Friday, 16 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 45 (Centro Cultural Islamico)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 45: Spain
MADRID (Centro Cultural Islámico)

HARI KESEPULUH (2)

Part 128: Madrid

Dari Las Rozas Village, kami dibawa menuju ke pusat bandar Madrid. Tempat tujuan kami adalah Masjid Madrid untuk solat dan makan tengahari.

Meninggalkan Las Rozas
Legasi pemerintahan Arab-Islam di Madrid masih dirasai kerana kita dapat melihat banyak pokok palma yang seperti Pokok Kurma ditanam di sana-sini.
Pemandangan di Las Rozas
Madrid didirikan sekitar tahun 865 Masehi oleh Khalifah Umayyah yang bernama Mohamed I. Nama kota ini diambil dari saluran air bawah tanah yang dibangunkan oleh Mohamed I yang disebut sebagai Mayrit dalam Bahasa Arab. Pada akhir abad ke-11, orang Kristian menakluk Mayrit meskipun populasi Muslimnya cukup besar ketika itu. Populasi Muslim terus tinggal di kota ini sehingga mereka diusir dari Sepanyol pada tahun 1609.

Lebuhraya ke Madrid
Pemandangan kota Madrid di kejauhan
Puerta de Hierro
Masih lebuhraya menuju ke Madrid...
Lagi pemandangan lebuhraya menuju ke Madrid
Pokok di tepi lebuhraya
Terowong
Pemandangan di dalam terowong
Madrid adalah ibukota bagi negara Spain. Dengan jumlah penduduk seramai 7 juta di kawasan metropolitannya, ia adalah juga bandaraya yang terbesar di negara ini. Pada kedudukan 655 meter dari atas aras laut, Madrid adalah juga ibukota yang kedua tertinggi di Eropah selepas Andorra la Vella yang merupakan ibukota negara Andorra.

Madrid
Kawasan perumahan di pinggir Madrid
Suasana di kawasan perumahan di pinggir Madrid
Satu lagi pemandangan di sebuah kawasan perumahan di pinggir Madrid
Berjalan menuju ke sekolah
Penunjuk arah
Madrid adalah juga bandaraya yang kedua terbesar di European Union selepas Paris dan menjadi pusat kewangan yang terpenting di Spain. Satu pemandangan yang dapat kami lihat sewaktu menuju ke Centro Cultural Islamico adalah Cuatro Torres Business Area (CTBA). Dalam Bahasa Spanish Cuatro Torres bermaksud Four Towers. Ia mengandungi 4 bangunan pencakar langit yang tertinggi di seluruh Spain: Torre Emperador, Torre de Cristal, Torre PwC dan Torre Cepsa. Keempat-empat bangunan ini turut menjadi antara 10 bangunan pencakar langit yang tertinggi di European Union.

Cuatro Torres Business Area
Cuatro Torres Business Area mempunyai 4 dari 10 buah bangunan pencakar langit yang tertinggi di European Union.
Satu lagi pemandangan Cuatro Torres Business Area
Kami menggunakan lebuhraya yang dinamakan Autopista de Circunvalación M-30 atau rujukan mudahnya hanya sebagai M-30 menuju ke Masjid Madrid. Ia bagaikan MRR2 kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Banyak juga bangunan-bangunan hebat di Madrid yang dapat diperhatikan dari M-30 ini.

Autopista de Circunvalación M-30 yang mengelilingi Madrid
Pemandangan dari Lebuhraya M-30
Iberia adalah syarikat penerbangan nasional Spain
Bangunan yang berkotak-kotak biru di sana dinamakan sebagai Los Cubos
Bangunan-bangunan moden di sepanjang Lebuhraya M-30
Pemandangan Masjid Madrid dari Lebuhraya M-30
Senibina moden juga banyak digunakan pada apartment kediaman di Madrid
Keluar dari Lebuhraya M-30

Part 129: Plaza de Toros de Las Ventas

Sebaik keluar dari Lebuhraya M-30 menuju ke Masjid Madrid, kita bertemu dengan sebuah gelanggang laga lembu yang bernama Plaza de Toros de Las Ventas.

Plaza de Toros de Las Ventas
Laga Lembu adalah sukan tradisional yang popular di Spain. Namun begitu popularitinya kini semakin merudum disebabkan kempen yang giat dari pencinta haiwan menentang sukan tersebut. Pemain laga lembu dipanggil Matador. Sukan ini dianggap kejam kerana lembu akan dibunuh oleh Matador tanpa belas kasihan dengan pedangnya di akhir pertandingan. Kata Tour Guide kami Zarina, Plaza de Toros de Las Ventas ini adalah antara gelanggang laga lembu yang masih bertahan di seluruh Spain sekarang.

Plaza de Toros de Las Ventas adalah gelanggang laga lembu yang terbesar di Spain
Sukan laga lembu turut dibawa oleh tentera Spanish ke tanah jajahan mereka di benua Amerika. Oleh itu bukanlah sesuatu yang menghairankan bila Plaza de Toros de Las Ventas yang merupakan stadium laga lembu yang terbesar di Spain ini adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas di Mexico dan Venezuela. Nasib baiklah laga lembu tidak menjadi sukan yang popular di negara jiran kita Philippines yang juga merupakan satu-satunya jajahan Spanish di Asia.

Plaza de Toros de Las Ventas adalah juga gelanggang laga lembu yang ketiga terbesar di dunia

Part 130: Centro Cultural Islámico de Madrid

Centro Cultural Islámico de Madrid (Islamic Cultural Centre of Madrid) yang lebih dikenali sebagai Masjid Madrid adalah masjid terbesar di Madrid dan seluruh Eropah. Kata Zarina, di sekitar kota Madrid kini ada 5 buah masjid untuk kegunaan penganut agama Islam.

Centro Cultural Islámico de Madrid
Pintu masuk ke Centro Cultural Islámico de Madrid
Signboard di tepi pintu masuk
Bas parking di perkarangan masjid
Sementelah kita dah sampai ke sini, mari kita masuk melawat ke dalam...

Jom kita masuk ke dalam...
Masjid ini dirasmikan pada tahun 1992
Jubin perhiasan yang berciri mudejar
Ucapan Kalimah Syahadah dengan terjemahan dalam Bahasa Spanish
Tidak seperti di zaman Reconquista di bawah King Ferdinand dan Queen Isabella dahulu, umat Islam bebas beragama di Spain sekarang. Kewujudan masjid seperti Centro Cultural Islámico de Madrid ini menjadi bukti bahawa Islam telah kembali diterima di Spain. Suasana di dalam masjid ini tidak banyak berbeza dengan masjid-masjid moden lain di dunia.
 
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam bangunan masjid
Sebaik tiba di sini, kami terus dibawa menuju ke Restoran Al Zahra yang terdapat di dalam bangunan masjid untuk makan tengahari. Hidangan yang disediakan di restoran ini adalah masakan Morocco. Hiasan dalamannya juga memang berciri Morocco.
 
Restoran Al Zahra
Pintu masuk ke Restoran Al Zahra
Pemandangan di dalam Restoran Al Zahra
Perhiasan berciri Morocco di dalam Restoran Al Zahra
Satu lagi suasana di dalam Restoran Al Zahra
Tiang seri di tengah restoran
Kumpulan kami sedang menikmati makan tengahari
Nasi Briyani Morocco
Selepas makan, kami terus menuju ke ruang solat untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Macam biasa, ruang solat wanitanya terletak di tingkat atas. Disebabkan bangunan Masjid Madrid ini tinggi, terpaksalah kita mendaki tangga yang sempit dan curam menuju ke sana.

Tangga menuju ke ruang solat wanita yang curam dan sempit
Tempat wuduk untuk wanita
Suasana di ruang solat wanita
Menunaikan kewajiban kepada Allah SWT di Masjid Madrid
Jeriji kayu di ruang solat wanita
Mengintai ke ruang solat utama dari celah jeriji
Tangga yang curam dan sempit ke ruang solat wanita
Selepas dah tengok ruang solat wanita, kita pinjam gambar-gambar dari kamera Husband pulak untuk menunjukkan Ruang Solat Utama Masjid Madrid yang dikhaskan untuk kaum lelaki.
 
Courtyard masjid yang dipasang dengan dinding kaca
Ruang Solat Utama Masjid Madrid
Selepas menunaikan kewajiban kepada Allah SWT, kita diberikan sedikit free time untuk melihat-lihat suasana di sekitar Centro Cultural Islámico de Madrid ini.

Suasana di pintu masuk rasmi ke Centro Cultural Islámico de Madrid
Senibina bangunan ini diilhamkan dari Alhambra
Kalimah Syahadah yang menghiasi pintu masuk rasmi ke Centro Cultural Islámico de Madrid
Ada juga beberapa pameran kecil yang menarik tentang agama Islam di sini.
 
Almari ini menyimpan koleksi terjemahan Al Quran dalam beberapa bahasa utama dunia
Koleksi terjemahan Al Quran dalam beberapa bahasa utama dunia
Antara terjemahan Al Quran yang dipamerkan terdiri dari Bahasa Cina, Hindi, Indonesia dan Melayu (Malayo).
Keterangan mengenai agama Islam dan 5 Rukun Islam yang ditulis dalam 3 bahasa: Spanish, Arab dan English
Pameran mengenai warisan dunia Islam
Salah sebuah pameran yang menarik bagi kami adalah kisah ringkas mengenai 25 Rasul Utusan Allah. Sayang kerana semua keterangannya hanya ditulis dalam Bahasa Spanish. 

Lokasi di mana Nabi-Nabi Allah diturunkan untuk berdakwah kepada umat manusia
Pameran mengenai 25 Rasul yang wajib dipercayai oleh Umat Islam
Kisah mengenai Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Hud
Kisah mengenai Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW
Melihat pameran mengenai 25 Rasul
Siaran live suasana Kaabah di Makkah
Meninggalkan Masjid Madrid


Bersambung ke Bahagian 46...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: