Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]
Bahagian 10: Morocco
RABAT
(Marina Bou Regreg & Kasbah Oudaya)
HARI KETIGA (2)
Part 23: Marina Bou Regreg
Restoran tempat makan tengahari kami terletak di Bou Regreg Marina di tepi Sungai Wadi Bou Regreg, berhampiran pertemuannya dengan Laut Atlantik. Ia bernama Restoran Barco Blanco.
Marina Bou Regreg |
Satu lagi pemandangan di Marina Bou Regreg |
Ada banyak restoran dibina di Marina Bou Regreg |
Turun dari bas untuk makan tengahari |
Restoran lunch kami yang bernama Barco Blanco |
Berjalan masuk ke restoran |
Suasana di dalam restoran Barco Blanco |
Makanan tengahari yang disediakan adalah makanan laut. Memang seronok dan menyelerakan mendapat makanan laut selepas asyik dijamu dengan ayam dan daging dalam setiap hidangan sebelum ini.
Meja yang dikhaskan untuk kumpulan kami |
Set Lunch untuk setiap orang |
Selepas makan kami diberi free time untuk menikmati pemandangan indah sungai Wadi Bou Regreg di luar restoran. Pemandangan bandar Rabat sangat indah dari sini dengan berlatar belakangkan sebuah kota lama yang bernama Kasbah Oudaya.
Pemandangan sungai Wadi Bou Regreg dari Marina |
Bangunan runcing di belakang sana adalah Mohammed VI Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Afrika sekarang |
Mohammed VI Tower |
Sampan di Wadi Bou Regreg |
Kawasan di seberang sana dinamakan Sale |
Bangunan-bangunan baru di Sale |
Pengunjung yang bersiar-siar di Marina Bou Regreg |
Pemandangan kota lama Kasbah Oudaya yang diperhatikan dari Marina Bou Regreg |
Kota pertahanan lama Kasbah Oudaya |
Menara masjid di dalam Kasbah Oudaya |
Close-up pemandangan menara masjid |
Angin yang bertiup di pinggir Wadi Bou Regreg juga sangat menyegarkan. Banyak kita posing-posing gambar kat sini. Kita letak semua kat sini untuk kenangan...
Ada ramai pengunjung di Marina Bou Regreg ketika kami di sana yang sebahagian besarnya adalah rakyat tempatan. Maklum sajalah seperti yang diberitahu oleh Mohsein kepada kami, sekolah di Morocco sedang bercuti ketika ini. Jadi ada ramai keluarga yang mengambil kesempatan berkunjung ke Rabat dan bersiar-siar di sini.
Kereta mainan kanak-kanak |
Bangunan National Theatre |
Bot yang boleh disewa untuk bersiar-siar |
Berdayung sampan di Wadi Bou Regreg |
Bersampan sekeluarga |
Row, row, row your boat gently by the stream... |
Pemandangan kota lama Rabat yang memang sangat impressive. Ia telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage. |
Pemandangan lebih dekat Rabat City Wall |
Sampan-sampan yang berlabuh dengan pemandangan National Theatre di belakang |
Ramai yang nak bersampan bersiar-siar hari ini |
The lone rower... |
Marina Bou Regreg sangat lebar dan luas |
Cuaca sedikit mendung pada ketika ini |
Pantai di seberang Marina Bou Regreg |
Bersiar-siar di tepi pantai |
Restoran Kapal Lanun |
Pemandangan restoran di atas kapal lanun |
Meninggalkan restoran Barco Blanco |
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba untuk makan tengahari di Marina Bou Regreg |
Part 24: Kasbah Oudaya
Kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik sewaktu singgah di Rabat. Selepas makan tengahari, Mohsein membawa kami ke Kasbah Oudaya. Dalam perjalanan ke sana, kami menyusuri sebahagian tembok kota lama Rabat. Kota ini memang impressive. Jealous juga kita melihat Morocco ada banyak tinggalan kota lama begini. Melaka di Malaysia juga pernah memiliki kota begini tetapi ia telah dirobohkan sewaktu British memerintah negara kita.
Tembok kota lama Rabat |
Walau Rabat telah dibangunkan sebagai kota moden, kesan-kesan peninggalan kota lama ini masih terpelihara |
Berehat-rehat di tepi tembok kota |
Tak banyak traffic light dilihat di Morocco. Mereka lebih selesa menggunakan roundabout begini. |
Kami menyusuri lagi Cimetiere Chouada (Makam Syuhada) dalam perjalanan ke Kasbah Oudaya. Memang besar makam ini. Memang jenuh nak mencari pusara kalau ada ahli keluarga yang dimakamkan di sini.
Cimetiere Chouada (Makam Syuhada) |
Batu-batu nisan di Cimetiere Chouada (Makam Syuhada) yang diperhatikan dari dalam bas. |
Hujan turun renyai-renyai sewaktu kami tiba di Kasbah Oudaya (disebut: Kasbah Oo-da-ya). Namun ia tidak mematahkan langsung semangat kami untuk melawat ke kota yang hebat ini.
Tiba di Kasbah Oudaya |
Pemandangan pintu masuk ke Kasbah Oudaya dari seberang jalan |
Menyeberang jalan raya menuju ke Kasbah Oudaya |
Pemandangan kota Rabat The White City dari depan Kasbah Oudaya |
Kasbah adalah kota-kota yang dikelilingi oleh tembok-tembok tinggi. Ia dibina sedemikian pada masa dahulu bagi tujuan pertahanan. Ada banyak Kasbah yang didirikan dan masih dapat dilihat di seluruh Morocco pada masa sekarang. Kasbah Oudaya (juga ditulis sebagai Kasbah Oudaia) di Rabat ini adalah antara kasbah yang paling terkenal.
Berjalan menuju ke pintu masuk Kasbah Oudaya |
Salah sebuah pintu masuk ke Kasbah tetapi pintu ini tidak dibuka kepada pengunjung. |
Mendengar penerangan dari Mohsein mengenai Kasbah Oudaya |
Masuk ke Kasbah Oudaya |
Kasbah Oudaya adalah sebuah Kasbah yang masih hidup kerana ia masih didiami oleh rakyat tempatan sehingga sekarang.
Suasana di sebalik pintu masuk ke Kasbah Oudaya |
Peta Kasbah Oudaya |
Pengunjung-pengunjung ke Kasbah Oudaya |
Kafe di dalam Kasbah Oudaya |
Kami dibawa oleh Mohsein berjalan-jalan di dalam Kasbah untuk melihat suasana sebenar di dalamnya.
Kedai-kedai di dalam Kasbah Oudaya |
Melihat-lihat suasana di sekeliling |
Mengambil-ambil gambar |
Berehat-rehat di dalam Kasbah |
Bertegur sapa dengan Meow Morocco |
Lorong sempit di dalam Kasbah |
Husband bergambar dengan sekumpulan remaja Morocco yang menghuni Kasbah Oudaya bersama keluarga-keluarga mereka. |
Seperti di kawasan-kawasan lain di Rabat, sebahagian besar bangunan di dalam Kasbah Oudaya dicat dengan warna putih |
Memandangkan biru adalah warna tradisional di Morocco, di sana sini akan kelihatan calitan-calitan cat yang berwarna biru |
Putih dan biru |
Bergambar di celah lorong di Kasbah Oudaya |
Ada banyak pintu dengan ukiran yang menarik di dalam Kasbah Oudaya |
Walaupun ada ramai pengunjung ke Kasbah Oudaya, senibina Islam yang menjaga privacy membuatkan penduduknya tidak terganggu dengan kehadiran mereka. |
Pokok Fig (Buah Tin) |
Menikmati suasana di courtyard yang mempunyai Pokok Fig ini |
Biru adalah warna tradisional Morocco. Di banyak tempat di Morocco, kita akan melihat sedikit warna biru yang terang diterapkan di sana sini pada bangunan-bangunan di sana. Kasbah Oudaya tidak terkecuali. Ada banyak juga rumah kediaman di sini yang diwarnakan dengan sedikit warna biru seperti pada dinding dan pintu rumah.
Di sana sini di dalam Kasbah Oudaya kita akan bertemu dengan pintu dan dinding-dinding yang dicat dengan warna biru. |
Husband meraikan tema berwarna biru |
Lorong di Kasbah Oudaya |
Dinding yang berwarna biru |
Pokok hiasan yang cantik di depan dinding yang cantik |
Hiasan yang sangat tradisional di Kasbah Oudaya |
Kita pun nak bergambar dengan pintu yang berwarna biru |
Sewaktu di Kasbah Oudaya, Mohsein membawa kami ke depan sebuah rumah yang mempunyai pengetuk pintu berbentuk tangan. Pengetuk pintu ini adalah satu lagi ciri di rumah-rumah tradisional Morocco. Ia dinamakan sebagai Fatimah's Hand (Tangan Fatimah) sempena nama Fatimah Az-Zahra yang merupakan anak perempuan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Mohsein menunjukkan sebuah rumah yang mempunyai pengetuk pintu tradisional. |
Memberi penerangan mengenai pengetuk pintu yang dinamakan sebagai Fatimah's Hand |
Fatimah's Hand |
Hujan turun semakin renyai ketika itu namun kami terus berjalan menuju ke bahagian Kasbah yang menghadap ke Laut Atlantik.
Terus berjalan di Kasbah Oudaya |
Kami turut ditunjukkan sebuah masjid yang terdapat di dalam Kasbah Oudaya ini. Masjid ini adalah masjid yang tertua dibina di kota Rabat. Menara masjid ini dapat kami lihat sewaktu berada di Marina Bou Regreg tadi.
Masjid di dalam Kasbah Oudaya yang dinamakan El-Atika Mosque |
Pemandangan menara Masjid Kasbah Oudaya dari Marina Bou Regreg |
Pintu masuk ke masjid |
Larangan Orang Bukan Islam masuk ke dalam masjid |
Tiupan angin dari Laut Atlantik semakin ketara semakin kami menghampiri pinggir laut.
Masih berjalan menuju ke pinggir Laut Atlantik |
Tangga masuk ke sebuah rumah kediaman |
Tuk Tuk yang boleh disewa untuk bersiar-siar di dalam Kasbah Oudaya |
Mengikut Mohsein berjalan ke pinggir laut |
Sebuah lagi rumah yang memiliki pengetuk pintu Fatimah's Hand |
Bangunan di dalam Kasbah ini mempunyai ciri-ciri Moorish kerana ia dibawa oleh umat Islam yang diusir dari Spain oleh pemerintah Kristian dahulu. |
Rumah yang diberi nama Dar Baraka (Pintu Barakah) |
Gerbang menuju ke Laut Atlantik |
Ada sebuah dataran yang luas di penghujung Kasbah yang menghadap ke Lautan Atlantik. Pada satu ketika dahulu ada sebuah signal station di sini yang dibina oleh Sultan Sidi Mohammed bin Abdallah pada kurun ke-18.
Dataran yang menghadap ke Laut Atlantik |
Pengunjung menikmati keindahan Laut Atlantik |
Bangunan pertahanan lama |
Bangunan-bangunan putih di tepi dataran |
Pemandangan menara masjid dapat dilihat dari sini |
Husband menikmati pemandangan di dataran |
Kita lihat pemandangan yang dapat diperhatikan dari sini. Kita mulakan dengan pemandangan yang menghala ke kota Rabat...
Pemandangan menghala ke Sungai Wadi Bou Regreg |
Gelap sungguh awan ketika ini, macam nak hujan lebat |
Mohammed VI Tower yang sedang dalam pembinaan dan akan menjadi bangunan tertinggi di Afrika apabila siap kelak. |
Pertemuan Sungai Wadi Bou Regreg dengan Laut Atlantik |
Watchtower |
Pemecah ombak |
Kawasan di seberang sana Sungai Wadi Bou Regreg dinamakan Sale. |
Pantai di sebelah Sale |
Ada sebuah penempatan Roman lama di sebelah Sale tetapi kami tidak sampai ke sana. |
Satu lagi pemandangan di sebelah Sale dengan Mohammed VI Tower |
Tangga turun ke bawah |
Menikmati pemandangan Sale dari tepi tangga |
Banyak sunggguh pemecah ombak di muara ini |
Strategic lookout point |
Pantai dekat pemecah ombak |
Satu lagi pemandangan tangga turun ke bawah |
Lepas dah puas melihat pemandangan menghala ke kota Rabat, kita alihkan pula pemandangan menghala ke Laut Atlantik...
Pemandangan menghala ke Laut Atlantik |
Pantai di pinggir Laut Atlantik |
Pemandangan suasana di pantai |
Bendera Morocco |
Gerai-gerai di pinggir pantai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan rekreasi air |
Padang hijau di sebalik tembok di sebelah kiri adalah sebuah kawasan perkuburan |
Rumah api di hujung sana dinamakan sebagai Rabat Lighthouse |
Satu lagi pemandangan suasana di pantai |
Pengunjung-pengunjung yang sedang menikmati pemandangan Laut Atlantik |
Bergambar dengan berlatar belakangkan Laut Atlantik |
One more for the album... |
Berjalan masuk kembali ke dalam Kasbah |
Selepas dah puas menikmati pemandangan di dataran ini, kami berjalan kembali ke pintu masuk Kasbah Oudaya. Hujan masih turun renyai-renyai ketika ini.
Berjalan balik ke pintu masuk |
Lorong yang cantik di Kasbah Oudaya |
Husband pantang jumpa benda berwarna biru di Kasbah Oudaya. Mesti dia nak bergambar untuk matching dengan jaket yang dipakai. |
Fountain minuman |
Masih berjalan menuju ke pintu keluar |
Jualan hasil kesenian local |
Tembok lama di Kasbah Oudaya |
Batu-bata lama yang membina tembok ini masih utuh sehingga sekarang |
Hampir tiba di pintu masuk |
Keluar dari Kasbah Oudaya |
Menara pengawal dekat pintu masuk ke Kasbah Oudaya |
Meninggalkan Kasbah Oudaya |
Menyeberang jalan ke tempat menunggu bas |
Menunggu bas tiba untuk melawat ke destinasi yang seterusnya |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
- Bhg. 01 : Hari 01 - Perjalanan Ke Morocco : Kuala Lumpur International Airport
- Bhg. 02 : Hari 01 - Perjalanan Ke Morocco : Kuala Lumpur - Dubai - Casablanca
- Bhg. 03 : Hari 01 - Morocco : Casablanca [ Casablanca City & Hassan II Mosque ]
- Bhg. 04 : Hari 01 - Morocco : Casablanca [ Corniche ] & Marrakech
- Bhg. 05 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Hotel Ibis Marrakech & Planete Des Epices ]
- Bhg. 06 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Koutoubia Mosque & Jemaa El-Fna @ Day ]
- Bhg. 07 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Tuk Tuk Tour ]
- Bhg. 08 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Jemaa El-Fna @ Night & Restaurant Palais Chahramane ]
- Bhg. 09 : Hari 03 - Morocco : Marrakech - Rabat [ Rabat City ]
- Bhg. 10 : Hari 03 - Morocco : Rabat [ Marina Bou Regreg & Kasbah Oudaya ]
- Bhg. 11 : Hari 03 - Morocco : Rabat [ Hassan Tower & Mausoleum Mohammed V ]
- Bhg. 12 : Hari 03 - Morocco : Rabat - Fes
- Bhg. 13 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Fes City & Chouara Tannery ]
- Bhg. 14 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Borj Sud & Fes Medina ]
- Bhg. 15 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Funduq al-Tetwaniyyin, Mosque of Al-Karaouine, Royal Palace & Borj Fez Shopping Mall ]
- Bhg. 16 : Hari 05 - Morocco : Fes - Chefchaouen
- Bhg. 17 : Hari 05 - Morocco : Chefchaouen
- Bhg, 18 : Hari 05 - Morocco : Chefchaouen - Tangier
- Bhg. 19 : Hari 06 - Morocco : Tangier [ Tangier City ]
- Bhg. 20 : Hari 06 - Morocco : Tangier [ Gare Maritime ]
- Bhg. 21 : Hari 06 - Morocco : [ Tangier ] - Spain : [ Tarifa ]
- Bhg, 22 : Hari 06 - Spain : Tarifa - Algeciras - Granada
- Bhg. 23 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Medina & Royal Street of Alhambra ]
- Bhg. 24 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Mexuar Palace & Comares Palace ]
- Bhg. 25 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Palace of the Lions ]
- Bhg. 26 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Partal Gardens ]
- Bhg. 27 : Hari 07 - Spain : Granada [ Albaicin ]
- Bhg. 28 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Cordoba City ]
- Bhg. 29 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Courtyard ]
- Bhg. 30 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Mezquita ]
- Bhg. 31 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Catedral ]
- Bhg. 32 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Roman Bridge ] & Perjalanan Ke Seville
- Bhg. 33 : Hari 08 - Spain : Seville [ Plaza Espana ]
- Bhg. 34 : Hari 08 - Spain : Seville [ Casco Antiguo ]
- Bhg. 35 : Hari 08 - Spain : Seville [ Seville City ]
- Bhg. 36 : Hari 08 - Portugal : Portugal
- Bhg. 37 : Hari 08 - Portugal : Lisbon [ Lisbon City ]
- Bhg. 38 : Hari 08 - Portugal : Lisbon [ Oeiras ]
- Bhg. 39 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Belem : Tower of Belem, Monument To Discoveries & Monastery of Jeronimos ]
- Bhg. 40 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Baixa : Restauradores Square & Rossi Square ]
- Bhg. 41 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Baixa : Rua Augusta & Praca do Comercio ]
- Bhg. 42 : Hari 09 - Portugal - Spain : Lisbon - Badajoz [ Vasco da Gama Bridge ]
- Bhg. 43 : Hari 09 - Spain : Badajoz - Merida - Madrid
- Bhg. 44 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Las Rozas Village ]
- Bhg. 45 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Centro Cultural Islamico ]
- Bhg. 46 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Madrid Historic Centre : Palacio Real & Plaza de Oriente ]
- Bhg. 47 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Madrid of Austrias : Calle del Arenal, Puerta del Sol & Plaza Mayor ]
- Bhg. 48 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Gran Via & Flamenco Show ]
- Bhg. 49 : Hari 11 - Spain : Madrid [ Stadium Bernabeu & Barajas Airport ]
- Bhg. 50 : Hari 11 - Going Home : Madrid - Dubai - Kuala Lumpur
No comments:
New comments are not allowed.