NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]
Bahagian 2: Perjalanan Ke Morocco
KUALA LUMPUR - DUBAI - CASABLANCA
HARI PERTAMA (2)
Part 3: Dari KL Terbang Ke Dubai
Penerbangan kami Emirates Boeing 777-300 EK 343 dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Dubai pada pukul 2.25 pagi. Seawal jam 1.25 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.
|
Panggilan masuk ke dalam pesawat |
|
Berjalan masuk ke pesawat |
|
Tiba di pintu pesawat |
|
Suasana di dalam pesawat |
|
Welcome |
|
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai |
|
Maklumat penerbangan diselang-seli dalam Bahasa Arab dengan Bahasa Inggeris |
Penerbangan dari KL ke Dubai memakan masa kira-kira 7 jam. Lampu pesawat dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa. Lebih istimewa, ada cahaya bak bintang bertaburan dipancar pada bumbung pesawat. Bolehlah penumpang yang sukar nak tidur mengira bintang di langit. Hahaha!!
|
Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa |
|
Cahaya bak bintang bertaburan di bumbung pesawat untuk hiburan penumpang-penumpang yang sukar nak tidur. Hahaha!! |
|
Sedang terbang melintas Sumatera |
|
Suspen je bila pesawat nak melintas masuk ke Teluk Bengal sebab selalu ada turbulence di sini... |
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang penerbangan kami dari KL ke Dubai. Penerbangan kami amat lancar dengan hampir tiada turbulence sehingga selamat sampai ke Dubai.
|
Sajian penerbangan |
Juga menarik dalam penerbangan ini ialah ada hidangan Nasi Dagang yang ditawarkan kepada penumpang. Tetapi disebabkan kami dah kenyang makan di Plaza Premium Lounge di KLIA tadi, kami tidak memilih untuk makan Nasi Dagang. Kita sebaliknya memilih makanan Itali ~ Ciabatta With Chicken Breast walaupun tak tahu apa makanan ini sebenarnya. Makan sajalah apa pun kerana semua makanan dalam penerbangan Emirates dijamin Halal.
|
Sajian penerbangan pilihan kami |
|
Kandungan Ciabatta With Chicken Breast |
|
Inilah rupa Ciabatta |
Selepas makan, kita berehat saja dalam penerbangan sehingga sampai ke Dubai.
|
Mengira bintang di bumbung pesawat... |
|
Hampir tiba di India |
|
Menghampiri Chennai di India |
|
Peta perjalanan sehingga kini |
|
Merentas Benua Kecil India |
|
2 jam 20 minit lagi nak sampai ke Dubai... |
|
Terbang di Laut Arab |
|
Merentas Laut Arab |
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami hampir tiba di Semenanjung Arab.
|
Sajian penerbangan kedua sedang diberi kepada penumpang |
|
Sajian penerbangan kedua diberi sewaktu kami menghampiri Semenanjung Arab |
|
Makanan Arab untuk hidangan sajian |
|
Maklumat pintu perlepasan untuk penerbangan sambungan Emirates di Airport Dubai. Penerbangan kami ke Casablanca akan berlepas menerusi Pintu B21. |
|
Semakin menghampiri Dubai |
|
Terbang di atas Oman |
Kami dijadual tiba di Dubai pada pukul 5.30 pagi. Waktu Solat Subuh di kawasan sekitar Dubai masuk sekitar pukul 4.10 pagi dan terbit matahari pula sekitar pukul 5.36 pagi. Memang tak sempat kalau kita nak menunaikan Solat Subuh di Dubai Airport. Oleh itu, kami membuat Solat Subuh secara Hormat Waktu sewaktu pesawat membuat penerbangan turun menghampiri Dubai.
|
Peta penerbangan sehingga kini |
|
Membuat penerbangan turun sewaktu menghampiri Dubai |
|
Fajar menyinsing di Semenanjung Arab |
|
Membuat Solat Subuh secara Hormat Waktu sewaktu pesawat membuat penerbangan turun |
|
Waktu di Dubai ketika itu adalah 5.05 pagi. Waktu di Dubai adalah 4 jam lebih lewat berbanding Malaysia. |
|
Selamat mendarat di Dubai |
Seperti dijadualkan, pesawat kami selamat mendarat di Dubai pada pukul 5.30 pagi. Persinggahan transit kami di Dubai adalah kira-kira 2 jam.
|
Tiba di Dubai |
|
Penerbangan keseluruhan yang dilalui dari Kuala Lumpur ke Dubai |
|
Pemandangan Dubai Airport dari jendela pesawat |
|
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat |
|
Business Class penerbangan Emirates |
Part 4: Transit Di Dubai Airport
Terus terang Myself katakan, pengalaman transit di Dubai bukanlah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Walaupun kami diberi masa transit selama 2 jam, ia sangat menyiksakan. Ini adalah kerana Dubai Airport terlalu besar dan semua penumpang perlu berjalan ke ruang Connections yang terletak jauh di hujung terminal bagi urusan sekuriti sebelum menuju ke pintu perlepasan masing-masing. Masa 2 jam yang diberi seakan habis begitu sahaja sewaktu membuat urusan Connections.
|
Dubai Airport |
|
Pesawat yang membawa kami dengan selamat dari Kuala Lumpur ke Dubai |
|
Berjalan masuk bangunan terminal |
|
Pemandangan pesawat dari hadapan |
Ada 3 terminal di Dubai International Airport dan pesawat Emirates seperti pesawat kami menggunakan Terminal 3. Disebabkan penerbangan Emirates terbang ke serata dunia, suasana di Terminal 3 agak sibuk dengan penumpang. Seminggu sebelum kami tiba juga, Dubai Airport dan seluruh Dubai mengalami banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan. Tak nampak langsung kesan banjir ini di mana-mana pun di Dubai Airport ketika itu. Mungkin semuanya telah dicuci dan diperbaiki.
|
Mencari arah Connections sebaik tiba di Airport Dubai. |
|
Hiasan pada tiang di bangunan Terminal 3 |
|
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke arah Connections |
|
Kedai-kedai mewah di Dubai Airport |
Selepas penat berjalan mengharungi urusan Connections, barulah kami mencari pintu perlepasan kami ~ B21. Ada ramai penumpang di kawasan ini sehingga kita terpaksa beratur panjang kalau nak menggunakan mana-mana toilet di kawasan ini.
|
Pemandangan di kawasan Pintu Perlepasan B. |
|
Kedai-kedai Duty Free |
|
Husband berposing di depan Kedai Duty Free |
|
Lif penumpang bersaiz giant di Dubai Airport. Setiap lif mempunyai 2 pintu yang bersebelahan. |
|
Teringat pengalaman menggunakan lif ini sewaktu kami transit nak ke Kuwait dulu. |
Penerbangan sambungan kami dari Dubai ke Casablanca adalah menggunakan pesawat Airbus 380 yang merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia pada masa sekarang. Ia boleh memuatkan lebih 500 penumpang dalam setiap penerbangan. Dengan bilangan penumpang yang sedemikian, suasana di pintu perlepasan kami memang sangat sibuk.
|
Tiba di Pintu B21 |
|
Suasana di Pintu B21 sangat sibuk kerana pesawat yang akan terbang membawa kami ke Casablanca adalah Airbus 380 yang boleh memuatkan lebih 500 orang penumpang. |
|
Bergambar kenangan di depan Pintu B21 |
Pesawat Emirates Airbus 380 EK 751 dijadualkan berlepas dari Dubai ke Casablanca di Morocco pada pukul 7.30 pagi. Seawal jam 6.30 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.
|
Panggilan masuk untuk penumpang pesawat Emirates EK 751 dari Dubai ke Casablanca |
|
Pesawat Emirates EK 751 yang akan membawa kami dari Dubai ke Casablanca. Walaupun jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, cuaca telah pun terang benderang. |
|
Disebabkan penumpang pesawat ini ramai, barisan penumpang-penumpangnya berlingkar sehingga ke sebelah sana. |
Sambil menunggu giliran masuk ke dalam pesawat, Myself dan Husband berbual-bual dengan sekumpulan pelancong pencen dari Tasmania, Australia yang beratur bersama kami. Pakcik dan Makcik Australia ini sangat mesra dan kelakar. Mereka sebenarnya sedang mengembara ke seluruh Afrika Utara. Selain Morocco, mereka juga akan berkunjung antara lain ke Tunisia.
|
Pemandangan sewaktu menunggu giliran masuk ke pesawat |
|
Tidak seperti kebanyakan pesawat Emirates lain yang berwarna putih, pesawat ini dicat dengan colour biru. |
|
Tersekat di airbridge sewaktu nak masuk ke dalam pesawat |
|
See you there in Casablanca! |
|
Barisan pesawat Emirates yang sedang parking di Terminal 3, Dubai International Airport |
Part 5: Dari Dubai Ke Casablanca
Disebabkan penumpangnya yang ramai, proses kemasukan penumpang ke dalam pesawat mengambil masa yang panjang.
|
Kumpulan Pakcik dan Makcik Pencen dari Australia yang beratur menaiki pesawat bersama kami. |
|
Tiba di pintu pesawat |
|
Ramai penumpang pesawat ini terdiri dari Jemaah Umrah Morocco yang hendak pulang ke negara mereka. |
Kami perhatikan ramai juga penumpang pesawat ini yang terdiri dari Jemaah Umrah Morocco yang hendak pulang ke negara mereka dari Tanah Suci. Ramai juga di kalangan mereka seperti datang dari luar bandar yang tak biasa menaiki pesawat. Malah tempat duduk kami juga 'dirampas' oleh seorang Pakcik Morocco bersama rakannya yang pada mulanya tak mahu berpindah ke tempat duduk asalnya. Bila Pakcik ini berjaya dipujuk berpindah ke tempat asalnya, ramai penumpang rakyat Morocco di sekeliling meminta maaf kepada kami atas sikap Pakcik tadi. Memang terharu melihat kemesraan sebenar rakyat Morocco kepada kita.
|
Pemandangan dari kamera yang diletakkan di ekor pesawat kami |
|
Peta pesawat yang menunjukkan lokasi Dubai dan Casablanca |
|
Demonstrasi penggunaan peralatan keselamatan di dalam pesawat oleh anak-anak kapal |
Disebabkan proses kemasukan penumpang ke dalam pesawat yang panjang ditambah dengan suasana havoc penumpang-penumpang Jemaah Umrah yang menukar tempat duduk sesuka hati di sana-sini, penerbangan kami ke Casablanca lewat berlepas selama hampir sejam. Penerbangan yang sepatutnya berlepas pada pukul 7.30 pagi hanya berlepas pada pukul 8.15 pagi.
|
Berlepas meninggalkan Dubai menuju ke Casablanca |
|
Maklumat penerbangan |
|
Info Waktu Solat dalam penerbangan. Tak ada pulak info seperti ini dalam penerbangan dari KL ke Dubai tadi. |
Penerbangan dari Dubai ke Casablanca sangat panjang dan memakan masa kira-kira 8 jam 40 minit. Dengan jarak penerbangan yang panjang begitu, memang bersyukur kita mendapat terbang dengan pesawat Airbus 380 seperti ini kerana tempat duduknya selesa dengan legroom yang luas.
|
Sajian penerbangan sewaktu menuju ke Casablanca |
|
Roti berinti Apricot yang sedap |
|
Sajian penerbangan ini diberi sewaktu kami sedang terbang melintasi Arab Saudi |
|
Anak-anak kapal sedang bertugas mengedarkan sajian penerbangan kepada penumpang |
|
Terbang merentas padang pasir di Arab Saudi |
|
Laluan penerbangan sehingga sekarang |
|
Menuju masuk ke benua Afrika |
|
Menuju ke Laut Mediterranean |
|
Terbang berhampiran kepulauan Greece |
|
Pulau Crete di Greece |
|
Peta penerbangan sehingga sekarang |
|
Meninggalkan kepulauan Greece |
|
Peramugara Emirates yang berketurunan Cina |
|
Terbang berhampiran Italy dan Malta |
|
Menuju kembali ke benua Afrika |
|
Suasana di dalam pesawat |
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang di Laut Mediterranean menuju kembali ke benua Afrika.
|
Sajian penerbangan kedua |
|
Sajian penerbangan kedua ini diberi sewaktu kami sedang terbang kembali ke benua Afrika selepas terbang merentas sebahagian Laut Mediterranean |
|
Nampak sedap dan menyelerakan |
|
Masuk kembali ke benua Afrika menerusi Tunisia |
|
Peta penerbangan sehingga kini |
|
Pemandangan benua Afrika di luar pesawat |
|
Menuju ke Morocco |
|
Sedang terbang di Algeria |
|
Menuju ke Casablanca |
|
Tasik air masin Lake Chott Melrhir yang juga merupakan tasik terbesar di Algeria |
|
Tiba di Morocco |
|
Hampir tiba di Casablanca |
|
Peta penerbangan keseluruhan dari Dubai ke Casablanca yang memakan masa 8 jam 40 minit. |
Disebabkan penerbangan kami lewat berlepas selama sejam dari Dubai, kami juga tiba di Casablanca lewat sejam dari jadual. Pesawat kami selamat mendarat di Mohammed V International Airport di Casablanca, Morocco pada pukul 1.35 tengah hari. Waktu di Morocco adalah 3 jam lebih lewat berbanding Dubai dan 7 jam lebih lewat berbanding Malaysia.
|
Membuat penerbangan turun ke Casablanca |
|
Pemandangan di luar tingkap sewaktu pesawat membuat penerbangan turun |
|
Hampir tiba di Lapangan Terbang di Casablanca |
|
Pemandangan dari Bottom Camera pesawat |
|
Runway di Mohammed V International Airport, Casablanca dari Forward Camera pesawat |
|
Selamat mendarat di Casablanca |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
No comments:
New comments are not allowed.