Monday, 3 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 08 (Jemaa El-Fna @ Night)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 8: Morocco
MARRAKECH
(Jemaa El-Fna @ Night & Restaurant Palais Chahramane)

HARI KEDUA (4)

Part 18: Suasana Malam Di Jemaa El-Fna

Bila malam menjelang, kami keluar lagi dari Hotel Ibis Marrakech untuk makan malam. Walau bagaimanapun sebelum ke restoran, kami dibawa kembali ke Jemaa El-Fna untuk menikmati suasana malam di sana.

Keluar untuk makan malam
Perjalanan dari hotel ke Marrakech Old City
Tembok kota Marrakech. Lubang-lubang pada tembok kota ini sengaja dibuat bagi kemudahan meletakkan scaffolding untuk tujuan maintenance.
Tembok kota ini dibuat dari tanah liat
Kalau berkunjung ke Marrakech, kita akan melihat banyak pokok buah oren yang ditanam sebagai hiasan di tepi jalan. Buah-buah oren ini walau bagaimanapun tidak sesuai untuk dimakan kerana rasanya yang masam. Ia hanya sesuai untuk dibuat jem Marmalade.

Pokok Oren yang ditanam di January 11th Street, Marrakech
Menara-menara lama pada tembok kota
Kawasan tumpuan pelancong di kota Marrakech
Taman yang tenang dan damai di tengah bandar
Ada banyak bas pelancong di seluruh bandar Marrakech pada petang ini
Berehat di tengah taman
Marrakech adalah sebuah kota yang dikelilingi tembok kota yang tinggi. Tak seperti di kebanyakan tempat lain, tembok kota ini masih kukuh dan terpelihara. Walau dipandang dari mana-mana arah sekalipun, ia sangat menakjubkan.

Tembok kota Marrakech
Tembok kota ini pada asalnya dibina untuk melindungi pusat-pusat perdagangan di dalamnya.
Salah sebuah pintu masuk ke tembok kota
Tembok kota ini memang kelihatan majestic
Pemandangan kereta kuda yang lalu di tepi tembok juga sering membangkitkan suasana Marrakech di masa lampau
Bangunan-bangunan yang dibina di tepi tembok kota memang blend dengan tembok.
Walau kami dah melawat ke sana siang tadi, kami dibawa melawat ke Jemaa El-Fna sekali lagi pada malam ini. Ini adalah kerana menurut Local Tour Guide kami yang bernama Mohsein, suasana malam dan suasana siang di Jemaa El-Fna sangat berbeza. 

Memang kelihatan ada lebih ramai pengunjung ke Jemaa El-Fna di sebelah malam berbanding siang.
Bendera Morocco
Laluan menuju ke Jemaa El-Fna
Bergambar dulu untuk kenangan
Sesak!
Kalau di sebelah siang tadi Jemaa El-Fna dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan, di sebelah malam pula ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti rakyat tradisional. Disebabkan Morocco pada dasarnya adalah sebuah negara Arab, seluruh gambaran cara hidup orang Arab boleh dilihat di sini. Aktiviti ini juga telah berlanjutan beratus-ratus tahun tanpa henti. Kerana itulah Jemaa El-Fna diberi pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage.
 
Suasana senja di Jemaa El-Fna
Penjual kuih tradisional
 Menyusun kuih untuk jualan
Water Seller tradisional yang memberi perkhidmatan menjual air minuman pada zaman dulu
Water Seller
Bergambar dengan monyet
Kita curi tangkap gambar dari jauh sebab kalau pergi dekat-dekat, tuan monyet ini pasti akan meminta bayaran.
Water Seller menawarkan diri untuk bergambar
Pemuzik tradisional
Curi tangkap gambar dekat pemuzik tradisional
Pertunjukan Belly dancing, tetapi tidak seperti di tempat lain di mana Belly Dancer sering berpakaian seksi, Belly Dancer di sini memakai pakaian yang berlitup habis dan tidaklah terdedah-dedah.
Akhirnya dapat juga kita tangkap gambar ular Snake Charmer ini tanpa dikesan. Hahaha!
Di sebelah malam begini juga ada banyak gerai makanan dan buah-buahan.

Seksyen gerai makanan dan buah-buahan
Susunan buah-buahan mereka memang cantik
Pelbagai buah-buahan yang dijual
Cuba menarik perhatian pembeli
Gerai-gerai makanan
Cantik perhiasan mejanya walau hanya gerai makan terbuka
Kebanyakan makanan yang dijual adalah makanan tradisional
Gerai Kepala Kambing Bakar
Close-up Kepala Kambing Bakar
Ramai yang berkunjung ke gerai-gerai makan ini
Selepas dah puas meninjau aktiviti di pasar terbuka Jemaa El-Fna, Myself dan Husband melawat pula ke Souk (pasar tertutup) yang berhampiran.

Jom kita masuk ke Souk pulak...
Pintu masuk ke Souk
Suasana kedai di pinggir Souk yang berdekatan dengan pasar terbuka
Ada banyak kedai di Souk ini tetapi suasananya tidaklah semeriah pasar terbuka di luar sana. Pelbagai barangan boleh ditemui di sini yang sebahagian besarnya adalah cenderamata. 

Kedai di dalam Souk
Suasana di dalam Souk
Bangunan Souk terdiri dari dua tingkat
Jom kita lihat suasana dan barang-barangan yang dijual di dalam Souk ini...

Kena berhati-hati sewaktu berkunjung ke Souk dan pasar terbuka Jemaa El-Fna kerana di sini ada ramai penyeluk saku. Kalau terleka, kita mungkin boleh menjadi mangsa mereka.

Satu perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah lorong di Souk ini memang bersimpang-siur dan banyak dead end. Pening kepala mencari jalan keluar bila dah masuk ke sini. Perkara ini juga menyebabkan Myself dan Husband tak berani nak masuk jauh ke dalam. Kami cuma diberi masa sejam saja di Jemaa El-Fna sebelum bergerak untuk makan malam. Kalau tersesat jauh nanti, mungkin berjam-jam nak mencari jalan keluar.

Terlalu banyak simpang yang ada di dalam Souk ini
Menara masjid di luar sana sentiasa menjadi pedoman untuk kami mencari jalan keluar
Kedai-kedai di dalam Souk ini juga macam tak banyak berbeza antara satu sama lain
Banyak suasana yang macam pintu keluar tetapi sebenarnya bukan.
Macam ada jalan keluar juga di depan sana tetapi sebenarnya dead end.
 Lega bila akhirnya bertemu juga dengan pintu keluar...
Walaupun ketika itu masih ada masa lagi, Myself dan Husband membuat keputusan untuk kembali sahaja ke tempat berkumpul yang ditetapkan di tepi jalan besar sana. Maklumlah, kami bukan kaki shopping, jadi tak ada apa sangat yang dapat kami nak buat di sini.

Menyusuri kedai makan untuk keluar dari Jemaa El-Fna
Gerai lukisan inai di tangan
Permainan memancing tudung botol
Ramai juga nampaknya yang mencuba...
Tempat berkumpul yang ditetapkan bagi kami adalah di jalan besar berdekatan Masjid Koutoubia di depan sana
 Laluan menuju ke tempat berkumpul

Tuk Tuk
Pertandingan memanah
Tiba di tempat berkumpul
Sesuatu yang bagus mengenai Grup Travel kami kali ini adalah semuanya menepati waktu. Tak pernah pun berlaku insiden terlewat tiba. Jadi setelah semua orang berkumpul, kami terus menaiki bas menuju ke restoran untuk makan malam.

Pemandangan Masjid Koutoubia bila malam menjelang
Kak Yan dari Singapore menunjukkan lukisan henna yang dibuat di Jemaa El-Fna
 Pemandangan dari dalam bas sewaktu meninggalkan Jemaa El-Fna
Satu lagi pemandangan dari dalam bas
Au revoir, Jemaa El-Fna! Kami akan meninggalkan Marrakech pada esok hari.

Part 19: Restaurant Palais Chahramane

Dinner kami malam ini disediakan di Restoran Palais Chahramane (disebut: Palays Shahraman) yang juga merupakan restoran di mana kami dinner malam semalam.

Kesibukan malam di Marrakech
Bas berhenti di depan restoran ini
 Berjalan menuju ke restoran
Bangunan Balai Polis
Lorong menuju ke restoran
Pintu masuk ke Restaurant Palais Chahramane
Naik tangga menuju ke ruang makan
Sambutan tradisional yang diberi kepada kumpulan kami
Restoran Palais Chahramane ini memang cantik dan menarik. Ia sebenarnya adalah sebuah bangunan Riad tradisional yang diubah suai menjadi sebuah restoran. Riad tradisional adalah bangunan yang mempunyai courtyard terbuka di tengahnya untuk pengudaraan. Dengan terciptanya aircond pada masa sekarang, courtyard di Riad ini telah ditutup menjadi ruang tambahan untuk kegunaan bangunan.

Suasana di dalam Restaurant Palais Chahramane
Bekas Tajin mini untuk mengisi Salt & Pepper
Pepper & Salt
Walau makan di restoran yang sama, menu dinner hari ini berbeza dengan yang semalam. Namun demikian, bagi kita orang Malaysia, menu yang dihidangkan kelihatan sama. Maklumlah makanan di Malaysia memang variety, bukan saja dari segi rasa, tetapi juga rupa. Nasi, Mee dan Roti Canai memang sangat berbeza. Tetapi makanan di negara lain seperti di Morocco hanya berbeza rasa, tetapi rupanya macam serupa.

Sup yang sentiasa dihidangkan sebagai pembuka selera
Moroccan Soup
Bekas Tajin
Hidangan dinner kami
Di akhir sajian, kami dihidangkan dengan Teh Morocco. Teh Morocco sangat pekat, manis dan direndam dengan daun pudina. Ia memang memerlukan acquired taste untuk menikmatinya. Kalau tidak, pasti kita akan terasa macam minum teh ubat gigi. Hahaha!

 Moroccan Tea
Bumbung restoran penuh dengan ukiran dan dindingnya pula dihias dengan jubin-jubin corak tradisional yang indah. Kalau selama ini kami cuma mendengar tentang kehebatan kesenian Morocco, kami dapat melihatnya sendiri di restoran ini.

Ukiran plaster kesenian Morocco memang halus dan cantik
Corak jubin tradisional Morocco juga sangat cantik
Penggunaan stained glass turut menambah keindahan kepada bangunan-bangunan tradisional Morocco
Sesuatu yang juga istimewa pada dinner malam ini ialah ada persembahan tarian tradisional kepada pengunjung. Walaupun persembahannya simple, ia memberi insight tentang kebudayaan Orang Morocco.

Persembahan akhir adalah Belly Dancing. Kami walau bagaimanapun tidak menunggu sehingga ke akhir persembahan kerana malam sudah agak lewat. Kami perlu berehat kerana kami akan meninggalkan Marrakech untuk menuju ke Rabat dan Fes pada keesokan hari.

Belly Dancing
Ada ahli kumpulan yang memilih bersiar-siar di Marrakech dan pulang ke hotel dengan menaiki kereta kuda selepas dinner. Myself dan Husband tidak memilih berbuat begitu kerana kami dah puas bersiar-siar dengan Tuk Tuk siang tadi.

Pulang ke hotel dengan bas


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: