Thursday, 11 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 27 (Albaicin)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 27: Spain
GRANADA (Albaicin)

HARI KETUJUH (1)

Part 74: Albolote

Hotel penginapan kami di Granada yang bernama Principe Felipe Hotel terletak di sebuah kawasan yang bernama Albolete. Kami bangun awal pagi ini kerana Waktu Subuh di Spain ketika itu masuk sekitar pukul 5.20 pagi dan Syuruk pada pukul 7.00 pagi. Sebelum bersarapan pagi, kami bersiar-siar dulu di depan hotel untuk menikmati suasana pagi di Granada.

Korridor di depan bilik hotel
Hotel BS Principe Felipe, Granada
Pemandangan di depan hotel menghala ke kanan
Pemandangan di depan hotel menghala ke kiri
Pemandangan di seberang Hotel Principe Felipe
Laluan tram di depan hotel
Suasana di Granada masih sunyi kerana hari masih awal pagi
Kembali ke hotel untuk bersarapan
Jom kita breakfast...
Restoran di Hotel Principe Felipe ini terletak di tingkat basement. Tidak seperti di Morocco dulu di mana makanan di hotel Dijamin Halal, ia tidak berlaku di Spain. Kita perlu berhati-hati memilih makanan yang dihidang dalam buffet hotel. Mujurlah Local Tour Guide kami di Spain yang bernama Zarina sentiasa ada bersama kami. Dialah yang memberi panduan kepada kami tentang makanan yang boleh dimakan atau sebaliknya.

Meja dengan tiang gajah di lobi hotel
Ruang santai Mini Bar
Restoran hotel yang bernama Salon Las Infantas terletak di tingkat basement
Suasana di dalam restoran Salon Las Infantas
Memang tak banyak makanan yang boleh dimakan di restoran Salon Las Infantas di Hotel Principe Felipe ini kerana Tidak Halal. Scrambled Egg di sini juga tidak boleh dimakan kerana dicampur daging. Di sini juga Zarina mengajar kami supaya berhati-hati dengan kandungan makanan yang mengandungi manteca (disebut: manteka). Walaupun bunyi manteca macam mentega, ia adalah sebenarnya lemak babi (lard). 
 
Banyak makanan di restoran ini Tidak Halal untuk dimakan
Terpaksa breakfast dengan roti dan telur rebus sahaja pagi ini
Selepas breakfast, masih ada sedikit masa untuk kami bersiar-siar di depan hotel. Kita jalan jauh sikit sampai ke sebuah taman di hujung jalan. Taman ini bernama Parque Osuna  (disebut: Par-kay Osuna).

Bergambar di tengah laluan tram
Tram
Pandangan tram dari sisi
Pintu masuk ke Parque Osuna
Monumen untuk petani di pintu masuk ke Parque Osuna yang dihadiahkan oleh Francisco Carvajal Foundation 
Terjemahan perkataan yang tertera pada monumen ini berbunyi: In tribute to the men and women who, with their efforts from the most remote origins of humanity, gave us our daily bread.
Suasana di dalam taman
Tenang dan damai
Disebabkan masa yang terhad, kami tidak masuk jauh ke dalam. Hanya sekadar melihat pemandangan dan suasana taman dari pintu masuk sahaja.

Pemandangan menghala ke bandar Albolote dari pintu masuk ke taman
Berjalan kembali menuju ke hotel
Pergunungan Sierra Nevada yang masih bersalji di puncaknya di belakang kota Granada
Kembali ke Hotel Principe Felipe

Part 75: Mirador de San Cristobal @ Albaicin

Selepas bas tiba, kami dibawa melawat ke sebuah daerah bersejarah di kota Granada yang dinamakan Albaicin (disebut: Albaisin dan juga dipanggil Albayzin). Albaicin adalah sebuah kawasan peninggalan tamadun Islam sewaktu mereka berkuasa di Granada dahulu.

Dalam bas menuju ke Albaicin
Peninggalan bangunan lama di Granada
Seperti Alhambra yang kami lawati semalam, Albaicin juga terletak di atas sebuah bukit. Kedudukan bukit ini bertentangan dengan bukit Alhambra.

Keindahan pemandangan kota Granada yang kami perhatikan dari bas sewaktu menaiki bukit Albaicin memang memukau. "Tak ada kota yang lebih indah di dunia selain Granada. Kekayaan dan kemewahan Cairo, Baghdad mahupun Damascus tidak setanding Granada". Begitulah kata-kata masyhur dari keluarga Arab terakhir yang memerintah Granada pada kurun ke-15 Masehi, sebelum kota ini ditawan oleh tentera King Ferdinand II dan Queen Isabella I yang juga digelar sebagai Catholic Monarchs.

Pemandangan kota Granada dari dalam bas
Keindahan kota ini dikatakan mengatasi Cairo, Baghdad dan Damascus pada zamannya.
Bas membawa kami ke lookout point tertinggi di Albaicin yang bernama Mirador de San Cristobal untuk menikmati pemandangan keseluruhan kota Granada dari sana.

Mirador de San Cristobal
Lookout point di Mirador San Cristobal
Seperti banyak kota tua lain di Eropah, Granada pernah dikelilingi tembok kota. Hanya sebahagian sahaja tembok kota ini yang masih dapat dilihat sekarang. Ia dibina oleh Raja-Raja Ziri pada kurun ke-11 Masehi bagi tujuan pertahanan. Pergunungan Sierra Nevada yang menjulang tinggi di belakang menambahkan lagi keindahan kota Granada seperti yang dilihat dari Mirador de San Cristobal.

Pemandangan kota Granada dari Mirador de San Cristobal
Pemandangan sebahagian tembok kota lama dan pergunungan Sierra Nevada di belakang seperti yang dilihat dari Mirador de San Cristobal
Pemandangan kota Granada yang moden dari Mirador de San Cristobal
The Wall of Ziri di Granada
Puncak Pergunungan Sierra Nevada yang masih diliputi salji
Ada beberapa landmark menarik yang dapat kita lihat dari Mirador de San Cristobal. Salah sebuah di antaranya ialah Palace of Dar Al-Horra (House of the Honourable Lady). Dibina pada kurun ke-15 Masehi, ia menjadi kediaman isteri pertama Khalifah Muley Hassan yang juga merupakan ibu kepada Boabdil, Khalifah Granada yang terakhir sebelum kejatuhan Kerajaan Islam Granada. Beliau yang bernama Aishah (Aixa dalam Bahasa Spanish) diusir dari Alhambra selepas suaminya memilih untuk memperisterikan seorang tawanan Kristian bernama Isabel de Solís untuk menggantikan beliau. Isabel de Solís memeluk agama Islam dan menukar namanya menjadi Zoraya sewaktu berkahwin dengan Khalifah Muley Hassan. Namun demikian, dia kembali murtad ke agama asalnya selepas kejatuhan Kerajaan Islam Granada.

Pemandangan Palace of Dar Al-Horra dari Mirador de San Cristobal
Palace of Dar Al-Horra
Bangunan putih berhampiran Palace of Dar Al-Horra adalah Convent of Santa Isabel la Católica yang diasaskan oleh Queen Isabella, 15 tahun selepas penaklukan Granada.

Bangunan putih di sebelah kiri adalah Convent of Santa Isabel la Católica yang diasaskan oleh Queen Isabella
Convent of Santa Isabel la Católica di sebalik tembok Ziri
Convent of Santa Isabel la Católica
Granada Cathedral yang dibina oleh King Ferdinand II dan Queen Isabella I di atas bekas tapak Masjid Granada juga dapat dilihat dari Mirador de San Cristobal. Di gereja inilah juga kedua-dua King Ferdinand II dan Queen Isabella I disemadikan selepas kematian mereka.

Pemandangan Granada Cathedral dari Mirador de San Cristobal
Granada Cathedral yang dibina di atas tapak Masjid Granada
Tempat persemadian Catholic Monarchs King Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castile di dalam Granada Cathedral [Gambar dari internet].
Sebuah lagi gereja yang juga menarik perhatian dari Mirador de San Cristobal adalah Basílica de San Juan de Dios. Setiap bandar lama di Eropah mempunyai patron saint masing-masing yang dianggap sebagai pelindung kota. San Juan de Dios (Saint John of God) adalah patron saint bagi Granada dan gereja ini dibina untuk menyimpan jasad beliau di dalamnya.

Basílica de San Juan de Dios
Basílica de San Juan de Dios mempunyai kubah yang menarik
Pemandangan terakhir sebelum meninggalkan Mirador de San Cristobal
Bergambar kenangan dengan kota Granada

Part 76: Jalan-Jalan Di Albaicin

Walaupun Albaicin adalah sebahagian dari kota Granada kini, suasananya sangat unik disebabkan pengaruh Kerajaan Islam yang bertapak di sini berabad-abad lamanya. Bangunannya banyak yang berwarna putih dan jalannya dibina dari cobblestone seperti yang banyak kita lihat di kota lama di Morocco dahulu. Maklum sajalah sebab Raja Islam yang memerintah Andalusia dulu berasal dari Morocco.

 Meninggalkan Mirador San Cristobal
Teater tarian Flamenco di tepi Mirador San Cristobal
Zarina dan Encik Hatta membawa kami berjalan kaki melintasi Albaicin menuju ke Plaza Mirador de San Nicolas. Dalam perjalanan, Zarina turut memberi penerangan kepada kami tentang ciri-ciri beberapa bangunan yang kami lihat dalam perjalanan.

Berjalan di Albaicin
Bendera Malaysia yang berkibar megah di Albaicin
Bunga-bunga cantik yang menghiasi tingkap bangunan di Albaicin
Papan tanda nama jalan seperti Grupo Maluquer ini dibuat menggunakan jubin tradisional yang dinamakan azulejo.
Jalan raya utama di Albaicin
Lorong yang cantik
Kedai-kedainya pun cantik
Jeriji besi balkoni yang cantik
Banyak nama jalan dan bangunan ditulis atas jubin yang cantik seperti ini
Disebabkan kita datang dari Morocco sebelum ke sini, memang terasa ada banyak persamaan di antara suasana di Albaicin dengan bandar-bandar seumpamanya di sana. Dengan sejarah yang dimiliki, Albaicin telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site bersama-sama Alhambra pada tahun 1994.

Suasana di Albaicin agak sunyi kerana hari ini adalah hari Ahad yang merupakan cuti hujung minggu di Spain.
Kedai Churros
Sidewalk cafe
Banyak bunga ditanam dalam pasu menghiasi tingkap bangunan
Lorong dibina dari cobblestone di Albaicin. Kena berhati-hati ketika berjalan kerana ia agak licin.
Banyak juga gereja kecil yang kami temui sewaktu berjalan di Albaicin. Hampir kesemuanya dulu pernah berfungsi sebagai masjid. Pada zaman kegemilangannya, ada banyak masjid dibina di Albaicin kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Namun setelah penaklukan Kristian pada tahun 1492, bilangan penduduk Muslimnya merosot dengan mendadak berikutan pengusiran paksa oleh Raja Kristian. Banyak bangunan masjid dimusnahkan dan diganti dengan gereja. Namun demikian banyak gereja ini kini tidak lagi aktif digunakan kerana pegangan penduduk Spain kepada agama Kristian Katholik tidak lagi sekuat dulu. 

Teringat kisah sewaktu Myself dan Husband melawat ke Philippines dulu. Philippines adalah bekas jajahan Spain dan sewaktu di sana, kami diceritakan bagaimana Spain bertanggungjawab memperkenalkan ajaran Kristian di sana. Walau beriya mereka memaksa rakyat Philippines memeluk Kristian, mereka sendiri (rakyat Spain) tidak lagi berpegang kuat kepada ajaran Kristian. Sehingga kini, pegangan ajaran Kristian di Philippines jauh lebih kuat dari pegangan ajaran Kristian di Spain.

Bangunan dengan ciri-ciri Arab-Islam masih banyak dilihat di Albaicin
Bangunan dengan ciri-ciri Arab-Islam ini masih terpelihara sehingga sekarang disebabkan kesan sejarah yang dimiliki, lebih-lebih lagi setelah Albaicin menerima pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO pada tahun 1994.
Berjalan-jalan di Albaicin
Berdasarkan fakta sejarah, di bawah pemerintahan kerajaan Muslim di Sepanyol dulu, Orang Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama masing-masing. Malah sebahagian mereka turut menjadi tokoh-tokoh ilmuwan yang besar dan penting. Hubungan antara penganut agama yang berbeza juga amat baik.

Pehiasan jubin di bawah balkoni adalah antara ciri menarik bangunan-bangunan lama di Albaicin
Inilah kelebihan kalau berjalan bersama local guide, mereka akan menunjukkan perkara-perkara begini yang mungkin kita akan terlepas pandang kalau berjalan bersendirian.
Jalan-jalannya juga dihiasi dengan corak yang menarik
Walaupun sekarang telah menjadi negara Kristian, cara hidup seperti menjaga privacy penghuni rumah yang dianjurkan dalam ajaran Islam masih terus diamalkan sehingga sekarang.
Berhenti sekejap kat sini sebab ada yang nak menumpang menggunakan toilet
Ekk!! Siapa pulak yang duduk di balkoni di sana?!
Kami dibawa melalui sebuah pintu yang dinamakan sebagai Gate of the Weights (Arco de las Pesas). Ia dinamakan begitu kerana pada masa dahulu, sekiranya peniaga didapati menipu berat peralatan timbangan, peralatan tersebut akan dirampas dan dipamerkan pada pintu ini.

Arco de las Pesas
Pada masa dahulu, peralatan penimbang dalam perniagaan yang didapati menipu berat akan digantung pada Gate of the Weights ini.
Kami terus berjalan melalui bangunan-bangunan lama yang cantik menuju ke Plaza Mirador de San Nicolas.

Plaza Larga
Bangunan dengan seni bina Moorish di Plaza Larga
Simpang ke Plaza Mirador de San Nicolas
Kena masuk lorong di sana menuju ke Plaza Mirador de San Nicolas
Lorong menuju ke Plaza Mirador de San Nicolas
Gereja San Nicolas
Perpustakaan

Part 77: Plaza Mirador de San Nicolas @ Albaicin

Sebuah lagi lookout point yang popular di Albaicin adalah Plaza Mirador de San Nicolas yang terletak berhampiran Gereja San Nicolas. 

Plaza Mirador de San Nicolas
Sebelum masuk ke lookout point di Plaza Mirador de San Nicolas, kita akan bertemu terlebih dahulu dengan sebuah cistern yang pada masa dahulu digunakan sebagai sumber air minuman. Cistern seperti ini kini dikenali dengan nama Aljibe (disebut: Al-hi-bey) dan banyak dilihat di sekitar Albaicin. Ia adalah struktur penting kerana tanpa aljibe, tidak mungkin Albaicin yang tandus dan tanpa sumber air minuman dapat diduduki.

Kewujudan cistern (aljibe) lama seperti di sebelah kanan gambar ini menandakan ada sebuah masjid pernah berdiri di sini pada satu ketika dulu kerana ia turut berfungsi sebagai tempat wuduk masjid.
Aljibe de San Nicolás
Selain membekalkan air minuman, cistern seperti ini adalah sebenarnya kemudahan untuk berwuduk di tepi masjid pada masa dahulu
Seperti kebanyakan fountain lain yang ditemui di seluruh Europe sekarang, air dari cistern ini selamat untuk terus diminum.
Lookout point di Plaza Mirador de San Nicolas
Lookout point di Plaza Mirador de San Nicolas popular kerana pemandangan keseluruhan Alhambra dapat dilihat dari sini.

Pemandangan Alhambra dari lookout point di Plaza Mirador de San Nicolas
Alhambra
Binaan Alhambra yang terdiri dari banyak menara di sebelah kanan ini adalah kota pertahanannya yang dinamakan Alcazaba. Bangunan kuning di sebelah kiri pula adalah Palace of Carlos V.
Palace of Carlos V (kiri) dan Alcazaba (kanan). Nasrid Palace terletak di belakang Palace of Carlos V.
Khalifah Granada yang terakhir, Khalifah Muhammad XII yang juga dikenali sebagai Boabdil telah menyerahkan Granada kepada King Ferdinand II dan Queen Isabella I pada 2 Januari 1492. Ketika menyerahkan kunci kota Granada kepada King Ferdinand dan Queen Isabella, kata-kata terkenal beliau adalah: “Ini adalah kunci menuju syurga.”

Lukisan di Granada Cathedral yang menunjukkan peristiwa Boabdil menyerahkan kunci Granada kepada King Ferdinand II dan Queen Isabella I sebagai tanda menyerah kalah [Gambar dari internet ]
King Ferdinand II memberi tempoh selama dua bulan kepada Khalifah Muhammad XII dan ahli keluarganya untuk keluar meninggalkan Granada. Apabila tempoh yang ditetapkan itu tiba, Muhammad XII melangkah keluar dari Granada dengan meninggalkan istananya. Granada yang dipertahankan oleh keturunannya selama 200 tahun dengan menjadikannya sebagai benteng kaum Muslimin kini musnah di dalam tangannya. 

Kenangan dengan Alhambra
Mengabadi memori dengan Alhambra
Muhammad XII dengan ahli keluarganya berjalan keluar menuju ke wilayah Andaraz. Apabila sampai di sebuah bukit yang tinggi, beliau menoleh ke belakang untuk melihat Istana Alhambra yang pernah didiaminya. Ketika itu beliau tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis tersedu-sedu sehingga basah janggutnya dengan air mata. Melihat Muhammad XII menangis, ibunya Aisyah Al-Hurrah berkata kepadanya tanpa simpati, “Baguslah begitu, kamu kini menangis seperti perempuan apa yang tidak dapat kamu pertahankan sebagai seorang lelaki.”

Bukit tempat Muhammad XII menangis masih ada sehingga sekarang dan menjadi tempat kunjungan orang ramai. Ia dikenali sebagai Puerto del Suspiro del Moro (Pass of the Moor's Sigh). Seterusnya Muhammad XII telah bermusafir ke Morocco dan menetap di Kota Fes. Beliau menetap selama 40 tahun dan meninggal dunia di sana.

Mungkin beginilah pemandangan Alhambra yang terakhir dilihat oleh Muhammad XII sewaktu beliau meninggalkan Granada
Ini juga adalah pemandangan terakhir Alhambra bagi kami sebelum meninggalkan Granada.
Selain Alhambra, kita nikmati juga pemandangan lain kota Granada yang dapat kita lihat dari Plaza Mirador de San Nicolas.

Pergunungan Sierra Nevada
Pemandangan kota Granada
Gereja San Nicolas (Iglesia de San Nicolás) di Plaza Mirador San Nicolas ini sebenarnya dibina di atas tapak sebuah masjid lama yang telah dirobohkan bila Orang Kristian kembali memerintah Granada. Ia kelihatan berbeza dari gereja-gereja lain di Granada kerana menggunakan senibina Mudejar dan Gothic. Bukan sekadar hanya gereja yang dibangunkan, malah sebuah salib besar turut dibina di hadapannya untuk menunjukkan bahawa tapak ini kini (yang dulunya adalah sebuah masjid) telah menjadi milik Kristian.

Gereja San Nicolas
Restoran Estrellas de San Nicolas berhampiran Plaza Mirador de San Nicolas
Batu tanda Gereja San Nicolas yang didirikan oleh pihakberkuasa Banadaraya Granada
Pintu masuk ke Gereja
Salib besar yang didirikan untuk menandakan kawasan ini telah menjadi milik Orang Kristian
Husband bergambar kenangan bersama Zarina dan Encik Hatta
Corak lukisan yang dibuat dari batu kerikil di Plaza Mirador de San Nicolas

Part 78: Masjid Granada @ Albaicin
(Mezquita Mayor de Granada)

Memang sedih melihat kesan-kesan kejatuhan Kerajaan Islam yang pernah bertapak di Granada selama 800 tahun. Selama 511 tahun (sejak 1492) selepas kejatuhan Kerajaan ini, tak ada sebuah pun masjid yang berdiri di Granada. Akhirnya pada tahun 2003, barulah sebuah masjid baru dapat dibangunkan.

Berjalan ke Masjid Granada
Masjid Granada
Pelawat dibenarkan melawat ke perkarangan Masjid Granada pada waktu-waktu yang tertentu setiap hari. Malangnya kami tidak berada di sana pada waktu yang ditetapkan. Jadi kita cuma boleh melihat Masjid Granada dari luar pagar sahaja.
 
Pintu masuk ke Masjid Granada sedang ditutup kerana di luar waktu melawat.
Disebabkan kita tak dapat melawat masuk ke dalam masjid, kita gunakan saja gambar Masjid Granada yang Myself jumpa di dalam internet...
 
Masjid Granada [Gambar dari internet]
Untuk mengambil gambar suasana perkarangan masjid pula, kita suakan kamera masuk ke dalam pagar masjid. Inilah hasilnya...
 
 Mengambil gambar suasana perkarangan masjid
Perkarangan Masjid Granada
Suasana taman di dalam masjid
Disebabkan kami tidak dapat masuk ke dalam masjid juga, kita cuma bersiar-siar di kawasan sekitar masjid. Suasana di sekitar ini juga menarik untuk bergambar...

Bersiar-siar di sekitar masjid
Tembok masjid
Menara masjid dari luar
Suasana di depan pintu masuk ke masjid. Pemandangan Alhambra dapat dilihat di belakang sana.
Lagi suasana di depan pintu masuk ke masjid
Lorong di tepi masjid
Pasu-pasu bunga yang diletakkan pada dinding untuk hiasan
Menara masjid
Pokok anggur yang ditanam menjalar pada dinding masjid
Selepas dah puas bergambar dekat Masjid Granada, kami bergerak menuju ke jalan besar kerana bas akan mengambil kami di sana untuk meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang seterusnya ~ Cordoba.

Calle Espaldas de San Nicolas
Kenangan bersama di Granada
Gate of the Weights yang dilalui semula untuk menuju ke jalan besar
Pemandangan menerusi Gate of the Weights
Plaza Larga
Tak seperti pagi tadi, banyak kedai dah dibuka sekarang
Membawa anjing bersiar-siar
Tram yang membawa pelancong mengelilingi Albaicin
Seronok juga kalau dapat bersiar-siar naik tram ini
Berbasikal di Granada


 Bersambung ke Bahagian 28...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: