Friday, 19 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 31 (Mezquita-Catedral: Catedral)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 31: Spain
CORDOBA
(Mezquita-Catedral de Cordoba: Catedral)

HARI KETUJUH (5)

Part 87: Chapel of St. Teresa (Capilla Teresa) @ Mezquita-Catedral de Cordoba

Selepas dibawa melawat ke kawasan Masjid (Mezquita) yang dibangunkan oleh Orang Islam, Antonio membawa kami melawat ke kawasan Gereja (Catedral) yang dibangunkan oleh Orang Kristian pula. Di sana sini di kawasan Catedral ini ada kerusi-kerusi yang digunakan oleh penganut Katolik untuk pengakuan dosa (Confession). 

Kerusi untuk Confession
Kalau di gereja Katholik lain, upacara Confession dibuat dalam bilik-bilik tertutup untuk privacy, tetapi di gereja ini ia dibuat secara terbuka. Myself dapat merasakan perkara ini adalah berkait dengan keadaan semasa Spanish Inquisition dulu di mana orang-orang Islam dan Yahudi dipaksa untuk mengaku "dosa" keengganan mereka untuk memeluk agama Kristian dengan secara terbuka. Dengan itu mudahlah tindakan boleh diambil ke atas mereka oleh pihak yang berkuasa.

Kerusi-kerusi Confession yang diletakkan di ruang terbuka gereja
Setiap kali kami melalui kerusi Confession ini, Antonio yang kelakar akan berkata sambil mengenyit mata kepada kami, "Anybody wants to confess?". Tetapi kami pun kelakar juga dengan Antonio. Kami akan berkata, "We are all angels, there's nothing to confess". Hahaha!

Antonio seterusnya membawa kami melawat ke Chapel of St. Teresa yang juga berfungsi sebagai Treasury kepada Mezquita-Catedral de Cordoba. Banyak khazanah berharga milik gereja disimpan di sini.

Pintu masuk ke Chapel of St. Teresa
Pemandangan di dalam Chapel of St. Teresa
Suasana keseluruhan di dalam Chapel of St. Teresa
Artifak yang paling berharga disimpan di Chapel of St. Teresa ini ialah Monstrance of Arfe yang diperbuat dari emas. Ia digunakan dalam upacara Kristian yang dinamakan sebagai Eucharist.

Monstrance of Arfe
Siling di atas Monstrance of Arfe
Close-up Monstrance of Arfe
Bahagian bawah Monstrance of Arfe
Bahagian atas Monstrance of Arfe
Chapel ini juga merupakan tempat persemadian jasad Don Pedro de Salazar yang merupakan Bishop of Cordoba dari tahun 1686 - 1706. Sewaktu hayatnya dia berjasa mendirikan sebuah hospital dan sebuah convent (pusat latihan biarawati) di Cordoba. 

Salazar Tomb
Patung St. Teresa
Lukisan The Surrender Of The City From Córdoba To San Fernando dengan patung St. Paul (kiri) dan St. Anthony (kanan)
Lukisan The Martyrdom of San Acisclo and Santa Victoria
Lukisan Assumption yang berbingkai emas di sebelah kanan.
"That is me," kata Antonio berseloroh sewaktu menunjukkan patung St. Anthony (San Antonio) kepada kami. Maklumlah, nama mereka sama (Antonio).
Kami juga dibawa ke sebuah bilik bersebelahan di mana banyak barangan perak milik gereja disimpan. Bilik ini juga mempunyai perhiasan yang hebat pada dinding dan silingnya.

Bilik di sebelah Chapel of St. Teresa
Berbagai peralatan perak disimpan di sini
Perhiasan pada siling
Perhiasan pada pintu

Part 88: Main Cathedral (Capilla Mayor) @ Mezquita-Catedral de Cordoba
 
Di akhir lawatan, kami dibawa masuk ke Main Cathedral (Capilla Mayor) yang dibina di tengah-tengah Masjid Besar Cordoba. Bahagian gereja ini dibina lebih tinggi dari bangunan masjid sedia ada dan kelihatan dari luar bangunan seperti ini:

Pemandangan dari luar Main Cathedral yang dibina di tengah-tengah bangunan Masjid Besar Cordoba [Gambar dari internet]
Sebahagian gerbang dan tiang masjid yang dibina oleh Abdul Rahman II telah diruntuhkan sewaktu pembinaan ruang gereja ini.

Pemandangan di dalam Main Cathedral
Cathedral ini masih aktif digunakan bagi aktiviti keagamaan Kristian Roman Katholik sehingga ke hari ini
Pemandangan menghala ke Main Altar
Main Altar
Pemandangan bahagian atas Main Altar
Silling di atas Main Altar
Pemandangan dari kerusi gereja
Satu lagi pemandangan di dalam Main Cathedral
Pulpit
Gereja Kristian yang besar-besar di Eropah seperti Main Cathedral di Mezquita-Catedral de Cordoba ini sering dibina mengikut bentuk salib. Bahagian yang tegak dinamakan Nave dan bahagian yang melintang pula dinamakan Transept. Tengok gambar di bawah untuk rujukan:
 
Rajah binaan Nave dan Transept pada Main Cathedral di Mezquita-Catedral
Pertemuan Nave dan Transept pada Main Cathedral
Ruangan Transept pada Main Cathedral ini telah dibina sebuah ruang yang dinamakan Choir di mana pasukan koir gereja akan menyanyikan lagu-lagu keagamaan.

Ruang Choir yang dibina di bahagian Transept Main Cathedral
Episcopal Throne
Patung paling tinggi pada Episcopal Throne ini adalah Archangel Rafael
Archangel Rafael
Binaan di sekeliling ruang Choir ini dibuat dari kayu mahogany yang diimport dari Cuba yang merupakan tanah jajahan Spain ketika itu.
Pandangan dekat ukiran kayu pada sekeliling Choir
Organ
Pandangan Organ pada sisi lain
Pemandangan sewaktu meninggalkan Main Cathedral
Bila berjumpa Confessional Chair begini, Antoni pasti akan berseloroh meminta kami membuat confession. Hahaha!!
Gabungan istimewa senibina Islam dan Kristian
Lukisan St Ignatius and St Francis Xavier, founders of the Jesuit order.
Lawatan kami ke Mezquita-Catedral di Cordoba berakhir selepas kami melawat Main Cathedral. Kalau di Istanbul kita gembira melihat gereja-gereja yang ditukar fungsi menjadi masjid, perasaan kita di Cordoba memang sedih bila melihat masjid yang sebesar ini ditukar fungsi menjadi gereja.

Lawatan kami juga menjadi bermakna dan menarik dengan kehadiran Antonio yang kelakar orangnya sebagai Guide kami. Walaupun beragama Kristian Roman Katholik, dia juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Oleh itu, penerangannya yang kerap bercerita tentang perbandingan amalan dan kepercayaan agama Kristian Roman Katholik dengan Islam sangat mudah untuk difahami. Mudah-mudahan Allah SWT akan membuka hati Antonio untuk menerima agama Islam pada satu hari nanti.

Berjalan keluar dari Mezquita-Catedral de Cordoba
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Mezquita-Catedral de Cordoba
One more for the album...
Kita pun nak bergambar juga
Sebelum berpisah, Antonio bertanya kepada kami tentang tempat-tempat yang telah kami lawati di Spain. Terkejut sungguh dia bila mendapat tahu yang kami dah melawat Alhambra semalam. Rupa-rupanya bukan mudah nak mendapat tiket untuk melawat Alhambra.

Kata Antonio, dia dah sebulan berusaha mencari tiket melawat Alhambra untuk anak perempuannya yang akan pulang dari Berlin tidak lama lagi tetapi masih belum berjaya. Kami pun terkedu mendengar cerita Antonio. Betapa bersyukurnya kami di dalam hati kerana Allah memberi kemudahan dan rezeki kepada kami untuk melawat dua buah monumen agung Islam di Spain: Alhambra di Granada dan Mezquita-Catedral di Cordoba. Syukur Alhamdulillah, Ya Allah.

Husband bergambar kenangan bersama Antonio


Bersambung ke Bahagian 32...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: