Saturday, 15 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 14 (Borj Sud & Fes Medina 1)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 14: Morocco
FES
(Borj Sud & Fes Medina)

HARI KEEMPAT (2)

Part 34: Borj Sud

Selepas melawat Chouara Tannery, kami kembali ke bas untuk meneruskan lawatan kami di Fes.

Kumpulan pelancong yang baru tiba nak melawat Chouara Tannery
 Meninggalkan Tanners' Quarter
Tembok kota lama Fes
Menara kawalan di tembok kota lama
Pintu kota
Dengan pemandangan begini, memang tidak sukar untuk difahami kenapa Fes diberi pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site
Destinasi kami seterusnya adalah Borj Sud (Southern Fort) untuk melihat pemandangan kota Fes dari sana.

Bas menaiki bukit untuk menuju ke Borj Sud
Borj Sud
Borj Sud adalah kota yang dibangunkan oleh Dinasti Saadian sekitar 1582 berpandukan kota-kota pertahanan yang dibangunkan oleh orang Portugis. Pemandangan kota lama Fes yang dinamakan Fes El-Bali dapat dilihat dengan jelas dari kota ini.

Tiba di Borj Sud
Pelawat-pelawat di Borj Sud
Menikmati pemandangan kota lama Fes dari Borj Sud
Tiga komponen bandar Fes yang dinamakan Fes Jdid (New City), Fes El-Bali (Old City) dan Ville Nouvelle (New Town) yang dibangunkan penjajah Perancis dahulu dapat dilihat dari Borj Sud. Kedua-dua komponen kota lama Fes yang terdiri dari Fes El-Bali (Old Fes) dan Fes Jdid (New Fes) telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1981 di bawah nama Medina of Fez.

Pemandangan Fes Jdid (New City) dari Borj Sud
Fes El-Bali (Old Fes). Bangunan yang beratap hijau di tengah Fes El-Bali adalah Mosque of Al-Karaouine.
Ville Nouvelle (New Town) yang didirikan oleh penjajah Perancis di Fes
Pemandangan Fes dari Borj Sud ini sangat mengkagumkan. Malah Morocco secara keseluruhan memang mengkagumkan bagi kami. Segala-galanya ada di negara ini: sejarah, kesenian, kebudayaan dan pemandangan yang indah. Memang tepat pilihan kami datang berkunjung ke Morocco.

Pelawat-pelawat menikmati pemandangan Ville Nouvelle
Bergambar dengan berlatar belakangkan Fes El-Bali
One for the album...
Pemandangan Pergunungan Atlas di belakang Fes
Kota di atas bukit di kejauhan sana adalah Borj Nod (Northern Fortress) yang berkembar dengan Borj Sud (Southern Fortress) di mana kami berada sekarang.
Bergambar di tembok Borj Sud
Kembali ke bas yang menunggu
Pemandangan sewaktu meninggalkan Borj Sud

Part 35: Fes Medina

Selepas melihat pemandangan Fes El-Bali dari kejauhan di Borj Sud, kami dibawa menuju ke sana. Kata Mohsein, kami akan membuat walking tour di Medina di Fes El-Bali. Mohsein juga berpesan supaya kami tidak berpisah dari Grup kerana Fes El Bali terdiri dari banyak lorong yang mengelirukan. Dia rupanya dibesarkan di Fes El-Bali, tetapi kata Mohsein dia sendiri pun masih tersesat-sesat kalau balik ke sana.

Turun dari Borj Sud
Tanah Perkuburan Al Futuh
Masih Tanah Perkuburan Al Futuh
Borj Nod
Penanda nama jalan
Jalan Mohemmed Al Alaoui
 Hampir tiba di Fes El-Bali
Pokok Jacaranda
Setibanya di Fes El-Bali, ada seorang Local Guide yang akan membawa kami masuk melawat ke Medina. Dia memakai pakaian tradisional Fes termasuk songkok tinggi Tarbus yang berwarna merah. Katanya songkok Tarbus ini (seperti yang sering dipakai oleh P. Ramlee) adalah pakaian tradisional Fes.

Local Guide yang menunggu kami di Fes El-Bali
Local Guide kami yang memakai pakaian tradisional Morocco. Songkok Tarbus yang berwarna merah memang pakaian khas dari Fes. Jubah yang bertutup kepala berbentuk runcing dan kasut kulit berbentuk runcing yang dipakainya pula boleh dilihat di mana-mana di Morocco.
Salah sebuah laluan masuk ke Fes Medina di Fes El-Bali
 Jom kita masuk ke dalam...
Berjalan masuk ke Fes Medina memang bagai berjalan masuk ke masa silam. Pemandangan di sini sangat berbeza dengan pemandangan Fes yang terletak di luar tembok kota. Tidak seperti suasana tenang di Kasbah Oudaya yang kami lawat di Rabat dulu, suasana di sini sibuk dan havoc.

Berjalan masuk ke Fes Medina
Suasana di dalam Fes Medina
Bangunan-bangunan di dalam Fes Medina
Local Guide kami di Fes Medina
Dari semasa ke semasa sewaktu melawat Fes Medina, kami akan berhenti berjalan dan Mohsein akan memberi penerangan tentang perkara-perkara yang kami perhatikan di dalam Medina ini. 
 
 Mohsein memberi penerangan tentang Fes Medina
Suasana di Fes Medina
Pelancong-pelancong yang berkunjung ke Fes Medina
Antara perkara yang banyak kami perhatikan di dalam Fes Medina ini ialah bangunan-bangunan yang dinamakan sebagai Riad. Riad adalah bangunan-bangunan kediaman yang dibina mengelilingi sebuah courtyard dalaman. Banyak Riad di Fes Medina telah ditukar menjadi hotel-hotel butik. Banyak juga Riad yang masih menjadi rumah kediaman penduduk tempatan.

Disebabkan bangunan Riad dibina menghadap Inner Courtyard, ia kelihatan seperti rumah yang tidak mempunyai tingkap dan hanya mempunyai pintu masuk seperti ini.
Sebelum adanya sistem perpaipan di rumah seperti sekarang, fountain seperti ini yang dinamakan saqayya menjadi sumber bekalan air kepada penghuni Fes Medina.
Pelawat mendengar penerangan mengenai sumber bekalan air di Fes Medina pada masa lampau
Penduduk tempatan menggunakan saqayya untuk memberi minum kepada kucing-kucing liar.
Ada tempatnya di mana lorong-lorong di kawasan kediaman Fes Medina sangat kecil dan sempit. Hanya sekadar muat-muat dilalui oleh seorang sahaja dan tak boleh berselisih. Kami turut dibawa melalui lorong ini. Walaupun kita tidak tergolong dalam kategori obese, terasa mencabar juga bila melalui lorong-lorong begini. Lorongnya pun panjang, sampai tak nampak penghujung lorong kalau kita berdiri di tempat permulaan lorong. Terfikir juga di dalam hati, kalau sedang berada di tengah-tengah lorong ini dan tiba-tiba ada pulak orang datang dari arah bertentangan, apa yang patut kita buat? Mesti salah seorang kena beralah dan berjalan gostan balik ke belakang. Hahaha!

Mengikut Mohsein berjalan di Fes Medina
Kebanyakan keadaan lorong di dalam Medina adalah seperti ini
Disebabkan Fes Medina adalah sebuah UNESCO World Heritage Site, ia sentiasa dipulihara dan dibaikpulih dengan dana dari UNESCO.
Masuk ke sebuah lorong sempit
Beginilah lorong sempit yang dilalui. Hanya sekadar muat-muat seorang.
Lega bila nampak penghujung lorong
Keluar dari lorong
 Sebuah lagi lorong sempit yang dilalui
Berjalan-jalan di Fes Medina
Masih berjalan di lorong sempit
Peminta sedekah
Pemandangan lorong sempit yang dilalui tadi
Suasana di penghujung lorong
 Pemandangan selepas keluar dari kawasan lorong-lorong sempit di Souk Medina
 Menara Masjid
Sebuah lagi menara masjid di kejauhan
Kami kemudiannya dibawa meneroka pasar-pasar yang dipanggil Souk di dalam Fes Medina. Pengalaman berkunjung ke souk ini sangat menarik. Kita dapat melihat pelbagai barangan yang dijual, yang memberikan gambaran kepada kita tentang cara hidup seharian orang Morocco.

Suasana souk di Fes Medina
Saffron
 Meninjau pelbagai kedai di souk
Kurma
Kedai daging
Pelbagai daging yang dijual. Tak perlu risau lalu di sini sebab semuanya Daging Halal belaka.
 Masih suasana di souk
Rambang mata kita melihat barangan jualan di sini
 Kedai manisan
Memasak dengan cara tradisional
 Pelbagai jenis kurma
Saffron dan pelbagai jenis wangian dan makanan
Lemak binatang untuk jualan
 Terkejut kita tengok kepala unta ini di situ
Hai!
Posing dengan kepala unta
Kaki unta
Buah zaitun
Saffron, kekacang dan sayur-sayuran
Pelbagai jenis manisan
 Bekas masakan Tajin untuk jualan
Bekas Oud yang dibuat dari logam
 Peralatan-peralatan tradisional Morocco
Fes Medina tersangat besar. Selain memiliki banyak kawasan kediaman di dalamnya, ia juga mempunyai banyak souk. Bagi orang luar macam kita, sukar sekali kita nak membezakan souk-souk ini. Ia selalunya ditandakan dengan pintu-pintu gerbang yang kadang-kala jelas kelihatan dan kadang-kala agak tersembunyi.

 Pintu gerbang menuju ke Souk Seffarine
Souk Seffarine yang membentuk salah sebuah souk di Fes Medina
Makanan laut
Kami juga dibawa ke Souk Seffarine yang terkenal sebagai pusat jualan hasil kraftangan. Di sini kita dapat melihat pelbagai proses pembuatan hasil-hasil kraftangan menggunakan kaedah tradisional.

Benang bulu kambing yang dijual untuk dijadikan pakaian
Benang bulu kambing yang pelbagai warna
Proses mencelup warna benang
Proses mencelup warna benang masih dilaksanakan dengan kaedah tradisional
 Pencelup warna yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi
Souk yang menjual barangan logam dan perak
Bumbung di souk
Melihat pelbagai barangan logam yang dijual
Pelbagai jenis kuali dan jubin
Tiba di penghujung souk
Sewaktu di Medina ini, kami sering diingatkan supaya meminggir ke tepi jika terdengar perkataan "Balak! Balak!". Teriakan ini diberikan oleh pekerja-pekerja yang mengangkut barang-barang menggunakan kereta sorong melalui lorong-lorong yang sempit di sini. Teriakan "Balak! Balak!" ini turut mewarnai suasana di Fes Medina kerana ia kedengaran di mana-mana sahaja.

Balak ! Balak!
Beri laluan ! Balak ! Balak !
Penat berjalan di Souk, kami dibawa keluar sekejap untuk berehat di Seffarine Square. Seffarine Square adalah sebuah kawasan terbuka di Fes Medina yang dikelilingi kedai-kedai pertukangan logam tembaga.

Seffarine Square
 Kedai-kedai pertukangan logam di sekeliling Seffarine Square
Peralatan pertukangan logam tradisional
 Pandangan dari depan
Suasana di Seffarine Square


 Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: