok lemon
 Berjalan meninggalkan istana
Sewaktu Kerajaan Kristian Katholik menewaskan Kerajaan Islam di Spain, orang Yahudi turut diusir bersama orang Islam. Ramai di kalangan orang Yahudi ini yang memilih berhijrah ke Fes dan membina kediaman mereka berhampiran istana untuk mendapatkan perlindungan raja. Kawasan pendudukan Yahudi ini dikenali sebagai Mellah.

Bangunan-bangunan di sebelah kanan istana di dalam gambar ini adalah penempatan Yahudi yang dinamakan sebagai Mellah.
Kami melalui penempatan Yahudi yang dinamakan Mellah ini dalam perjalanan pulang ke hotel untuk berehat dan menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Kata Mohsein, tak ramai orang Yahudi yang masih tinggal di sini sekarang kerana sebahagian besar mereka telah berhijrah ke Israel bila negara tersebut ditubuhkan pada tahun 1948.
 
 Kawasan penempatan Yahudi yang dinamakan Mellah berhampiran Fes Royal Palace.
Menurut Mohsein lagi, rumah-rumah milik Yahudi boleh dikenali kerana mereka membina balkoni menghala ke luar sedangkan orang Islam membina balkoni rumah mereka menghala ke Inner Courtyard. Maklum sajalah kerana senibina Islam sangat menjaga privacy penghuni rumah.

Balkoni rumah milik orang Yahudi sering dibina menghala ke luar seperti ini.
 Kedai Ais Kerim
Seperti yang pernah kami lihat di Jew Town di Kochi, India dulu, banyak perniagaan di penempatan Yahudi ini kini telah diambilalih oleh orang tempatan setelah orang Yahudi berhijrah beramai-ramai ke Israel pada tahun 1948.
Pokok Oren yang ditanam di tengah bandar untuk hiasan
 Perjalanan kembali ke Hotel Sofia di Fes
 Taman awam di Avenue Hassan II
 Penjual makanan di tepi taman

Part 40: Borj Fez Shopping Mall

Pada petang itu Myself dan Husband memilih untuk menyertai aktiviti optional berkunjung ke Borj Fez Shopping Mall. Ada juga sebahagian ahli Grup kami yang memilih untuk berehat saja di hotel dan tidak menyertai aktiviti ini.

Borj Fez Shopping Mall
 Berjalan menuju ke bangunan shopping mall
Borj Fez Shopping Mall adalah sebuah shopping mall biasa seperti yang biasa dilihat di mana-mana bandar besar di seluruh dunia. Anchor tenant di shopping mall ini adalah pasaraya Carrefour.

 Sudut fotografi di Borj Fez Shopping Mall
 Gerai ais kerim di lobi shopping mall
Pemandangan suasana di dalam mall
 Satu lagi pemandangan suasana di dalam mall
Ada banyak juga butik-butik jenama European yang tidak pernah kita lihat di sini
Disebabkan Myself macam dah tak lalu nak makan makanan Morocco lagi walau baru 4 hari berada di sini, kita ambil kesempatan membeli burger di food court di mall ini. Susah juga nak membuat order kerana staff di sini cuma tahu Bahasa Arab dan French. Nasib baiklah ada Google Translate yang boleh digunakan untuk memberitahu yang kita nak buat take-away.

 Food court di Borj Fez Shopping Mall
 Kita order burger di sini
Hasil belian di Borj Fez Shopping Mall
 Pemandangan Pokok Jacaranda yang berbunga mekar dari Food Court
 Bergambar dulu kat depan Borj Fez Shopping Mall sebelum pulang ke hotel.

Part 41: Dinner Di Hotel Sofia

Seperti malam semalam, dinner malam itu disediakan di Hotel Sofia.

 Meninggalkan Borj Fez Shopping Mall
 Perjalanan kembali ke Hotel Sofia
Bulatan yang cantik di malam hari
 Suasana meriah di taman Avenue Hassan II
Pemandangan malam di taman Avenue Hassan II
Walaupun dah membeli burger dari Borj Fez Shopping Mall petang tadi, kami tetap makan malam di restoran Hotel Sofia malam itu. Kita simpan saja burger itu untuk breakfast pagi esok.

Dinner spread di Hotel Sofia, Fes
 Pelbagai pilihan salad
Main course untuk dinner
Selamat menjamu selera...


 Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: