Wednesday, 31 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 37 (Lisbon)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[PORTUGAL: Lisbon]

Bahagian 37: Portugal
LISBON

HARI KELAPAN (5)

Part 105: Menuju Ke Lisbon
 
Perjalanan kami diteruskan menuju ke Lisbon. Cuaca panas dan matahari memancar semakin terik pada ketika itu.

Perjalanan menuju ke Lisbon
Ladang gabus
Ladang ternakan
Vinyard
Ladang anggur
Kilang wain
 Semakin banyak ladang anggur yang ditemui
Lagi pemandangan ladang pertanian
Satu masa dulu Makro Hypermarket pernah beroperasi di Malaysia
Plaza Tol di Palmela
Pembayaran tol adalah secara automatik sepenuhnya
Kota Lisbon dah mula kelihatan
Pinggir kota Lisbon
Satu lagi pemandangan di pinggir kota Lisbon
Plaza Tol ketika memasuki kota Lisbon
Toll Booth
Part 106: Lisbon

Kami tiba di Lisbon pada pukul 8 malam tetapi matahari masih memancar terang ketika itu kerana waktu Maghrib di Lisbon masuk sekitar pukul 8.40 malam.

Kawasan perumahan di pinggir kota Lisbon
Kami masuk ke kota Lisbon menerusi 25 April Bridge (Ponte 25 de Abril). Jambatan ini yang dibina menyerupai Golden Gate Bridge di San Francisco, USA adalah laluan masuk ke Lisbon dari arah selatan. Ia dibina berhampiran muara Sungai Tagus dan Laut Atlantik. Tarikh 25 April 1974 adalah tarikh bersejarah bagi Portugal yang menjadi republik demokrasi setelah pemerintahan diktator di bawah António de Oliveira ditamatkan oleh Carnation Revolution. Oleh yang demikian, tarikh tersebut diabadikan sebagai nama jambatan ini ~ Ponte 25 de Abril.

25 April Bridge di Lisbon (Gambar dari internet)
Pemandangan kawasan yang dinamakan Almada di seberang sini Sungai Tagus
Almada
Ada tol yang dikenakan untuk masuk menggunakan 25 April Bridge menuju ke Lisbon. Kalau tak salah, jumlah yang dikenakan ialah Euro 2.10 (RM 10.60). Seperti Jambatan Pulau Pinang di Malaysia, bayaran tol yang dikenakan adalah sehala. Tiada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang menggunakan jambatan ini untuk keluar dari Lisbon. Banyak lukisan mural haiwan yang dapat dilihat di tepi laluan masuk ke jambatan ini di kawasan Almada yang terletak di seberang Sungai Tagus dari kota Lisbon.

Mural ikan
Ikan besar
Burung Helang
Burung Hantu
Cicak dan Katak
Civet
Burung
Pelican
25 April Bridge mempunyai kepanjangan 2.3 km. Mari kita lihat pemandangan dari atas jambatan ini ke sebelah kiri sewaktu melaluinya. Pemandangan ke sebelah kiri ini adalah pemandangan yang menghala ke Lautan Atlantik.

Pemandangan di atas jambatan 25 April Bridge
Kapal yang sedang berlayar masuk ke Pelabuhan Lisbon dari Laut Atlantik
Mentari sedang memancar sangat terang pada ketika ini
Kita lihat pula pemandangan Sungai Tagus yang berada di sebelah kanan Jambatan 25 April.

Sungai Tagus
Muara Sungai Tagus
Kawasan perindustrian lama di pinggir Sungai Tagus yang dinamakan Caio do Ginjal.
Caio do Ginjal yang dipenuhi kilang mengetin ikan, wain dan minyak zaitun lama kini telah menjadi sebuah pusat rekreasi bagi penduduk Lisbon
Pelabuhan Lisbon
Bandar Lisbon di sebalik pelabuhan
Menara merah di hujung sana adalah Cacilhas Lighthouse (Farol de Cacilhas) 
Banyak kapal layar yang berlayar berhampiran Pelabuhan Lisbon
Kapal-kapal layar
Pemandangan indah Pelabuhan Lisbon dari 25 April Bridge
Pemandangan sewaktu masuk ke pusat bandar Lisbon
Pemandangan menghala ke Sungai Tagus dari penghujung 25 April Bridge. Pemandangan Sungai Tagus nampak macam laut disebabkan saiznya yang sangat besar.
Di penghujung 25 April Bridge, kita dapat melihat patung Cristo Rei (Christ The King) yang dibina di atas sebuah bukit. Tangan Jesus Christ yang terdepa seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke kota Lisbon. Pembinaannya diinspirasikan dari monumen Christ The Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil. Brazil dan Portugal memang mempunyai perhubungan yang erat kerana negara tersebut adalah bekas tanah jajahan Portugis yang terbesar pada satu masa dahulu.

Patung Cristo Rei (Christ The King) yang dibina di atas bukit di penghujung 25 April Bridge.
Pemandangan Cristo Rei dari belakang
Cristo Rei yang dibina di atas sebuah bukit
Pandangan lebih dekat patung Cristo Rei
Cristo Rei yang diilhamkan dari patung Christ The Redeemer di Brazil
Lisbon (Portugis: Lisboa) adalah ibukota Portugal yang dibina di muara Sungai Tagus (Portugis: Tejo). Seperti Rome dan Istanbul, ia juga dibina di atas 7 buah bukit. Dengan penduduk seramai 2.9 juta orang di Lisbon Region (data 2021), ia adalah bandar terbesar di Portugal.

Sebuah gempa bumi besar dengan magnitud 7.7 Richter telah melanda Lisbon pada 1 November 1755. Ia mengakibatkan tsunami setinggi 6 meter dan membunuh 12,000 - 60,000 nyawa. Great Lisbon Earthquake ini masih dianggap sebagai salah sebuah bencana terbesar di muka bumi sehingga sekarang.

Kota Lisbon
Pelabuhan Lisbon
Kawasan di Lisbon yang dinamakan Alcântara
Lagi pemandangan di kota Lisbon
Pemandangan menghala ke Sungai Tagus
Lisbon adalah adalah kota yang agak sesak pemandangannya
Pesawat yang hendak mendarat di Vasco da Gama Airport di Lisbon
Pemandangan indah kota Lisbon
Lisbon adalah kota yang kedua tertua di Eropah selepas Athens. Sebagai kota tua, ia mempunyai banyak kesan sejarah. Antara yang dapat kami perhatikan sebaik tiba di kota Lisbon adalah Águas Livres Aqueduct yang dibina di antara 1731 - 1799. 

Águas Livres Aqueduct
Seperti juga kota-kota lain di dunia, Lisbon juga pesat membangun dengan banyak bangunan yang baru dan moden.

World Trade Centre Lisboa
Lebuhraya moden di Lisbon
Monsanto Tower
Part 107: Oeiras

Hotel penginapan kami di Lisbon terletak di bandar Oeiras (disebut: O-wey-ras). Memandangkan hari telah pun lewat petang dan kami perlu berehat selepas melalui perjalanan yang panjang dari Seville, kami terus dibawa ke sana.
 
Perjalanan ke Oeiras
Meninggalkan pusat bandar Lisbon
Penghadang lebuhraya yang transparent di Lisbon
Tiba di Oeiras
Kawasan perumahan di Oeiras
Laut Atlantik di kejauhan sana
Plaza Tol berhampiran Oeiras
Toll Plaza
Lebuhraya di Portugal
Jambatan melintas lebuhraya
Persimpangan
Penunjuk arah
Universidade Nova de Lisboa (New University of Lisbon)
Myself tak pernah mendengar tentang bandar Oeiras sebelum tiba di sini. Ia adalah sebenarnya sebahagian dari kawasan Metropolitan Lisbon. Seronok bila mendapati Oeiras sebenarnya terletak di sebelah laut.

Tiba di Oeiras
Seronok bila melihat Oeiras terletak di tepi laut
Taman di tepi laut di Oeiras
Marina bot di Oeiras
Kota lama di Oeiras
Menara kota lama
Pintu masuk ke taman di tepi laut
Part 108: Hotel Inatel Oeiras

Dahlah seronok bila mendapati Oeiras terletak di tepi laut, lebih seronok lagi bila mendapati hotel penginapan kami yang bernama Inatel Oeiras juga terletak di tepi laut.

Pintu masuk ke Hotel Inatel Oeiras
Seronok sebab hotel ini terletak di tepi laut
Lobi Hotel Inatel Oeiras
Mengeluarkan bagasi dari bas
Pintu masuk ke lobi Hotel Inatel Oeiras
Lobi Hotel Inatel Oeiras
Ingatkan kat manalah tempatnya Nova Iorque dengan Tóquio tu dalam peta Portugal. Rupa-rupanya New York dan Tokyo.
Menunggu proses check-in masuk ke bilik
Disebabkan lobi hotel ini kecil, ramai yang menunggu di luar saja
Roundabout di depan lobi hotel
Kolam renang hotel di tepi laut
Satu lagi pemandangan kolam renang
Hotel Inatel Oeiras berkonsep seperti motel. Bilik hotelnya bertaburan macam rumah-rumah teres. Jadi selepas mendapat kunci bilik, terus kami menarik bagasi masing-masing menuju ke bilik penginapan.

Tour Leader Encik Hatta mengagihkan kunci bilik
Menarik bagasi ke bilik penginapan
Bilik penginapan di Hotel Inatel Oeiras besar dan selesa. Tetapi biliknya sangat old style, mungkin disebabkan hotel ini adalah hotel lama. Wifi cuma ada di lobi dan tiada access di dalam bilik penginapan. Mujurlah kami ada melanggan Roaming Man dari Malaysia.
 
Bilik penginapan di Hotel Inatel Oeiras
Satu lagi pemandangan bilik penginapan
Ada loteng kat atas sana tapi tak ada tangga naik ke atas
Disebabkan matahari masih memancar sikit-sikit kat luar sana sebelum masuk waktu Maghrib, Myself dan Husband keluar untuk bersiar-siar di persiaran pejalan kaki di luar hotel. Persiaran pejalan kaki ini dinamakan Passeio Marítimo de Oeiras. Ada pintu keluar direct ke sana dari Hotel Inatel Oeiras melalui pintu di tepi restoran.
 
Hotel Inatel Oeiras
Restoran di Hotel Inatel Oeiras
Pintu keluar ke Passeio Marítimo de Oeiras terletak di depan sana
Pintu keluar ke Passeio Marítimo de Oeiras
Pemandangan Laut Atlantik dari Passeio Marítimo de Oeiras
Pemandangan menghala ke sebelah sana
Menikmati pemandangan Laut Atlantik
Kami terus menikmati pemandangan di Passeio Marítimo de Oeiras sehingga matahari terbenam.

Suasana bila malam menjelang di Passeio Marítimo de Oeiras
Bergambar kenangan di Passeio Marítimo de Oeiras
Laut Atlantik di malam hari
Bersiar-siar di Passeio Marítimo de Oeiras
Rumah api di tengah laut
Patung Cristo Rei di seberang sana
Kota Lisbon di seberang sana
Pemandangan menghala ke bandar Oeiras
 Bergambar malam di Passeio Marítimo de Oeiras
Passeio Marítimo de Oeiras
Bila matahari dah betul-betul tenggelam barulah Myself dan Husband balik ke bilik kami.

Good night, Atlantic!
Balik ke bilik penginapan
Dinner pada malam itu juga disediakan secara bungkus dan dihantar ke bilik penginapan. Makanan yang disediakan adalah Nasi Goreng Vegetarian dari sebuah restoran Cina di Lisbon. Walaupun makanan vegetarian, berselera juga kita makan sebab makanan Asian.

Dinner dari restoran Cina di Lisbon
Nasi Goreng Vegetarian


Bersambung ke Bahagian 38...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: