Sunday, 25 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 50 (Madrid-Dubai-Kuala Lumpur)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal

Bahagian 50: Going Home
MADRID - DUBAI - KUALA LUMPUR

HARI KESEBELAS (2)

Part 144: Dari Madrid Terbang Ke Dubai

Pesawat kami Emirates EK 142 dijadual berlepas dari Madrid menuju ke Dubai pada pukul 3.25 petang. Maka seawal jam 2.40 petang, penumpang dipanggil masuk ke pesawat.

Berjalan menuju ke pesawat
Pemandangan Bangunan Terminal di Barajas Airport sewaktu berjalan menuju ke pesawat
Pemandangan gate sebelah
Buen viaje! Have a nice trip!
Mengambil gambar sambil menuju ke pesawat
Saluran airbridge di sebelah juga digunakan untuk kemasukan penumpang ke pesawat kami
Yang ini pulak adalah penumpang yang masuk dari airbridge yang kat sebelah itu.
Pesawat Airbus 380 Emirates yang akan membawa kami ke Dubai
Enjin pesawat
Tiba di pintu pesawat
Mencari seat tempat duduk kami
Welcome...
Peta penerbangan dari Madrid ke Dubai
Bersedia untuk berlepas
Pesawat kami berlepas dari Madrid ke Dubai mengikut jadual pada pukul 3.25 petang. Penerbangan ini dijangka memakan masa 7 jam 10 minit.

Berlepas meninggalkan Madrid
Melalui kepulauan Ibiza di Spain
Pengembaraan kami ke Morocco, Spain dan Portugal secara rasminya berakhir sewaktu kami terbang meninggalkan Madrid. Walaupun pengembaraan ini penuh dengan mishaps dan cabaran seperti tidak cukup ahli pada mulanya sehingga kami ditawarkan menyertai kumpulan lain, ahli kumpulan yang kehilangan bagasi di Morocco, tiba lewat malam / awal pagi di hotel Marrakech, bas yang pada mulanya tidak dapat memuatkan seluruh bagasi kami sewaktu tiba di Spain dengan feri dan bas yang rosak sewaktu dalam perjalanan pulang ke Spain dari Portugal sehingga menyebabkan kami tiba pada pukul 2 pagi di hotel di Madrid, ia adalah juga antara pengembaraan yang paling indah dan berkesan di hati kami.

Myself dan Husband sepakat yang Spain dan terutamanya Portugal adalah destinasi yang seronok untuk dilawati. Kalau berpeluang datang lagi, kami mungkin tidak akan menolak kerana ada banyak lagi tempat sebenarnya yang kami teringin nak explore. Tetapi Morocco pula, cukuplah sekali sahaja kerana tempoh 5 hari berada di sana dah cukup puas bagi kami. Perjalanan yang sangat panjang dari KL ke Morocco juga sangat melelahkan bagi Myself. Sebelum ini kita sangka travel ke England dah cukup jauh, tidak disangka rupanya travel ke Morocco adalah lebih jauh lagi!

Sajian penerbangan
Sajian penerbangan diberi sewaktu kami sedang terbang melintas Afrika Utara
Sajian piihan Myself
Sajian pilihan Husband
Tiba di Tunisia
 Peta penerbangan sehingga kini
Terbang kembali ke Laut Mediterranean
Sajian Light Refreshment
Kita minum teh...
Alhamdulillah kerana cuaca sangat baik sepanjang penerbangan dari Madrid ke Dubai. Sikit-sikit saja turbulence yang dirasai dalam penerbangan ini.

Suasana di dalam flight menuju ke Dubai. Disebabkan ini penerbangan siang, tiadalah bintang yang bertaburan di siling pesawat seperti sewaktu terbang ke Dubai dari KL dulu.
Terbang di tengah Laut Mediterranean
Pulau Crete di Greece
Masuk waktu Maghrib
Mengintai matahari terbenam di luar tingkap
Ketika ini kami sedang berada di perairan Turkiye
Menuju ke Timur Tengah
Suasana di dalam pesawat sewaktu malam menjelang. Memang flight ini tidak ada bintang bertaburan di siling rupanya...
Satu pengalaman dalam pesawat ini yang tidak Myself lupakan ialah apabila melihat di dalam peta penerbangan yang kami sedang terbang melalui negara Israel. Memang suspen kerana Israel ketika ini sedang beperang dengan tentera Hamas di Gaza dan juga Hezbollah di Lebanon. Sekali-sekala kita akan mendengar berita tentang roket dari Gaza dan Lebanon yang dilancarkan ke Israel. Memang suspen memikirkannya ketika itu.

Sedang terbang menuju ke Dubai
Uisshh!! Suspen sebab kita tengah terbang kat atas Israel ni!
Lega bila dah keluar dari Israel
Terbang di atas Jordan
Sempadan Jordan-Arab Saudi
Terbang dengan Emirates
Arab Saudi
Ais kerim dan air oren
Bersedia untuk mendarat
Masih merentas Arab Saudi
Dah hampir tiba ke Dubai
Masuk ke Teluk Arab
Merentas Teluk Arab
Peta penerbangan sehingga sekarang
Peramugari membuat final round sebelum mendarat
Tiba di Dubai
Passenger yang duduk di tepi tingkap seat kami ini berasal dari Costa Rica dan sedang bekerja di Dubai. Lawa macam Belly Dancer. Hahaha! Pandai-pandai saja kita meneka yang dia bekerja sebagai Belly Dancer.
Lampu pesawat bertukar warna sewaktu membuat pendaratan di Dubai
Selamat tiba di Dubai
Berjalan keluar dari pesawat

HARI KEDUA BELAS

Part 145: Dubai International Airport

Alhamdulillah, pesawat kami selamat mendarat di Dubai International Airport pada pukul 12.35 pagi.
 
Pemandangan di Airport Dubai
Berjalan keluar dari pesawat
Menuju ke arah Connections
Macam pengalaman transit di Dubai dalam perjalanan menuju ke Morocco dulu, kami terpaksa berjalan jauh menuju ke pintu Connections.

Mencari pintu Connections di Dubai Airport
Macam jauh berjalan sampai ke penghujung airport...
Penumpang yang sedang menunggu di Boarding Gate
Lega bila akhirnya kami sampai di pintu Connections. Tetapi tidak bolehlah nak menangkap gambar di sini sebab security area. Selepas pemeriksaan beg dan passport, kami sambung berjalan mencari Boarding Gate bagi penerbangan sambungan kami ke Kuala Lumpur.

Kedai-kedai Duty Free
Husband bergambar di Airport Dubai
Pintu perlepasan kami adalah C17. Lega bila kami sampai ke kawasan Gate C ini.

Kita pun nak bergambar juga di Airport Dubai
Kawasan Gate C
Disebabkan dah lapar, kita singgahlah sebentar membeli chicken shawarma kat sini. Mujurlah pembelian dengan kad kredit diterima sebab kita tidak mempunyai Dirham UAE. Untuk keselesaan, Myself membeli secara bungkus saja untuk dimakan dekat Gate C17 nanti.

Membeli shawarma di Dubai Airport
Ahli Grup kami yang naik buggy di Dubai Airport. Kalau nak naik buggy di Dubai Airport masa transit syaratnya kena ambil special assistance dari airport asal lagi (dalam kes kami, Barajas Airport di Madrid)
Berjalan menuju ke pintu perlepasan
Arah ke Gate C17
Restoran dalam perjalanan menuju ke Gate C17
Pemandangan di Boarding Gate
Walkalator
Smoking Lounge
Lukisan kuda di padang pasir
Sebaik duduk di kerusi dekat pintu perlepasan, kita duduklah makan shawarma yang dibeli. Disebabkan shawarma ini besar, kita bahagi dua, share seorang separuh dengan Husband.

Makan shawarma sambil menunggu flight

Part 146: Dari Dubai Terbang Ke KL

Pesawat kami ke Kuala Lumpur Emirates EK 346 dijadual berlepas dari Dubai pada pukul 3.10 pagi. Seawal pukul 2.30 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Boarding gate kami ~ C17
Panggilan masuk ke pesawat
Check-in untuk masuk ke pesawat
Tidak seperti pesawat kami dari Madrid ke Dubai tadi yang menggunakan Airbus 380, pesawat dari Dubai ke Kuala Lumpur ini adalah Boeing 777.

Pesawat Emirates yang akan membawa kami pulang ke KL
Kerusi menunggu sebelum masuk ke pesawat
Penumpang-penumpang yang nak menuju ke Kuala Lumpur bersama kami
Now boarding...
Itu dia pesawat kami...
Berjalan masuk ke pesawat
Tiba di pintu pesawat
Menunggu sebentar sementara crew pesawat menguruskan penumpang yang menggunakan kerusi roda
Berjalan mencari seat
Welcome again...
Pemandangan dari seat kami
Pemandangan dari tingkap pesawat. Aiseyy, kelabu pulak cermin tingkap ini sebab tidak dicuci.
Peta penerbangan keseluruhan dari Dubai ke Kuala Lumpur
Pesawat kami berlepas mengikut jadual dari Dubai pada pukul 3.10 pagi. Penerbangan ini dijangka memakan masa 6 jam 30 minit ~ dekat sikit berbanding perjalanan dari Madrid ke Dubai tadi yang memakan masa 7 jam 10 minit.

Pesawat Emirates yang sedang parking di Dubai International Airport
Menunggu giliran untuk terbang
Terbang meninggalkan Dubai
Kita tengok gambar-gambar pemandangan awal pagi di Dubai yang sempat kami capture sewaktu pesawat mula terbang menuju ke Kuala Lumpur...

Terbang meninggalkan Dubai
Terbang dengan Emirates menuju Kuala Lumpur...
Dari Dubai, pesawat kami terbang menghala ke pedalaman UAE dan seterusnya ke Oman sebelum membelah Lautan Hindi menuju ke India.

Menghala pedalaman UAE
United Arab Emirates (UAE)
Menghala ke Teluk Oman
Khorfakkan
Khorfakkan yang terletak di Sharjah adalah bahagian UAE yang menghadap ke Teluk Oman
Khofakkan
Sajian penerbangan pertama diberi kepada penumpang sewaktu kami terbang di Teluk Oman yang merupakan sebahagian dari Lautan Hindi. Disebabkan hari ketika itu awal pagi, makanan yang dihidangkan cuma pilihan Margherita Pizza dan Smoked Turkey & Cheddar.

Sajian penerbangan pertama pilihan Myself ~ Margherita Pizza
Makanan pilihan Husband ~ Smoked Turkey & Cheddar
Krew Emirates sedang menyajikan sajian penerbangan
Margherita Pizza
Smoked Turkey & Cheddar
Kapalterbang Emirates ini memang tidak memberi kerjasama kepada Myself & Husband. Masa dalam penerbangan dari Madrid ke Dubai tadi, kami tidak mendapat seat di tepi tingkap tetapi pemandangan keluar memang cantik. Dalam penerbangan ke KL ini pulak, kami mendapat seat tepi tingkap tetapi tingkapnya kelabulah pulak tidak dicuci. Adoii!!

Tingkap Emirates yang kelabu tak dicuci. Haihh!!
Terbang di Lautan Hindi
Subuh menjelma sewaktu kami menghampiri India
Hampir tiba di India
Laluan penerbangan sehingga kini
Merentas India masuk ke Teluk Bengal
Peta dalam tulisan Arab
Cuaca juga sangat baik dalam penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Pemandangan sewaktu melalui Teluk Bengal
Menuju ke Semenanjung Malaysia
Tiba di Nicobar Islands
Sajian penerbangan kedua dihidangkan selepas kami melintas Nicobar Islands di Teluk Bengal.

Sajian penerbangan kedua
Laut Andaman
Sajian penerbangan kedua
Omelette
Noodles
Hampir tiba di Semenanjung Malaysia
Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia
Terbang menuju Kuala Lumpur
Kami tiba di Malaysia sekitar waktu tengahari. Cuaca yang baik ketika itu membolehkan kita melihat pemandangan indah negara kita dari udara. Myself rasa memang tidak ramai rakyat Malaysia yang berpeluang menikmati pemandangan yang kami lihat ini. Jadi kita kongsikan gambar-gambar pemandangan indah negara kita dari udara yang sempat kami abadikan ini....

Pantai Barat Semenanjung Malaysia
Menyusuri pantai Selat Melaka
Negeri Perak
Pemandangan Malaysia di celah awan
Pemandangan di celah awan
Kami juga terbang di atas bandaraya Kuala Lumpur dalam perjalanan menuju ke KLIA. Memang Myself tidak nafikan pemandangan Kuala Lumpur sangat menarik dari atas awan. Myself rasa laluan di atas bandaraya KL ini memang laluan untuk penerbangan yang datang dari Timur Tengah kerana pemandangan ini juga dapat kami lihat sewaktu naik Qatar Airways dari Doha sebelum ini.
 
Pinggiran bandar Kuala Lumpur
Terbang merentas Kuala Lumpur
Pusat bandaraya Kuala Lumpur
Terbang menuju KLIA
Empangan Semenyih
Pemandangan lebih dekat Empangan Semenyih
Empangan Semenyih
Alangkah indahnya Negaraku
Jalinan lebuhraya di Lembah Klang
Sesak dan padat tetapi sangat teratur
Tidak pasti area mana ini...
Bukit Jalil
Masih pemandangan sekitar Bukit Jalil
Selatan Kuala Lumpur
Subang Airport
Lebuhraya
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
Plaza Tol di Lebuhraya
Menghampiri KLIA
Pemandangan sewaktu pesawat membuat penerbangan turun
Hampir tiba di KLIA
Kawasan perumahan berdekatan KLIA
Lagi pemandangan kawasan perumahan
Bandar baru yang sedang dibangunkan
Kolam berhampiran KLIA
Lagi pemandangan kolam berhampiran KLIA
Lebuhraya berhampiran KLIA
Fasiliti-fasiliti sokongan KLIA
Hotel Movenpick di kejauhan sana
Pesawat Emirates kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.35 petang mengikut jadual. Alhamdulillah kerana berakhir satu lagi pengembaraan kami ke Eropah. Semoga Allah SWT mengizinkan lagi kami membuat pengembaraan seperti ini pada masa hadapan.

Selamat mendarat di KLIA
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat
Thank you, Emirates. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: